Wednesday, December 16, 2015

Nikita Mirzani Didakwa Sukarela Melacur!

Nikita Mirzani Didakwa Sukarela Melacur!

Pakar psikologi forensik terkenal Indonesia mendedahkan, pelakon dan model Nikita Mirzani menjual tubuh sebagai pelacur secara sukarela dan bukan menjadi mangsa sindiket pelacuran sebagaimana didakwanya.

Nikita Mirzani Melacur

Reza Indragiri Amriel yang juga penganalisis jenayah berkata, ketika ditahan dalam satu serbuan di hotel 5 bintang di Jakarta Pusat baru-baru ini, Nikita tidak memenuhi kriteria seorang mangsa eksploitasi sebagaimana disebut dalam undang-undang negara itu berkaitan Akta Pemerdagangan Manusia.

Antara ciri-ciri tersebut ialah mengalami penderitaan psikologi, mental, fizikal, seksual, ekonomi atau sosial akibat menjadi mangsa pihak lain yang melakukan jenayah.

“Adakah Nikita memenuhi kriteria orang yang dieksploitasi? Saya tidak rasa begitu. Hakikatnya ramai orang yang tidak kisah melacur demi wang,” ujar Reza.

Nikita yang sinonim dengan imej seksi dan bertatoo, dicekup polis jam 9 malam Jumaat lalu di salah sebuah bilik di Hotel Indonesia Kempinski ketika dipercayai sedang menanti pelanggannya tiba.

Turut ditahan dalam serbuan itu adalah dua suspek termasuk pengurus Nikita yang dipercayai dalang yang mengatur urusniaga kotor tersebut.

Nikita bagaimanapun berkeras menyatakan dia tidak berada dalam bilik hotel itu untuk melacur ketika diserbu sebaliknya sedang mencuba pakaian yang baharu dibeli sementara menanti seorang wanita bernama Cici yang mahu menawarkannya kerja sebagai emcee majlis.

BACA INI JUGA: Senarai 10 Dara ‘Paling Mahal’ Di Dunia

Sumber: Mynewshub.cc

Najib Kata Derma Tak Salah?! SPRM Kata Rasuah!

Najib Kata Derma Tak Salah?! SPRM Kata Rasuah!

Kali ini, kita cuma mahu mengulangi apa yang Najib sebut dalam program wawancara minggu lepas di mana Najib cuba menjelaskan isu RM2.6 bilion. [Video]

Rasuah+Najib

Najib berkata, "...mereka juga menganggap ini bukan sebagai satu rasuah, ini sebagai satu donation, ini sebagai satu gift. Kalau donation, kalau satu derma... ini tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang."

Kalau pro Najib tak faham, donation itu maksudnya derma. Gift itu maksudnya hadiah. Dan kedua-duanya ada disebut dalam seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, sebagai membawa maksud yang sama dengan SUAPAN.

“Suapan” ertinya –

Wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain..

Tapi Najib dengan selamba boleh bercakap di depan seluruh rakyat Malaysia bahawa Hadiah atau Derma tidak salah!?

Di bawah seksyen 23 pula -

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 50 pula menyatakan -

Seksyen 50: Anggapan dalam kesalahan tertentu

50 (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima, suapan itu hendaklah dianggap telah diterima…. secara rasuah melainkan jika akasnya dibuktikan.


Ya, SPRM ada mengeluarkan kenyataan pada awal bulan Ogos bahawa RM2.6 bilion itu adalah derma. Itu juga diulang sebut oleh Najib.

Tapi SPRM tidak kata yang Derma itu bukan satu bentuk rasuah! SPRM cuma kata ia adalah derma bersandarkan surat dari sipengirim dana.

Samada derma itu satu bentuk rasuah atau tidak, ia MASIH dalam siasatan. Tapi Najib telah mendahului siasatan pihak SPRM dengan mendakwa derma yang diterimanya itu bukan rasuah atau bukan satu kesalahan.

Makanya pihak SPRM wajar berikan pencerahan.

Cakap Tak Serupa Bikin

“Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..” – Najib Razak, 27 February 2012

“Do not resort to money or abuse of power, launch personal attacks and so on..” – Najib Razak, 21 September 2013

Dalam bahasa pasar, hampir pasti orang yang mendengar kata-kata di atas akan menjawab dengan – “Perdana Menteri bercakap tak serupa bikin”.

Ini kerana di dalam tahun 2013 juga, beliau telah menerima wang sebanyak RM2,600 juta di dalam akaun peribadinya. Umum disogokkan dengan cerita bahawa ianya digunakan untuk tujuan pilihanraya 2013.

Jika guru kencing berdiri, maka murid kencing berlari. Akhir-akhir ini media disogokkan dengan keterangan dari pemimpin pemimpin Umno yang tidak segan silu menerima wang untuk hal-ehwal kepentingan politik mereka.

Contohnya pengakuan dari Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad yang mengatakan penerimaan wang sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi Perdana Menteri adalah perkara biasa, kerana itu adalah untuk menguruskan kawasan parlimen dan hal ehwal politik beliau!

Patutlah beliau beria-ia mempertahankan kemasukan RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib Razak hingga sempat untuk menjawab kritikan mengenainya.

Bagaimana mungkin seseorang terpelajar seperti Shahrir Samad dan Najib Razak tidak tahu akan undang undang negara Malaysia?!

Ada yang mengatakan bahawa Najib Razak tidak bersalah kerana menerima derma tersebut kerana ianya adalah sedekah sumbangan dari Arab Saudi kepada beliau.

Soalan yang patut ditanya adalah, jika Najib Razak bukan perdana menteri Malaysia, adakah beliau boleh mendapat hadiah wang sebanyak itu?

Sudah sampai masanya untuk ahli-ahli politik di Malaysia untuk mengambil kursus mengenai rasuah kerana rata-rata dari mereka yang tidak tahu apa sebenarnya rasuah dan politik wang.

Selama ini mereka hidup disulami mimpi indah bermandikan wang ringgit, melakukan sesuatu perkara tanpa mengetahui apa itu yang boleh dianggap rasuah.

Malah, mereka menganggap tidak mengapa jika berbillion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi seorang ahli Parlimen.

Betullah kata kata Tun Dr. Mahathir bahawa undang undang Malaysia sudah terbalik. Yang haram telah dihalalkan.

Jika Malaysia mahu berperangai seperti negara yang tidak endah kepada undang-undang dan bermoral rendah, maka mereka akan menganggap bahawa kita dan ekonomi kita patut dikategorikan sama taraf dengan republik pisang atau ‘failed state’.

Cukup-cukuplah berkelakuan seperti orang yang buta hati.

BACA INI JUGA: 'Malaysia Menjadi Begitu Hina Oleh Perdana Menterinya Sendiri!'

Sumber: jebatmustdie

Tuesday, December 15, 2015

Manusia Yang Membuang Masa Orang Lain Adalah Pencuri!

Manusia Yang Membuang Masa Orang Lain Adalah Pencuri!

Suatu hari seorang pelanggan lelaki masuk ke dalam sebuah kedai buku di Philadelphia, Amerika Syarikat. Dia tertarik dengan sebuah buku dan bercadang untuk membelinya.

Membuang masa

Buku itu berharga satu dolar. Pelanggan tersebut tidak berpuas hati dengan harga buku itu. Lalu dia meminta petugas kaunter untuk memanggil pemilik kedai.

"Maaf, tuan saya sedang sibuk di ruang belakang", beritahu petugas.

Tetapi, pelanggan itu tidak puas hati. Dia tetap berkeras mahu bertemu empunya kedai. Niatnya satu, mahu meminta kurang harga buku itu daripada pemiliknya sendiri.

Dengan rasa bersalah, petugas itu terpaksa memanggil majikannya. Keluarlah seorang lelaki separuh botak, berwajah serius.

"Berapa harga terendah yang boleh anda berikan untuk saya?" tanya pelanggan itu sambil menunjukkan buku di tangannya kepada lelaki itu.

"Satu dolar suku!", jawab lelaki tersebut.

"Ha! Satu dolar suku? Sedangkan tadi petugas anda memberi harga hanya satu dolar", tanya pelanggan itu terkejut.

"Benar. Tadi sepatutnya saya mendapat satu dolar sebelum meninggalkan kerja saya", jawab lelaki itu.

Merasakan pemilik kedai itu sekadar bergurau, pelanggan itu bertanya lagi: "Okey. Beritahu yang sebenarnya, berapa harga terendah boleh anda berikan untuk buku ini?".

Dengan wajah serius, lelaki itu menjawab: "Satu dolar setengah!"

"Apa? Bukankah tadi anda tawarkan satu dolar suku?" tanya pelanggan itu yang semakin terkejut dengan jawapan yang diterimanya. Semakin ditanya semakin mahal jadinya harga buku tersebut.

"Benar. Tadi saya boleh mendapat satu dolar suku. Dan sekarang ini, saya mahukan satu dolar setengah!" tegas lelaki itu memberi jawapan. MASA ITU WANG!

Pelanggan itu tidak berani lagi bertanya. Lantas dia mengeluarkan wang dan membayar harga buku seperti dipinta lelaki itu dengan wajah mencuka.

Dalam masa yang sama, barulah dia belajar bahawa orang yang membuang waktunya sendiri untuk perkara yang tidak berfaedah adalah seorang yang bodoh. Dan orang yang membuang masa orang lain adalah pencuri!

Time-is-Money

Dia belajar perkara itu daripada lelaki berkepala separuh botak, pemilik kedai tersebut. Lelaki itu memang sangat dikenali menghargai waktunya.

Baginya, setiap waktu yang berjalan sangat berharga dan tidak patut dibazirkan untuk perkara yang sia-sia.

Kerana itulah lelaki tersebut menjadi antara tokoh yang sangat berpengaruh dalam sejarah sebagai penulis, ilmuwan dan pemimpin revolusi di Amerika Syarikat, pemilik kedai itu bernama, Benjamin Franklin!

Sikap terpujinya menghargai waktu itu menyebabkan kehidupan pemimpin dan pengasas Revolusi Amerika Syarikat ini cemerlang dan berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburinya bermula sebagai seorang wartawan, penerbit, penulis, ahli falsafah dan politik sehinggalah menjadi seorang diplomat dan negarawan terkemuka!

BACA INI JUGA: Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 14, 2015

Polterabend, Budaya Pelik Memecahkan Pinggan Sebagai Doa Kebahagiaan Pengantin

Polterabend, Budaya Pelik Memecahkan Pinggan Sebagai Doa Kebahagiaan Pengantin

Setiap pengantin baru mengharapkan majlis perkahwinan berjalan lancar dengan diiringi doa dan ucapan selamat.

Polterabend

Peliknya, di Jerman lain pula ceritanya. Tetamu dan ahli keluarga yang hadir akan membuat kecoh dengan memecahkan pinggan sebagai mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

Bukan hanya pinggan, tetamu juga dibolehkan memecahkan cawan, mangkuk, barang perhiasan seperti pasu bunga, jubin, sinki, tandas atau apa saja benda yang diperbuat daripada porselin.

Porselin ialah bahan keras berwarna putih dan lut sinar yang dihasilkan daripada tanah liat halus.

Jika dilihat pada kos, perbuatan ini seakan merugikan pasangan pengantin kerana barang-barang berkenaan mungkin mahal harganya.

Apatah lagi jika melibatkan pembaikan semula segala kerosakan barang-barang porselin di dalam rumah.

Ditambah pula, pasangan pengantin lazimnya memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk memulakan kehidupan baru.

Jadi, acara seperti ini mungkin agak membebankan kedua-dua mempelai. Itu barangkali sebahagian pendapat orang luar selepas melihat acara memecahkan pinggan yang dilakukan masyarakat Jerman.

Namun, bagi pasangan pengantin di Jerman, wang bukan masalahnya kerana ia merupakan adat yang perlu diteruskan untuk menghormati nenek moyang mereka.

Itulah sebabnya kenapa budaya yang dipanggil sebagai Polterabend ini masih diamalkan sampai sekarang.

Orang Jerman mengamalkan budaya unik ini bermula seawal tahun 1517. Istilah Polterabend berasal daripada bahasa Jerman iaitu 'poltern' yang bermaksud membuat raket. Manakala 'abend' pula membawa erti petang.

Polterabend [2]

Idea asal tradisi ini adalah untuk membuat bunyi bising. Dengan tujuan melindungi pasangan pengantin muda daripada gangguan hantu atau roh-roh jahat.

Ia merupakan perbuatan yang serupa seperti dilakukan oleh orang Britain di mana mereka mengikat sejumlah tin kosong di belakang kereta pengantin.

Bagaimanapun, generasi baru telah mengubah adat Polterabend menjadi parti tradisional untuk meraikan bakal pengantin.

Sehari sebelum majlis perkahwinan, Polterabend akan diadakan di rumah ibu bapa pengantin atau ruang terbuka di mana semua orang boleh menyertainya.

Pun begitu, bukan semua kenalan dijemput menghadiri pesta tersebut. Hanya tetamu yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pada hari perkahwinan saja dialu-alukan datang ke acara Polterabend.

Oleh kerana Polterabend bukan majlis rasmi, tiada kad undangan diberikan kepada bakal tetamu. Biasanya pelawaan cuma melalui mulut saja.

Tetamu yang hadir juga hanya memakai pakaian kasual dan tidak membawa apa-apa hadian. Namun, tetamu tidak dilarang sekiranya para jemputan memberikan hadiah kepada pengantin.

Ada kalanya, tetamu bukan hanya membawa hadia tetapi mereka turut membawa bersama barang porselin sendiri. Apabila tiba di pesta Polterabend, tetamu jemputan akan memecahkannya di depan pintu masuk rumah pengantin.

Mereka percaya bahawa perbuatan pelik itu bakal membawa tuah kepada pengantin. Cara itu juga sebagai tanda ucapan selamat meninggalkan zaman bujang buat kedua mempelai.

Sejurus majlis Polterabend selesai, kedua-dua mempelai perlu membersihkan serpihan taburan porselin. Tujuan pembersihan ini bukanlah untuk membuli pengantin, tapi segala yang dilakukan itu ada ceritanya tersendiri.

Masyarakat Jerman percaya cara itu mampu menyedarkan pasangan pengantin bahawa kehidupan berumah tangga akan menjadi lebih sukar kerana tugas dan tanggungjawab yang lebih berat bakal menanti mereka.

Sebenarnya mesej yang lebih penting dari itu ialah, pasangan suami isteri harus saling bekerjasama mengatasi permasalahan rumah tangga.

Itulah sebabnya mengapa mereka harus bekerjasama membersihkan serpihan porselin sejurus pesta meraikan hari bersejarah mereka tamat.

Dilaporkan, walaupun tetamu dibolehkan membuat kecoh dengan memecahkan barangan porselin milik keluarga pengantin, itu tidak bermakna tetamu boleh melakukan apa saja.

Tetamu tetap dikenakan syarat untuk tidak memecahkan mana-mana barangan kaca seperti gelas atau cermin.

Polterabend [3]

Dalam tradisi Polterabend, kaca dianggap barang terlarang sepanjang majlis berlangsung. Ini kerana kaca dipercayai mewakili kesejahteraan dan kebahagiaan.

Justeru, memecahkan benda rapuh itu adalah sangat-sangat ditegah kerana perbuatan tersebut dikhuatiri bakal mendatangkan malapetaka kepada kedua-dua mempelai.

Nasib malang yang menimpa pengantin dikatakan bukan sehari dua, tetapi ia bakal berlangsung sehingga tujuh tahun lamanya.

Dengan erti kata lain, ia umpama mendoakan perkara tidak elok buat pengantin baru sepanjang mereka melayari alam rumah tangga.

BACA INI JUGA: Budaya Pelik Perkahwinan Mayat Di China

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, December 13, 2015

Sindrom Williams, Penyakit Terlebih Mesra

Sindrom Williams, Penyakit Terlebih Mesra

Sindrom Williams ialah sejenis penyakit berkaitan genetik yang muncul ketika bayi dilahirkan.

Williams syndrome

Setiap bayi yang baru lahir berpotensi menghidap penyakit yang jarang sekali kita dengar ini. Biasanya gejala sindrom ini boleh dikesan sejak bayi berada dalam kandungan lagi.

Diklasifikasikan sebagai salah satu masalah perubatan melibatkan penyakit kardiovaskular, gejala Sindrom Williams turut membantutkan pertumbuhan dan perkembangan bayi, mengakibatkan ketidakupayaan pembelajaran.

Berdasarkan maklumat daripada Williams Syndrome Association, nisbah untuk kebarangkalian bayi menghidap sindrom ini ialah 1 daripada 10 ribu orang diseluruh dunia.

Kebanyakan kanak-kanak sindrom ini mempunyai persamaan pada wajah mereka. Hidung yang sedikit kecil tetapi terjuih keatas, bibir lebih lebar, dagu yang kecil serta keadaan mata yang sedikit sembap.

Sungguhpun dikelaskan sebagai penyakit genetik, Sindrom Williams bukanlah penyakit yang diwarisi daripada ibu bapa.

Sebaliknya sebahagian daripada cebisan kromosom nombor tujuh yang memproses protein bagi menghasilkan elastin telah hilang.

Kromosom

Williams syndrome - Kromosom

Setiap manusia mempunyai 46 jenis kromosom yang menyimpan lebih tiga ribu gen didalamnya.

Apabila berlaku kecacatan pada kromosom, secara tidak langsung akan memberi komplikasi terhadap tubuh termasuk jantung.

Ditemui buat kali pertama oleh Doktor J. Williams sekitar tahun 1965, penghidap sindrom ini mengalami kesukaran untuk bercakap.

Apabila mereka membesar, golongan ini menghadapi masalah dengan ruang, nombor dan keadaan abstrak membuatkan mereka sukar untuk bekerja.

Sangat mesra

Williams syndrome - Music

Seperkara yang unik mengenai penghidap Sindrom Williams ialah golongan ini sangat mudah mesra.

Kanak-kanak penghidap Sindrom Williams amat memerlukan perhatian daripada ibu bapa kerana mereka tidak takut kepada orang asing yang tidak dikenali.

Kanak-kanak penghidap sindrom ini akan cuba mencari perhatian daripada orang asing yang berada berhampiran dengan menghulurkan tangan minta didukung. Sesiapa saja yang lalu dihadapan mereka juga akan disapa dengan ramah.

Selain mudah ketawa serta peramah, memori pendengaran mereka juga sangat tinggi. Mereka juga mempunyai potensi cemerlang dalam muzik dan meminati bunyi-bunyian.

Namun, mereka mudah berasa cemas dan sensitif kepada bunyi bising yang datang secara tiba-tiba seperti bunyi deruman enjin kereta yang kuat, begitu juga bunyi speaker yang mengeluarkan frekuensi yang tinggi.

BACA INI JUGA: Pelik! Tradisi Membiarkan Mayat Reput Dibawah Pokok

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, December 12, 2015

11 Cara Bebas Daripada Status Muflis Gaya David Cheang

11 Cara Bebas Daripada Status Muflis Gaya David Cheang

Kegagalan itu langkah ke arah kejayaan yang lebih bermakna. Tanpa kegagalan, seseorang itu tidak mempunyai momentum yang kuat untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Ini kerana berasa tiada keperluan tersebut setelah berada di dalam zon selesa.

Asian 1997 Crisis

Kebelakangan ini, ramai golongan muda diisytihar muflis. Usia mereka di antara 21 hingga 40 tahun.

Muflis atau bangkrap adalah satu status yang paling ditakuti kerana ia lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan.

Ramai menjadi tertekan dengan dugaan status muflis. Adakah hidup mereka akan selamanya suram?

Ini David Cheang. Dia memegang status muflis hampir 10 tahun. Dia muflis bukan kerana tidak tahu pengurusan kewangan atau berbelanja mengikut nafsu dan jenama.

Dia muflis kerana menjadi penjamin kepada kedua ibubapanya yang telah meminjam beberapa juta dollar untuk perniagaan peralatan elektrik. Perniagaan tersebut gagal bertahan semasa krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1997.

Namun begitu, status muflis yang dipikulnya itu tidak menghalang dia untuk menjadi seorang yang berjaya dan kaya.

Malah, status muflis itu telah menjadi satu momentum yang kuat kepada dirinya. Dia berazam untuk menanggalkan status muflis yang telah terpalit.

Lalu dia merancang jalan keluar dan berusaha bersungguh-sungguh sepertimana teori tebu yang telah menjadi salah satu prinsip hidupnya.

Siapakah David Cheang?

Pada usia 4 tahun, dia masih tidak boleh bercakap. Di Tahun 5, dia mendapat tempat terakhir di dalam kelas. Keluarganya miskin dan dia mempunyai sedikit kawan.

Pada tahun 1983, keluarganya buka kedai elektronik. Bisnes berkembang baik. Dia dan keluarga berpindah dari rumah kedai HDB ke rumah teres berkembar pada tahun 1990.

Masalah mula melanda keluarganya apabila krisis kewangan Asia berlaku pada tahun 1997. Ia satu kejutan besar buat keluarganya. Tambahan pula, ayahnya kena strok.

Bagi mengharungi hidup, mereka sekeluarga perlu ‘downsize’ segalanya termasuk rumah teres berkembar mereka yang dijual semula untuk membayar hutang.

David Cheang, anak sulung daripada tiga orang adik-beradik telah menjadi penjamin untuk pinjaman yang dibuat oleh ibubapanya.

Kegagalan membayar balik hutang tersebut telah menyebabkan mereka diisytihar muflis termasuk David Cheang. Semua itu berlaku ketika dia berusia awal 20-an.

David Cheang Kaya

Kini, dia boleh berbangga kerana berjaya menjadi bekas muflis pada tahun 2013. Bagaimanakah dia melakukannya?

11 Cara Bebas Daripada Status Muflis Gaya David Cheang

1. Rancangan Realistik

Semasa menyertai Perkhidmatan Negara (National Service), dia memutuskan untuk memasuki bidang hartanah sebagai agen hartanah di Dennis Wee Group.

Dia memilih industri hartanah kerana peluang mendapat komisyen yang banyak dalam masa yang singkat. Ia sesuai dengan keadaan keluarganya yang memerlukan wang.

2. Bekerja Lebih Masa

Tiga tahun pertama dalam kerjayanya, dia bekerja lebih 18 jam sehari dengan menghubungi prospek dan mengedarkan kad bisnes kepada orang ramai di lif.

3. Teori Tebu

Dia pernah nampak seorang makcik sedang memasukkan batang tebu ke dalam mesin. Apabila tebu itu diperah, banyak jus keluar.

Dia mula memahami, sekiranya kita bekerja kuat dan bersungguh-sungguh, kita akan berjaya.

4. Tidak Malu

Dia berbasikal ke tempat kerja kerana tidak mampu memiliki kereta. Selain itu, dia turut menggunakan van buruk untuk perjalanan yang lebih jauh.

Dia turut mengedarkan kad bisnes kepada ramai orang termasuk meminta bantuan pengawal sekiranya ada orang mahu membeli atau mencari hartanah, tolong berikan kad bisnes dia kepada mereka.

5. Berkualiti

David meningkat naik melalui pangkat di syarikat tempat dia bekerja. Dalam masa 8 tahun dia berjaya menjadi top senior vice-president.

Dia turut berpindah ke beberapa syarikat dan memegang jawatan penting. Di antaranya dia pernah menguruskan 800 orang agen.

Segala pengalaman berkualiti ini menyediakan diri dia menjadi seorang ketua syarikat yang berkaliber.

6. Tetapkan Matlamat

Pada tahun 2000, dia bermula sebagai agen hartanah. Waktu itu dia tahu dia mahu memiliki empayar bisnesnya sendiri.

Pada tahun 2013, setelah bebas daripada status muflis, David membangunkan syarikatnya sendiri, DC13 iaitu sebuah syarikat pembinaan hartanah.

Projek terbarunya ialah Seaview Villa, rumah tiga tingkat semi detached di Pasir Ris.

7. Kepentingan Pelajaran

Meskipun dia muflis, keluarga jatuh miskin, ayah sakit dan pelbagai masalah melanda, dia tetap meneruskan pelajarannya sehingga dia berjaya memperolehi Diploma Kejuruteraan Kualiti dari Temasek Polytechnic pada tahun 1998 dan Ijazah Ekonomi dan Pengurusan dari Singapore Institute of Management and the University of London.

8. Tidak Putus Asa

Setiap kali dia mendapat wang, wang itu akan digunakan untuk membayar hutang-hutang. Maka, wang hanya singgah sekejap di poketnya tetapi keadaan itu tidak membuatkan dia berasa putus asa atau sia-sia. Dia teruskan sehingga berjaya langsaikan segala hutang keluarganya.

9. I’m Possible

Klien pertama David ialah seorang perempuan yang mahu menjual apartment yang tiada lif dan keadaan yang teruk.

Dia tetap cuba menjualnya meskipun orang kata agak mustahil untuk menjual rumah sebegitu. Selepas 3 bulan, dia berjaya menjual rumah tersebut.

10. Dahagakan Penghargaan

David suka akan pengiktirafan atau penghargaan. Semasa zaman sekolahnya, dia seorang pelajar bermasalah menjadi seorang yang bersemangat untuk belajar selepas dilantik sebagai pengawas sekolah.

Suntikan semangat yang sama diaplikasikan oleh David untuk kerjayanya. Dari 2000 hingga 2003, dia menerima pelbagai anugerah seperti Top Rookie, Top Manager, Top Career Manager (Recruitment), Top Commission Earner, Top Commercial Agent dan Top Producer of the Year.

11. Berjimat

Dia hanya makan roti kerana mahu berjimat. Malah berbasikal untuk mengelakkan dirinya di caj ERP dan caj tempat letak kereta.

BACA INI JUGA: Kisah Mr Vios Dan Pakcik Kaya

Sumber: Thevocket

Rawatan dan Pencegahan Penyakit Gout

Rawatan dan Pencegahan Penyakit Gout

Keutamaan utama bagi pesakit gout adalah untuk melegakan kesakitan dan menghentikan krisis yang teruk. NSAID (nonsteroidal ubat anti-radang) seperti indomethacin, diclofenac, ketoprofen, dan naproxen adalah bentuk utama rawatan.

Penyakit Gout

Ubat ini membantu untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan. Satu lagi ubat yang dipanggil colchicine boleh melegakan sakit sendi selepas hanya 12 jam, dan juga menghentikan krisis dalam 36-48 jam.

Walaubagaimanapun ia menyebabkan kesan sampingan, seperti cirit-birit dan muntah-muntah, yang menghadkan penggunaannya dalam sesetengah pesakit.

Kortikosteroid, yang boleh disuntik terus ke dalam sendi atau diambil secara lisan, boleh mengurangkan keradangan.

Dalam kes gout berulang atau kronik, rawatan harian menggunakan colchicine boleh mencegah serangan masa depan, tetapi ia tidak boleh menghalang kerosakan sendi yang disebabkan oleh asid urik.

Atas sebab ini, dadah yang merendahkan asid urik darah, contohnya allopurinol, probenecid atau sulfinpyrazone, sangat berkesan terhadap serangan berulang dan kerosakan sendi. Antara ubat-ubatan ini, allopurinol adalah yang paling kerap digunakan.

Salah satu faedah lain ubat-ubatan ini adalah bahawa mereka tidak memerlukan perubahan besar dalam diet. Satu lagi ubat, febuxostat boleh diambil yang bukan allopurinol dan ia menyebabkan kesan sampingan atau jika ia tidak berkesan.

Pencegahan merupakan satu bahagian sama penting daripada rawatan gout. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat, mengelakkan tekanan darah tinggi dan minum sekurang-kurangnya tiga liter cecair (sebaik-baiknya air) setiap hari untuk mengelakkan sawan.

Krisis boleh dielakkan dengan mengurangkan penggunaan pelbagai produk: minuman yang menyebabkan dehidrasi, seperti alkohol (bir, wain, dan lain-lain.), kopi, teh dan koko; protein haiwan seperti makanan laut, hati, buah pinggang, jantung, hempedal, roti manis, ekstrak daging dan jus daging; sayur-sayuran seperti bayam dan kacang.

Diagnosis dan rawatan awal sebenarnya lebih penting kerana ia tidak mustahil untuk menghapuskan gout, mencegah kerosakan sendi dan menjalani kehidupan yang normal.

Bila anda diserang penyakit gout sudah tentu perit kesakitannya akan menyebabkan anda mengeletar menahannya.

Kalau setakat kita bergerak baru terasa kesakitannya masih boleh di tahan, namun jika ia tetap berdenyut-denyut untuk satu masa yang panjang ia amat menyeksakan.

Antara petua lama yang boleh diamalkan ialah dengan mengambil sekitar 20 biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang segar anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.

Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambil pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.

Untuk membantu mengurangkan kesakitan terutama dibahagian sendi, anda bolehlah mengamalkan mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi.

Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).

Amalkan meminum air bersih yang banyak setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas 250ml sehari. Air akan menjadi pelincir yang baik untuk mengeluarkan asid urik berlebihan didalam darah.

Ia juga membantu anda mengelak dari penyakit batu karang yang seringkali menyerang mereka yang mengalami penyakit gout.

Minuman herba seperti teh hijau juga amat membantu dalam mengatasi masalah penyakit gout. Begitu juga menurunkan berat badan akan memberikan kebaikan dan kelebihan dalam mengurangkan kesan kesakitan penyakit gout.

BACA INI JUGA: Herba Penawar Mujarab Penyakit Gout

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, December 11, 2015

Video Reaksi Spontan Apabila Dipuji Cantik

Video Reaksi Spontan Apabila Dipuji Cantik

Seorang pelajar perempuan, Shea Glover, 18 tahun, dari sekolah tinggi Amerika Syarikat pada mulanya hanya mahu menjalankan satu projek bebas.

Shea Glover

Namun, ia akhirnya bertukar menjadi eksperimen sosial kerana sambutan yang diterima olehnya.

Sebelum Glover merakam wajah-wajah pelajar sekolah tinggi di Chicago itu, dia menyebut ayat ini kepada mereka, “I am taking pictures of things I find beautiful”.

Sungguh tak sangka reaksi balas pelajar-pelajar sekolah tinggi itu apabila Glover berkata demikian kepada mereka.

Ia benar-benar reaksi spontan dan jujur yang menyentuh hati.

Jom lihat video rakaman Glover.

BACA INI JUGA: Guru Korea Yang Terlalu Cantik, Pelajar Rajin Ke Sekolah!



Sumber: Mynewshub.cc

15 Bukti Keimanan

15 Bukti Keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a. berkata, aku datang kepada Rasulullah SAW dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami memberi salam dan beliau tertarik sehingga baginda bertanya, "Siapakah kamu ini?

15 Bukti Keimanan

Jawab kami, Kami adalah orang beriman."

Kemudian, baginda bertanya, :Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu?"

Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasa sejak zaman jahiliah."

Tanya Nabi SAW, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada kitab, percaya kepada Rasul dan percaya kepada qada dan qadar.

Nabi SAW bertanya lagi, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan-Nya, mewajibkan kami mendirikan solat, mengerjakan puasa dibulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bila mampu.

Tanya Nabi SAW lagi, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasa sejak zaman jahiliah?"

Jawab mereka, "Bersyukur diwaktu senang, bersabar diwaktu kesusahan, berani diwaktu perang, redha apabila diberikan ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa musuh."

Mendengar ucapan mereka yang begitu menarik ini, Nabi SAW berkata, "Sungguh kamu ini termasuk didalam kaum yang amat pandai dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara. Hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan apa yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi SAW berkata, "Mahukah kamu aku tunjukkan lima amalan yang akan menyempurnakan apa yang kamu katakan tadi?"

"Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu diami. Janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan dan berusahalah kamu untuk mencari bekalan untuk ke akhirat."

BACA INI JUGA: Akhirnya Telah Lengkap Tanda-tanda Kiamat Kecil

-Sentiasapanas.com

Thursday, December 10, 2015

6 Kesilapan Lelaki Tentang 'Hubungan Asmara'

6 Kesilapan Lelaki Tentang 'Hubungan Asmara'

Lelaki tahu segalanya tentang wanita? Mungkin silap percaturannya isu ini. Kerana setelah bertahun-tahun, anda masih samar-samar tentang hubungan intim dan juga sukar melenyapkan kekeliruan kala bersama dengan pasangan.

Seks

Ini boleh mengundang kesilapan seks! Lelaki cenderung memikirkan diri sendiri ketika melakonkannya. Wanita pula sering bersikap malu-malu mahu mengatakan adegan pilihan mereka.

1. Anda Tahu Apa Dia Mahu

Lelaki sering mengandaikan bahawa setiap wanita menyukai sesuatu yang sama. Inilah kesalahan paling ketara!

Ingat, setiap wanita berbeza antara satu dengan yang lain. Berfikir matang secara seksual, bila tidak semua wanita sama, maka kehendak seks juga nyata berbeza.

Ini bukan sahaja boleh dikaitkan dengan seks, begitu juga dalam perhubungan. Lebih bijak jika anda berdua bersikap terbuka dan cuba memahami kehendak sesama sendiri.

2. Anda Ada Apa Dia Mahu

Anda berdua memang pelakon yang mesti ada dalam setiap adegan, namun tidak selalunya ia berjaya. Anda berdua mungkin memerlukan "alat bantuan". Lokasi, pakaian, suasana dan sebagainya memainkan peranan penting.

Paling berjaya, jika kamu pandai mengambil hati pasangan. Buat si dia berasa gembira dan selesa sepanjang hari. Bermanja juga leraikan permasalahan di minda.

Jika "ajakan" anda diterima dengan hati terbuka juga minda tenang dan kosong, perjalanan cinta pasti lebih menyenangkan.

3. Nikmat Seks Sama

Kecenderungan untuk berselisih faham tentang seks berlaku setiap kali selepas bersetubuh. Wanita biasanya terlalu menjaga perasaan lelaki dan ini memberi keyakinan pada pasangan bahawa dia telah memberi nikmat seks yang sama seperti dirasainya. Di sinilah titik kesilapan bermula.

Tanpa komunikasi segalanya seakan mati. Lelaki juga harus peka. Adakah dia benar-benar menikmatinya atau cuba merahsiakan sesuatu?

Ada wanita yang menginginkan seks oral lebih dari permainan asas. Bereksperimenlah, kamu bakal mengesannya nanti.

4. Pakar Tentang Tubuh dan Anatominya

Ya, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa lelaki arif tentang lokasi aset wanita namun ini tidak membuktikan lelaki benar-benar memahami fungsi dan rasanya apabila disentuh. Ada lelaki yang kurang mahir bila menyentuh bahagian-bahagian sulit wanita.

Bagaimana pula reaksi pasangan anda apabila sentuhan terkena bahagian sensitifnya? Majoriti gemarkannya, minoriti menolaknya. Ada kalanya wanita lebih terarah kepada rangsangan tidak langsung.

Bagaimana mahu mengetahui kesukaannya? Go, ask her!

5. Basah = Mengasyikkan

Biasanya kala bersetubuh, lelaki akan sedikit turn off jika wanita tidak cukup basah. Usah gusar. Mitos, jika kamu sedang berahi, situasi basah tidak semestinya terjadi pada setiap wanita.

Sesetengah wanita cenderung untuk lebih basah daripada wanita lain. Ini bergantung kepada kondisi tubuh wanita itu sendiri.

Ia boleh berubah dari hari ke hari mengikut fasa kitaran haid juga pengaruh lain seperti kesan ubat-ubatan juga tahap tekanan yang dialami.

6. Diam itu Emas?

Lelaki biasanya akan diam kala mengadakan hubungan intim kerana tumpuan hanya difokuskan kepada nikmat yang dirasainya.

Tetapi apabila wanita mula bersuara, seperti biasa, lelaki akan mula berandaian dan soalan mula dikemukakan 'apa yang menyeronokkan dan menyakitkan wanita?'

Hargai tindak balasnya! "Saya rasa, beginilah yang saya mahukan," perbualan beginilah yang akan dapat membantu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Wednesday, December 09, 2015

Misteri Lapisan Plasma Angkasa

Misteri Lapisan Plasma Angkasa

Plasma angkasa atau juga lebih dikenali sebagai gelembung plasma adalah satu lapisan misteri yang boleh muncul di ionosfera daripada ketinggian 90 kilometer hingga beribu kilometer.

Plasma Angkasa [2]
Gambar ilustrasi struktur plasma tubular di magnetosfera bumi.

Gelembung plasma tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya melalui radar khas.

Kehadiran gelembung plasma akan mengakibatkan gangguan kepada komunikasi radio dan sistem navigasi di bumi dengan cara melemahkan atau melenyapkan bacaan dan isyarat yang dihantar dari satu lokasi ke lokasi lain.

Gangguan ini akan menyebabkan kegagalan sistem navigasi dan alat radio komunikasi apabila isyarat atau maklumat yang dihantar memasuki kawasan yang terlibat dengan gelembung plasma.

Gelembung plasma selalunya terjadi pada waktu malam selepas matahari terbenam sekitar jam 9 hingga 10 malam sehingga sebelum matahari terbit.

Ianya terjadi kerana plasma yang mengandungi zarah bercas didalam lapisan ionosfera menjadi tidak stabil semasa ketiadaan cahaya matahari.

Semasa matahari terbenam, zarah-zarah dibawah permukaan ionosfera akan bergabung dengan pantas. Hasilnya, berlakulah ruang-ruang kosong diantara plasma.

Tanpa bantuan cahaya matahari, bilangan plasma yang sepatutnya dihasilkan melalui proses pengionan tidak dapat dihasilkan untuk mengisi kekosongan menyebabkan terjadinya gangguan plasma angkasa.

Keadaan plasma angkasa juga sama seperti lapisan minyak yang terperangkap dibawah lapisan air.

Ketumpatan plasma dipermukaan bawah lebih rendah daripada permukaan atas. Oleh itu, plasma dipermukaan bawah akan bergerak ke permukaan atas sama seperti buih.

Kewujudan gelembung plasma adalah bermusim. Ia biasanya lebih kerap dilihat pada bulan Mac dan September sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan pengkaji sehingga kini adalah, mengapa kehadirannya pada bulan Mac dan September tidak menentu walaupun dikira mempunyai faktor dan penyebab yang serupa?

Plasma Angkasa
Gangguan kepada peralatan.

Gelembung plasma juga hanya terdapat dilangit-langit yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa sahaja.

Di Malaysia sendiri, rekod dan data yang ada menunjukkan kehadiran gelembung plasma dapat dilihat sepanjang tahun tetapi lebih kerap pada bulan Mac dan September bermula pada ketinggian 250 kilometer sehingga 600 kilometer.

Saiz gelembung plasma itu juga boleh jadi sekecil-kecil inci kepada ribuan kilometer yang akan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Misteri gelembung plasma ini sebenarnya sudah dikaji lebih 80 tahun, namun masih belum ada jawapan mengapa gelembung ini boleh muncul secara tiba-tiba tanpa sebarang petunjuk awal.

Maklumat yang ada pada hari ini adalah teori-teori yang dibuat oleh pakar untuk mengungkai misteri disebalik kemunculan gelembung plasma ini.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

-SENTIASAPANAS.COM