Thursday, December 03, 2015

Salah Faham Cuma 'Main' Pada Malam Jumaat

Salah Faham Cuma 'Main' Pada Malam Jumaat

Ramai mendakwa kononnya hari Khamis, pada waktu malamnya dianggap sebagai hanya masa yang sesuai untuk pasangan suami isteri 'bermain'. Hakikatnya dalam ajaran Islam, hubungan badan antara suami isteri tidak hanya sekadar melampiaskan nafsu semata-mata melainkan sebagai bentuk ibadah kepada Allah SWT malah dianjurkan berjimak pada mana-mana waktu yang baik.

Jimak Suami Isteri
Gambar hiasan.

Islam bukan agama yang mengekang nafsu syahwat manusia, dan bukan pula agama yang memperbolehkan penganutnya untuk mengadakan hubungan seks secara bebas liar, tanpa ikut saluran sah melalui pernikahan.

Pernikahan dalam Islam bukan hanya dipandang dari segi seksual sahaja, bahkan lebih daripada itu, ia merupakan salah satu pintu untuk menuju tahap kesempurnaan serta dapat menghasilkan keturunan yang soleh dan solehah.

Justeru timbul persoalan bilakah waktu terbaik untuk berhubungan badan antara suami isteri mengikut ajaran Islam?

Berikut penjelasannya yang dipetik daripada tulisan Gusnawati Jamaris menerusi portal Paling Unik.

1. Ketika Suami Memerlukannya

Seorang suami dianjurkan untuk mendatangi isterinya di mana ketika itu suami secara tidak sengaja lihat seorang wanita dan dia pun terpikat dengannya. Anjuran ini berdasarkan hadis dari Jabir bin Abdillah RA.

Rasulullah SAW bersabda, "Wanita itu, ketika dilihat seperti syaitan (punya kekuatan goda). Oleh itu, jika ada lelaki melihat wanita yang membuatnya terpikat, hendaknya dia segera mendatangi isterinya. Kerana apa yang ada pada isterinya juga ada pada wanita itu." (Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

"Jika si isteri dipanggil oleh suaminya kerana perlu, maka segeralah datang, walaupun dia sedang memasak." (Riwayat At-Tirmidzi, dan dikatakan hadis Hasan)

2. Waktu Aurat (Sebelum Subuh, Waktu Zuhur, dan Sesudah Isyak)

Berdasarkan dalam surat An-Nur ayat 58, Allah SWT berfirman, "Hai orang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang yang belum baligh antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum solat Subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu waktu Zuhur dan sesudah solat Isyak. (Itulah) tiga waktu aurat bagi kamu. Tiada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain daripada (tiga waktu) itu."

Penjelasan mengenai ayat ini adalah, dahulu para sahabat Nabi SAW terbiasa melakukan hubungan badan dengan isteri pada tiga waktu tersebut.

"Kemudian setelahnya mereka mandi lalu berangkat solat. Kerana itulah Allah SWT memerintahkan agar mereka mendidik anak yang belum baligh, untuk tidak masuk ke kamar peribadi ibu bapa pada tiga waktu tersebut, tanpa izin." (Tafsir Ibn Katsir, 6/83)

3. Akhir Malam, Setelah Tahajud

"Rasulullah SAW tidur awal malam, kemudian bangun tahajud. Jika sudah masuk waktu sahur, baginda solat witir. Kemudian kembali ke tempat tidur. Jika ada keinginan, baginda mendatangi isterinya. Apabila mendengar azan Subuh, baginda terus bangun. Jika dalam keadaan junub, baginda mandi hadas besar. Jika tidak junub, hanya berwuduk kemudian keluar menuju solat jamaah." (Riwayat An-Nasa'i)

4. Malam Isnin (Ahad Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, hendaknya engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Isnin. Sesungguhnya apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi penghafal al-Quran dan rela terhadap yang telah ditentukan Allah SWT atasnya." [Syeikh Radhiyuddin Abi Nashril Hasan bin Al-Fadl ath-Thabarsi, ulama besar pada abad ke-6, Makarimal-Akhlak, halaman 211]

5. Malam Selasa (Isnin Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Selasa, dan apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal dikurniai kesyahidan dan tidak akan menyimpang daripada kebenaran." [Wasail asy-Syi'ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 84]

6. Malam Khamis (Rabu Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Khamis, dan jika Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi penguasa yang adil dari para penguasa serta menjadi salah seorang ulama dari para ulama." [Wasail asy-Syi'ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 84]

7. Hari Khamis (Menjelang Zuhur)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada Khamis, sesungguhnya apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka syaitan tidak akan mendekatinya, dan ia akan memiliki pemahaman yang sangat (cerdas) kemudian Allah SWT akan menganugerahkan kepadanya keselamatan dalam agama dan dunia." [Wasail asy-Syi'ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 85]

8. Malam Jumaat (Khamis Malam)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada malam Jumaat, dan apabila Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi seorang pemidato / pembahas ulung." [Syeikh Radhiyuddin Abi Nashril Hasan bin Al-Fadl ath-Thabarsi, ulama besar pada abad ke-6, Makarimal-Akhlak, halaman 211]

9. Petang Jumaat (Setelah Asar, Sebelum Maghrib)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan dengan isterimu pada waktu Jumaat petang, dan jika Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi seorang personaliti yang terkenal atau ilmuwan (ulama)."

10. Malam Sabtu, Setelah Isyak (Akhir Malam/Dekat Subuh)

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Ali bin Abi Talib RA, "Wahai Ali, jika engkau melakukan hubungan jimak dengan isterimu pada akhir malam Jumaat, dan jika Allah SWT mengurniakan kepadamu anak, maka ia bakal menjadi seorang wali (ibdal)."

11. Malam Awal Puasa/Tanggal Satu Ramadhan

Berkenaan dengan hal ini Ali bin Abi Talib RA berkata, "Disunahkan untuk berhubungan badan suami isteri pada malam awal bulan Ramadan." Ini kerana Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 187 telah berfirman: "Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu…" [Wasail asy-Syi’ah, al-Hurr al-Amili jilid 20 halaman 254 dinukil dari Adab Zafaf halaman 85]

Demikianlah penjelasan mengenai waktu terbaik untuk berhubungan badan antara suami isteri menurut ajaran Islam serta hikmah kelebihan melakukan jimak pada waktu berkenaan seperti disabdakan Rasulullah SAW.

Apa yang terpenting, berdoalah kepada Allah SWT sebelum dan sesudah melakukan hubungan tersebut, agar dikurniakan keturunan sehingga membawa kebahagiaan menjadi lengkap. Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Bahaya Virus Zika Kepada Bayi Dan Kesihatan

Bahaya Virus Zika Kepada Bayi Dan Kesihatan

Apa itu virus Zika? Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejenis kecacatan otak yang menyerang bayi dalam kandungan adalah disebabkan oleh virus bawaan nyamuk Aedes, Zika, ejen yang sama untuk penyakit demam denggi.

Bahaya virus Zika

Kaitan antara virus Zika dengan kecacatan pada bayi tidak pernah dibuat sebelum ini. Virus Zika dikenal pasti sebagai penyakit baharu yang sebenarnya telah wujud kira-kira 50 tahun dahulu.

Virus Zika didakwa pernah merebak dan menyerang beberapa kawasan di Afrika, Amerika Selatan, Asia Tenggara dan sebilangan pulau di Kepulauan Pasifik sebelum ini namun ketika itu ia tidak dikenali.

Jangkitan kuman virus Zika antara lain boleh menyebabkan simptom seperti demam, sakit kepala, mengalami ruam pada kulit, sakit sendi dan mata menjadi kemerah-merahan.

Analisis awal menunjukkan virus Zika boleh disebarkan kepada janin dan janin paling berisiko diserang zika ialah ketika tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Beberapa kajian juga menunjukkan adanya kemungkinan peyebaran virus ini di luar media nyamuk, seperti melalui proses hubungan seks, namun belum ada bukti yang sahih.

Sejarah virus Zika di Asia Tenggara

Virus Zika pertama kali di temui di Uganda pada tahun 1947, di tubuh seekor monyet yang hidup di hutan Zika Uganda dan kes manusia yang dijangkiti virus Zika pertama kali terjadi pada tahun 1954.

Virus Zika tersebar ke Asia Tenggara selepas wabak melanda Kepulauan Mikronesia tahun 2007. Pada tahun 2009, dikatakan bahawa virus Zika mampu menular melalui hubungan intim.

Kesan jangkitan virus Zika

Kesan jangkitan virus Zika
Akibat jangkitan virus Zika, mata merah dan gatal.

Kesan jangkitan virus Zika [2]
Timbul ruam di seluruh badan.

Kesan jangkitan virus Zika [3]
Jangkitan virus Zika pada kanak kanak.

Cara Menghalang Penularan Virus Zika?
  1. Hindari diri anda di gigit nyamuk aedes (jika boleh).
  2. Minum air putih secukupnya dan rehat yang cukup.
  3. Lengkapi rumah dengan jaring lubang jendela yang tidak boleh dimasuki nyamuk.
  4. Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul.
  5. Tutup rapat semua bekas yang menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
  6. Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
  7. Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.
  8. Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
  9. Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol).
  10. Tutup saluran overflow tangki pam tandas.

BACA INI JUGA: Aplikasi Android Terbaik Menghalau Nyamuk Aedes

Wednesday, December 02, 2015

Guru Korea Yang Terlalu Cantik, Pelajar Rajin Ke Sekolah!

Guru Korea Yang Terlalu Cantik, Pelajar Rajin Ke Sekolah!

Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.

Lee Nayeong

Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.

Lee Nayeong [2]

Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.

Lee Nayeong, sepatutnya menjadi seorang artis hiburan berbanding berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu cantik ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pengajar paling cantik di Korea Selatan.

Lee Nayeong [3]
Selama ini, kecantikan gadis Korea selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah yang terbaik di dunia.

Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan semulajadi sejak kecil sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang cantik secara semula jadi itu.

Lee Nayeong [4]

Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan terkenal, Miss Korea.

Lee Nayeong [5]

Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan. –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: 10 Pelakon Wanita Korea Paling Popular 2015

10 Tabiat Vapers Paling Orang Menyampah!

10 Tabiat Vapers Paling Orang Menyampah!

Agak menarik untuk dikongsikan komen-komen pembaca Facebook mengenai tabiat pengguna vape, yang baginya agak memalukan terutamanya bagi golongan wanita..

Vapers-girl

"Maaf bg vaperians ye. Personal opinion je. Kalo boy sy xheran n kesah pn tp girls tu yg sy xsuke sgt2.. Dh la bertudung isap vape lg.. Masha allah. Malunye.. Dh ilang ke kemaluan anda sbg seorg muslimah. Kalo dh gian sgt xpyhla post pic2 mcm tu isap sndiri sudah."

Dibawah ini merupakan 10 tabiat vapers yang paling 'Annoying' yang boleh buat orang menyampah..

1. Sembur secara "berjemaah" untuk bagi lebih banyak asap. Lagi tebal lagi best!

Annoying Vapers

2. Asyik post pasal vape je. Tak kiralah kat insta, kat fb, kat twitter, dan yang terbaru kat Snapchat.

Annoying Vapers [2]

3. #vapeon #vapeporn #vapemalaysia #vapersmalaysia #malaysianvapers #vapesociety #vapelikeaboss #vapehard #vapestagram #kakivape #vapelife #vapeaholic

Annoying Vapers [3]

4. Suka bagi alasan cliche seperti, "Alaa ini wap je bukannya asap pun. Rilek laa."

Annoying Vapers [4]

5. Gambar #OOTD sesetengah awek kini sudah bertukar kepada gambar berasap. Yang sedihnya ada yang sampai melampau.

Annoying Vapers [5]

6. Para hijabista turut tidak melepaskan peluang untuk blow off some steam

Annoying Vapers [6]

7. Smoke tricks, daripada rings, double rings, bridge, double bridge, tornado, sehinggalah ke the dragon dan macam-macam lagi

Annoying Vapers [7]

8. Caption seperti ini:

Annoying Vapers [8]

9. Dalam kolam hisap vape, dalam lif hisap vape, dalam kereta hisap vape, kat karaoke hisap vape. Bak kata pepatah, 'anywhere also can'.

Annoying Vapers [9]

10. Gambar makanan, gambar kereta, dan gambar travel pun dah ada sedikit penambahan elemen vape

Annoying Vapers [10]

BACA INI JUGA: Gambar Selfie Rakam Imej Hantu!

Sumber: Says

Krishna's Butter Ball, Fenomena Unik Batu Terapung

Krishna's Butter Ball, Fenomena Unik Batu Terapung

Batu gergasi dikenali sebagai Krishna's Butter Ball merupakan satu fenomena unik yang boleh ditemui di bandar Mahabalipuram di selatan India.

Krishna's Butter Ball [2]

Menurut Amusing Planet, batu yang mempunyai ukuran ketinggian melebihi 10 meter dengan diameter melebihi lima meter ini terletak di lereng sebuah bukit dan menjadi tarikan bagi penduduk dan pelancong asing.

Krishna’s Butterball is a curious tourist attraction in Mahabalipuram, a town about 60 km south of Chennai famous for its stone carvings. The “butterball” is a giant balancing rock, 5 meters in diameter, perched on a smooth slope, seemingly defying all laws of physics. [more]

Jika dilihat pada mata kasar, batu gergasi ini sudah pasti bergolek ke bawah namun ia tetap kekal pada kedudukan asal selama ratusan tahun.

Masyarakat tempatan percaya batu tersebut dihasilkan daripada mentega, namun ada juga yang menganggap batu berkenaan dihasilkan oleh makhluk asing.

Apa pun, batu yang turut dikenali sebagai Vaan Irai Kal oleh penduduk tempatan ini benar-benar satu fenomena alam yang menakjubkan.

BACA INI JUGA: Keajaiban 190 Juta Tahun Bukit Gelombang Merah!

Krishna's Butter Ball
Krishna's Butter Ball [3]
Krishna's Butter Ball [4]

Sumber: Sinarharian.com.my

Tuesday, December 01, 2015

Migrain Bukan Sakit Kepala

Migrain Bukan Sakit Kepala

Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari.

Migrain

Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah teruk atau kronik, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

Migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

Migrain dianggap sebagai satu sindrom dan selalu digambarkan sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa dan diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya.

Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.

Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Ujian menentukan kategori sakit kepala

Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:
  • Adakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?
  • Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?
  • Adakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain.

Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.

Malangnya, tiada penawar untuk migrain pada ketika ini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati.

Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain bagi membantu menentukan rawatan terbaik.

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Selalu Rasa Nak Marah Bila Kita Lapar?

Sumber: e-kesihatan

Blog Terbaik Malaysia November 2015

Blog Terbaik Malaysia November 2015

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua pemilik blog terbaik November 2015 dihalaman sentiasapanas dan para pembaca tersayang sekalian.

Blog terbaik Malaysia

Buat pengetahuan pembaca, blog-blog ini sangat berbaloi untuk anda lawati, dan baca segala informasi yang dikongsikan.

Banyak pengetahuan dan maklumat yang boleh diperolehi, sungguh, anda semua dijemput dan pasti disambut dengan hamparan permaidani merah, terlebih lagi jika rajin berkomentar..

Kepada rakan-rakan blogger, sentiasa dihampar tapak selebar bumi, untuk anda datang berkunjung, Inshaa Allah, silaturrahim pasti berkekalan...

Dengan jalinan maya ini, semoga kita semua mendapat manfaat seadanya.

Sudi-sudilah berkunjung, selamat membaca, terima kasih..:)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA NOVEMBER 2015

1. Mizz Aiza - Mizzaiza.com

2. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.my

3. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.my

4. Mrs. A - Mrsablogstori.blogspot.my

5. Deanna Morni - Kameqdeanna.blogspot.my

6. Khir Khalid - Khirkhalid.com

7. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.my

8. aRz MoHa - Arzmoha.com

9. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

10. Mselim3 - Mselim3.blogspot.my

11. Eyfa Writer - Ohpilihanku.blogspot.my

12. Anajingga - Anajingga.com

13. Zukidin - Zukidin.com

14. Hujan-petang - Hujan-petang.blogspot.my


BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia 2015

Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?

Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?

Kartun animasi Shin Chan karya Yoshito Usui sebenarnya sudah lama diterbitkan. Ia bermula dari komik yang diedarkan secara mingguan dalam majalah Weekly Manga Action oleh syarikat penerbitan Futaba pada tahun 1990.

Shin Chan

Oleh kerana permintaannya yang tinggi, sekitar tahun 1992 kartun animasi itu kemudiannya diadaptasi ke siaran televisyen menerusi TV Asahi.

Crayon Shin Chan juga turut dibeli dan dialih suara kepada lebih dari 26 bahasa termasuk bahasa Malaysia.

Terkorban Dalam Kemalangan Jalan Raya

Kembali kepada persoalan, menurut beberapa carian mendakwa kisah Shin Chan sebenarnya diadaptasi dari kisah benar.

Ia bermula apabila penerbitnya Yoshito Usui tertarik dengan kisah seorang ibu, Misae yang sangat merindui anak-anaknya, Shinosuke dan Himawari. Mengikut kisah, adik beradik ini meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Ketika kejadian, si abang ternampak adik sedang bermain berhampiran jalan raya. Kemudian datang sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

Sedar bahaya yang menanti, Shinosuke berlari ke arah adiknya dengan harapan dapat menyelamatkan Himawari dari rempuhan kereta terbabit.

Malangnya, mereka berdua terkorban di tempat kejadian.

Krayon dan Imaginasi Misae

Satu hari, Misae dan suaminya menemui krayon milik Shinosuke di dalam keretanya dan menjadikan krayon itu sebagai barang peninggalan paling disayangi mereka berdua.

Oleh kerana terlalu rindukan Shinosuke dan Himawari, Misae kemudiannya melukis watak-watak anak kesayangannya seolah-olah mereka masih hidup sambil berkhayal.

Dipercayai, krayon itulah yang menjadi tajuk animasi Crayon Shin Chan.

Jalan cerita, watak, karekter dan sebagainya dikatakan dibuat berdasarkan imiginasi ibunya yang terlalu sedih atas kehilangan anak-anaknya.

Misae berharap dengan terhasilnya lukisan-lukisan sedemikian membuatkan dia merasakan anak-anaknya masih hidup.

Apalagi watak-watak Shin Chan yang degil, gatal, mengada-ngada dan sebagainya kelihatan sangat dekat dan begitu mesra dengan kita semua.

Kisah Benar, Rekaan atau Sebenar?

Sungguh pun begitu, hakikat kisah tersebut masih lagi menjadi perdebatan antara peminat dan penonton di Jepun.

Ada yang mengandaikan kisah itu hanyalah rekaan semata-mata dan ada juga yang menganggap ia benar-benar berlaku.

Apa yang pasti, Crayon Shin Chan lebih ditonton oleh orang dewasa berbanding kanak-kanak kerana mesej yang cuba disampaikan.

Selain kenakalan Shin Chan yang menghiasi kartun animasi itu, keunikan lain seperti gaya bahasa turut menjadi tarikan ramai.

Ini kerana banyak bahasa yang digunakan amat sukar diterjemahkan ke dalam bahasa lain selain bahasa Jepun Oleh kerana itu, kartun itu sangat dekat dengan jiwa mereka.

Walaupun kartun animasi Crayon Shin Chan mendapat tarikan di seluruh dunia, namun pada September 2009 negara matahari terbit itu digemparkan dengan kematian Yoshito Usui.

Dia dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh ketika mendaki di pergunungan Arafune, Jepun. Ramai yang percaya Yoshito Usui mati akibat membunuh diri selepas mengalami tekanan perasaan sebelum itu.

Walau bagaimanapun, kematiannya masih menjadi misteri hingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

Sumber: Thehypemedia