Jul 22, 2015

Azwan Ali Hina Mangsa Kemalangan Di Twitter?

Selebriti yang sudah lapan kali mengerjakan ibadah umrah, Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menulis twit sensitif mengutuk mangsa kemalangan jalan raya yang pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing.

DIVA AA

Dia menulis, “Jom tengok Buletin Utama! Berapa ekor yang mati accidents punya nak raya! Eloklah penuhkan kubur.”

Tidak dapat dipastikan kenapa Azwan mengeluarkan kenyataan seperti itu di laman sosialnya. Mungkin dia prihatin dengan peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang sering berlaku ketika menyambut hari perayaan agaknya?

DIVA AA [2]

Tapi rasanya tak manis dia mengeluarkan komen menggunakan kata-kata yang agak kasar seakan-akan menghina mangsa kemalangan.

Cuba bayangkan apa perasaan ahli keluarga mangsa kemalangan jika mereka membaca twit Azwan ni? Dalam menggunakan media sosial, soal adab dan tingkah laku perlu juga dijaga.

Jangan terlalu ghairah nak beri komen sampai lupa adab-adab dalam menjaga pertuturan dan penulisan!

BACA INI JUGA: Kenapa Hati Manusia Tidak Tenang?

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Isk..isk..dia ni. Cubalah sesekali tak buat kontraversi. Mak pening arr....

Isk..isk..dia ni. Cubalah sesekali tak buat kontraversi. Mak pening arr....

kdg kdg perkara buang tabiat ni dtg dlu sebelum seseorang akan meninggal dunia.semoga sempat memohon maaf dan bertaubat.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon