Thursday, July 23, 2015

U Mobile Power Prepaid, Panggilan Dan Data Berkelajuan Tinggi 1GB Percuma!

U Mobile Power Prepaid, Panggilan Dan Data Berkelajuan Tinggi 1GB Percuma!

Syarikat telekomunikasi kini berlumba untuk pengenalan perkhidmatan prabayar dengan internet asas percuma, U Mobile memperkenalkan produk terbaru mereka dikenali sebagai Power Prepaid.

U Mobile Power Prepaid

Melaluinya, bukan hanya menawarkan internet asas percuma, tetapi turut memberikan akses kepada internet berkelajuan tinggi sehingga 1GB apabila pengguna membuat tambah-nilai sebanyak RM10 setiap bulan.

Untuk mendapatkan pelan prabayar baru ini, pengguna perlu membeli pek permulaan prabayar Power Prepaid berharga RM8.50.

Dengan pek permulaan ini, pengguna akan mendapat kuota data sebanyak 200MB dan panggilan percuma untuk 150 minit. Turut serta dalam pek ini adalah kredit bernilai RM8.50. Pengguna turut boleh membuat perubahan daripada talian sedia ada kepada Power Prepaid ini dengan membuat MNP.

Bagi mendapatkan internet percuma 1GB setiap bulan sepanjang hayat, pengguna hanya perlu memastikan talian mereka aktif setiap bulan dengan cara menambah nilai minimum sebanyak RM10 setiap bulan. Sekiranya kehabisan kuota data, pengguna masih mendapat internet percuma pada kelajuan asas.

U Mobile Power Prepaid [2]

Selain daripada internet asas dan juga data berkelajuan tinggi sehingga 1GB, pihak U Mobile turut menawarkan masa panggilan percuma dengan setiap tambah-nilai.

Tambah nilai sebanyak RM5 memberikan anda masa panggilan percuma sehingga 75 minit sebulan, sementara tambah-nilai sebanyak RM10 memberikan panggilan percuma seingga 150 minit sebulan.

Seperti biasa, perkhidmatan U Mobile ini ditawarkan secara percuma kepada mereka yang memastikan akaun prabayar mereka sentiasa aktif.

Setiap RM1 yang ditambah-nilai memberikan anda masa aktif selama sehari, dan anda dikehendaki menambah-nilai sebanyak RM30 untuk memastikan akaun anda sentiasa aktif sepanjang bulan serta menikmati penawaran data percuma sebanyak 1GB sebulan.

U Mobile Power Prepaid [3]

Penawaran pakej prabayar lama daripada U Mobile masih dikekalkan seperti biasa selain daripada pakej Power Prepaid ini.

Beberapa kelemahan tawaran ini adalah termasuk panggilan percuma yang hanya terhad 15 minit sehari, selain penggunaan internet asas yang dihadkan kepada 2GB sebulan.

Internet asas ditawarkan pada kelajuan sehingga 64kbps seperti syarikat telekomunikasi yang lain.

BACA INI JUGA: Kajian Terbaru, Pengguna Android Berdepan Risiko!

Layari: UMobile Power Prepaid

Sumber: Amanz

Perlekeh UniMAP, Pelajar UM Dikecam Berlagak

Perlekeh UniMAP, Pelajar UM Dikecam Berlagak

Kecoh jadinya di laman Twitter baru-baru ini apabila di satu page yang mewakili pelajar Universiti Malaya (UM) di media sosial, admin yang menggunakan twithandle @budakUM dianggap telah memperlekeh tahap akademik pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Perlekeh UniMAP

Status itu berbunyi, “Berani mak cik aku tanya result dapat berapa.. helo I student UM hokey.. bukan UniMAP.. kalau tak dapat dekan tu perkara biasa.. *jeling”.

Kenyataan angkuh dan sombong dengan memetik nama UniMAP itu sekali gus mengundang kemarahan seluruh pelajar dan alumni universiti tempatan tersebut.

Apa tidaknya, status tersebut jelas ingin menggambarkan percapaian akademik UM tidak sama taraf dan jauh lebih baik daripada UniMAP.

Tambah panas dan sensasi, seorang pelajar UM tiba-tiba muncul bagaikan mencurah minyak ke api apabila mula mempersoalkan tentang kewujudan universiti tempatan tersebut.

Perlekeh UniMAP [2]

Entah bagaimana, isu ini turut menangkap ke telinga Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin yang tampil bersuara menzahirkan kekecewaan berkenaan isu tersebut.

Jelasnya, pelajar UniMAP telah diajar untuk menghormati satu sama lain dan bukan bertindak memperlekehkan pelajar universiti lain.

“Terima kasih kepada alumni dan pelajar-pelajar UniMap. Saya cukup berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh anda semua dalam menjawab tohmahan beberapa belajar UM kepada pelajar UniMAP.

“Ini melambangkan mereka mengikuti perkembangan UniMap walaupun kita baru berumur 13 tahun dibandingkan dengan UM 100 tahun.

“Ini menunjukkan kematangan kemahiran berfikir. Kita di UniMap di ajar respect dan tidak pernah memperlekeh pelajar Universiti lain dalam semua bidang sama ada akademi, penyelidikan, kebudayaan, sukan dan lain-lain.

“Stakeholder yang akan menentukan dan bukan kita yang angkat bakul.

“Kita doakan beliau supaya Allah membuka minda dan hati supaya bercakap berlandaskan facts dan figures. Tahniah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Perlekeh UniMAP [3]

Sementara itu, difahamkan akaun @budakUM ditutup dipercayai susulan makian dan cacian orang ramai.

BACA INI JUGA: 14 Kursus Paling Sukar Yang Ditawarkan Universiti Di Malaysia

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, July 22, 2015

Apa Yang Akan Berlaku Jika Negara Muflis?

Apa Yang Akan Berlaku Jika Negara Muflis?

Sedang kita duduk memikirkan keadaan negara-negara miskin di dunia yang penuh dengan isu mati kebuluran, terdetik di benak, bagaimana keadaanya jika negara kita pula menjadi sebuah negara yang muflis dari segi ekonomi, politik dan juga sosial negara.

Negara Muflis

Bagaimana sesebuah negara itu boleh menjadi muflis? Dengan siapa negara berhutang?

Dalam era pasca modenisasi ini, kita sering menggunakan perkataan muflis atau bankrap kerana keadaan sekeliling dunia yang serba canggih ini mempunyai nilai kebergantungan yang amat tinggi kepada wang.

Dari segi konspetual, muflis bermakna ketidakupayaan individu atau institusi untuk membayar hutang kepada pemiutang. Oleh itu, ianya merupakan kedudukan terakhir individu atau institusi yang tidak berupaya untuk membuat pembayaran.

Tetapi harus diingat, ia adalah status undang-undang yang tidak berdaya membayar hutang kepada pemiutang.

Muflis boleh berlaku kepada anda, saya sendiri atau syarikat yang kita sedang bekerja. Tetapi persoalannya ialah, adakah ianya boleh berlaku kepada negara? Jawapannya ialah ya.

Negara bankrap bukan sekatat teorikal semata-mata. Negara Argentina pernah berada di dalam keadaan negara bankrap pada tahun 2001 dan 3 tahun sebelumnya, Russia juga pernah berada di dalam situasi yang sama. Negara German pernah muflis sebanyak 2 kali dalam sejarah negaranya, di mana kali pertama pada tahun 1923 dan kali kedua pada tahun 1945. Jadi, negara bankrap adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Istilah muflis amat signifikan dengan negara-negara yang sedang membangun dan mundur kerana potensi negara tersebut untuk mencapai status negara muflis amat tinggi.

Keadaan muflis akan menyebabkan kita membayar semua aset yang ada kepada pemiutang. Pemiutang boleh menyatakan petisyen muflis terhadap individu atau organisasi untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada wang milik mereka.

Inflasi Mengakibatkan Nilai Mata Wang Berkurang

Perkara yang secara tradisinya kerajaan akan lakukan apabila sebuah negara tidak dapat membayar hutang ialah dengan mencetak wang dengan lebih banyak.

Masalah yang akan timbul adalah berlakunya inflasi dengan menyebabkan nilai wang tersebut kian susut. Ianya pernah berlaku suatu ketika dahulu apabila Republik Weimar yang telah dihancurkan di bawah hutang semasa perang dunia pertama memutuskan untuk mencetak lebih banyak wang.

Hal tersebut menyebabkan nilai matawang tersebut jatuh. Senario yang sama boleh berlaku di negara kita dan wang yang disimpan akan semakin tidak bernilai dari semasa ke semasa.

Inflasi adalah satu hakikat hidup yang tidak dapat dielak oleh setiap insan. Bandingkan sahaja nilai RM5 dahulu dengan RM5 sekarang. Inilah yang dinamakan inflasi.

Negara Zimbabwe sedang mengalami hyperinfalsi yang mana 100 billion Dollar Zim hanya mampu membeli 3 biji telur ayam sahaja.

Bayangkan sekiranya anda ingin membeli sedozen telur ayam. Adakah ianya memerlukan sejumlah wang 1 trillion? Sudah tentu!

Hilang Kerja. Gaji Dipotong. Cukai Melambung

Kerajaan atau syarikat tidak mempunyai pendapatan yang kukuh akibat hutang syarikat atau negara yang tinggi. Oleh itu, sesetengah kakitangan atau pekerja syarikat akan kehilangan kerja bagi memastikan syarikat atau kerajaan kehilangan dana akibat daripada membayar gaji pekerja.

Selain itu, bagi syarikat yang bankrap, mereka terpaksa menghentikan syarikat atau kilang mereka. Keadaan ini akan menamatkan kontrak ramai pekerja dan akan menyebabkan ramai rakyat kehilangan kerja.

Sebagai contoh, negara Greece yang berhadapan dengan kebankrapan terpaksa menghentikan 30 ribu orang kakitangan awam mereka. Jumlah ini belum lagi termasuk jumlah pekerja daripada syarikat dan kilang swasta. Kerajaan Greece juga memotong 40 peratus daripada gaji kakitangan awam yang dikekalkan di dalam sektor awam mereka.

Cukai yang dikenakan terhadap rakyat juga melambung tinggi. Hal ini bertujuan bagi pemerintah mendapatkan dana bagi membayar semula hutang dan menjana pendapatan negara semasa negara dalam keadaan muflis. Rakyat akan menanggung hutang yang tinggi daripada kesan negara muflis tersebut.

Hidup dalam keadaan merbahaya

Jika negara bankrap, penduduk di negara itu akan menjadi marah, keliru dan amat kecewa akibat kehilangan sumber ekonomi, taraf hidup kian kurang serta beban cukai yang tinggi.

Mereka tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap pemimpinnya yang menyebabkan keadaan negara menjadi sebegitu rupa.

Ianya disusuli lagi dengan ekonomi yang ngeri dan keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam dikurangkan oleh kerajaan.

Dalam keadaan itu, rusuhan dan jenayah akan meningkat. Sebagaimana yang berlaku di Argentina suatu masa dahulu apabila negara tersebut berhadapan dengan keadaan negara bankrap, keganasan meningkat sebanyak 142% dan anak-anak muda yang menganggur terpaksa merompak untuk mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan hidup.

Program yang dibiayai oleh kerajaan akan berakhir

Kerajaan ialah institusi utama bagi perkhidmatan awam seperti polis, kesihatan, pendidikan, pembangunan awam, sokongan infrastruktur seperti jalan raya dan utiliti yang lain.

Apabila negara dalam keadaan bankrap, mereka tidak boleh lagi meneruskan program-program ini akibat daripada kekangan dana. Hasilnya, semua program yang dibiayai oleh kerajaan sebelum ini akan berakhir.

Sepertimana negara Indonesia, program kesihatan dan pendidikan tidak lagi dibiayai oleh kerajaan. Maka, rakyat negara tersebut menikmati kemudahan kesihatan daripada pihak swasta dan memerlukan duit yang banyak untuk membiayai kos rawatan dan pendidikan.

Bagi yang berkemampuan sahaja mampu untuk membayar kos persekolahan anak mereka di sekolah menengah. Hal ini menyebabkan keciciran pendidikan dalam kalangan rakyat negara tersebut.

BACA INI JUGA: Daripada 100 Orang, Hanya 1 Jadi Kaya-raya

Reaksi Orang Korea Terhadap Selebriti Malaysia

Reaksi Orang Korea Terhadap Selebriti Malaysia

Video yang baru dimuat naik ke laman sosial ini ternyata mendapat perhatian netizen terutamanya pengguna laman sosial Facebook.

Selebriti-Malaysia

Apa yang menariknya mengenai video ini, beberapa artis wanita di Malaysia telah dipilih untuk diketahui pandangan orang Korea terhadap mereka selain meneka umur artis-artis berkenaan.

Artis popular yang dipilih adalah Nora Danish, Emma Maembong, Hanis Zalikha, Shila Amzah dan Amyra Rosli.

Kebanyakan orang Korea yang melihat kecantikan serta keanggunan selebriti tempatan ini gagal memberikan umur yang tepat malah jauh sekali daripada usia sebenar pelakon dan penyanyi berkenaan.

Pelbagai reaksi dan komen diberikan dan ada juga yang begitu kagum dengan kecantikan bintang terkemuka di Malaysia.

Saksikan sendiri gelagat serta telatah lucu yang diberikan oleh orang Korea ini apabila melihat selebriti-selebriti tanah air yang sensasi ini.

BACA INI JUGA: Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood



Sumber: Mynewshub.cc

Aksi Dalam Tandas Yang Amat Mengejutkan!

Aksi Dalam Tandas Yang Amat Mengejutkan!

Nanti dulu! Jangan fikir perkara yang bukan-bukan mengenai gambar yang kami kongsikan ini.

Aksi Dalam Tandas

Ini bukanlah gambar sepasang kekasih yang ‘kantoi’ melakukan maksiat di tandas awam.

Sebenarnya, ia merupakan gambar seorang bapa bersama anaknya, yang terpaksa menjadikan tandas awam di R&R sebagai tempat untuk menumpang tidur, sedih bukan?

Menerusi gambar beserta penerangan yang dikongsikan Syed Azmi di laman Facebooknya, beliau menceritakan maksud disebalik gambar tersebut.

“Saya tidak boleh tidur malam ini, begitu banyak perkara yang saya fikiran.

Iyalah, perasaan teruja bertemu dengan rakan-rakan ketika hari raya, lebih-lebih lagi yang jarang berjumpa memang seronok.

Setelah selesai saya pun memandu pulang ke rumah.

Sewaktu memandu, saya sempat berhenti di sebuah R&R. Ketika di sana, saya terus ke tandas namun apa yang mengejutkan ialah saya terdengar tangisan kanak-kanak.

Anda boleh bayangkan betapa seram sejuknya saya ketika itu, lebih-lebih lagi di waktu malam yang sunyi sepi.

Saya pun mencari di sekeliling, saya lihat ini seorang kanak-kanak dan seorang dewasa sedang tidur dalam tandas yang bertanda Bilik Persalinan.

Hanya berbantalkan tuala dan lengan beliau, kanak-kanak dan lelaki itu tidur secara senyap di lantai yang keras dan sejuk.

Saya bertanya kepada pengawal berhampiran. Ya, bapa dan anak perempuan, tolong jangan buat laporan, beliau adalah seorang ayah yang baik. Miskin tinggal di bandar.

Saya tidak berani untuk membangunkannya malam ini, jelas saya tidak akan tahu apa yang boleh jangkakan sekiranya dia terjaga. Dan saya percaya pada pengawal tersebut. Naluri saya berkata, ok.

Saya hulurkan kad nama kepada pengawal untuk diberikan kepada lelaki dalam tandas itu. Saya hulurkan juga sedikit wang tunai.

Malam ini masih di malam Hari Raya, bayangkan kita semua selesa dengan aircond ketika di rumah.

Tetapi, kanak-kanak ini pula tidur di dalam tandas, cuba bayangkan anak anda sendiri di tempat tersebut. Itulah perasaan saya sekarang.

Bapa kanak-kanak tersebut cuba lakukan yang terbaik setakat ini sepertimana yang diberitahu oleh pengawal. Siapa lah saya untuk menilai mereka hanya sekadar doa yang terbaik sahaja. Gambar ini adalah benar dan ianya memang menakutkan saya.

Rancangan saya sekarang adalah untuk cuba untuk ajak mereka Sarapan Pagi dan sembang keesokkannya.

Namun pada keesokkan harinya, pada jam 7.30 pagi , saya terus memecut ke R&R yang sama.

Aksi Dalam Tandas [2]

Setelah sampai, apa yang ditinggalkan hanyalah bekas botol minuman F & N, 12 puntung Rokok, ‘biskut lutut kelapa’ dan itu sahaja.

Sama seperti apa yang anda lihat di sini. Pengawal yang saya bertemu semalam sudahpun menamatkan waktu bekerjanya dan diganti kepada pekerja lain.

Saya cuba juga bertanya kepada pengawal tersebut, namun beliau seakan tidak memahami apa yang saya tanyakan.”

Memang banyak perkara yang membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Buka mata dan selami dengan hati maka kita akan lebih mudah hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Insyaallah.

BACA INI JUGA: "Yang Baik Itu Tidak Semestinya Baik"

Sumber: Facebook Syed Azmi

Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Di Twitter?

Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Di Twitter?

Selebriti yang sudah lapan kali mengerjakan ibadah umrah, Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menulis twit sensitif mengutuk mangsa kemalangan jalan raya yang pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing.

DIVA AA

Dia menulis, “Jom tengok Buletin Utama! Berapa ekor yang mati accidents punya nak raya! Eloklah penuhkan kubur.”

Tidak dapat dipastikan kenapa Azwan mengeluarkan kenyataan seperti itu di laman sosialnya. Mungkin dia prihatin dengan peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang sering berlaku ketika menyambut hari perayaan agaknya?

DIVA AA [2]

Tapi rasanya tak manis dia mengeluarkan komen menggunakan kata-kata yang agak kasar seakan-akan menghina mangsa kemalangan.

Cuba bayangkan apa perasaan ahli keluarga mangsa kemalangan jika mereka membaca twit Azwan ni? Dalam menggunakan media sosial, soal adab dan tingkah laku perlu juga dijaga.

Jangan terlalu ghairah nak beri komen sampai lupa adab-adab dalam menjaga pertuturan dan penulisan!

BACA INI JUGA: Kenapa Hati Manusia Tidak Tenang?

Sumber: Mynewshub.cc

Kisah Napoleon Bonaparte Selepas Kalah Di Waterloo

Kisah Napoleon Bonaparte Selepas Kalah Di Waterloo

Tidak banyak fakta yang didedahkan mengenai Napoleon Bonaparte iaitu Maharaja Perancis yang berhasrat untuk berhijrah ke Amerika Syarikat selepas tumpas kepada tentera British-Prusia di Waterloo pada tahun 1815.

Battle of Waterloo 1815
Battle of Waterloo 1815.

Tawaran untuk membina sebuah Dunia Baharu dicetuskan pada Jun 1815 selepas Bonaparte terpaksa melepaskan takhtanya. Bagaimanapun, ia menjadi usaha yang sia-sia apabila sekutunya membatalkan cadangan tersebut.

Ketika masih berada di Elysee Palace di Paris, Bonaparte meminta dua kapal perang untuk membawanya dan rombongan merentasi Lautan Atlantik ke AS.

“Rancangan itu dipandang serius oleh kerajaan Perancis yang melihatnya sebagai satu usaha untuk menyingkirkan Bonaparte dengan segera,” kata seorang penjaga Muzium Antarabangsa Chateau de Malmaison, Christophe Pincemaille, yang bertanggungjawab menjaga semua pameran mengenai peristiwa yang berlaku di istana Chateau, terletak di bandar Paris.

Isteri Bonaparte iaitu Josephine de Beauharnais membeli istana tersebut pada tahun 1799 iaitu ketika suaminya berjuang di Mesir.

Bagi Bonaparte, penghijrahan ke AS hanya untuk menghalang dia meneruskan karier politiknya di Perancis. AS mahu mewujudkan jarak dan menghapuskan semua perkara yang membolehkan dia kembali bergiat aktif.

“Ke mana saya perlu pergi? Ke England? Perpindahan saya ke sana tidak masuk akal dan membimbangkan,” kata Bonaparte kepada ahli politik dan penulis Swiss-Perancis, Benjamin Constant dalam Memoirs Louis Antoine de Fauvelet Bourrienne iaitu seorang rakan diplomatnya dari Perancis.

“AS lebih sesuai, saya boleh tinggal di sana dengan bermaruah,” katanya.

Bourrienne berkata, dia kemudian cuba mengubah fikiran Bonaparte dengan alasan yang memihak kepada usiran di England tetapi bekas Maharaja Perancis itu menangkis cadangan tersebut.

Bonaparte menegaskan, kenapa dia tidak dibenarkan untuk berhijrah ke AS.

Bercerai

Bonaparte yakin kemenangan British akan menyokong hasratnya untuk merentasi Lautan Atlantik. Beliau juga mahu membina kehidupan baharu bersama keluarganya. De Beauharnais merupakan isteri pertama Bonaparte tetapi usia perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam tahun sebelum bercerai pada tahun 1810.

De Beauharnais yang dilahirkan di Pulau Martinique iaitu Kepulauan Carribean meninggal dunia setahun sebelum peperangan di Waterloo.

“Abang Bonaparte iaitu Jerome telah berkahwin dengan seorang gadis daripada salah satu keluarga terkaya Philadelphia,” kata Pincemaille.

Bonaparte kemudian menguruskan segala aset miliknya sebagai langkah untuk berpindah termasuk barang-barang perabot, lukisan, pakaian, senapang, pelana termasuk tab mandinya.

Buku dan peta tentang AS dikumpul, begitu juga instrumen saintifik. Pada masa sama, ahli astronomi dan fizik, Francois Arago, turut mengikutinya.

Pinggan mangkuk, perabot, barangan perak juga telah dibungkus dan sebahagian daripadanya diambil daripada koleksi luar negeri. Kesemua barang yang dibawa cukup untuk memenuhi kedua-dua kediaman Bonaparte iaitu satu di bandar dan satu lagi di negara itu.

Bagaimanapun, Bonaparte pernah bercita-cita untuk memiliki Empayar Amerika yang bermula dengan Louisiana sehingga ke Perancis.

Namun, percubaan pada tahun 1801 hingga 1803 untuk mendapatkan semula kuasa ke atas tanah jajahan Caribbean Saint-Domingue (kini dikenali sebagai Haiti) daripada seorang bekas orang suruhannya menemui kegagalan. Bonaparte terpaksa menjual Louisiana kepada AS pada harga AS$15 juta (RM56.9 juta).

Menurut Pincemaille, bekas Maharaja Perancis itu mengekalkan kepentingan dalam hal ehwal AS seperti mana yang ditunjukkan dalam surat-menyurat diplomatiknya.

Negara baharu itu dilihat sebagai tanah harapan. Saudara Bonaparte, Joseph (tinggal di Switzerland) telah membeli kawasan tanah yang luas di AS dan sebahagian masyarakat Perancis menetap di sana.

“Orang terkaya di AS adalah seorang warga Perancis yang dilahirkan di Bordeaux, Stephen Girard,” kata Pincemaille.

Kapal perang

Merupakan seorang pembina kapal dan pekerja bank, dia kemudian membiayai kos penjajahan pengikut Bonaparte di Alabama dan Texas.

Pada 8 Julai 1815, Bonaparte menaiki kapal perang La Saale dan berlabuh di pelabuhan barat Perancis tetapi selepas lima hari menunggu, keadaan jelas menunjukkan bahawa tentera laut British tidak akan membenarkan dia belayar dan pengaruhnya dinafikan.

Cara lain untuk meninggalkan tempat tersebut adalah secara bersembunyi.

Adiknya, Joseph mencadangkan supaya dia menggantikan tempatnya dan menyamar tetapi Bonaparte menolak.

Pada 15 Julai 1815, kerajaan sementara Perancis ingin menangkapnya. Bonaparte yang tidak bermaya telah memanjat naik ke dalam kapal British HMS Bellerophon dan menyerah diri kepada musuhnya.

Pincemaille berkata, 10 hari kemudian, Joseph yang menggunakan pasport palsu di bawah nama Surviglieri untuk mengaburi perhatian pihak British menyeludup masuk di atas kapal perdagangan ke New York.

Dia akhirnya menetap di New Jersey dan Philadelphia, AS sehingga tahun 1840.

Bagi Bonaparte, dia dibawa ke pulau British yang diketuai oleh Saint Helena di selatan Lautan Atlantik bersama barang-barang yang ingin bawanya ke AS. Dia akhirnya meninggal dunia di sana pada 5 Mei 1821. –AFP

BACA INI JUGA: Penemuan Gambar Bersejarah Ernesto Che Guevara

Tuesday, July 21, 2015

Anak Saudara Saman Chef Wan Sebar Gambar Memalukan?!

Anak Saudara Saman Chef Wan Sebar Gambar Memalukan?!

Ahli keluarga chef selebriti Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mengambil keputusan ingin menyaman beliau di atas tindakannya memuat naik gambar mereka di laman Instagram baru-baru ini.

Saman Chef Wan

Salah seorang anak saudara Chef Wan, Muhd Nazmi Khalid berkata dia akan meminta peguam untuk mengeluarkan surat tuntutan maaf kepada bapa saudaranya itu selain memadamkan gambar yang dimuat naik tersebut.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Muhd Nazmi berkata, “Saya dan ahli keluarga lain sudah sepakat untuk menyaman Chef Wan dan berharap kes ini dapat diselesaikan segera. Kami akan memberi tempoh dalam seminggu untuk dia meminta maaf secara terbuka dan padam semua gambar tersebut.

“Kami sebenarnya sudah lama tidak tahan dengan perangai Chef Wan. Sebelum ini, dia selalu tulis status kutuk kami pemalas tetapi letak gambar lain tapi kali ini dia sudah melampau.

“Apatah lagi di dalam gambar itu ada wanita yang terdedah aurat. Kalau hendak maki atau tegur pun tidak perlulah letak gambar tersebut,” katanya.

Muhd Nazmi sebelum ini menerusi akaun media sosialnya menyatakan gambar yang dimuat naik itu adalah pada pagi hari raya kedua dan bukannya pada Satu Syawal seperti mana dikemukakan Chef Wan menerusi entrinya itu.

Menurut Muhd Nazmi kesemua ahli keluarga tidur dalam keadaan kepenatan selepas sehari suntuk letih melayan tetamu dan peminat Chef Wan yang datang berkunjung ke kediaman keluarga di Sungai Koyan, Raub, Pahang.

Nak tahu apa respons Chef Wan mengenai tindakan anak saudaranya yang ingin menyaman dirinya, nah baca sendiri kenyataan yang dikeluarkan Chef Wan menerusi Instagramnya:

Saman Chef Wan [2]
Saman Chef Wan [3]
Saman Chef Wan [4]

Nampaknya makin panas isu ni.

Chef Wan Hentam Saudara Di Pagi Raya

Kontroversi ini bermula apabila Chef Wan menghamburkan kekesalannya dengan sikap sesetengah saudara maranya yang dituduhnya berat tulang nak membantu selain tidur membuta di pagi hari raya.

Kekesalan itu diluahkan menerusi satu entri di laman Instagram beliau yang mana Chef Wan memuat naik foto anak buahnya yang masih tidur di pagi raya sedangkan sudah pukul 9 pagi.

“By 9AM dah tak tahan lagi mula la mulut saya mengharuk satu rumah which like a yearly affair. Bangun bangun rasa nak sepak sepak sahaja manusia yang malas ini dari membuta sehingga matahari tu suluh ke jubur.”

Malas

“Ada yang tak mandi lagi dah mengadap TV pagi buta tergolek macam ikan buntal dah tak laku.

“I told my mother loud and clear and menyindir (tetapi) faham ke muka muka tebal yang tak tahu malu ni. Rumah ni bukan hotel ada barua to run around to feed some of them 3 meals a day!

“I am sure I am not the only one in Malaysia facing this issue with all this lazy and useless people. They are like parasite in our life. As far as I am concern mampus kau org la tak suka aku pun yang salah tetap salah. Ubah la sikap pemalas tu!”, luah chef nombor satu negara itu.

Bila dah masuk mahkamah memang akan ‘terlondehlah’ kisah-kisah luar dalam yang selama ini mungkin menjadi rahsia di antara kalangan keluarga mereka sendiri sebelum ini.

BACA INI JUGA: Artis-artis Malaysia Yang Pernah Terlibat Dengan Dadah

Sumber: Mynewshub.cc

Cara Menurunkan Berat Badan Dalam Masa 5 Saat Sahaja!

Cara Menurunkan Berat Badan Dalam Masa 5 Saat Sahaja!

Sememangnya tidak ada jalan untuk menurunkan berat badan melainkan melalui keazaman dan usaha cekal untuk mengawal pemakanan seharian.

Turunkan berat badan

Tak dinafikan memang banyak pelan diet melibatkan makanan dan latihan untuk melangsingkan tubuh tapi apalah gunanya kalau ia tak mampu dilakukan kerana memerlukan komitmen masa dan tenaga.

Justeru jika terdapat satu cara yang unik, ambil masa sangat singkat dan tidak memerlukan anda memerah keringat atau menahan selera makan untuk tampil lebih langsing. Siapa yang tidak tertarik bukan?

Menurut kajian dalam Journal of Obesity oleh Universiti Cornell, menimbang berat badan pada setiap hari mampu meningkatkan semangat untuk berdiet dan bersukan untuk menurunkan berat badan.

Dengar macam remeh tetapi inilah sebenarnya cara efektif untuk membuatkan fikiran diset untuk bersemangat dan tidak malas menjayakan diet anda.

Kajian ini telah terbukti selepas dijalankan selama dua tahun di mana sebahagian besar responden yang rajin menimbang berat badan didapati berjaya mengekalkan kelangsingan tubuh setelah berdiet.

Ini juga merupakan antara cara untuk mengelak mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan, terus kekal dengan diet diamalkan dan tidak terbabas menjadi gemuk semula.

Jadi mulai pagi esok, mulakan hari anda dengan menimbang berat badan ok?

Tak lama, 5 minit sahaja tapi mungkin itulah permulaan detik untuk anda menjadi orang yang lebih kurus dan langsing tak lama lagi!

BACA INI JUGA: Bahaya Makanan Ringan Kepada Tubuh

Sumber:Mynewshub.cc

10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

Perselingkuhan dalam sesuatu hubungan suami isteri juga tidak lagi dipandang taboo meskipun melanggar adat dan budaya Timur. Malah, penzinaan sudah menjadi sesuatu yang terlalu lazim dalam realiti kehidupan masyarakat masa kini.

World prostitute

Kami senaraikan 10 buah negara dengan budaya seks paling bebas di dunia.

10. Finland

Seks dianggap sebagai sesuatu yang positif di Finland, bahkan ada yang memilih untuk tidak berkahwin bagi membolehkan mereka bertukar-tukar pasangan tanpa risiko komitmen. Kebanyakan rakyat Finland gemar hubungan seks rambang, dan ianya merupakan suatu yang dibenarkan di dalam budaya masyarakatnya.

9. United Kingdom

Kadar pasangan di UK yang pernah berlaku curang dalam perhubungan mereka adalah antara yang paling tinggi di dunia. Bukan itu sahaja, malah kadar kehamilan anak luar nikah oleh gadis bawah umur juga menjadi satu epidemik yang semakin menjadi-jadi di negara tersebut.

8. Sepanyol

Tak dinafikan, wanita-wanita Sepanyol rata-ratanya cantik dan seksi. Oleh itu, meskipun Sepanyol merupakan sebuah negara yang mempunyai pegangan Kristian Katolik yang kuat, kadar pelacurannya adalah antara yang paling tinggi di Eropah.

Baru-baru ini, mahkamah memutuskan bahawa pelacur di Sepanyol bakal berhak untuk mempunyai hak-hak pekerja dan mampu untuk menuntut faedah pengangguran setelah tidak lagi bekerja.

7. Belgium

Majoriti rakyat Belgium mempunyai keahlian dalam laman web dan komuniti ‘mencari cinta’di Internet. Malah, mereka juga lebih selesa berada dalam hubungan terbuka dan gemar bertukar-tukar pasangan. Curang dalam sesebuah hubungan percintaan juga tidak menjadi hal yang terlalu besar untuk mereka.

6. Norway

Dalam senarai ini, Norway merupakan negara yang paling protektif sekali terhadap pekerja seksnya. Pengharaman aktiviti jual-beli seks yang dikuatkuasakan sejak tahun 2009 menyukarkan pelacur untuk mendapatkan pelanggan, namun masyarakat Norway mengamalkan sikap terbuka dalam memilih pasangan seks mereka.

5. Perancis

Perancis merupakan satu-satunya negara yang terbuka dengan kanak-kanak dalam hal-ehwal seksual, sehingga membolehkan kerajaannya meletakkan had umur bagi menonton filem yang memaparkan seks ganas, Fifty Shades Of Grey, adalah 12 tahun.

4. Jerman

Dengan purata 49 pekerja seks bagi setiap 10,000 wanita, Jerman mempunyai dasar yang terbuka terhadap industri pelacuran. Tidak seperti negara-negara Kesatuan Eropah yang lain, pelacuran merupakan satu industri yang sangat meluas, sistematik, dan dibenarkan undang-undang Jerman.

Malah, sebuah tinjauan menunjukkan lebih 60 peratus wanita Jerman pernah curang terhadap pasangan mereka.

3. Itali

Itali merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan nilai budaya yang telah wujud sejak ribuan tahun lampau. Namun, budaya yang malar hijau tidak semestinya menterjemahkan keelokkan moral masyarakatnya.

Daripada peristiwa kemusnahan Pompeii setelah letusan gunung berapi mengejut melenyapkan kota seks purba itu daripada peta dunia suatu ketika dahulu, sehinggalah skandal seks bekas PM Itali Silvio Berlusconi yang didapati gemar melanggan pelacur kelas atasan pada tahun 2011, Itali sememangnya sinonim dengan industri seks yang meriah dan penuh glamor.

2. Denmark

Seks merupakan sesuatu yang sangat organik di Denmark sehinggakan rakyatnya langsung tidak merasa malu dengan aktiviti itu. Apabila seks bebas menjadi suatu norma, maka tidak hairanlah ibu negaranya iaitu Copenhagen menjadi destinasi pelacongan seks yang berkembang pesat.

Kedai-kedai menjual alatan seks dibuka secara terang-terangan di kawasan kekeluargaan, dan rumah pelacuran yang memaparkan pekerja seksnya dalam keadaan mengghairahkan menjadi satu pandangan biasa di negara Skandinavia itu.

1. Thailand

Dengan purata 45 daripada 10 ribu orang wanitanya memilih kerjaya sebagai pelacur, Thailand sememangnya cocok digelar syurga seks bukan sahaja bagi pelancong luar, malah juga lelaki Malaysia.

Rata-rata pelancong tertumpu di bahagian Patpong di Bangkok, yang dikatakan kawasan terbaik untuk melanggan pelacur-pelacur muda dan cantik dengan harga yang tidak terlalu mahal. Bahkan, Thailand juga terkenal dengan pelacur pondan dan lelaki gay!

Walaupun pelacuran sebenarnya menyalahi undang-undang di Thailand, namun aktiviti itu dibenarkan selagi kawal selia dilakukan serta pekerja seksnya mendapatkan ujian jangkitan kelamin.

BACA INI JUGA: Khidmat Dakapan Profesional Sehingga Pelanggan Tertidur

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, July 20, 2015

Faktor Yang Menyebabkan Ghairah Isteri Menurun

Faktor Yang Menyebabkan Ghairah Isteri Menurun

Banyak faktor yang menyebabkan ghairah seks isteri menurun didalam sebuah perkahwinan dan ianya sangat kompleks seperti terjadinya perubahan hormon, faktor psikologi hingga ke faktor biologi.

Ghairah Isteri Menurun
Gambar hiasan.

Kajian menyebutkan bahawa seorang isteri mengalami penurunan ghairah seks sebanyak 2% setiap bulan.

Keghairahan seksual pada isteri tidak boleh dipisahkan dari perubahan mood sepanjang hidup berumah tangga. Bila hal ini tidak segera diatasi boleh menyebabkan keharmonian rumah tangga itu terjejas.

Komunikasi boleh menjadi faktor yang baik untuk menaikkan kembali keghairahan seks yang menurun pada isteri. Sikap saling terbuka antara pasangan suami isteri boleh mempengaruhi mood isteri.

Berikut adalah penyebab ghairah seks isteri menurun yang boleh anda ambil sebagai pembelajaran bersama.

Hormon Seks

Wanita mempunyai pelbagai hormon yang mempengaruhi ghairah seksnya. Wanita juga mempunyai hormon testosterone meskipun ianya tidak sebanyak lelaki.

Jika wanita stress, hormon testosteronenya akan berkurangan dan menyebabkan ghairah seksnya menurun.

Kurangkan Tekanan Semasa Melakukan Hubungan Seks

Seks adalah aktiviti yang menyeronokkan dalam kehidupan rumah tangga. Namun adakalanya hubungan seksual membuat isteri berasa kurang selesa kerana mendapat tekanan tertentu dari suami.

Seks yang baik harus dikerjakan sepenuh hati dan dinikmati bersama dan bukan dinikmati oleh suami sahaja.

Foreplay

Kadangkala suami terlalu tergesa-gesa dalam melakukan hubungan seks bersama isteri padahal seks memerlukan pemanasan atau foreplay terlebih dahulu.

Foreplay juga bukan sekadar untuk pemanasan bagi merangsang isteri tetapi ianya juga boleh menjadi saat intim bagi pasangan suami isteri diatas katil.

Seperti yang diketahui, wanita tidak mudah mencapai klimaks dalam seks. Tidak adanya foreplay menjadi penyebab ghairah seks isteri menurun.

Kelahiran

Isteri yang baru sahaja melahirkan atau dalam masa penyusuan kadangkala mempunyai ghairah seks yang rendah.

Pada masa ini wanita tersebut akan mengalami peningkatan hormon proklatin yang membuatkan ghairah seksnya menurun dan moodnya juga berada dalam keadaan tidak stabil.

Umur

Umur adalah faktor semula jadi yang pasti dialami perempuan dan menyebabkan ghairah seksnya menurun.

Kebiasaanya wanita yang berumur 40 tahun keatas akan mula kehilangan ghairah seks yang besar.

Pada waktu ini isteri harus menumpukan lebih perhatian pada kesihatannya agar aktiviti seks suami isteri itu tidak menjadi semakin pudar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com