Wednesday, December 02, 2015

Guru Korea Yang Terlalu Cantik, Pelajar Rajin Ke Sekolah!


Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.

Lee Nayeong

Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.

Lee Nayeong [2]

Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.

Lee Nayeong, sepatutnya menjadi seorang artis hiburan berbanding berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu cantik ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pengajar paling cantik di Korea Selatan.

Lee Nayeong [3]
Selama ini, kecantikan gadis Korea selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah yang terbaik di dunia.

Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan semulajadi sejak kecil sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang cantik secara semula jadi itu.

Lee Nayeong [4]

Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan terkenal, Miss Korea.

Lee Nayeong [5]

Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan. –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: 10 Pelakon Wanita Korea Paling Popular 2015

7 comments

  1. Kalau macam ni, mengajar sekolah tadika pun, budak2nya tak nak ponteng...hehe

    ReplyDelete
  2. alamak..patutlah..datang rajin2 lepas tu pandai2 betul2 hebat kan SP.

    ReplyDelete
  3. Hahaha...cikgu cantik nie...
    Prestasi akademik naik tak pe...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup setuju dgn c akak, cik akak cantik kan..

      Delete
  4. SP mana pula entri kalau guru tu hensem mancho..bagi share tak aci lah wanita guru cantik ja..ada ooo kes guru hensem kene buru pula pelajar perempuan...apa kata Sp cari ...))

    ReplyDelete
  5. Cikgu cantik kelas mesti penuh.
    Time Mrs. A form five dulu ada seorang cikgu praktikal yang cantik (chinese) memang kelas dia selalu full house pelajar lelaki jarang yang ponteng.
    Kalau cikgu-cikgu lain tu semedang pelajar lelaki ponteng lepak pondok kata kau

    ReplyDelete
  6. Bersemangat nak belajar bila dapat cikgu cantik.. ;)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon