Monday, September 26, 2016

Harga, Rekabentuk Dan Spesifikasi Proton Saga 2016


Proton Saga 2016 terbaharu keluaran proton tidak menggunakan platform model seperti sebelumnya tetapi masih mengekalkan ‘DNA’ Saga, selain menampilkan peningkatan dari segi spesifikasi, reka bentuk dan perubahan dimensi yang ketara.

Proton-Saga-2016

Rekaan dimulakan pada bahagian muka, dengan lampu hadapan reflektor halogen sedan direka lebih elemen bulat berbanding model FLX yang bersegi.

Keseluruhan ‘kulit’ Saga 2016 boleh dikatakan baharu sepenuhnya, di mana tiada satu komponen badan luaran pun diambil dari model sebelum ini.

Bahagian belakang pula, merupakan antara bahagian dengan rekaan terbaik pada model ini.

Lampu yang kelihatan seperti lampu belakang BMW E90 ini dihubungkan menerusi kemasan berbentuk bar, merentangi but belakang.

Lampu belakang ‘two-piece‘ menampilkan lampu utama, brek dan isyarat membelok digabungkan dengan lampu tambahan yang menempatkan lampu undur melekat pada but.

Proton-Saga-2016

Menurut Proton, casis Saga 2016 ini 20 peratus lebih keras dan dipertingkatkan daripada segi tindak balas stereng yang lebih efisyen, menerusi penggunaan kuasa hidraulik lebih baik.

Seperti juga Perdana dan Persona, Proton Saga 2016 turut menerima kemasan pada bahagian bawah bampar belakang tetapi kemasan berwarna hitam pada Saga lebih ringkas, tiada lengkuk yang kelihatan seperti diffuser serta ruang untuk tip ekzos, selain menempatkan lampu kabus tunggal pada bahagian tengah.

Harga Proton Saga 2016

Proton Saga 2016 adalah model Proton seterusnya yang akan dilancarkan selepas Persona dan Perdana baharu dan semasa pra tonton awal untuk wakil media, pesaing Perodua Bezza ini sudah boleh ditempah bermula hari Sabtu, 24 September 2016 dan harganya terletak dalam lingkungan RM37,000 hingga RM46,000.

4 Varian Proton Saga 2016

Empat varian ditawarkan untuk Proton Saga 2016 ini:
  1. Standard (MT)
  2. Standard (AT)
  3. Executive (AT)
  4. Premium (AT)

Kesemuanya akan menggunakan enjin sama seperti yang turut digunakan pada model Iriz iaitu unit 1.3 liter VVT (menggantikan enjin lama IAFM+), dengan kemampuan 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm.

Proton saga 2016

Pilihan transmisi pula terdiri daripada manual lima kelajuan (Standard sahaja) dan CVT (semua varian).

Walaupun jumlah kuasa adalah sama, Proton menyatakan Saga baharu lebih laju dan lebih jimat minyak daripada sebelumnya.

Versi manual kini boleh tiba di kelajuan 100 km/j dalam masa 12.2 saat (daripada 13.0 saat) dan menggunakan bahan api 5.4 l/100 km pada kelajuan 90 km/j (bertambah baik daripada 6.0 l/100km).

Sementara itu, versi CVT mencatat 0-100km/j dalam 13.1 saat (daripada 14.5 saat) dan menggunakan bahan api 5.6 l/100 km pada kelajuan 90 km/j (bertambah baik daripada 6.3 l/100km).

Peningkatan yang dilakukan pada Persona (tapak enjin tiga punca untuk NVH lebih bagus dan ECU yang ditala semula untuk tindak balas lebih baik) turut dilakukan pada Saga.

Proton saga 2016

Diasaskan daripada Saga model semasa – dengan jarak roda 2,465 mm yang sama – kereta baharu ini mendapat dimensi yang berlainan – lebih panjang (+74mm), lebih lebar (+9mm), dan lebih rendah (-11mm) – termasuk perubahan visual luar dan dalam.

Proton juga menjadikan casis Saga 20 peratus lebih keras, serta memperkenalkan stereng yang lebih pantas (masih lagi menggunakan sistem hidraulik), penutupan pintu lebih ringan dan pakej pemanduan serta kawalan yang dipertingkat.

Bagi barangan standard, bermula dengan Saga Standard, datang dengan rim besi 13 inci (dengan penutup plastik), lampu kabus belakang, pengesan jarak hadapan dan belakang, dua beg udara, unit audio Single-DIN (dengan sambungan Bluetooth), tempat mengecas USB dan tapak cangkuk Isofix.

Ia juga menggunakan cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat serta tempat duduk fabrik dan kemasan dalam bertemakan warna hitam.

Proton saga 2016

Varian Executive yang terletak di pertengahan pula hanya didatangkan dengan pilihan transmisi CVT dan ia ditambah dengan unit audio Double-Din, cermin sisi (boleh dilaras secara elektronik), pemegang pintu dan hiasan belakang sama warna seperti badan, tiang B-pillar dicat hitam, lampu kabus hadapan dan penghadang angin pada but belakang.

Penambahan lain adalah rim aloi 14 inci, kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng serta tempat duduk fabrik bercorak mesh.

Paling tinggi adalah varian Premium yang mempunyai kelebihan ciri Electronic Stability Control (ESC) dengan Hill-hold Assist, bersama rim aloi 15 inci dan hiasan belakang berwarna krom.

Selain itu, pembeli Saga Premium juga akan menerima kamera undur yang paparannya keluar pada cermin pandang belakang (seperti pada model tinggi Exora), unit audio Double-DIN dengan butang kawalan di stereng, tempat duduk fabrik bercorak gelombang dan lebih lagi kemasan kelabu pada tombol gear.

Proton saga 2016

Semua varian mempunyai lampu hadapan halogen Reflector (dengan tulisan Proton), tempat duduk belakang boleh lipat, gril hadapan krom serta ruang but (simpanan belakang) 420 liter (tujuh liter lebih daripada sebelumnya), bersama tahap keselamatan perlanggaran ASEAN NCAP empat bintang.

Kesemuanya terdapat enam warna yang ditawarkan untuk Proton Saga 2016 iaitu hitam, merah, putih, kelabu (baharu), biru (baharu) dan perak. Setiap pembelian akan diberikan jaminan 3 + 2 tahun atau 150,000km, yang mana dahulu (sebelum ini tiga tahun/100,000km).

Pecahan varian secara terperinci:

Proton Saga 2016 1.3L Standard MT/CVT
  • Enjin 1.3 litre VVT
  • 94 hp @ 5,750 rpm, 120 Nm @ 4,000 rpm
  • Ecodrive Assist
  • Lampu utama halogen Reflector
  • Lampu kabus belakang
  • Pengesan jarak hadapan dan belakang
  • Rim besi 13 inci (dengan tayar Silverstone Synergy M3 saiz 175/70)
  • Cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat
  • Cermin sisi larasan manual
  • Tiang B-pillar warna badan
  • Kemasan dalam hitam
  • Stereng boleh dilaras ketinggiannya
  • Unit audio Single-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
  • Tempat mengecas USB
  • Tempat duduk fabrik serba hitam
  • Tempat duduk pemandu dengan ketinggian yang boleh dilaras
  • Ruang but 420 liter dengan tayar simpanan jimat ruang
  • Tempat duduk belakang boleh lipat
  • Tapak cangkuk Isofix
  • Dua beg udara
  • Brek cakera hadapan dan brek dram belakang

Proton Saga 2016 1.3L Executive CVT

Tambahan:
  • Brek ABS dengan EBD dan BA
  • Lampu kabus hadapan
  • Rim aloi 14 inci ‘snowflake’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/60)
  • Cermin sisi, pemegang pintu dan kemasan belakang berwarna sama seperti badan
  • Cermin sisi berkuasa elektrik
  • Tiang B-pillar warna hitam
  • Penghadang angin pada but belakang
  • Kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng
  • Tempat duduk fabrik bercorak mesh
  • Poket belakang pada tempat duduk hadapan

Proton Saga 2016 1.3L Premium CVT

Tambahan:
  • Rim aloi 15 inci ‘turbine’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/55)
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Hill-hold Assist
  • Unit audio Double-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
  • Kemasan kelabu berkilat pada tombol gear dan sekeliling
  • Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
  • Kamera undur (dengan paparan bersepadu pada cermin pandang belakang)
  • Butang kawalan audio pada stereng

Semua model Proton Saga 2016 mendapat pembaharuan ini:
  • Enjin 1.3 VVT (menggantikan IAFM+)
  • Prestasi manual – 0-100km/j dalam 12.2 saat (daripada 13.0 saat)
  • Penggunaan bahan api manual – 5.4 l/100 km pada 90 km/j (bertambah baik daripada 6.0 l/100km)
  • Prestasi CVT – 0-100 km/j dalam 13.1 saat (daripada 14.5 saat)
  • Penggunaan bahan api CVT – 5.6 l/100 km pada 90 km/j (bertambah baik daripada 6.3l/100km)
  • Tapak enjin tiga punca untuk lebih kelancaran
  • ECU yang ditala semula untuk tindak balas CVT lebih baik
  • Tayar dengan rintangan golek lebih rendah, cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2db)
  • Pakej pemanduan dan kawalan dipertingkat
  • Tahap keselamatan ASEAN NCAP empat bintang (daripada tiga bintang)
  • Steering rack lebih tepat dan pantas (nisbah 16:1 daripada 20:1)
  • Radius membelok lebih kecil (5.1 m berbanding 5.3 m)
  • Penutupan pintu lebih ringan (15 kgf berbanding 25 kgf)
  • Kuasa stereng lebih ringan (2.75 kgf berbanding 3.0 kgf)
  • Lebih tahan daya kilas (12,000 Nm/deg berbanding 10,000 Nm/deg)

Proton berharap dapat menjual 5,000 unit Proton Saga 2016 setiap bulan selepas pelancarannya, dengan perancangan untuk mengeksport kenderaan ini ke pasaran ASEAN panduan sebelah kanan (pengeluaran eksport akan bermula empat bulan selepas pelancaran di Malaysia).

BACA INI JUGA:

Sumber: Paultan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon