Sep 26, 2016

10 Perkara Menarik Mengenai Kamera Tahan Lasak Terbaharu GoPro Hero5 Black!

Arena sukan lasak kini tidak sama lagi semenjak GoPro Inc. memperkenalkan kamera khusus aktiviti kembara pertamanya pada 2004.

GoPro Hero5 Black

Dan yang terbaharu, kamera cilik tahan lasak ini maju selangkah lagi dengan pelancaran GoPro Hero5 BLACK.

Kami senaraikan 10 perkara wajib yang anda harus tahu tentang GoPro Hero5 Black ini!

1. Spesifikasi

GoPro Hero5 Black

Berwarna hitam pekat, GoPro Hero5 Black ini menggabungkan fungsi dan ciri khas 2 GoPro HERO generasi sebelum ini.

GoPro Hero5 Black berkemampuan merakam video dalam full HD sebesar 4K resolusi seperti HERO4 BLACK dan hadir dalam bentuk layar sesentuh seperti HERO4 SILVER.

Fungsi lain seperti ‘penstabilan imej elektronik’, ‘arahan suara’, GPS dan RAW/WDR mode.

2. Kalis Air

GoPro Hero5

Badan dan lensa kamera GoPro Hero5 Black direka kalis air sepenuhnya. Tidak perlu lagi menggunakan pelindung kalis air (underwater casing) seperti generasi sebelum ini.

GoPro Hero5 Black  ini juga mampu beroperasi sedalam 10 meter bawah paras laut.

3. View Option

GoPro Hero5

Terdapat lima pilihan paparan GoPro Hero5 Black seperti MEDIUM, WIDE, SUPERWIDE, NARROW dan LINEAR.

Fungsi ini membolehkan pengguna melihat sendiri impak gambar yang dirakam. Sebelum ini, pengguna hanya boleh melihat kesan gambar setelah dimuatnaik ke dalam komputer.

Ia juga bagi membasmi kesan fish-eye pada semua paparan gambar yang mengelirukan.

4. GoPro Plus

GoPro Hero5

Sebuah pentas atas talian (online), ‘GoPro PLUS’ membenarkan pengguna menyelaras sambil menyunting kandungan, video dan foto yang dirakam secara langsung terus ke atas talian.

Hanya selaraskan GoPro Hero5 Black bersama aplikasi GoPro PLUS dengan WIFI komputer semasa sesi pengecasan.

5. Karma Grip Gimbal

GoPro Hero5

Pertama kali GoPro Inc. mengeluarkan batang pemegang keluaran sendiri yang dipanggil ‘Karma Grip Gimbal’.

Karma Grip Gimbal direka untuk memegang badan GoPro Hero5 Black yang dipasang pada ‘Karma Drone’.

Sangat versatil, ia juga boleh dipasang di atas kepala pada topi pendaki, di belakang pada ‘Karma Case’ atau boleh sahaja digunakan hanya sebagai batang selfie.

6. Karma Drone

GoPro Hero5

Penantian pencinta gajet seluruh dunia akhirnya berakhir. Karma Drone sebuah mekanikal terbang yang membolehkan pengguna merakam video dari udara. Ia direka khusus untuk kegunaan GoPro Hero5 Black.

Sangat fleksibel kerana boleh dilipat dan disimpan kemas bersama aksesori-aksesori GoPro yang lain dalam Karma Case, sebuah beg khas GoPro yang boleh dikendong.

7. Karma Fold-Up Remote

GoPro Hero5

Karma Drone dikawal menggunakan alat kawalan jauh boleh-lipat yang dilengkapi layar sesentuh beresolusi 720p.

Melalui layar sesentuh ini juga, kamu boleh melihat imej yang dirakam oleh Karma Drone dari atas udara secara langsung.

Pengawalan boleh dilakukan melalui batang kemudi dan punat-punat kawalan. Rekaannya turut melindungi batang kemudi dan layar sesentuh daripada calar atau rosak apabila ditutup.

8. Super Charger

GoPro Hero5

Mempunyai dua lohong kuasa USB iaitu lohong USB-C (GoPro) dan lohong USB-A (telefon pintar).

USB-C mempercepatkan sehingga tiga kali ganda kuasa dalam masa kurang dua jam sesi pengecasan untuk GoPro Hero5 Black. Sementara Karma Grip pula mengambil dua jam masa pengecasan.

9. Dual Battery Charger

GoPro Hero5

Dwi-pengecasan untuk mengecas dua bateri dalam satu masa yang sama. Walau bagaimanapun, pembelian GoPro Hero5 Black hanya didatangkan bersama satu bateri.

10. Portable Power Pack

GoPro Hero5

Pembekal kuasa mudah alih GoPro Hero5 Black menyimpan kuasa sebesar 6,000mAh dengan dua lohong USB KELUAR dan satu lagi lohong USB MASUK.

Boleh mengisi atau mengecas semula GoPro Hero5 Black sebanyak empat kali. Paling istimewa, ia juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain seperti bateri dan telefon pintar.

BACA INI JUGA:

Sumber: Stail

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon