Friday, August 28, 2015

Misteri Deria Keenam, Sixth Sense!

Misteri Deria Keenam, Sixth Sense!

Kita memahami lima deria asas kita iaitu, lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa (lidah). Apa yang kebanyakan orang tidak begitu menyedari adalah perasaan atau deria keenam mereka, iaitu suatu perasaan 'dunia sebelah sana', suatu hubungan kepada sesuatu yang lebih daripada 5 deria fizikal sedia ada.

Sixth Sense
Gambar hiasan.

Perasaan inilah merupakan pintu ke alam yang tidak kelihatan itu tetapi boleh dirasai oleh Pancaindera Keenam (Sixth Sense) kita. Dalam dunia Sixth Sense ini seseorang yang cuba membuat hubungan dengan seseorang yang lain dalam keadaan komunikasi tidak boleh didengar, sentuhan tidak dirasai secara nyata tetapi berlakunya hubungan (connection).

Deria Keenam adalah suatu medium perantaraan di mana minda kita mampu berhubung dengan seseorang atau sesuatu menjangkaui sempadan, jarak dan masa.

Sebagai contoh ketika kita sedang memikirkan seseorang di suatu tempat, minda kita sedang fokus tentang dia, tiba-tiba sahaja telefon kita berbunyi dan kita lihat dia yang call kita dan kita merasakan seperti suatu keajaiban. Itulah contoh Sixth Sense bila dua gelombang minda (kita dan dia) berhubung.

Kewujudan Pancaindera Keenam atau Deria Rasa Keenam (Sixth Sense) ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sama ada kita suka atau tidak.

Malahan ianya dipercayai berada dalam tahap tertinggi pada awal usia kehidupan kita, iaitu ketika kita masih kecil dimana dunia anak kecil ini lebih berada dalam peringkat minda bawah sedar (subconcious mind) yang tinggi, semakin kuat deria keenamnya.

Semakin meningkat usia kanak-kanak ini dalam proses kematangan akal fikiran, semakin berkurang pula tahap minda bawah sedarnya hingga peringkat matang atau dewasa.

Sixth Senth Adalah Saintifik

Setiap kita telah dilengkapi dengan kemampuan Deria Keenam ini sejak dari lahir lagi bagi membolehkan kita (secara sedar atau tidak) untuk berkomunikasi secara spiritual sebagaimana kewujudan roh dalam jasad kita.

Contohnya seorang ibu dapat merasai situasi anaknya walaupun berada berlainan tempat antara kedua mereka.

Ini adalah suatu fenomena bersifat saintifik yang berfungsi seperti dalam proses penghantaran maklumat elektronik seperti televisyen atau radio, memerlukan anda menala (tune) ke frekuensi tertentu untuk mendapatkan program yang anda mahu.

Begitu juga dengan Deria Keenam, ia memerlukan penalaan kepada frekuensi seseorang itu dalam dunia rohani/spiritual (sixth sense).

Kalau penalaan (tuning) elektronik dilakukan secara elektronik yang bersifat mekanikal di alam nyata, penalaan rohani dilakukan melalui otak dengan tumpuan mental (mantle focus), niat dan keinginan untuk tujuan tersebut.

Penalaan Mental (Mantle Tuning)

Walaupun kita mampu untuk melakukan mental fokus (mantle focus), namun penalaan mental fokus ini tidak konsisten dan berubah-ubah, sedang penalaan elektronik boleh dipercayai, konsisten dan hasilnya ketara, kerana sifatnya saintifik.

Perbezaan antara keduanya adalah, mental fokus ini lebih kepada komunikasi 'psikik' (psychic) di mana keketaraannya tidak begitu jelas sebagaimana peringkat awal pembangunan masa depan mampu pergi.

Ia mempunyai asas saintifik bagi merealisasikan objektifnya kerana semua perkara yang berlaku bekerja mengikut hukum saintifik (scientific law), malah boleh mengikut hukum yang belum ditemui lagi (by laws that haven’t been discovered yet).

Sebagai contohnya, andai kita renungkan kecanggihan teknologi hari ini, bagaimana tanggapan masyarakat ketika seratus tahun dahulu, pasti mereka akan ketawa atau pelik bila kita mengatakan "teknologi hanya berada di hujung jari" kepada mereka 100 tahun dahulu.

Begitulah yang dimaksudkan dengan kemampuan mental fokus ini hanya mampu sampai kepada peringkat awal pembangunan yang belum mampu dilihat hasil akhirnya, tetapi merupakan permulaan penting untuk mencapai matlamat.

Bukankah permulaan peranan otak inilah yang menjurus manusia mencipta kajayaan?

Peranan

Harus diingat, Deria Keenam atau Sixth Sense ini mempunyai pelbagai peranan. Rangsanglah Deria Keenam anda untuk tujuan yang baik-baik. Antaranya ketika kita berdoa kepada Allah.

Penalaan mental fokus adalah sangat penting untuk kita berhubung dengan Tuhan Pencipta kita, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui, maka sambungkanlah (connect) 'bluetooth' kita ini semasa kita solat dan ketika kita berdoa kepada Allah supaya solat dan doa kita 'sampai' kepadaNya.

Antara yang menjadi khabar angin masyarakat pula adalah kemampuan Sixth Sense 'melihat makhluk halus' kononnya, sedangkan para ulama' sepakat mengatakan kita (manusia) tidak boleh melihat mereka.

Dan topik ini TIDAK berkaitan dengan makhluk halus! Topik ini sekadar meningkatkan lagi pemahaman berkaitan bidang Minda Separa Sedar (Subconscious Mind).

Mungkin dimasa akan datang, kita akan kupas lebih lagi akan peranan Deria Keenam ini dalam kehidupan dan bagaimana ia mampu memberi manfaat kepada kita. Insya'Allah.

BACA INI JUGA: 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

sumber: mindloading

Sekadar Bertanya Kepada Najib, Adakah Itu Fitnah?

Sekadar Bertanya Kepada Najib, Adakah Itu Fitnah?

Kala ini, kita sering mendengar dan membaca perkataan 'fitnah' yang sering dilemparkan kepada pengkritik Najib. Bunyinya sentiasa hampir sama iaitu, Hentikan Fitnah!

Najib+Pengecut

Malangnya, bahagian mana yang sering dikatakan sebagai menfitnah Najib?

Bab 1MDB? Kita tak menuduh apa-apa, kita cuma bertanya. Kenapa begitu, kenapa begini, kenapa bertukar bentuk jadi begitu, kenapa, kenapa?

Kenapa kita terus bertanya? Sebabnya penjelasan yang diberikan itu sendiri yang mengundang persoalan lain!

Penjelasan longgar, tidak tepat, dan tidak boleh diterima begitu sahaja kepada kita yang mampu berfikir. KECUALI kepada mereka yang sanggup menelan apa sahaja yang dilontarkan oleh Najib dan pasukannya.

Makanya kita bertanya terus, adakah itu dikatakan sebagai Fitnah?

Bab Derma RM2.6 bilion? Tang mana yang fitnah tu? Adakah kerana kita tidak dapat menerima begitu saja alasan yang diberikan oleh Najib, ops... Najib tak berani nak jawab, hanya orang-orang Najib saja yang jawab.

Kalau nak berikan alasan sekalipun, biarlah yang masuk akal! Kalau hanya mampu berikan alasan yang memperbodohkan diri sesiapa yang terima dan percaya, jangan salahkan rakyat yang masih mampu berfikiran waras!

Adakah cerita keluarga Najib yang mengamalkan gaya hidup yang tersangatlah mewah dan tidak mencerminkan pendapatan rasmi Najib itu satu fitnah?

Mata kita melihat, telinga kita mendengar. Bukan kita saja malah satu dunia juga memerhati dan bertanya. Jawapan yang diberikan pula mengiyakan cerita-cerita kemewahan itu dan diberikan alasan kekayaan Najib berpunca dari harta pusaka, kah kah..

Anda terima? Kalaulah subjeknya bukan Najib tapi rakyat biasa, adakah anda akan terima alasan sebegitu begitu saja? Pihak berkuasa yang berkenaan dah siasat?

Bahagian mana yang fitnah?

Kenapa pula diminta orang lain yang tolong bersihkan nama Najib kalau tuan punya badan sendiri tidak tampil mempertahankan dirinya terlebih dahulu?

Contohnya dalam isu Derma, pernah Najib sendiri perjelaskan apa-apa? Tidak kan!

Jadi, semua cerita-cerita tentang IS, Yahudi, dana politik, semua itu bukankah satu bentuk fitnah juga? Versi tuan punya badan sendiri apa?

Biasa dengar ungkapan Berani Kerana Benar?

Yang berani ke depan bertemu rakyat dan sanggup bersoal jawab secara spontan dengan rakyat siapa? Najib? Hahahaha..

Dan sekali lagi, rakyat akan buat perbandingan keberanian dan ketelusan antara Tun Mahathir dan Najib..


No untuk rakyat hubungi bagi sebarang pengesahan mengenai majlis.
  • En Razali Alias - 019 7444437
  • En Osmarizan - 019 7999940
  • En Azhar - 019 7775897

Sekian.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Mengaku Pernah Simpan Duit Umno Dalam Akaun Peribadi

Sumber: Dinturtle

Beri Nama 'Syaitan' Elak Anak Meninggal!

Beri Nama 'Syaitan' Elak Anak Meninggal!

Sebelum ini, media Indonesia mendedahkan beberapa pemilik nama unik termasuk seorang warga Banyuwangi yang bernama Tuhan. Kini muncul pula nama unik lain iaitu Saiton, (syaitan).

Saiton

Memetik laporan media Indonesia, lelaki yang bernama Saiton itu berasal dari Palembang, Sumatera Selatan.

"Saiton lahir di Paldas Banyuasin, 10 Febuari 1976. Nama tersebut, kata dia, merupakan pemberian kedua orang tuanya, Cik Nang dan Saimubah," petik laporan Liputan 6 Com.

Menurut Saiton, pemberian nama itu diberikan kepadanya kerana dari 12 orang adik beradiknya yang lahir, dua orang sahaja yang kekal hidup. Sepuluh yang lain meninggal tatkala berusia 5 hingga 7 tahun.

"Jika hidup semua, kami keluarga besar dengan 13 saudara. Saat saya lahir, orang tua saya berfikiran saya tidak mungkin hidup. Kemungkinan kerana kesal anaknya meninggal terus dan sebab itulah orang tua saya menganggap saya sedang diganggu syaitan.

"Kerana itu, saya diberi nama Saiton. Orang tua saya mungkin sudah 'kepalang bingung mau kasih nama apa' (sudah pening untuk memberi nama) ," jelas Saiton.

Bercerita lanjut, Saiton berkata ketika dia berusia tiga tahun, dia pernah memprotes namanya itu, sebab namanya itu sering kali dijadikan sebagai bahan ejekan rakan-rakannya, lantas katanya kedua-dua orang tuanya menggantikan nama itu menjadi Iskandar.

Namun setelah diganti namanya, Saiton sakit dan ia berpanjangan selama tiga tahun. Pelbagai cara digunakan orang tuanya untuk mengubatinya namun tetap tidak berhasil.

"Orang tua saya panik dan beranggapan, bahawa saya juga tidak akan panjang umur sepertimana saudara saya yang lain, akhirnya saya dibawa kepada orang pintar dan disarankan untuk mengembalikan nama saya seperti sediakala.

"Setelah pakai nama Saiton semula, alhamdulillah saya sembuh dan hingga kini tidak ada penyakit yang parah menimpa saya," ujarnya.

BACA INI JUGA: Tuhan Kena Tukar Nama!

Sumber: Sinarharian.com.my

'Engkau Tidak Akan Sabar Dengan Keadilan-Ku'

'Engkau Tidak Akan Sabar Dengan Keadilan-Ku'

Sewaktu sedang bermunajat di bukit Thursina, Nabi Musa a.s. berdoa, "Ya Allah, tunjukkanlah keadilan-Mu kepadaku."

Keadilan Allah

Lalu Allah berfirman, "Jika Aku menampakkan keadilan-Ku kepadamu engkau tidak akan sabar dan segera menyalahkan-Ku."

Musa memohon lagi, "Dengan taufik-Mu, aku akan bersabar dan menyaksikan keadilan-Mu."

