Sunday, March 29, 2015

Kubur Tanpa Nama, Pusara Mesra Alam!

Kubur Tanpa Nama, Pusara Mesra Alam!

Di dunia ini, setiap manusia yang lahir dan mati ada tandanya. Jika hendak mencari orang yang sudah meninggal dunia, kita boleh menziarahi kuburnya.

Kubur
Gambar hiasan.

Tetapi, keadaan ini mungkin tidak akan berlaku jika anda mencari kubur mereka yang diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan mayat mesra alam.

Syarikat yang beroperasi di Amerika Syarikat menggunakan sejenis cecair kimia daripada larutan Kalium Hidroksida.

Mengikut prosedur operasi standard syarikat ini, mayat akan direndam ke dalam larutan kimia dan akan hancur menjadi cecair.

Selepas selesai melarut, cecair ini akan dialirkan ke dalam longkang untuk kembali ke Bumi.

Pengebumian cara ini dikatakan sangat mudah dan ekonomi serta menjimatkan ruang selain menjadi pilihan individu yang mesra alam.

BACA INI JUGA: Perkuburan Barangan Rosak Terbesar Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, March 28, 2015

Tahukah Anda Siapa Orang Pertama Menemui Kopi?

Tahukah Anda Siapa Orang Pertama Menemui Kopi?

Kopi sememangnya minuman yang sangat popular dan kebanyakan dari kita menjadikannya sebagai minuman harian selepas bangun dari tidur.

Kopi

Kopi sebenarnya ditemui oleh seorang lelaki arab bernama Khalid yang kehairanan melihat kambing-kambingnya begitu aktif selepas memakan sejenis buah berry di kawasan Kaffa, selatan Ethiopia.

Dia kemudiannya merebus buah berry berkenaan dan terhasillah kopi pertama di dunia.

Menurut rekod, kopi pertama ditemui dan dieksport dari Ethiopia ke Yaman dimana ahli sufi menggunakan kopi itu untuk beribadah sepanjang malam.

Anda suka minum kopi?

BACA INI JUGA: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Kisah Simbolik Disebalik Logo Sakae Sushi

Kisah Simbolik Disebalik Logo Sakae Sushi

Logo Sakae Sushi membentuk seekor katak, yang membawa maksud sentiasa bersedia untuk melompat.

Logo Sakae Sushi

Logo Sakae Sushi telah didaftarkan trademark di Malaysia pada 12/1/2004. Syarikat ini dimiliki oleh Mr Douglas Foo dari Singapura.

Logo ini sebenarnya membawa beberapa maksud. Tetapi secara keseluruhan ia membentuk seekor katak yang bersedia untuk melompat.
  • Di bahagian kaki katak, ia membawa maksud jongkong emas dan semangkuk nasi yang penuh
  • Di tengah perut katak, tulisan cina itu membawa maksud “Glorious”
  • Senyuman di wajah katak membawa maksud barisan hadapan yang sentiasa senyum
  • Mata katak pula memberi gambaran pasukan pengurusan yang berpandangan jauh
  • Gabungan kepala dan perut katak membentuk nombor 8

Logo bukanlah sekadar sebuah logo. Logo membawa seribu maksud kepada perniagaan tersebut.

Moralnya, jangan main hantam keromo dalam isu logo, kerana ia adalah jenama anda.

Betul caranya, ia membawa pulangan ratusan juta.

BACA INI JUGA: Asal-usul Simbol Lelaki Dan Wanita Dalam Dunia Sains

Sumber: Majalahniaga.com

Siapa Manusia Hebat Itu Yang Mencipta Tulisan Braille?

Siapa Manusia Hebat Itu Yang Mencipta Tulisan Braille?

Cuba lihat titik-titik dibawah? Anda faham apa maksudnya? Ya, kombinasi titik-titik ini sebenarnya adalah tulisan Braille.

Braille

Tulisan Braille adalah satu sistem penulisan yang digunakan oleh orang yang cacat penglihatan untuk membaca.

Tahukah anda siapa pencipta tulisan Braille? Seorang pemuda berbangsa Perancis, Louis Braille, telah mencipta sistem penulisan ini pada kurun ke 19 atau lebih tepat lagi pada tahun 1824.

Dan tahukah anda, Braille juga sebenarnya seorang yang buta? Dia kehilangan kedua-dua indera penglihatan sewaktu berusia lima tahun akibat kemalangan.

Walaupun telah diberikan rawatan terbaik ketika itu, kecederaan yang dialami pada sebelah matanya telah merebak sehingga menyebabkan Braille menjadi buta.

Braille mendapat inspirasi untuk menghasilkan tulisan ini sewaktu mengikuti pengajian disebuah institusi yang dikhaskan untuk orang-orang cacat penglihatan.

Pada tahun 1821, seorng bekas tentera bernama Kapten Charles Barbier telah datang ke institusi berkenaan untuk memberikan kuliah.

Charles menceritakan tentang bagaimana dia telah mencipta satu kaedah komunikasi untuk berhubung pada waktu malam.

Sistem tulisan timbul itu membolehkan askar-askar menyampaikan mesej tanpa perlu bersuara dan tidak memerlukan cahaya.

Braille ternyata berminat dengan apa yang dipelajarinya. Dia mula memahirkan dirinya untuk memahami sistem yang diberi nama 'Sonografi' itu.

Kemudian, Braille menambah baik tulisan tersebut dengan mewujudkan tanda bacaan dan huruf bagi setiap karya seperti orang biasa.

Tiga tahun selepas itu, Braille akhirnya berjaya muncul dengan sitem tulisannya sendiri.

Tulisan Braille yang terdiri daripada enam titik timbul itu telah dinomborkan mengikut abjad.

Kombinasi titik-titik tersebut menggambarkan setiap huruf dan tanda baca yang diwakili.

Namun, ketika awal kemunculannya, tulisan ini pernah mendapat tentangan hebat daripada ahli akademik.

Mereka mengatakan bahawa tulisan Braille adalah sangat berbeza dengan huruf rumi dan terlalu janggal untuk digunakan.

Malah, sistem tulisan ini juga pernah diharamkan dan segala buku yang dicetak menggunakan tulisan Braille dibakar bagi mengelakkan penyebarannya.

Sehinggalah pada tahun 1851, kerajaan Perancis akhirnya memperakui tulisan Braille sebagai satu sistem tulisan.

Louis Braille
Louis Braille.

Sejak itu, penggunaan tulisan Braille mula berkembang luas dan memasuki negara-negara lain dibenua Eropah.

Setahun selepas itu, Braille meninggal dunia akibat batuk kering pada usia 43 tahun.

Tulisan ini diangkat secara universal pada akhir kurun ke 19 dan diberi nama Braille, diambil sempena nama penciptanya sendiri.

Simbol Braille juga telah diperbaiki sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik.

Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadi kod lapan titik timbul. Ia bagi memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut ialah huruf besar atau kecil.

Pada pertengahan abad ke 20, rumah Braille yang terletak di Coupvray, 40 kilometer di timur kota Paris telah dijadikan muzium oleh Majlis Kebajikan Orang Buta Sedunia.

Selain itu, tanggal 4 Januari setiap tahun turut diperingati sebagai Hari Braille Sedunia yang diambil sempena tarikh kelahiran Louis Braille.

BACA INI JUGA: 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Tugu Patung Ultraman Dan Asal-usul Kuasa Silang!

Tugu Patung Ultraman Dan Asal-usul Kuasa Silang!

Siri dan watak Ultraman dicipta oleh mendiang Eiji Tsuburaya pada tahun 1966. Beliau meninggal dunia pada tahun 1971.

Ultraman

Bagi memperingati lagenda genre Tokutsaku ini, bandar Sukagawa membina empat patung berasaskan watak siri Ultraman. Sukagawa ialah bandar kelahiran dan kematian beliau.

Empat buah patung yang dibina ialah Ultraman, Ultra Seven, Gomora dan Eleking.

Ultraman

Tahukah anda semasa Perang Dunia Kedua Tsuburaya bekerja sebagai pengarah filem propaganda Jepun?

Tahukah anda juga tangan salib Ultraman yang mengeluarkan laser mendapat ilham dari salib Kristian?

Ultraman

Eiji Tsuburaya ialah seorang Kristian Katolik dan lambang salib sebelum menembak laser adalah simbolik kuasa tuhan memusnahkan kejahatan di dunia yang diwakili Kaiju.

Now you know..

BACA INI JUGA: Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Doraemon

sumber: blogserius

Friday, March 27, 2015

8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia

8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia

Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.

Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.

Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.

Fifty Shades of Grey

Fifty Shades of Grey

Filem yang diangkat dari sebuah novel popular 'Fifty Shades of Grey' ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut.

Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.

Sex Tape

Sex Tape Film

Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan.

Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di Internet.

The Wolf of Wall Street

The Wolf of Wall Street

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bogel serta seks.

Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F**K' paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat.

Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.

The Raid 2: Berandal

The Raid 2 - Berandal

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans "The Raid: Redemption" pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu "The Raid 2: Berandal" ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia.

Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.

Noah

Noah

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson.

Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.

I Spit On Your Grave

I Spit On Your Grave

Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.

Dukun

Dukun

Filem seram tempatan "Dukun" arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007.

"Dukun" merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

Banglasia

Banglasia

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem "Banglasia" telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.

Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.

Malah "Banglasia" turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.

BACA INI JUGA: 20 Filem Adaptasi Hollywood Dengan Kutipan Tertinggi

Sumber: Tupai.com.my

Anwar Ibrahim Tidak Diberi Pengampunan, Bukan Lagi Ahli Parlimen

Anwar Ibrahim Tidak Diberi Pengampunan, Bukan Lagi Ahli Parlimen

Menurut Ketua Bahagian Guaman dari Pejabat Peguam Negara, Amarjeet Singh, petisyen permohonan maaf yang telah diberi oleh keluarga Anwar kepada Yang Dipertuan Agong telah ditolak dan dengan ini Anwar tidak lagi menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar Ibrahim

“Pendirian kami ialah keputusan telah dibuat dan perlembagaan telah bercakap dengan sendirinya” katanya kepada pemberita.

Dengan pelupusan petisyen itu, Perlembagaan boleh dikatakan mempunyai pendirian yang jelas berkaitan dengan isu ini.

Afidavit yang disahkan oleh Ketua Pengarah bahagian undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.Afidavit itu menyeru bahawa Anwar harus kekal dalam tahanan.

Bagaimanapun peguam-peguam Anwar seperti N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar mengatakan mereka masih menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Pengampunan yang akan diumumkan pada hari rabu depan(1 April 2015).

Keputusan itu telah disampaikan kepada peguam Anwar dalam bentuk afidavit yang dikeluarkan oleh Datuk Nursiah Arshad, Ketua Pengarah Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri yang juga salah seorang urus setia Lembaga Pengampunan.

BACA INI JUGA: Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi

Sumber: The Star

Anita Sarawak Bercerai?

Anita Sarawak Bercerai?

Nama Anita Sarawak kembali menjadi sebutan baru-baru ini selepas ada khabar angin mengatakan yang beliau kini sudah berpisah dengan suaminya, Mahathir Abdullah dan kembali menyanyi di Las Vegas.

Anita Sarawak Bercerai

Adik penyanyi itu Noorkumalasari berkata, Anita Sarawak memberitahunya berita berkenaan adalah fitnah semata-mata dalam satu panggilan telefon kira kira dua bulan yang lalu dan khabar angin ini bukan satu perkara baru.

“Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar”

“Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya,” ujar Noorkumalasari.

Beliau turut menambah yang Anita Sarawak tidak bercadang untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat kerana selesa menjalani kehidupan di Las Vegas dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa ketika ini.

BACA INI JUGA: Filem Shahrukh Khan Dan Kajol Terus Ditayang Selepas 20 Tahun!

Sumber: mStar.com.my

Bahlul Itu Bukan Bodoh Tapi Bijaksana

Bahlul Itu Bukan Bodoh Tapi Bijaksana

Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah, terdapat seorang ulama sufi bernama Syeikh Junaid Al-Baghdadi yang tersohor dengan ketinggian ilmunya.

Bahlul

Selain menjadi pelopor kepada ilmu tasawuf Islam, beliau juga cukup dikenali sebagai seorang pedagang yang berjaya di jazirah Arab.

Suatu ketika, Syeikh Junaid telah berangkat ke kota Baghdad bersama pengikutnya atas urusan perniagaan.

Sebaik urusannya selesai, Syeikh Junaid telah bertanya tentang seorang lelaki dan berhasrat untuk menemui sosok yang dimaksudkan.

"Kenalkah kalian lelaki bernama Bahlul di kota ini?", tanya ulama tersebut kepada anak muridnya.

Mereka menjawab, "Ya, dia seorang yang gila. Apakah yang tuan perlukan daripadanya?"

"Cari lelaki itu kerana ada sesuatu yang aku perlukan daripadanya", kata Syeikh Junaid.

Tanpa banyak bicara, anak-anak murid Syeikh Junaid segera mencari lelaki bernama Bahlul itu disegenap pelosok kota Baghdad.

Setelah puas menjejak, akhirnya mereka menemui lelaki itu di dalam sebuah pondok digurun yang agak terpencil.

Keadaan Bahlul dilihat tidak terurus. Pakaiannya compang-camping dan rambut kusut masai. Memang sah, itulah lelaki yang dicari mereka.

Anak-anak Syeikh Junaid segera kembali ke kota dan membawa guru mereka untuk bertemu dengan lelaki berkenaan.

Ketika Syeikh Junaid mendekati Bahlul, dia melihat Bahlul sedang gelisah sambil menyandarkan kepalanya ke dinding.

Syeikh Junaid kemudian memberi salam dan menyapanya. Bahlul menjawab dan bertanya semula, "Siapakah engkau?"

"Aku adalah Junaid Al-Baghdadi", jawab ulama sufi itu.

"Adakah engkau Abul Qasim (nama sebenar Syeikh Junaid)? Adakah engkau yang sering mengajak manusia ke arah jalan kebaikan dan mencintai akhirat?, tanya Bahlul.

"Ya!", jawab Syeikh Junaid.

"Adakah engkau tahu bagaimana cara makan?, tanya Bahlul sekali lagi.

Lalu Syeikh Junaid menjawab, "Aku mengucapkan Bismillah. Aku makan yang ada dihadapanku, aku menggigitnya sedikit, meletakkan disisi kanan dalam mulutku dan perlahan mengunyahnya.

"Aku tidak menatap suapan berikutnya. Aku mengingati Allah sambil makan. Apa pun yang aku makan, aku ucapkan Alhamdulillah.

Aku cuci tanganku sebelum dan selepas makan".

Bahlul berdiri, menyebakkan pakaiannya dan berkata, "Kau ingin menjadi guru yang dihormati di dunia, tetapi kau tidak tahu pun bagaimana cara makan!"

Sambil berkata demikian, Bahlul berlalu pergi.

Salah seorang murid Syeikh Junaid berkata, "Wahai tuan, dia adalah seorang gila".

"Ya, dia adalah orang gila yang bijak dan cerdas. Dengarkan kebenaran daripadanya", jelas Syeikh Junaid. Dia kemudian mendekati Bahlul sekali lagi.

"Siapakah engkau?", tanya Bahlul.

"Syeikh Baghdadi yang tidak tahu bagaimana cara makan", jawab Syeikh Junaid.

"Engkau tidak tahu cara makan, tapi adakah engkau tahu bagaimana cara berbicara?", tanya Bahlul.

"Ya", jawabnya.

"Aku berbicara tidak kurang dan tidak lebih. Aku tidak terlalu banyak berbicara. Aku berbicara supaya pendengar mudah memahami.

"Aku tidak berbicara terlalu banyak supaya orang ramai tidak mudah bosan.

"Aku mengajak manusia ke jalan Allah dan Rasul", kata Syeikh Junaid.

"Lupakan saja tentan makan, kerana kau juga tidak tahu bagaimana cara berbicara", kata Bahlul.

Dia berdiri, menyebakkan jubahnya dan berlalu pergi.

Anak murid Syeikh Junaid berkata, "Wahai tuan, anda lihat sendiri dia seorang yang gila. Apa yang tuan harapkan daripada orang gila sepertinya?"

"Ada sesuatu yang aku perlukan darinya yang kalian tidak tahu", jawab Syeikh Junaid.

Dia kemudian bangun dan berjalan mendekati Bahlul sekali lagi.

"Apa yang engkau mahu dariku? Kau yang tidak tahu cara makan dan cara berbicara, adakah kau tahu bagaimana cara tidur?", tanya Bahlul sebaik Syeikh Junaid mendekatinya.

"Ya, aku tahu. Selepas solat Isyak, aku mengenakan pakaian tidur. Aku berwuduk, berdoa dan..." jawab Syeikh Junaid.

Dia kemudian menerangkan adab-adab tidur sebagaiaman lazim yang diunjurkan oleh para ulama.

"Sudah! Kau juga tidak tahu bagaimana cara tidur!", kata Bahlul dengan tegas.

Dia bingkas bangun, menyebakkan pakaian dan cuba berlalu pergi. Namun kali ini Syeikh Junaid menahannya.

"Wahai Bahlul, aku tidak tahu. Kerana Allah, ajarilah aku", pinta Syeikh Junaid kepada lelaki gila itu.

"Sebelum ini kau mengatakan bahawa engkau tahu, maka aku menghindarimu. Sekarang, setelah kau mengakui dirimu tidak tahu, maka aku akan mengajarmu bagaimana cara makan, berbicara dan tidur.

"Ketahuilah bahawa, kebenaran yang ada disebalik makan adalah makanan yang halal. Jika engkau makan makanan yang haram dengan seribu adab sekalipun, ia tidak bermanfaat, melainkan menyebabkan hatimu menjadi hitam!

"Hati harus bersih sebelum berbicara dan percakapanmu hendaklah menyenangkan Yang Maha Pencipta.

"Sekiranya bicaramu hanya untuk urusan duniawi dan sesuatu yang sia-sia, maka ia akan mendatangkan malapetaka. Sebab itu diam adalah lebih baik daripada berkata-kata.

"Dan kebenaran disebalik tidur adalah hatimu perlu bebas daripada sifat permusuhan dan kebencian.

"Hatimu tidak boleh tamak akan dunia dan kekayaan didalamnya.

"Maka, ingatlah Allah ketika kamu ingin tidur", kata Bahlul kepada Syeikh Junaid.

Kata-kata itu membuatkan Syeikh Junaid tersenyum. Itulah yang dia perlukan daripada lelaki gila itu.

Syeikh Junaid kemudian menghulurkan salam dan mencium tangan Bahlul, lantas berdoa untuk kesejahteraannya.

Siapa sebenarnya lelaki gila bernama Bahlul itu?

Bahlul atau nama sebenarnya Wahab Bin Amr dilahirkan di Kuffah, Iraq. Beliau merupakan sepupu kepada Khalifah Harun Ar-Rashid.

Ketika hayatnya, Bahlul dikenali sebagai seorang ilmuwan Islam dan pernah menjawat jawatan sebagai seorang hakim kerajaan Bani Abbasiyah.

Namun, Bahlul telah meninggalkan kekayaan da kemewahan hidupnya untuk hidup dengan gaya selekeh dan sederhana.

Disebabkan itu dia diberikan julukan Bahlul oleh penduduk tempatan.

Bahlul sebenarnya tidak gila, tetapi dia berperwatakan begitu bagi menyembunyikan kebijaksanaan yang dimiliki daripada diketahui oleh orang lain.

Sekarang, anda sudah tahu siapa sebenarnya Bahlul.

Ingat, 'bahlul' itu bukan 'bodoh', tapi seorang yang bijaksana.

Dan siapa tahu umpatan keji zaman sekarang yang memanggil seseorang itu 'bahlul' mungkin boleh jadi satu doa yang baik untuk ditujukan.

BACA INI JUGA: Pesanan Tersirat P. Ramlee Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok

-SENTIASAPANAS.COM

10 Amalan Mulia Yang Sia-sia

10 Amalan Mulia Yang Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

Kubur

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Qur'an, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak mempedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

BACA INI JUGA: Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi

Sumber: Zukidin.com