Monday, September 26, 2016

10 Lokasi Menarik Anda Boleh Kunjungi Apabila Bercuti Di Bali, Indonesia

10 Lokasi Menarik Anda Boleh Kunjungi Apabila Bercuti Di Bali, Indonesia

Destinasi percutian jenis santai seperti di Bali, Indonesia sangatlah sesuai untuk anda merehatkan minda sambil cuci mata melihat keindahan panorama semulajadinya yang cantik!

Bali

Bali sememangnya popular sebagai salah satu destinasi percutian yang menarik di Indonesia, bukan sahaja menjadi buah mulut orang Malaysia malah turut terkenal di seluruh dunia.

Sinonim sebagai lokasi idaman, disini kami senaraikan 10 lokasi menarik yang anda boleh kunjungi di Bali, Indonesia.

1. Pantai Kuta

Pantai Kuta

Pantai Kuta merupakan tempat tarikan pelancongan yang sangat popular di Bali. Tidak sah rasanya jika tidak berkunjung ke sini.

Keindahan Pantai Kuta menjadi buruan setiap pelancong yang datang, dan segi kos perbelanjaan pula sangat murah.

2. Pura Tanah Lot

Pura Tanah Lot

Pura Tanah Lot juga merupakan tempat terkenal di Bali, terutama untuk melihat matahari terbenam.

Yang uniknya, mengikut kisah lagenda tempat ini merupakan tempat untuk menyerunya dewa laut.

Selain dari itu anda juga mungkin berpeluang bermesra bersama ular ‘suci’ yang jinak dan tidak merbahaya.

Pastinya akan memberikan anda satu pengalaman yang cukup menarik.

3. Pantai Padang Padang

Pantai Padang Padang

Mungkin tidak terkenal seperti pantai yang lain di Bali, tetapi ternyata Pantai Padang Padang ini mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri.

Pantai Padang merupakan pantai kecil yang tersembunyi di sebalik sebuah tebing di kawasan Pecatu, Uluwatu.

Untuk sampai ke sini anda harus melepasi sebuah tangga di laluan kawasan tebing. Pantai Padang Padang sangat popular dikalangan pelancong asing tetapi tidak bagi pelancong tempatan.

4. Danau Beratan Bedugul

Danau Beratan Bedugul

Danau Beratan Bedugul ini terletak di kawasan pergunungan. Terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang cantik dan asli, banyak aktiviti dan permainan air yang boleh anda lakukan di sini.

5. Garuda Wisnu Kencana (GWK)

Bali

Garuda Wisnu Kencana atau singkatannya ‘GWK’ merupakan taman pelancongan kebudayaan yang terletak di bahagian selatan Bali.

Garuda Wisnu merupakan sebuah patung besar karya Nyoman Nuarta yang tidak siap dibina sepenuhnya, walaupun begitu ia mempunyai sejarah tersendiri yang menarik untuk diketahui.

6. Pantai Lovina

Bali

Pantai Lovina mungkin agak asing didengari. Pantai ini terletak di bahagian utara Bali, yang seronoknya di sini anda boleh lihat secara live ikan lumba lumba melompat keluar dari habitatnya.

Kalau ke sini jangan terlupa bawa kamera pula.

7. Pantai Jimbaran

Bali

Kali pertama anda sampai ke sini, apa yang anda bakal lihat adalah deretan kerusi dan meja makan di kawasan pasir pantai.

Pantai Jimbaran sememangnya sangat terkenal dengan hidangan makanan yang sedap-sedap terutama makanan laut.

8. Monkey Forest

Bali

Mahu cuba pengalaman bermain dengan monyet, anda boleh cuba datang ke Monkey Forest yang terletak di Ubud, Bali.

Monkey Forest merupakan sebuah hutan yang dihuni ribuan monyet liar. Monyet-monyet di sini agak istimewa kerana dianggap ‘keramat’ oleh penduduk setempat.

Apa yang anda perlu tahu, monyet-monyet di sini sangat sukakan makanan. Mereka akan berusaha sehabis mungkin untuk mengambil apa sahaja makanan yang anda bawa.

9. Danau Batur Kintamani

Danau Batur Kintamani

Danau Batur Kintamani merupakan permata berharga yang dimiliki Bali, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan permandangan di Danau Batur Kintamani ini.

Terletak di gunung ke 2 tertinggi di Bali, Danau Batur Kintamani bersuhu sejuk dengan menyajikan permandangan yang paling cantik di Bali.

10. Arung Jeram Sungai Ayung

Bali

Puas bermain air masin, anda juga boleh menikmati hidangan air tawar dengan mandi-manda di Air Terjun di Arung Jeram Sungai Ayung di Bali. Kerjenihan air dan udara di sini sangatlah nyaman.

Jika anda berminat dengan aktiviti lasak, anda juga boleh cuba mendaki atau cuba permainan air yang telah disediakan di sini.

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

Mangsa Penculikan Lahad Datu Mohon Bantuan, Dipukul Dan Tidak Cukup Makan!

Mangsa Penculikan Lahad Datu Mohon Bantuan, Dipukul Dan Tidak Cukup Makan!

Satu mesej bantuan kecemasan telah dihantar oleh seorang tebusan Malaysia yang ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf, merayu pertolongan kerana beliau kelaparan dan telah dipukul.

Mohd-Ridzuan

“Kami sudah tidak tahan lagi. Kami dalam kesakitan. Semua kami sakit. Badan kami luka-luka. Kami lemah.

"Tiada makanan untuk dimakan. Malah, kami dipukul. Ada orang mahu menembak kami. Tolong bantu kami.”

Itulah kata-kata Mohd Ridzuan Ismail, salah seorang daripada lima rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari perairan Lahad Datu di pantai timur Sabah, 18 Julai lalu.

Pada Rabu, jurucakap Abu Sayyaf, Abu Rami telah menghubungi The Star dari pulau Jolo, selatan Filipina, dan meminta Mohd Ridzuan, 32, bercakap di telefon bagi membolehkan beliau menghantar mesej kepada kerajaan Malaysia.

“Saya adalah tebusan dari Malaysia. Nama saya Mohd Ridzuan Ismail. Dan saya meminta bantuan daripada kerajaan dan majikan saya untuk menyelamatkan kami secepat mungkin,” kata kelasi kapal itu dalam bahasa Melayu.

Perbualan berlangsung selama lapan minit.

“Kami menderita di pulau Jolo. Kami merayu kepada kerajaan Malaysia dan majikan kami supaya berunding tentang pembebasan kami, kami mahu pulang ke rumah secepat mungkin,” katanya dalam nada sedih.

Terdapat kemungkinan Mohd Ridzuan mungkin akan mati di tangan Abu Sayyaf yang telah memenggal kepala tebusan pertama Malaysia, Bernard Then, November tahun lepas.

Mohd Ridzuan, yang berasal dari Pahang, diculik bersama empat rakannya dari Sabah, Tayudin Anjut, 45, Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23, dan Fandy Bakran, 26.

Kapal tunda mereka yang kosong telah ditemui di perairan Dent Haven di kawasan Tambisan, Lahad Datu, berhampiran sempadan laut di selatan Filipina.

Mohd Ridzuan berkata, mereka sedang ditahan dalam hutan.

“Hanya kadang-kadang kami diberi makan. Untuk minum, kami terpaksa mengambil air parit. Jika ada makanan, ia hanyalah nasi untuk alas perut,” katanya.

Ditanya sama ada mereka telah dipukul, Mohd Ridzuan berkata mereka telah dipukul dengan senapang.

“Kami takut. Ini bukan tempat kami. Mereka pukul kami dan beritahu kami bahawa mereka boleh menembak kami.”

Pada waktu malam, beliau berkata tawanan akan diikat.

“Kami tidur di atas tanah. Apabila hujan, kami akan terendam dalam air,” katanya.

Ditanya berapa ramai anggota lelaki bersenjata yang mengawasi mereka, Mohd Ridzuan berkata bilangan mereka ‘terlalu banyak, terlalu banyak untuk dikira’.

Pada mulanya, Mohd Ridzuan berkata orang yang menculiknya ada menghubungi majikannya tetapi akhir-akhir ini pemilik kapal tersebut telah berhenti menjawab panggilan.

“Tolong hubungi bos dan keluarga saya supaya mereka dapat membantu kami pulang ke rumah secepat mungkin.Sudah dua bulan berlalu. Kami tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan,” katanya.

Sehari sebelum Mohd Ridzuan muncul merayu bantuan, Abu Rami dalam satu temu bual telefon berkata penculik telah meminta 100 juta peso (RM8.5 juta) untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan.

Tebusan itu, katanya, telah ditahan di Luuk, kawasan di pulau Jolo oleh seorang pemimpin Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Abu Khalif.

Beliau berkata tebusan telah dipisahkan kepada tiga kumpulan.

“Saya diberitahu bahawa tebusan paling tua sedang sakit,” kata jurucakap itu yang memperkenalkan kumpulannya sebagai Al Harakatul Al Islamiyyah.

Beliau mungkin merujuk kepada Abd Rahim yang berusia 62 tahun.

Abdul Rahim Summas

Ditanya sama ada pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari boleh berunding untuk melepaskan mangsa, Abu Rami berkata, “Hanya jika dia mempunyai 100 juta peso. Jika tidak, maka tidak.”

Beliau juga mendakwa tiada tentera yang muncul di lokasi di mana tebusan itu ditahan, walaupun dengan adanya laporan bahawa tentera Filipina akan melancarkan perang habis-habisan terhadap Abu Sayyaf.

“Mengapa mereka tidak mahu melawan kami?” beliau membuat cabaran.

Pada Ahad, Abu Rami menghantar dua keping gambar tebusan kepada The Star.

Beliau tidak dapat menghantar gambar-gambar itu lebih awal kerana masalah sambungan Internet di bandar Jolo.

Pihak berkuasa Malaysia dipercayai sedang bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di Filipina mereka untuk membebaskan tawanan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun enggan membincangkan tentang rundingan untuk membebaskan tebusan, hanya mengatakan bahawa mereka ‘masih menunggu’.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau akan mengarahkan polis untuk meningkatkan komunikasi dan rundingan dengan penculik bagi membebaskan mangsa.

Keluarga tebusan telah menjauhkan diri daripada media. Satu-satunya kenyataan yang telah dikeluarkan setakat ini adalah mereka berdoa agar orang tersayang dapat pulang dengan selamat.

BACA INI JUGA:

Sumber: mStar | TheStar

Lokasi Rempuhan Maut Go-Kart Kawasan Larangan Untuk Penonton!

Lokasi Rempuhan Maut Go-Kart Kawasan Larangan Untuk Penonton!

Pengarah Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMRACE), Prof Madya Dr Aminudin Abu memberitahu lokasi kejadian adalah kawasan larangan yang tidak membenarkan penonton berada di sekitar lokasi.

Mangsa Go Kart

"Kawasan ini (lokasi kejadian) kita telah letak anggota Rela dan kon sebab kawasan ini adalah tempat perlumbaan.

"Untuk penonton mereka perlu berada di stadium Sukpa dan kita juga telah maklumkan mengenai perkara itu tetapi kita tidak boleh jangka dan tidak sangka mereka (penonton) masuk juga ke situ," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Eimrace 2016 yang masuk tahun kesembilan penganjurannya adalah program anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di bawah fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.

Mula dianjurkan pada 2009, kejohanan peringkat kebangsaan itu terbuka kepada institusi pendidikan dalam negara untuk membuka ruang dan peluang serta sebagai landasan kepada mahasiswa untuk mempraktik ilmu dan inovasi dalam mereka bentuk dan menguji kenderaan bermotor ciptaan masing-masing selaras dengan hasrat kerajaan dalam memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurutnya pihaknya juga selepas ini tidak akan menggunakan kawasan litar terbuka untuk penganjuran Eimarace akan datang.

3 Go-Kart Bergesel Punca Kemalangan Ragut Nyawa

Mangsa Go Kart

Kemalangan yang menyebabkan dua beranak terbunuh pada Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota berpunca daripada tiga go-kart bergesel sesama sendiri.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata pergeselan go-kart bernombor 22, 27 dan 33 itu telah menyebabkan kenderaan bernombor 27 terbabas lalu merempuh penonton berkenaan.

Siasatan mendapati program merupakan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan mempunyai permit yang sah.

Jenazah Mangsa Rempuhan Go-Kart Selamat Dikebumikan

Mangsa Go Kart

Jenazah dua beranak yang maut akibat dirempuh kenderaan go-kart pada Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota, selamat dikebumikan.

Jenazah Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, lima, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi, pada pukul 11.10 malam, dengan disaksikan hampir 200 anggota keluarga dan kenalan.

Terdahulu, jenazah kedua-dua beranak itu dikafan dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota, pada pukul 10 malam, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob adalah antara 600 jemaah yang menyertai solat jenazah itu.

Al-Fatihah.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH | Mynewshub

10 Perkara Menarik Mengenai Kamera Tahan Lasak Terbaharu GoPro Hero5 Black!

10 Perkara Menarik Mengenai Kamera Tahan Lasak Terbaharu GoPro Hero5 Black!

Arena sukan lasak kini tidak sama lagi semenjak GoPro Inc. memperkenalkan kamera khusus aktiviti kembara pertamanya pada 2004.

GoPro Hero5 Black

Dan yang terbaharu, kamera cilik tahan lasak ini maju selangkah lagi dengan pelancaran GoPro Hero5 BLACK.

Kami senaraikan 10 perkara wajib yang anda harus tahu tentang GoPro Hero5 Black ini!

1. Spesifikasi

GoPro Hero5 Black

Berwarna hitam pekat, GoPro Hero5 Black ini menggabungkan fungsi dan ciri khas 2 GoPro HERO generasi sebelum ini.

GoPro Hero5 Black berkemampuan merakam video dalam full HD sebesar 4K resolusi seperti HERO4 BLACK dan hadir dalam bentuk layar sesentuh seperti HERO4 SILVER.

Fungsi lain seperti ‘penstabilan imej elektronik’, ‘arahan suara’, GPS dan RAW/WDR mode.

2. Kalis Air

GoPro Hero5

Badan dan lensa kamera GoPro Hero5 Black direka kalis air sepenuhnya. Tidak perlu lagi menggunakan pelindung kalis air (underwater casing) seperti generasi sebelum ini.

GoPro Hero5 Black  ini juga mampu beroperasi sedalam 10 meter bawah paras laut.

3. View Option

GoPro Hero5

Terdapat lima pilihan paparan GoPro Hero5 Black seperti MEDIUM, WIDE, SUPERWIDE, NARROW dan LINEAR.

Fungsi ini membolehkan pengguna melihat sendiri impak gambar yang dirakam. Sebelum ini, pengguna hanya boleh melihat kesan gambar setelah dimuatnaik ke dalam komputer.

Ia juga bagi membasmi kesan fish-eye pada semua paparan gambar yang mengelirukan.

4. GoPro Plus

GoPro Hero5

Sebuah pentas atas talian (online), ‘GoPro PLUS’ membenarkan pengguna menyelaras sambil menyunting kandungan, video dan foto yang dirakam secara langsung terus ke atas talian.

Hanya selaraskan GoPro Hero5 Black bersama aplikasi GoPro PLUS dengan WIFI komputer semasa sesi pengecasan.

5. Karma Grip Gimbal

GoPro Hero5

Pertama kali GoPro Inc. mengeluarkan batang pemegang keluaran sendiri yang dipanggil ‘Karma Grip Gimbal’.

Karma Grip Gimbal direka untuk memegang badan GoPro Hero5 Black yang dipasang pada ‘Karma Drone’.

Sangat versatil, ia juga boleh dipasang di atas kepala pada topi pendaki, di belakang pada ‘Karma Case’ atau boleh sahaja digunakan hanya sebagai batang selfie.

6. Karma Drone

GoPro Hero5

Penantian pencinta gajet seluruh dunia akhirnya berakhir. Karma Drone sebuah mekanikal terbang yang membolehkan pengguna merakam video dari udara. Ia direka khusus untuk kegunaan GoPro Hero5 Black.

Sangat fleksibel kerana boleh dilipat dan disimpan kemas bersama aksesori-aksesori GoPro yang lain dalam Karma Case, sebuah beg khas GoPro yang boleh dikendong.

7. Karma Fold-Up Remote

GoPro Hero5

Karma Drone dikawal menggunakan alat kawalan jauh boleh-lipat yang dilengkapi layar sesentuh beresolusi 720p.

Melalui layar sesentuh ini juga, kamu boleh melihat imej yang dirakam oleh Karma Drone dari atas udara secara langsung.

Pengawalan boleh dilakukan melalui batang kemudi dan punat-punat kawalan. Rekaannya turut melindungi batang kemudi dan layar sesentuh daripada calar atau rosak apabila ditutup.

8. Super Charger

GoPro Hero5

Mempunyai dua lohong kuasa USB iaitu lohong USB-C (GoPro) dan lohong USB-A (telefon pintar).

USB-C mempercepatkan sehingga tiga kali ganda kuasa dalam masa kurang dua jam sesi pengecasan untuk GoPro Hero5 Black. Sementara Karma Grip pula mengambil dua jam masa pengecasan.

9. Dual Battery Charger

GoPro Hero5

Dwi-pengecasan untuk mengecas dua bateri dalam satu masa yang sama. Walau bagaimanapun, pembelian GoPro Hero5 Black hanya didatangkan bersama satu bateri.

10. Portable Power Pack

GoPro Hero5

Pembekal kuasa mudah alih GoPro Hero5 Black menyimpan kuasa sebesar 6,000mAh dengan dua lohong USB KELUAR dan satu lagi lohong USB MASUK.

Boleh mengisi atau mengecas semula GoPro Hero5 Black sebanyak empat kali. Paling istimewa, ia juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain seperti bateri dan telefon pintar.

BACA INI JUGA:

Sumber: Stail

Harga, Rekabentuk Dan Spesifikasi Proton Saga 2016

Harga, Rekabentuk Dan Spesifikasi Proton Saga 2016

Proton Saga 2016 terbaharu keluaran proton tidak menggunakan platform model seperti sebelumnya tetapi masih mengekalkan ‘DNA’ Saga, selain menampilkan peningkatan dari segi spesifikasi, reka bentuk dan perubahan dimensi yang ketara.

Proton-Saga-2016

Rekaan dimulakan pada bahagian muka, dengan lampu hadapan reflektor halogen sedan direka lebih elemen bulat berbanding model FLX yang bersegi.

Keseluruhan ‘kulit’ Saga 2016 boleh dikatakan baharu sepenuhnya, di mana tiada satu komponen badan luaran pun diambil dari model sebelum ini.

Bahagian belakang pula, merupakan antara bahagian dengan rekaan terbaik pada model ini.

Lampu yang kelihatan seperti lampu belakang BMW E90 ini dihubungkan menerusi kemasan berbentuk bar, merentangi but belakang.

Lampu belakang ‘two-piece‘ menampilkan lampu utama, brek dan isyarat membelok digabungkan dengan lampu tambahan yang menempatkan lampu undur melekat pada but.

Proton-Saga-2016

Menurut Proton, casis Saga 2016 ini 20 peratus lebih keras dan dipertingkatkan daripada segi tindak balas stereng yang lebih efisyen, menerusi penggunaan kuasa hidraulik lebih baik.

Seperti juga Perdana dan Persona, Proton Saga 2016 turut menerima kemasan pada bahagian bawah bampar belakang tetapi kemasan berwarna hitam pada Saga lebih ringkas, tiada lengkuk yang kelihatan seperti diffuser serta ruang untuk tip ekzos, selain menempatkan lampu kabus tunggal pada bahagian tengah.

Harga Proton Saga 2016

Proton Saga 2016 adalah model Proton seterusnya yang akan dilancarkan selepas Persona dan Perdana baharu dan semasa pra tonton awal untuk wakil media, pesaing Perodua Bezza ini sudah boleh ditempah bermula hari Sabtu, 24 September 2016 dan harganya terletak dalam lingkungan RM37,000 hingga RM46,000.

4 Varian Proton Saga 2016

Empat varian ditawarkan untuk Proton Saga 2016 ini:
  1. Standard (MT)
  2. Standard (AT)
  3. Executive (AT)
  4. Premium (AT)

Kesemuanya akan menggunakan enjin sama seperti yang turut digunakan pada model Iriz iaitu unit 1.3 liter VVT (menggantikan enjin lama IAFM+), dengan kemampuan 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm.

Proton saga 2016

Pilihan transmisi pula terdiri daripada manual lima kelajuan (Standard sahaja) dan CVT (semua varian).

Walaupun jumlah kuasa adalah sama, Proton menyatakan Saga baharu lebih laju dan lebih jimat minyak daripada sebelumnya.

Versi manual kini boleh tiba di kelajuan 100 km/j dalam masa 12.2 saat (daripada 13.0 saat) dan menggunakan bahan api 5.4 l/100 km pada kelajuan 90 km/j (bertambah baik daripada 6.0 l/100km).

Sementara itu, versi CVT mencatat 0-100km/j dalam 13.1 saat (daripada 14.5 saat) dan menggunakan bahan api 5.6 l/100 km pada kelajuan 90 km/j (bertambah baik daripada 6.3 l/100km).

Peningkatan yang dilakukan pada Persona (tapak enjin tiga punca untuk NVH lebih bagus dan ECU yang ditala semula untuk tindak balas lebih baik) turut dilakukan pada Saga.

Proton saga 2016

Diasaskan daripada Saga model semasa – dengan jarak roda 2,465 mm yang sama – kereta baharu ini mendapat dimensi yang berlainan – lebih panjang (+74mm), lebih lebar (+9mm), dan lebih rendah (-11mm) – termasuk perubahan visual luar dan dalam.

Proton juga menjadikan casis Saga 20 peratus lebih keras, serta memperkenalkan stereng yang lebih pantas (masih lagi menggunakan sistem hidraulik), penutupan pintu lebih ringan dan pakej pemanduan serta kawalan yang dipertingkat.

Bagi barangan standard, bermula dengan Saga Standard, datang dengan rim besi 13 inci (dengan penutup plastik), lampu kabus belakang, pengesan jarak hadapan dan belakang, dua beg udara, unit audio Single-DIN (dengan sambungan Bluetooth), tempat mengecas USB dan tapak cangkuk Isofix.

Ia juga menggunakan cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat serta tempat duduk fabrik dan kemasan dalam bertemakan warna hitam.

Proton saga 2016

Varian Executive yang terletak di pertengahan pula hanya didatangkan dengan pilihan transmisi CVT dan ia ditambah dengan unit audio Double-Din, cermin sisi (boleh dilaras secara elektronik), pemegang pintu dan hiasan belakang sama warna seperti badan, tiang B-pillar dicat hitam, lampu kabus hadapan dan penghadang angin pada but belakang.

Penambahan lain adalah rim aloi 14 inci, kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng serta tempat duduk fabrik bercorak mesh.

Paling tinggi adalah varian Premium yang mempunyai kelebihan ciri Electronic Stability Control (ESC) dengan Hill-hold Assist, bersama rim aloi 15 inci dan hiasan belakang berwarna krom.

Selain itu, pembeli Saga Premium juga akan menerima kamera undur yang paparannya keluar pada cermin pandang belakang (seperti pada model tinggi Exora), unit audio Double-DIN dengan butang kawalan di stereng, tempat duduk fabrik bercorak gelombang dan lebih lagi kemasan kelabu pada tombol gear.

Proton saga 2016

Semua varian mempunyai lampu hadapan halogen Reflector (dengan tulisan Proton), tempat duduk belakang boleh lipat, gril hadapan krom serta ruang but (simpanan belakang) 420 liter (tujuh liter lebih daripada sebelumnya), bersama tahap keselamatan perlanggaran ASEAN NCAP empat bintang.

Kesemuanya terdapat enam warna yang ditawarkan untuk Proton Saga 2016 iaitu hitam, merah, putih, kelabu (baharu), biru (baharu) dan perak. Setiap pembelian akan diberikan jaminan 3 + 2 tahun atau 150,000km, yang mana dahulu (sebelum ini tiga tahun/100,000km).

Pecahan varian secara terperinci:

Proton Saga 2016 1.3L Standard MT/CVT
  • Enjin 1.3 litre VVT
  • 94 hp @ 5,750 rpm, 120 Nm @ 4,000 rpm
  • Ecodrive Assist
  • Lampu utama halogen Reflector
  • Lampu kabus belakang
  • Pengesan jarak hadapan dan belakang
  • Rim besi 13 inci (dengan tayar Silverstone Synergy M3 saiz 175/70)
  • Cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat
  • Cermin sisi larasan manual
  • Tiang B-pillar warna badan
  • Kemasan dalam hitam
  • Stereng boleh dilaras ketinggiannya
  • Unit audio Single-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
  • Tempat mengecas USB
  • Tempat duduk fabrik serba hitam
  • Tempat duduk pemandu dengan ketinggian yang boleh dilaras
  • Ruang but 420 liter dengan tayar simpanan jimat ruang
  • Tempat duduk belakang boleh lipat
  • Tapak cangkuk Isofix
  • Dua beg udara
  • Brek cakera hadapan dan brek dram belakang

Proton Saga 2016 1.3L Executive CVT

Tambahan:
  • Brek ABS dengan EBD dan BA
  • Lampu kabus hadapan
  • Rim aloi 14 inci ‘snowflake’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/60)
  • Cermin sisi, pemegang pintu dan kemasan belakang berwarna sama seperti badan
  • Cermin sisi berkuasa elektrik
  • Tiang B-pillar warna hitam
  • Penghadang angin pada but belakang
  • Kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng
  • Tempat duduk fabrik bercorak mesh
  • Poket belakang pada tempat duduk hadapan

Proton Saga 2016 1.3L Premium CVT

Tambahan:
  • Rim aloi 15 inci ‘turbine’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/55)
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Hill-hold Assist
  • Unit audio Double-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
  • Kemasan kelabu berkilat pada tombol gear dan sekeliling
  • Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
  • Kamera undur (dengan paparan bersepadu pada cermin pandang belakang)
  • Butang kawalan audio pada stereng

Semua model Proton Saga 2016 mendapat pembaharuan ini:
  • Enjin 1.3 VVT (menggantikan IAFM+)
  • Prestasi manual – 0-100km/j dalam 12.2 saat (daripada 13.0 saat)
  • Penggunaan bahan api manual – 5.4 l/100 km pada 90 km/j (bertambah baik daripada 6.0 l/100km)
  • Prestasi CVT – 0-100 km/j dalam 13.1 saat (daripada 14.5 saat)
  • Penggunaan bahan api CVT – 5.6 l/100 km pada 90 km/j (bertambah baik daripada 6.3l/100km)
  • Tapak enjin tiga punca untuk lebih kelancaran
  • ECU yang ditala semula untuk tindak balas CVT lebih baik
  • Tayar dengan rintangan golek lebih rendah, cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2db)
  • Pakej pemanduan dan kawalan dipertingkat
  • Tahap keselamatan ASEAN NCAP empat bintang (daripada tiga bintang)
  • Steering rack lebih tepat dan pantas (nisbah 16:1 daripada 20:1)
  • Radius membelok lebih kecil (5.1 m berbanding 5.3 m)
  • Penutupan pintu lebih ringan (15 kgf berbanding 25 kgf)
  • Kuasa stereng lebih ringan (2.75 kgf berbanding 3.0 kgf)
  • Lebih tahan daya kilas (12,000 Nm/deg berbanding 10,000 Nm/deg)

Proton berharap dapat menjual 5,000 unit Proton Saga 2016 setiap bulan selepas pelancarannya, dengan perancangan untuk mengeksport kenderaan ini ke pasaran ASEAN panduan sebelah kanan (pengeluaran eksport akan bermula empat bulan selepas pelancaran di Malaysia).

BACA INI JUGA:

Sumber: Paultan

Sunday, September 25, 2016

21 Fakta Menarik Tentang Mafia Yakuza Jepun

21 Fakta Menarik Tentang Mafia Yakuza Jepun

Bila sebut Yakuza, pasti terbayang mafia Jepun ala ninja yang bertutup muka, berbaju gelap dan bergerak dalam senyap bersama pedang samurai dalam misi membunuh musuh mereka. Tapi rupanya kami salah.

Yakuza+Jepun

Kami bawakan 21 fakta menarik tentang Yakuza, organisasi mafia terbesar di Jepun seperti yang telah dikongsikan di page The Patriot.

FAKTA-FAKTA MENARIK MENGENAI YAKUZA YANG SEMUA HARUS TAHU

1. Organisasi Jenayah Terancang

Yakuza+Jepun

Yakuza (ヤクザ) atau dikenali juga sebagao Gokudo (極道) ialah sebuah organisasi jenayah terancang yang sangat terkenal di jepun.

Organisasi ini juga turut dikenali sebagai Mafia Jepun kerana hampir serupa seperti organisasi jenayah yang terkenal di Itali. Setakat ini, direkodkan bahawa ahli kumpulan Yakuza mempunyai lebih daripada 103,000 orang ahli.

2. Berasal Dari Golongan Bawahan Masyarakat

Sejarah Yakuza dapat dijejak pada pertengahan era Zaman Edo, iaitu Tekiya dan Bokuto. Tekiya (penjaja) iaitu golongan terendah dalam tangga masyarakat di zaman tersebut telah membentuk sebuah organisasi yang bertujuan untuk melindungi perniagaan mereka.

3. Pedang Wakizashi

Yakuza+Jepun

Kerajaan Edo ketika itu mengiktiraf kewujudan Tekiya sebagai sebuah organisasi dan membenarkan ketua setiap organisasi tekiya membawa sebilah pedang.

Pedang tersebut bukanlah katana kerana hanya samurai yang mempunyai hak untuk membawa katana. Pedang tersebut lebih pendek dari pedang katana dan dikenali sebagai Wakizashi.

4. Keturunan Penjudi Tegar

Bakuto pula lebih rendah tahap mereka dalam masyarakat Jepun zaman Edo. Mereka adalah penjudi tegar dan berjudi pada waktu itu adalah diharamkan di Jepun.

Jadi, ketika itu banyak rumah judi haram tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Mereka biasanya menjadikan kuil-kuil dan tempat pemujaan yang telah ditinggalkan orang di pinggir kampung dan bandar sekitar Jepun sebagai tempat operasi.

Rumah judi ini juga menjalankan perniagaan ceti haram.

5. Ritual Zaman Edo

Yakuza+Jepun

Hari ini, peninggalan daripada organisasi Tekiya dan juga Bakuto dapat dijejak dalam Yakuza apabila ritual-ritual yang pernah diamalkan pada zaman itu turut diamalkan sehingga ke hari ini.

6. Mengamalkan Sistem Oyabun-kobun, Memutuskan Hubungan Dengan Keluarga

Yakuza+Jepun

Mahu mempelajari mengenai organisasi Yakuza adalah sangat unik sekali. Mereka mengadaptasikan sebuah sistem tradisional hierarki Jepun yang dipanggil sebagai oyabun-kobun.

Oyabun adalah merujuk kepada anak angkat yang menumpahkan taat setia pada ayah angkatnya yang dikenali sebagai Kobun. Biasanya hubungan ini terjalin melalui ritual meminum sake dari satu cawan.

Dalam organisasi Yakuza, seorang ahli akan melupakan sebarang hubungan dengan keluarga asal mereka dan segala kesetian pada ketua geng.

7. Diketuai Oleh Seorang Oyabun

Yakuza+Jepun

Dalam sebuah organisasi Yakuza, mereka diketuai oleh seorang Oyabun atau Kumico yang memberikan arahan kepada anak buah iaitu Kobun.

Dibawah Kumico ialah penasihat yang digelar sebagai saiko komon dan juga so-honbucho atau ketua cawangan.

8. Mengawal setiap wilayah

Di bawah mereka pula ialah wakagashira yang ditugaskan untuk mengawal beberapa buah geng di dalam setiap wilayah mereka dengan bantuan daripada fuku-honbuchu yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan geng di bawah wakagashira.

Setiap geng yang wujud dalam setiap wilayah diketuai oleh ketua tempatan yang dikenali sebagai saiko-komon.

Saiko-komon mengawal kawasan masing-masing dalam sebuah wilayah. Mereka mempunyai anak buah tersendiri seperti penasihat, akauntan dan tentera yakuza mereka yang gunakan untuk penguatkuasaan.

9. Ritual Potong Jari Yubitsume

Yakuza+Jepun

Yakzua terkenal dengan ritual yang dipanggil sebagai Yubitsume. Ritual ini mengkehendaki salah satu daripada jari dipotong sebagai tanda penyesalan dan maaf seandainya mana-mana ahli mereka melakukan kesalahan.

10. Irezumi, Proses Cacah Tatu Yang Menyakitkan

Yakuza+Jepun

Ramai yakuza yang mencacah tatu yang hampir memenuhi satu badan termasuk kemaluan.

Di Jepun, tatu ini dikenali sebagai irezumi dan proses melukis tatu ini adalah menggunakan cara tradisional yang menyakitkan dan bukannya cara moden yang mudah dan lebih cepat.

11. Tatu Sebagai Tanda Bukti Kejantanan

Yakuza+Jepun

Bayangkanlah tubuh anda diukir dengan jarum, besi dan buluh runcing dengan tangan dan ianya mengambil masa bertahun-tahun untuk memastikan seluruh tubuh dicacah dengan tatu.

Namun, kejayaan memenuhi seluruh badan dengan tatu dianggap sebagai anak jantan.

Padanlah mereka berani terjun ke dalam dunia jenayah ini kalau sampai begitu tahap keberanian mereka.

12. Tayang Tatu Ketika Bermain Kad

Yakuza+Jepun

Apabila seorang Yakuza saling bermain kad yang diberi nama Oicho-Kabu, mereka akan membuka baju mereka dan menayangkan tubuh mereka yang penuh tatu antara satu sama lain.

Mungkin pada saat ini sahaja untuk melihat tubuh sasa yang dipenuhi tatu yang diukir bertahun-tahun dengan proses yang penuh kesakitan.

13. Menyembunyikan Tatu

Yakuza+Jepun

Yakuza biasanya akan memakai kemeja lengan panjang dan juga baju yang berkolar tinggi untuk menutup tatu di tubuh mereka. Biasalah, identiti sebagai Yakuza juga perlu dilindungi oleh mereka.

14. Yamaguchigumi, Keluarga Yakuza Terbesar Di Jepun

Yakuza+Jepun
Gambar ahli keluarga Yakuza Yamaguchigumi.

Terdapat tiga buah keluarga Yakuza terbesar dalam sejarah Jepun. Yang paling besar ialah Yamaguchigumi yang mempunyai ahli lebih daripada 55,000 orang dan lebih daripada 50 peratus Yakuza Jepun adalah anggota keluarga ini.

Yakuza+Jepun
Boss Yakuza Yamaguchigumi.

Dipercayai bahawa keluarga ini dicipta pada tahun 1915. Terdapat 850 clans di bawah keluarga ini.

15. Sumiyoshi-kai, Keluarga Yakuza Kedua Terbesar Di Jepun

Sumiyoshi-kai adalah keluarga kedua terbesar di Jepun dengan ahli lebih 20,000 orang dan setiap daripadanya dibahagikan kepada 277 clans.

16. Inagawa-kai, Keluarga Yakuza Kedua Terbesar Di Jepun

Inagawa-kai pula adalah keluarga ketiga terbesar di Jepun dengan ahli mencecah 15,000 orang dan ianya dibahagikan kepada 313 clans. Keluarga ini berpusat di sekitar Tokyo dan Yokohama.

17. Sumbangan Yakuza Kepada Masyarakat

Sebenarnya organisasi Yakuza juga banyak berjasa kepada masyarakat walaupun mereka berasaskan jenayah.

Antaranya ketika Kobe dilanda gempa bumi pada tahun 1995, keluarga Yamaguchi-gumi adalah antara organisasi yang menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana.

Ketika itu, kerajana Jepun dikritik kerana lembab dan organisasi Yakuza seperti Yamaguchi-guchi pula lebih pantas.

Antara khidmat mereka adalah menyalurkan tenaga kerja dan juga helikopter untuk digunakan dalam operasi menyelamat.

18. Larangan Menjual Dadah

Sebenarnya, kebanyakan keluarga Yakuza di Jepun melarang ahli mereka untuk terlibat dalam penjualan dadah.

Menurut mereka, dadah lebih merosakkan masyarakat dan bangsa daripada jenayah-jenayah lain manakala beberapa keluarga pula memang terkenal dengan bisnes dadah seperti Dojin-Kai.

19. Yakuza Hanya Memeras Ugut Syarikat Besar

Yakuza+Jepun

Yakuza biasanya tidak mengacau masyarakat yang susah sebaliknya mereka akan memeras ugut syarikat-syarikat gergasi dan pemegang saham di dalamnya.

Kedai-kedai kecil yang diusahakan oleh mereka yang berpendapatan sederhana tidak akan diganggu oleh Yakzua.

Jadi, wang perlindungan dikutip daripada syarikat-syarikat besar dan bukannya dari perusahaan kecil.

20. Melabur Dalam Syarikat Yang Sah

Yakuza juga terkenal dalam melabur dalam perniagaan. Antaranya ialah mereka pernah melabur dalam saham Tokyo Kyuko Electric Railway’s.

Japan’s Securities and Exchange Surveillance Commission mendakwa mempunyai maklumat terdapat 50 syarikat yang terlibat dengan Yakuza.

21. Bandar Dikuasai Yakuza Paling Selamat Di Jepun

Kobe

Ironinya, Kobe yang merupakan rumah kepada keluarga terbesar Yakuza di dunia merupakan salah satu bandar paling selamat di Jepun.

Ini mungkin kerana aura Yakuza seperti Yamaguchi-gumi telah menakutkan penjenayah murahan seperti samseng jalanan yang tidak mahu menarik perhatian Yakuza.

***

Sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang Yakuza. Tengok, mafia yang berani kerat jari pun tak berani ambil dadah sebab mereka tahu dadah itu bahaya dan boleh merosakkan organisasi mereka. Oleh itu, jauhilah dadah.

Peace no war..:)

BACA INI JUGA:

Sumber: Thevocket

3 Sebab Penting Kenapa Pemaju Hartanah 'Tidak Boleh' Menjadi ‘Bank’

3 Sebab Penting Kenapa Pemaju Hartanah 'Tidak Boleh' Menjadi ‘Bank’

Hanya 39% hartanah terjual dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Tahun lepas, jumlahnya adalah 52%. Pada masa yang sama, hampir dua per tiga (66%) permohonan pinjaman perumahan yang tidak diluluskan adalah bagi hartanah bernilai RM500 ribu ke RM2.5 juta.

Pemaju Hartanah

Kemungkinan inilah antara sebab mengapa cadangan memberikan lesen kepada pemaju hartanah untuk memberi pinjaman perumahan kepada bakal pembeli timbul.

Adakah perkara ini suatu yang baru?

Tidak. Sunway Properties telah pun memperkenalkan skim 12:88 pada Mac lepas di mana pembeli membayar ‘down payment’ 12% dan baki 88% melalui pinjaman dari Sunway sendiri.

Sudah tentu kadar faedahnya lebih tinggi tetapi tidaklah sehingga 18%. Ia sekitar 6% – 8% dan tempoh bayarannya pula selama 15 tahun maksimum.

Adakah ‘skim pinjaman’ ini mendapat sambutan?

Tidak juga. Daripada RM600 juta hasil jualan sejak pengenalan skim tersebut, hanya 10% yang mendapatkan pinjaman terus dari Sunway.

Ini bermaksud, skim pinjaman ini tidaklah begitu menarik dan ia adalah pilihan terakhir kepada pembeli.

Namun, sungguhpun ia kurang mendapat sambutan, ia tidak bermakna pemaju hartanah perlu diberikan lesen untuk menjadi ‘bank’.

Mengapa?

1. Pertama, kerana pembeli adalah naif dan mudah dipujuk (gullible)

Kemudahan mendapatkan pinjaman dari pemaju berbanding dari bank akan membuatkan mereka menutup mata terhadap kadar faedah yang lebih tinggi.

Lebih-lebih lagi tidak ramai yang celik ilmu kewangan. Asalkan faedah 18% kad kredit pun boleh buatkan begitu ramai golongan muda muflis, inikan pula kemudahan mendapatkan pinjaman perumahan. (Untuk rekod, 23,854 golongan muda muflis setakat 2015)

2. Kedua, pemaju hartanah tidak mempunyai kapasiti bagi memberikan pinjaman, lebih-lebih lagi pinjaman sehingga 100%

Daripada 10 pemaju hartanah terbesar di Malaysia, hanya 2 pemaju iaitu UOA dan Selangor Properties yang mempunyai wang tunai melebihi jumlah hutang. Selebihnya meminjam lebih banyak dari wang yang disimpan

Ini bermakna, sekiranya pemaju-pemaju ini mahu memberikan pinjaman, mereka terpaksa mendapatkan wang dengan meminjam dari bank kerana mereka tidak mempunyai lesen bagi mengumpul deposit (wang) sebagaimana bank mengambil deposit ke akaun simpanan mereka.

Tambahan pula, pemaju yang memberikan pinjaman kepada bakal pembeli sudah pastilah akan diberikan penarafan risiko kredit yang tinggi kerana bakal pembeli tersebut adalah di kalangan mereka yang tidak berjaya mendapatkan pinjaman dari bank.

Oleh itu, kemungkinan pemaju akan dikenakan faedah yang lebih tinggi dalam mendapatkan wang pinjaman bagi memberi pinjaman kepada bakal pembeli.

Jika inilah keadaannya, pemaju sudah pasti akan mengenakan kadar faedah yang amat tinggi kerana mereka akan memberi pinjaman melalui duit yang dipinjam.

Situasi ini tidak ubah seperti sewa rumah atas sewa (sublet) atau jual kontrak atas kontrak (ali baba).

Tidakkah ini menjadikan kadar bayaran bulanan lebih tinggi dan sekaligus meningkatkan hutang isi rumah yang sekarang ini pun sudah tertinggi di Asia?

3. Ketiga, cadangan ini akan menjadikan harga rumah kembali naik menggila

Skim ‘Developer-interest-bearing-scheme’ (DIBS) yang mana pembeli tidak perlu membayar apa-apa sehingga rumah siap pada 2010-2014 telah mendorong pemaju hartanah membina dan menjual rumah kepada mereka yang sebenarnya tidak layak.

Disebabkan wujud golongan yang tidak layak membeli rumah ini yang terus membeli rumah dengan harapan mereka boleh membuat untung apabila rumah siap, pemaju berterusan membina dan menjual projek baru pada harga yang lebih mahal.

Cadangan ‘pemaju menjadi bank’ ini mempunyai beberapa persamaan dengan skim DIBS.

Tidak mustahil projek perumahan akan datang akan dipakejkan pada harga yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai lesen bagi membiayai bakal pembeli.

Besar kemungkinan, pemaju akan memberikan rebat tunai lebih tinggi.

Caranya dengan memberi pinjam RM 1 juta, kemudian diberikan kembali RM 200 ribu.

Walaupun ‘nett price’ rumah tersebut adalah RM800 ribu, tetapi memandangkan di atas kertas sudah tercatat transaksi bernilai RM 1 juta, projek-projek lain di sekeliling akan menjadikan harga atas kertas tersebut sebagai penanda aras.

Jika ini berlaku, apalah maknanya kerajaan menetapkan diskaun Bumiputera 5%-15% sekiranya harga rumah sudah terlalu mahal?

Projek-projek rumah mampu milik oleh kerajaan juga akan terkesan dengan harga normal baru ini.

PR1MA membina dan menjual rumah pada harga 20% lebih kurang tetapi adakah 20% ini berdasarkan harga tulen atau harga yang ‘artificial’?

Pemilik tanah juga akan menilai harga tanah mereka pada kadar yang lebih mahal yang menyebabkan kos pembinaan projek menjadi sangat tidak munasabah.

Adakah ini selari dengan hasrat kerajaan dan orang ramai dalam meningkatkan pemilikan rumah?

Untuk pengetahuan, sekarang ini pun, sudah banyak pemaju yang memberikan rebat tunai (bukan diskaun) kepada pembeli.

Sama ada ianya sah atau salah tidaklah diketahui. Tetapi apa yang pasti adalah, pemaju sebagai penjual sudah pasti menjadi lebih kreatif dalam menjual hartanah mereka.

Dan inilah yang mungkin berlaku jika lesen memberi pinjaman diberikan.

Isu harga rumah, pemilikan rumah, dan pelaburan hartanah adalah isu yang sangat rumit.

Tidak ada satu solusi yang boleh memuaskan hati semua pihak. Tetapi pemberian lesen ini adalah solusi yang membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Cara Menanam Pokok Sirih

Cara Menanam Pokok Sirih

Daun sirih mempunyai banyak manfaat terutamanya dalam perubatan tradisional dan banyak lagi kegunaan daun sirih yang kita tak tahu.

Daun sirih

Sebaik-baiknya, tanam sahaja, mungkin satu masa nanti kita atau orang lain akan memerlukannya.

Sirih merupakan tumbuhan menjalar yang memanjat batang pokok atau kayu yang ada di sekitarnya. Tergolong dalam keluarga Piperaceae, nama saintifik sirih ialah Piper Betle. Tanaman ini hidup pada iklim tropika dan sesuai ditanam pada tanah yang gembur dan tidak terlalu lembab.

Namun, tentu anda tahu betapa susahnya tanaman sirih tu nak menjadi kan? Pasti ramai pernah cuba menanamnya namun keputusannya hampa kan.

Langkah pertama

Sirih

Ambil batang sirih sepanjang 2 kaki.

Langkah kedua

Sirih

Buang semua daun yang ada pada batang sirih dengan meninggalkan sedikit daun di hujungnya. Kemudian buat lingkaran seperti dalam gambar.

Langkah ketiga

Sirih

Seterusnya, tanam lingkaran tadi. Jangan tanam terlalu dalam. Cukup sekadar menutup lingkaran tadi, dengan membiarkan kedua-dua hujung berada di atas tanah. Selepas tanam, siram batang sirih tu. Selesai.

Selepas sirih tumbuh, jagalah dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta.. :)

BACA INI JUGA: Cara Mudah Menanam Tembikai Di Halaman, Tidak Perlu Kebun Berekar

Sumber: ilmutani