Lantas Musa diarahkan pergi ke sebuah mata air. Dia disuruh bersembunyi dan menyaksikan apa yang akan berlaku.

Tidak lama kemudian, datang seorang penunggang kuda. Dia singgah ke situ untuk minum menghilangkan dahaga. Penunggang itu tergesa-gesa pergi sehingga dia tercicir sekantung wang yang dibawanya.

Kemudian, datang pula seorang budak untuk mengambil air disitu. Dia ternampak kantung berisi wang dan mengambilnya lalu dibawa pergi.

Setelah itu, datang pula seorang lelaki tua dan buta. Dia mengambil air untuk minum sebelum berwuduk dan solat berdekatan mata air itu. Ketika itu juga, penunggang kuda tadi datang semula ke situ untuk mencari kantung duitnya yang tercicir.

"Wahai orang tua, adakah kau yang mengambil wangku yang tercicir disini?" tanya penunggang tersebut.

Lelaki tua itu menjawab, "Bagaimana aku dapat mengambil wang kamu sedangkan mata aku tidak mampu untuk melihat."

"Kamu jangan menipu. Tiada orang lain selain kamu di sini!" marah penunggang kuda itu.

Akhirnya dia membunuh lelaki tua yang buta itu dan menggeledah segala barang kepunyaan lelaki tersebut namun gagal menemui wangnya yang tercicir.

Musa yang bersembunyi dan melihat segala kejadian itu tidak faham dan segera bertanya, "Ya Allah, aku jadi tidak sabar melihat kejadian ini. Namun aku yakin Engkau Maha Adil. Mengapa kejadian ini berlaku?"

Lantas Allah mengutus Jibrail untuk menerangkan kepada Musa tentang kejadian yang disaksikannya.

"Wahai Musa, sesungguhnya Allah mengetahui segala perkara yang tidak engkau ketahui. Budak yang mengambil wang itu sebenarnya mengambil haknya sendiri. Dahulu, ayahnya pernah bekerja dengan si penunggang kuda, namun tidak dibayar. Jumlah yang harus dibayar penunggang itu kepada ayahnya adalah sama nilai dengan jumlah wang yang diambil budak itu. Sementara lelaki tua yang buta itu pula adalah orang yang telah membunuh ayah budak itu sebelum dia menjadi buta."

Maka, fahamlah Musa dengan apa yang disaksikannya. Benarlah sebagai manusia biasa, kita tidak mampu membaca keadilan yang hanya diketahui oleh Allah.

Bahkan, kita selalu menganggap Allah tidak adil dalam hidup kita kerana keputusan-Nya yang sering menyukar dan merugikan kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu; dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah ayat 216)

BACA INI JUGA: Kisah Batu Ajaib Dari Syurga

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, August 27, 2015

Tun Mahathir bertanya, Benarkah RM2.6 Bilion Itu Derma?

Tun Mahathir bertanya, Benarkah RM2.6 Bilion Itu Derma?

Tun Mahathir melalui artikel terbarunya The 2.6 Billion Donation?, turut sama menimbulkan persoalan BENARKAH DANA ITU DERMA?

Najib2.6 bilion

Pemimpin-pemimpin Umno sibuk mencanangkan ke seluruh negara (well, actually audien mereka adalah ahli-ahli Umno cuma kenyataan-kenyataan mereka diambil oleh media maka seluruh rakyat pun turut mengikuti perkara ini) perihal derma RM2.6 bilion ini tapi adakah mereka berhenti sejenak untuk menilai adakah cerita mereka itu diterima oleh rakyat atau tidak?

Pemimpin-kenyataan Umno boleh beri apa juga alasan kepada derma itu, Zahid juga boleh cakap apa saja bagi menunjukkan kesetiaannya kepada Najib, TAPI sejauh mana rakyat mahu menerima alasan-alasan itu?

Rakyat Umno sendiri, kita percaya tidak semua yang boleh terima alasan-alasan dangkal sebegitu!

RM2.6 bilion sebagai derma?

2. No one believes or can believe such a huge sum of money can be donated by anyone to Dato’ Sri Najib or to anyone for whatever reason.

Tidak ada siapa percaya atau boleh percaya derma sebesar itu diberikan oleh seseorang kepada Najib atau kepada sesiapapun untuk apa juga alasan.

Setakat Zahid menyatakan pernah berjumpa dengan pak Arab (atau wakilnya) yang didakwa sebagai penderma itu dan mendakwa ada melihat dokumen transaksi berkenaan, belum cukup untuk menyakinkan rakyat!

6. The new DPM says he has seen the Arab who gave the money. Then let him give proof that this Arab has huge sums of money to give away to Malaysia and many other countries. Which countries. What is the source of this money. What business does he do? What is the name of the bank he uses. Show his account in the bank, the cheques he issued, particularly the 700 million USD. The recipient bank should be holding these cheques.

7. All these information could have been verified by the task force of four. But Najib dismantled the task force by sacking the A.G., sending the head of MACC on leave, and accusing Bank Negara of leaking Government secrets.

Buktikan yang pak Arab itu terlampau kaya sehingga boleh menderma berbilion-bilion RM bukan saja kepada Najib tapi juga kepada negara-negara lain?

Apakah sumber dana itu? Apa bisnes dia? Bank mana dia pakai? Semua itu boleh disahkan oleh Pasukan Petugas Khas, malangnya pasukan itu pula telah dibubarkan oleh Najib, kenapa dibubarkan?

Tindakan-tindakan yang meragukan beserta penjelasan yang tergantung, semuanya bukan hanya menimbulkan persoalan malah menambahkan lagi persoalan di minda rakyat!

Dah la alasan bodoh, penjelasan pun bodoh, bertindak pun bodoh.. halo! Rakyat tak sebodoh itulah!

Apa dah jadi kepada BAKI derma itu? Kenapa tidak ada sesiapa mahu berikan penjelasan bab baki itu? Kenapa dibawa keluar pula?

Kan alasannya untuk memerangi pengaruh Yahudi melalui Dap di Malaysia. Kenapa dibawa keluar ke Singapura pula?

Kenapa akaun di Singapura itu dibekukan?

Kenapa tidak ada penjelasan? Kenapa ahli-ahli Umno tidak bertanya hal ini kepada pemimpin-pemimpin yang beri penjelasan derma itu?

Atau mereka hanya tahu beri alasan derma saja, selebihnya mereka pun blur? Dan mereka harap rakyat pun jangan tanya banyak-banyak dan ikut sama ke-Blur-an yang mereka miliki?

14. Stop thinking that Malaysians are stupid.

Adakah ahli-ahli Umno sebodoh itu mahu percaya?

Anda?

Program Bicara Negarawan Bersama Tun Mahathir

Program Bicara Negarawan

Program Bicara Negarawan Bersama Tun Mahathir di Pasir Gudang JB pada Sabtu 29 Ogos seperti di atas adalah BENAR. Bukan Spin.

Diharap rakyat di selatan tanahair terutamanya sekitar JB dapat meluangkan masa dan menunjukkan sokongan anda kepada perjuangan rakyat yang dibawa oleh Tun Mahathir.

No untuk rakyat hubungi bagi sebarang pengesahan mengenai majlis.

En Razali Alias - 019 7444437
En Osmarizan - 019 7999940
En Azhar - 019 7775897

BACA INI JUGA: Video Panas! Mat Said Dedah Rahsia Jijik Kelahiran 1MDB!

Sumber: Dinturtle

Video Wartawan Dibunuh Ketika Siaran Langsung!

Video Wartawan Dibunuh Ketika Siaran Langsung!

Seorang wartawan dan jurukamera stesen televisyen rangkaian CBS mati dibunuh ketika sedang bersiaran langsung apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.

Killed on LIVE TV

Mangsa, Alison Parker, 24, dan Adam Ward, 27, ketika kejadian sedang menemuramah Pengarah Dewan Perdagangan Smith Mountain Lake, Vicki Gardner untuk satu program pagi menerusi saluran WDBJ-TV.

Video kejadian turut disiarkan secara ‘live‘ di mana tembakan yang mengorbankan kedua-dua mangsa itu membuatkan rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program berkenaan terkejut.

Pembunuh tersebut, Vester Lee Flanagan atau lebih dikenali sebagai Bryce Williams, 41, dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila dia cuba membunuh dirinya sendiri selepas kejadian pada pagi Rabu berkenaan.

Motif kejadian itu dipercayai membalas dendam kerana suspek pernah dipecat stesen televisyen tersebut apabila sering mengadu menjadi mangsa diskriminasi dan perkauman dengan rakan-rakan sekerjanya.

Amaran: Rakaman video mengandungi unsur ganas


Teman Lelaki Wartawan Ditembak Mati Luah Rasa Kecewa

Chris Hurst

Teman lelaki Allison Parker, Chris Hurst, wartawan yang ditembak mati ketika sedang bersiaran langsung di saluran TV WDBJ yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat meluahkan perasaan sedih dan kecewa di atas insiden yang mengorbankan kekasihnya itu.

Hurst, yang juga merupakan wartawan di saluran televisyen sama, mengatakan malam semalam merupakan kali terakhir dia berkomunikasi dengan mendiang yang mana Parker, 24, ada mengirimkan kiriman pesanan ringkas yang berbunyi ‘good night sweet boy‘.

Pasangan wartawan itu mula berpacaran pada 1 Januari tahun ini dan baru sahaja mengambil keputusan tinggal serumah malah mereka juga sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Hurst, 28, turut menceritakan jadual kerjanya yang mana dia bekerja syif petang dari jam 6 hingga 11 malam manakala Parker pula masuk bekerja pada syif 3.30 pagi.

“Pagi tadi (hari kejadian) Parker bangun lebih awal daripada kebiasaannya kerana dia ada tugasan di Smith Mountain Lake. Saya buatkan dia bekalan sarapan dan makanan tengahari dan juga menghantarnya ke tempat tugasan.

“Saya ada satu tabiat yang mana saya pasti akan menunggu teks pesanan daripadanya, hanya untuk memastikan dia sudah selamat sampai ke tempat kerjanya.

“Jadi, good nigt, sweet boy adalah merupakan ucapan terakhir yang dikirimkannya kepada saya,” katanya yang mengetahui tragedi itu menerusi panggilan telefon daripada majikannya pada jam 7 pagi.

Dia diminta bergegas ke tempat kejadian sebaik insiden itu berlaku oleh pihak atasan syarikatnya.

Dalam kejadian itu, Parker maut di tempat kejadian bersama-sama jurukamera, Adam Ward, 27, ketika sedang bersiaran langsung dalam rancangan pagi stesen tv terbabit.

Pembunuhan mereka dikatakan bermotifkan dendam seorang bekas pekerja syarikat penyiaran sama yang dipecat dua tahun lalu, Vester Lee Flanagan II, 41.

Flanagan dikatakan berdendam dengan kedua-duanya yang dikatakan bersikap perkauman terhadap dirinya sepanjang berkhidmat di sana.

BACA INI JUGA: 1MDB dan RM2.6 Bilion Soal Integriti Kepimpinan!

Sumber: Mynewshub.cc

Awas Pengguna Smartphone, Pepijat Stagefright Serang Android!

Awas Pengguna Smartphone, Pepijat Stagefright Serang Android!

Kebanyakan telefon pintar di pasaran menggunakan Android dan oleh sebab itulah, pepijat baru telah menjadikan Android sebagai sasarannya. Keadaan yang memeningkan syarikat pengeluar telefon pintar.

Stagefright Serang Android

Pepijat Stagefright Serang Android

Syarikat pengeluar telefon pintar telah mengesan sejenis pepijat baru yang menyerang Android melalui rakaman multimedia yang dinamakan Stagefright.

Cara Stagefright Bertindak

Pepijat Stagefright bertindak dengan menghantar MMS ke telefon pintar anda. Walaupun anda tidak membuka MMS tersebut, Stagefright tetap boleh memasuki telefon anda.

Hangouts adalah salah satu aplikasi yang boleh menerima dan memproses MMS secara automatik dan seterusnya memasukkannya ke dalam galeri telefon anda.

Selepas itu, penggodam akan mula bertindak mengawal telefon anda tanpa anda sendiri menyedari akan kewujudan MMS itu.

Seterusnya, penggodam tersebut dengan mudah dapat mengakses data termasuk menyalin dan membuang fail, mengendali mikrofon dan kamera juga mengawal bluetooth.

Cara Atasi

Untuk menghalang pepijat Stagefright daripada menyerang, anda bolehlah menutup (disable) satu pilihan yang dipanggil Auto retrieve MMS yang terdapat di dalam aplikasi Hangouts.

Walaupun tidak dijamin selamat, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko diserang.

Anda mungkin juga perlu mengubah aplikasi pesanan yang menghantar dan menerima SMS dan MMS.

Telefon Android Yang Dikemaskini

Terdapat beberapa telefon Android yang telah dikemaskini sistem keselamatannya untuk menentang Stagefright seperti;
  • Samsung Galaxy S5, S6, S6 Edge, dan Note Edge
  • HTC’s One M7, One M8 dan One M9
  • LG’s G2, G3, G4
  • Sony’s Xperia Z2, Xperia Z3, Xperia Z4, dan Xperia Z3 Compact

Jadi, jangan lupa update perisian anti virus Smartphone anda ye..

BACA INI JUGA: Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Tun Mahathir Cabar Zahid Dedah Identiti Penderma RM2.6 Bilion!

Tun Mahathir Cabar Zahid Dedah Identiti Penderma RM2.6 Bilion!

Identiti individu dari Timur Tengah yang didakwa memberi derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui akaun peribadinya perlu didedahkan.

Tun Mahathir

Tun Mahathir berkata, sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan telah bertemu ketua pegawai pelaburan daripada penderma serta pemegang amanah keluarga berkenaan.

“Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) telah bertemu dengan wakil penderma. Kemudian beliau perlu buktikan bahawa individu tersebut mempunyai sejumlah besar wang untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain.‎

“Apakah sumber wang itu? Apa perniagaan yang dibuat? Bank manakah yang digunakan? Tunjukkan akaun di bank, cek yang dikeluarkan, terutama RM2.6 bilion, dan bank penerima semestinya memegang cek tersebut,” kata Dr Mahathir dalam blognya.

Dr Mahathir berkata, kesemua maklumat itu berkemungkinan telah disahkan oleh pasukan khas yang menyiasat isu tersebut.

“Tetapi pasukan petugas khas telah dimansuhkan. Sekarang ini SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dikatakan masih menyiasat RM2.6 bilion.

"Jika Najib serius untuk menyiasat RM2.6 bilion di Ambank, beliau perlu membentuk semula pasukan petugas khas yang luhur. Pasukan petugas baharu yang ditubuhkan tidak mempunyai kredibiliti,” katanya.

Walaupun pihak bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan, katanya, ia perlu melaporkan sekiranya mengesyaki berlakunya penggubahan wang haram.

“Bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat tidak perlu menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri. Apa yang telah mereka lakukan?

“Apabila wang yang dicuri dimasukkan ke bank, tujuannya adalah untuk menghalalkannya. Namun wang itu telah hilang dari Ambank kerana akaun telah ditutup,” katanya.

Dr Mahathir berkata, apabila akaun ditutup, tidak bermakna sejumlah besar wang telah dikeluarkan secara tunai.

“Ia mesti telah dipindahkan ke bank lain, namun kita tidak dengar laporan dari mana-mana bank yang mengakui wang ini ada dalam simpanan mereka. Dua akaun telah dibekukan di Singapura dan itu sahajakah?

“Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat dan adakah bank-bank menyimpan wang ini. Jika ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan, jelas sekali wang telah digubah,” katanya.

Menurutnya, jika perkara berkenaan benar, apa keperluan bagi bank untuk meneliti jumlah wang yang telah didepositkan kepadanya.

Beliau turut menjelaskan RM2.6 bilion adalah satu jumlah besar bagi keperluan pilihan raya di Malaysia.

"Kecualilah ia untuk merasuah pengundi. Mengapa ada orang mahu merasuah pengundi supaya Najib boleh menang?

"Rakyat telah menyokong BN tanpa perlu diberi rasuah yang besar oleh sesiapa, lebih-lebih lagi daripada orang asing," katanya.

BACA INI JUGA: Kalau Derma, RM2.6 Bilion Sepatutnya Milik Rakyat, Bukan Duit Najib!

Sumber: Sinarharian.com.my