Tuesday, December 08, 2015

Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!

Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!

Suhu paling rendah pernah dicatatkan adalah -71.2 darjah selsius pada tahun 1924, Oymyakon, sememangnya layak digelar perkampungan paling sejuk di dunia.

Oymyakon

Walaupun digelar kampung paling sejuk di dunia, Oymyakon sebenarnya membawa maksud air tidak membeku.

Nama itu diambil sempena kewujudan sebuah mata air panas suatu ketika dahulu dikawasan tersebut.

Walaupun hidup dalam suhu yang sangat sejuk, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dalam kekurangan nutrien.

Susu lembu, ikan air sejuk, rusa kutub dan kuda, merupakan sumber makanan utama penduduk disitu.

Oymyakon Fish

Dikhabarkan, jumlah penduduk yang tinggal di Oymyakon hanyalah sekitar 500 orang.

Bagi menyara hidup, penduduk Oymyakon melakukan pekerjaan seperti menternak haiwan, memburu dan menjadi nelayan.

Dan walaupun tinggal diperkampungan paling sejuk di dunia, kebanyakan penduduk memiliki tandas di luar rumah.

Penduduk Oymyakon hanya mengalami tiga jam waktu siang ketika musim sejuk. Keadaan ini berbeza ketika musim panas. Waktu siang lebih lama iaitu sekitar 21 jam. Suhu pada musim panas hanyalah 30 darjah selsius.

Oymyakon Car

Sementara itu, ketika musim sejuk, enjin kenderaan terpaksa dihidupkan semalaman. Ini kerana enjin kenderaan akan rosak akibat membeku kerana cuaca sejuk melampau.

Walau bagaimanapun, bukanlah semua kenderaan perlu dihidupkan sepanjang masa. Ianya bagi kenderaan yang tidak disimpan didalam garaj sahaja.

Selain itu, masalah utama lain berlaku apabila berlakunya kematian. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyelesaikan urusan pengebumian.

Tugas pertama yang perlu dilakukan adalah menyalakan unggun api untuk mencairkan tanah supaya mudah digali. Bara arang akan dimasukkan kedalam lubang secara berulang-ulang sehingga memuatkan saiz mayat ke dalam lubang.

Oymyakon Cloth

Suhu sejuk turut menyebabkan dakwat pen membeku. Pakaian yang dijemur juga menjadi keras.

Kebanyakan penduduk menggunakan unggun api sebagai penghasilan haba. Namun, sesetangah penduduk pula menggunakan pemanas moden sebagai alat bantuan haba.

Meskipun memiliki suhu rendah sepanjang tahun, Oymyakon sentiasa menerima kunjungan daripada pelancong luar.

Oymyakon visitors

Mereka ingin merasai sendiri pengalaman luar biasa ini, apatah lagi sejak mengetahui Oymyakon sebagai perkampungan paling sejuk di dunia!

BACA INI JUGA: 'Sesiapa Yang Ingin Melihat Syurga Dunia, Datanglah Ke Dubrovnik!'

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 07, 2015

World Class Coffee, Hadiah Blogger Etuza

World Class Coffee, Hadiah Blogger Etuza

Sangat terkejut petang ini apabila secara tiba-tiba seorang blogger yang sedang meningkat naik dari daerah Keningau tiba-tiba datang menyerahkan sendiri bungkusan hadiah yang dimenangi!

Hadiah+Cikgu+Etuza

Hadiah berupa 5 in 1 Premix Instant Coffee with Ginseng and Ginkgo Biloba Extract produk Elken, dengan World Class Coffee pada 'cop mohor' dihulur tangan oleh blogger ini yang lebih dikenali sebagai Cikgu Etuza dan blognya madey.blogspot.my.

Saya sebenarnya salah seorang diantara ramai blogger yang sangat bertuah kerana berjaya memenangi hadiah Komen Unggul Nov 2015 dari blogger yang sangat pemurah ini.

Hadiah+Blogger+Etuza [2]

Jadi, kalau nak tahu apa kelebihan produk ini dan banyak lagi barangan serta produk sihat yang amat bermanfaat, jangan lupa bertandang ke blog Cikgu Etuza.

Cikgu+Etuza

Juga, kalau nak menang pelbagai hadiah percuma dari blogger Cikgu Etuza, cepat-cepatlah datang berkunjung ke blog beliau, ada segmen sedang berlangsung. Siapa tau rezeki datang menyinggah..

Semoga semakin bertambah rezeki blogger Cikgu Etuza, terima kasih yaa..

BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia November 2015

-SENTIASAPANAS.COM

Jenama Roti Terkenal Guna Logo Halal Palsu?

Jenama Roti Terkenal Guna Logo Halal Palsu?

Sangat mengejutkan apabila satu jenama roti yang cukup popular dan terkenal di daerah Keningau, Sabah, selama ini sebenarnya menggunakan logo halal palsu!

Economy+Bakery+Logo+Palsu

Jenama ini yang merupakan keluaran sebuah syarikat milik pengusaha Cina, menggunakan logo halal pada semua produk roti/bakery keluarannya selama bertahun-tahun.

Tajuk : Status Halal Economy Bakery Sdn Bhd

Mesej Anda : Assalaamualaikum.

Saya sebagai seorang pengguna dari Keningau, Sabah, ingin bertanya status Halal Syarikat Economy Bakery Sdn Bhd.

Sebelum ini terdapat logo halal pada pek makanan syarikat ini tapi sekarang tiada lagi dipaparkan.

Adakah status halal syarikat ini telah ditarik atau tidak diperbaharui?

Mohon penjelasan.

Terima kasih

Menerusi pertanyaan yang diajukan kepada pihak berkuasa, jawapan yang diterima amat mengejutkan.

Assalamualaikum

YBhg. Tan Sri/ Dato' /Tuan,

Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai perkara di atas.

Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Dato' /Tuan, syarikat tersebut bukan pemegang sijil halal Malaysia. Sehubungan itu YBhg. Tan Sri/ Dato' /Tuan, boleh semak di www.halal.gov.my.

Kerjasama dan keperihatinan YBhg. Tan Sri/ Dato' / tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

"Yakini Halal Malaysia"

Unit Hal Ehwal Koporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 1 & 3, Menara PJH, No. 2,
62100, Putrajaya
Tel: 03- 8892 5000/5001
Fax: 03-8892 5005

Malah, semakan secara manual dilaman web Halal.gov.my juga tidak menunjukkan bahawa syarikat ini pernah memohon status halal.

Economy+Bakery+Logo+Palsu [2]

Apa yang lebih mengecewakan, status halal ini seolah-olah tidak pernah disiasat oleh pihak JHEAINS Keningau, mahupun JAKIM, sedangkan logo halal yang tertera sudah digunakan selama bertahun-tahun!

BACA INI JUGA: Kisah Inspirasi Seorang Mualaf Yang Perlu Dicontohi

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Friday The 13th Masyarakat Barat

Misteri Friday The 13th Masyarakat Barat

Bagi masyarakat Eropah, angka 13 adalah nombor sial tetapi Jumaat pula adalah hari yang dianggap keramat. Maka gabungan Jumaat 13 hari bulan atau disebut Friday the 13th, ada banyak pantang untuk hal-hal tertentu.

Friday The 13th

Ternyata hari Jumaat pada 13 haribulan November 2015, adalah Friday the 13th yang ketiga dalam tahun 2015 selepas yang pertama telah jatuh pada 13 Februari manakala Friday the 13th kali yang kedua pula jatuh pada tarikh 13 Mac lalu.

Menururt pakar akademik Universiti Delaware di Amerika Syarikat, Tom Fernsler, tarikh keramat ini muncul pada tahun 2009 dan 2012. Malah 3 hari Jumaat keramat akan datang lagi yang dijangka berlaku pada 2037, 2040 dan 2043.

Beliau yang mempelajari angka 13 selama puluhan tahun mendakwa, Friday the 13th telah dianggap sebagai hari sial selama berabad-abad.

Namun, bilakah tarikh dan hari itu mula dianggap sebagai celaka tidak pula diketahui dengan tepat.

Rekod sejarah mencatatkan ia mungkin dipopularkan oleh Kapten William Fowler pada akhir tahun 1800-an. Ketika itu kapten ini menganggap angka 13 selalu menjejaskan kehidupan sehariannya secara kebetulan.

Bermula daripada zaman awal persekolahan awam di Public School No. 13 di New York City sehingga Fowler dikerah untuk menyertai tentera dan terlibat dalam pertempuran sebanyak 13 kali ketika Perang Saudara Amerika.

Dia kemudian mewujudkan kelab Thirteen Club dianggotai 13 orang dan mereka duduk mengelilingi 13 tempat kerusi yang diberi garam. Ternyata Fowler hanya mempopularkan tradisi yang sudah ada sejak zaman kuno.

Menurut Donald Dossey, penulis buku Holiday Folklore, Fobia and Fun pada 1992, dalam mitos yang berasal dari Norway menceritakan sebuah pesta makan malam untuk 12 dewa sebelum tetamu ke-13 muncul tanpa diundang.

Tamu kemungkinan ialah Loki, kemudian membunuh dewa sukacita dan kebahagiaan, Balder. Misteri Friday the 13th sebagai hari sial di Barat terus berkembang hingga dijadikan sebagai pengisi kamus frasa dan dongeng.

Namun apa yang pasti, idea bahawa Friday the 13th adalah sebagai hari buruk mula tertanam dalam budaya masyarakat Barat sejak 1980 apabila pengeluar filem Paramount Pictures menerbitkan filem Friday the 13th.

Friday The 13th [2]

Dengan menggunakan tagline sensasi ketika itu “Jumaat tidak akan pernah sama lagi“, filem ini mengisahkan tentang siri pembunuhan ngeri dan seram di sebuah kem percutian bina semangat pada setiap kali musim panas.

Rupanya Jason Voorhees, pembunuh misteri dalam filem ini, lahir pada Jumaat tanggal 13 hari bulan. Dia memilih tarikh itu untuk membalas dendam kepada orang di perkhemahan yang membiarkannya tenggelam di Crystal Lake.

Sejak itu ketakutan masyarakat Barat tentang hari Jumaat tanggal 13 hari bulan semakin menjadi-jadi.

Beberapa fakta unik yang melekat dalam budaya Barat, biasanya hotel dan hospital pun tidak memiliki bilik bernombor 13.

Malah banyak lapangan terbang di Barat tiada Gate 13 sebagai pintu terminal, selain misi penerbangan kapal angkasa Apollo 13 dipenuhi kecelakaan serta disimbolkan kad daun terup ke-13 sebagai petanda ada kematian. –Agensi/Mynewshub/HAA

BACA INI JUGA: 5 Watak Horor Lagenda Paling Menyeramkan

Saturday, December 05, 2015

5 Gaya Selfie Yang Buat Orang Menyampah!

5 Gaya Selfie Yang Buat Orang Menyampah!

Selfie kini menjadi kebiasaan bagi setiap individu dan bukanlah satu perkara yang pelik. Malah, kian ramai yang sering berkongsi gambar selfie tak kira di mana sahaja.

Selfie

Tapi, sedar tak ada jenis-jenis selfie yang bila kita tengok je, rasa menyampah? Sememangnya bukan semua yang kita pos di media sosial orang suka. Ada juga yang membuatkan orang rasa meluat..

Di sini kami kongsikan antara jenis selfie yang buat orang rasa menyampah!

Selfie Gambar Makanan

Selfie Gambar Makanan

Beberapa ketika dulu viral isu ni di laman sosial, menimbulkan bermacam rasa tidak puas hati di samping ada juga yang bersetuju, kononnya mereka yang selalu upload gambar makanan ada masalah mental.

Selfie Pura-pura Tidur

Selfie Pura-pura Tidur

Yang ni memang sahih ramai yang menyampah, buat-buat macam tidur lepas tu selfie. Memang kantoilah kalau dah terjongket macam tu. Lagi teruk kalau ada pembalikan cahaya yang buat anda kantoi terang-terangan..

Selfie Bajet Cute

Selfie Bajet Cute

Kalau sekali-sekala pos gambar buat memek muka macam budak-budak, memanglah comel. Tapi kalau hari-hari cara yang sama, orang tengok pun meluat. Tak comel okay kalau hari-hari macam tu?

Selfie Muncung Itik

Selfie Muncung Itik

Jenis selfie muncung itik ni memang dari dulu kena kutuk. Kalau yang perempuan buat, mungkinlah boleh dimaafkan. Kalau tiba-tiba lelaki yang pos selfie macam ni, memang dah nazak sangat tu.

Selfie Di Gim

Selfie Di Gim

Ini memang gambar yang biasa kita tengok di laman sosial. Pergi gym, selfie untuk tayang badan yang berketul-ketul tu macam nak perhatian dan pujian. Memang orang menyampah kalau hari-hari “done workout” kot!

BACA INI JUGA: GILER! Video Selfie Paling EKSTRIM Atas Motorsikal!

Sumber: Mynewshub

Tarikh Dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016

Tarikh Dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016

Berikut adalah jadual dan tarikh pembayaran gaji, khususnya kepada penjawat awam pada setiap bulan bagi tahun 2016.

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016

Semoga dengan jadual ini, dapat membantu kakitangan awam merancang pengurusan kewangan dan perbelanjaan maisng-masing di sepanjang tahun 2016.

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016
BulanTarikhCatatan
Januari21.01.2016 (Khamis)-
Februari25.02.2016 (Khamis)Tahun Baru Cina 8-9 Feb
Mac24.03.2016 (Khamis)-
April25.04.2016 (Isnin)-
Mei24.05.2016 (Selasa)Pesta Kaamatan 30-31 Mei
Jun23.06.2016 (Khamis)Hari Gawai 1-2 Jun
Julai25.07.2016 (Isnin)Hari Raya Puasa 6-7 Julai
Ogos25.08.2016 (Khamis)-
September22.09.2016 (Khamis)Hari Raya Korban 12 September
Oktober20.10.2016 (Khamis)Hari Deepavali 29 Oktober
November24.11.2016 (Khamis)-
Disember20.12.2016 (Selasa)Hari Krismas 25 Disember

Nota:
  • Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali.
  • Lampiran jadual pembayaran diatas merangkumi satu tarikh gaji untuk semua negeri.
  • Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).
  • Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera.

Penyata gaji kakitangan awam juga boleh disemak menerusi laman rasmi Jabatan Akauntan Negara di http://www.anm.gov.my/index.php

-SENTIASAPANAS.COM

Penyebar Fitnah Terulung Akhir Zaman Di Laman Sosial?

Penyebar Fitnah Terulung Akhir Zaman Di Laman Sosial?

Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diada-adakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membinasakan seseorang.

SoSIAL

Namun dalam era moden, manusia bukan sahaja menyebarkan fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi seperti melalui telefon bimbit, e-mel, laman sosial dan bermacam-macam lagi.

Melalui internet sahaja, maruah seseorang itu boleh tercemar dan terjejas dengan begitu mudah sekali.

Contohnya melalui laman sosial dan dalam aplikasi telefon bimbit, di mana akhir-akhir ini seolah-olah sudah menjadi kebiasaan masyarakat untuk menyampaikan khabar-khabar yang belum tentu sahih kebenarannya.

Dan yang lebih buruk lagi khabar itu disebar-sebarkan dari tangan ke tangan yang hingga akhirnya menjadi buah mulut percakapan orang ramai.

Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan maruah dan emosi orang yang difitnah sehingga boleh menyebabkan orang yang difitnah termasuklah keluarga mereka mendapat malu, merasa rendah diri, hilang keyakinan, kemurungan dan seterusnya tidak mustahil boleh menyebabkan orang yang difitnah itu bertindak di luar batasan seperti bunuh diri dan sebagainya.

Mungkin orang yang menyebarkan khabar seperti itu menganggap perbuatan mereka hanyalah untuk suka-suka sahaja dan sebagai salah satu bentuk hiburan di laman sosial.

Ketahuilah bahawa perbuatan sedemikian adalah termasuk juga sebagai fitnah yang akan diperhitungkan di hari kiamat.

Al-Iman Al-Ghazali menegaskan bahawa jika seseorang itu diceritakan kepadanya tentang sesuatu dengan maksud menyebar fitnah hasutan, maka hendaklah dia mengambil enam tindakan seperti berikut:

Pertama: Tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan kepadanya, kerana orang yang menyebarkan fitnah itu adalah orang fasik, dan orang fasik itu berita yang dibawanya tidak dapat dipercayai.

Kedua: Melarang perbuatannya itu serta memberikannya nasihat dan menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah tidak baik.

Ketiga: Membencinya kerana Allah Subhanahu Wata’ala, sebab Allah Subhanahu Wata’ala amat membenci orang yang menyebarkan fitnah, dan membenci kerana Allah Subhanahu Wata’ala ketika itu adalah suatu kewajipan.

Keempat: Jangan sekali-kali berprasangka buruk tentang apa yang disampaikan itu, keranaAllah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Al Hujuraat ayat 12:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa…”

Kelima: Janganlah cerita yang disampaikan itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya, kerana Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Al Hujuraat ayat 12:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mengintip (mencari-cari kesalahan) orang.”

Keenam: Jangan merasa senang atau suka dengan perbuatan orang yang menyebarkan fitnah itu, dan seterusnya tidak menceritakan atau mencanang-canangkan lagi apa yang diceritakan kepadanya itu.

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Umar bin Abdul Aziz Radiallahuanhuma, dia menceritakan sesuatu tentang seorang lelaki lain, lalu Umar bin Abdul Aziz berkata: “Jika kamu mahu diperiksa, kami akan memeriksa ceritamu itu. Jika ternyata kamu berdusta, kamu termasuklah salah seorang dari mereka yang disebutkan dalam ayat ini iaitu Surah Al Hujuraat ayat 6:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita maka selidikilah kebenarannya.”

Jika kamu benar dalam menyampaikan cerita itu, kamu termasuk salah seorang dari mereka yang disebutkan dalam ayat ini iaitu Surah Al Qalam ayat 11:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi suka menyebarkan fitnah.”

Jika kamu meminta maaf, kami sedia memaafkan kamu. Lelaki itu pun berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku tidak mengulangi pebuatanku ini selama-lamanya”.

Pada dasarnya memang sukar untuk kita mengelakkan diri daripada mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang disampaikan oleh seseorang.

Namun apapun keadaannya kita perlulah berusaha mengelakkan diri dari pada terjerumus kepada hal-hal seperti itu antaranya ialah dengan memberi nasihat kepada orang tersebut agar cerita atau perbualan seumpamanya itu diberhentikan sahaja, dan kita juga hendaklah tidak menyebar-nyebarkan lagi khabar tersebut.

Peliharalah diri kita dari perbuatan fitnah kerana bahaya fitnah bukan sahaja menyebabkan kita mendapat dosa besar dan tidak masuk syurga, bahkan fitnah juga boleh membawa bencana kepada manusia seperti menjadi punca kepada timbulnya salah faham, pertengkaran dan perselisihan sehingga menyebabkan hubungan adik-beradik menjadi renggang, suami isteri bercerai, keluarga bermasalah, rakan bermusuhan, masyrakat kucar-kacir dan tidak mustahil juga boleh menyebabkan huru-hara di dalam sesebuah negara yang akhirnya membawa kepada pemberontakan dan peperangan.

Melihat kesan tersebut nyatalah betapa fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan seperti mana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al Baqarah ayat 191:

Tafsirnya: “…dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”

Memandangkan fitnah banyak membawa kepada keburukan dan bencana khususnya kepada masyarakat, marilah kita menanamkan sikap berhati-hati agar kita tidak terjebak dalam bencana fitnah.

Gunakanlah pertimbangan akal dengan baik dan wajar, kerana perbuatan fitnah itu boleh menyebabkan huru-hara, permusuhan dan perbalahan, bukan sahaja kepada keluarga, bahkan juga kepada masyarakat dan negara.

Sama-samalah kita berdoa semoga kita terpelihara daripada melakukan fitnah dan dengan demikian dapatlah kita mengamati kehidupan yang aman tenteram dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Anfaal ayat 25:

Tafsirnya: “Dan peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (yang membawabala bencana) yang bukan sahaja akan menimpaorang-orang zalim di antara kamu secara khusus(tetapi akan menimpa kamu kesemuanya). Dan ketahuilah bahawa Allah sangat berat seksanya.”

BACA INI JUGA: 6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

Sumber: Pelitabrunei

Friday, December 04, 2015

Jadual Pembayaran BR1M 5.0 2016

Jadual Pembayaran BR1M 5.0 2016

Jadual pembayaran ansuran Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 atau BR1M 2016 berdasarkan kategori seperti berikut:

BR1M 5.0 2016.jpg

UPDATE!

1. Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1,050

  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 28 September 2016

2. Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1,000

  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 28 September 2016

3. Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800

  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada 28 September 2016

4. Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

  • RM400 pada Januari 2016

Para penerima diminta mengemaskini maklumat BRIM 2016 bermula 5 hingga 31 Disember 2015.

Proses kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara talian menerusi laman web berikut:

BACA INI JUGA: Panduan Permohonan dan Kemaskini BRIM 2016

Sumber: Mynewshub.cc

Kenapa Air Hujan Tawar?

Kenapa Air Hujan Tawar?

Berdasarkan taksiran ahli geologi, jumlah kandungan air tawar di bumi adalah sebanyak 325 juta kubik.

Air Hujan

Daripada jumlah itu, 97.5 peratus adalah air masin dilautan. Manakala air tawar pula hanyalah 2.5 peratus.

Melihat kepada fakta ini, pernahkah anda terfikir, kenapa air hujan rasanya tawar sedangkan sebahagian besar air hujan yang turun adalah berasal dari air laut?

Para pengkaji telah lama berusaha mengkaji dari mana datangnya titisan air yang turun sebagai hujan ke bumi.

Persoalan itu kekal misteri untuk beberapa lama, sehinggalah teori kitaran air ditemui oleh Bernard Palissy pada abad ke 16, barulah manusia memahami punca kewujudan air di muka bumi.

Kitaran air atau kitaran hidrologi diterjemahkan sebagai satu pergerakan yang berterusan dan tidak pernah berhenti, dari atmosfera ke bumi dan kembali semula ke atmosfera melalui fasa-fasa tertentu.

Dengan kata lain, kitaran air tiada titil permulaan, namun saintis yakin tempat permulaan terbaik ialah lautan.

Dianggarkan, setiap tahun lebih kurang 500,000 kilometer kubik air dipermukaan bumi berubah menjadi gas ke dalam atmosfera.

Daripada jumlah itu, lebih kurang 430,000 kilometer kubik air mengewap dari lautan dan selebihnya, 70,000 kilometer kubik air berasal dari daratan bumi.

Dan seperti yang kita tahu, air laut memiliki sifat masin kerana mengandungi garam NaCI.

Kadar garam NaCI dalam laut ialah sebanyak 3.5 peratus. Suatu keadaan yang menyebabkannya tidak sesuai untuk diminum atau untuk tanaman.

Jadi, untuk mengeluarkan larutan garam dalam air laut, matahari akan menggerakkan kitaran hidrologi dengan memanaskan air laut.

Apabila pemanasan berlaku, air dari laut dan air darat akan mengewap. Angin kemudian membawa wap-wap ke atmosfera seterusnya membentuk awan lalu turun sebagai hujan.

Misalnya, apabila semangkuk bekas berisi air laut dijemur atau dipanaskan diatas api, air akan mengewap. Wap-wap air ini kemudian tersejat ke atmosfera dan yang tinggal hanyalah hablur garam.

Demikianlah yang terjadi bilamana proses kitaran hidrologi berlaku pada permukaan air laut, akhirnya menjawab persoalan kenapa air hujan tidak berasa masin walaupun sebahagian besarnya berasal dari lautan.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "...maka terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan. Kalau Kami kehendaki nescaya Kami jadikan ia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?" Surah Waaqi'ah ayat 68-70.

Hujan yang sifatnya tawar ini merupakan rahmat Allah bagi semua makhluk di alam semesta dan turunnya bukanlah sia-sia.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira, menjelang kedatangan rahmatNya (hujan) dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.." Surah Al-Furqaan ayat 48

Pada dasarnya air hujan sangat bersih, namun pencemaran udara akibat perbuatan manusia kini telah banyak mempengaruhi tahap kebersihan air hujan.

Walaupun Allah tidak pernah mengubah rasa air hujan, yang menjadikannya berubah rasa dan tidak selamat adalah berpunca daripada kelalaian manusia itu sendiri.

BACA INI JUGA: Penciptaan Allah Yang Paling Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM