Thursday, August 27, 2015

Awas Pengguna Smartphone, Pepijat Stagefright Serang Android!


Kebanyakan telefon pintar di pasaran menggunakan Android dan oleh sebab itulah, pepijat baru telah menjadikan Android sebagai sasarannya. Keadaan yang memeningkan syarikat pengeluar telefon pintar.

Stagefright Serang Android

Pepijat Stagefright Serang Android

Syarikat pengeluar telefon pintar telah mengesan sejenis pepijat baru yang menyerang Android melalui rakaman multimedia yang dinamakan Stagefright.

Cara Stagefright Bertindak

Pepijat Stagefright bertindak dengan menghantar MMS ke telefon pintar anda. Walaupun anda tidak membuka MMS tersebut, Stagefright tetap boleh memasuki telefon anda.

Hangouts adalah salah satu aplikasi yang boleh menerima dan memproses MMS secara automatik dan seterusnya memasukkannya ke dalam galeri telefon anda.

Selepas itu, penggodam akan mula bertindak mengawal telefon anda tanpa anda sendiri menyedari akan kewujudan MMS itu.

Seterusnya, penggodam tersebut dengan mudah dapat mengakses data termasuk menyalin dan membuang fail, mengendali mikrofon dan kamera juga mengawal bluetooth.

Cara Atasi

Untuk menghalang pepijat Stagefright daripada menyerang, anda bolehlah menutup (disable) satu pilihan yang dipanggil Auto retrieve MMS yang terdapat di dalam aplikasi Hangouts.

Walaupun tidak dijamin selamat, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko diserang.

Anda mungkin juga perlu mengubah aplikasi pesanan yang menghantar dan menerima SMS dan MMS.

Telefon Android Yang Dikemaskini

Terdapat beberapa telefon Android yang telah dikemaskini sistem keselamatannya untuk menentang Stagefright seperti;
  • Samsung Galaxy S5, S6, S6 Edge, dan Note Edge
  • HTC’s One M7, One M8 dan One M9
  • LG’s G2, G3, G4
  • Sony’s Xperia Z2, Xperia Z3, Xperia Z4, dan Xperia Z3 Compact

Jadi, jangan lupa update perisian anti virus Smartphone anda ye..

BACA INI JUGA: Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon