Thursday, March 26, 2015

Che Ta Terima Kontrak RM1 Juta Dari Syarikat Tekstil

Che Ta Terima Kontrak RM1 Juta Dari Syarikat Tekstil

Pelakon popular Rozita Che Wan mengesahkan bahawa dia baru saja menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat tekstil bernilai RM1 juta.

Rozita Che Wan

Bagaimanapun, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta berkata jumlah tersebut bukan dalam bentuk wang tunai sepenuhnya tetapi beberapa produk dan wang tunai menyamai nilai itu.

"Kontrak itu membabitkan tiga jenama utama daripada pengeluar tekstil berkenaan dan saya kena mempromosikan kempen fabrik daripada jenama itu selama tiga bulan bagi meraikan sambutan Aidilfitri nanti.

"Tapi, saya harap sangat orang tidak salah faham sebab bukan saya dapat wang RM1 juta, tapi kontrak itu menyamai nilai berkenaan. Nanti orang dengar angka itu, sudah tak pasal-pasal saya kena cari pula," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Che Ta berkata dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab.

"Inilah orang cakap rezeki daripada Allah dan rezeki anak saya. Syukur Alhamdulillah sebab masih banyak pihak percaya dan yakin pada saya selepas berhijab.

"Sudah tentu pada mulanya saya terkejut dengan tawaran itu dan dalam masa sama teruja sebab rezeki ini membuktikan artis bertudung pun masih ada tempat untuk dapat kontrak besar ini."

BACA INI JUGA: 5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan Gaji

Sumber: Tupai.com.my

Lasak Dan Kalis Air, Samsung Lancar Galaxy Xcover 3

Lasak Dan Kalis Air, Samsung Lancar Galaxy Xcover 3

Smartphone terbaharu Samsung, Galaxy Xcover 3, bukan sahaja kalis air dan debu, malah ia juga mampu menahan hentakan dari jatuh pada ketinggian 1.2 meter.

Samsung Galaxy Xcover 3

Galaxy Xcover 3 ini akan dilengkapi dengan cip pemproses 1.2 GHz empat teras, RAM 1.5 GB dan storan dalaman 8GB dengan sokongan mikroSD.
Selain itu, Galaxy Xcover3 juga akan mempunyai kamera beresolusi 5 megapixel dan 2 megapixel untuk kamera hadapan.

Dalam pada itu, Galaxy Xcover3 juga akan disertakan dengan bateri berkapasiti 2200 mAh.

Peranti pintar ini akan dijangka dijual pada harga sekitar RM1,080 sebuah.

BACA INI JUGA: 7 Super Smartphone Paling Popular 2014

Sumber: Tupai.com.my

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie yang baru sahaja menerima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong.

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong

Anugerah itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia bertempat di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan malam tadi.

Bertuah sungguh penyanyi lagu Sejati ini kerana bukan semua artis berpeluang menerima anugerah sebegini.

Dalam pada itu, Awie sempat bercerita serba sikit mengenai anugerah yang baru diterima olehnya itu.

“Saya berterima kasih atas anugerah sandang kebesaran Gayong ini. Di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 ini, saya menerima sandang Sri Pelangi Gangga Chula Sakti selaku Imam Khalifah Gayong,” kata Awie.

Jelas Awie, dia sebenarnya sudah lama terlibat dalam Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

“Semenjak kecil saya sudah belajar seni silat gayong. Arwah bapa saya juga merupakan guru silat, namun begitu, bapa saya enggan mengajar saya. Jadi saya mencari inisiatif sendiri untuk belajar bersilat,” ujarnya lagi.

Semoga dengan penganugerahan ini dapat memberi semangat buat Awie untuk bergiat lebih aktif dalam bidang seni silat ini.

BACA INI JUGA: Kisah Bruce Lee Mati Di Tangan Silat Melayu

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Pilot Terkunci Dari Luar Punca Pesawat Germanwings Terhempas!

Pilot Terkunci Dari Luar Punca Pesawat Germanwings Terhempas!

Tanda tanya tentang punca kecelakaan pesawat Airbus 320 Germanwings milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa masih kabur kerana ia berlaku dalam keadaan cuaca baik.

Pilot Panic

Namun menurut pakar, berdasarkan bukti dari suara perakam yang berjaya ditemui, salah seorang juruterbang gagal untuk masuk semula ke dalam kokpit setelah keluar sebentar akibat pintu terkunci.

Memetik laporan The New York Times, permulaan perjalanan tidak menampakkan sebarang masalah dan salah seorang pakar yang melakukan siasatan dari perakam, menyifatkannya sebagai ‘lancar’.

Namun demikian, pada satu masa, perakam audio berjaya merekodkan salah seorang dari juruterbang meninggalkan kokpit dan gagal untuk masuk semula.

“Individu di luar mengetuk secara perlahan, namun tiada tindak balas dari dalam.

“Dia kemudiannya mengetuk pintu itu secara kuat dan masih tiada jawapan,” ujar salah satu sumber.

Individu tersebut kemudiannya cuba memecahkan pintu untuk masuk kembali ke dalam kokpit.

Walau bagaimanapun, ketika banyak pihak mengandaikan teori tersebut bakal merungkai misteri pesawat tersebut terhempas, ia membangkitkan lebih banyak persoalan.

“Kami masih belum mengenalpasti sebab individu tersebut keluar dari kokpit. Namun pada saat-saat terakhir sebelum pesawat tersebut terhempas, kami pasti seorang lagi juruterbang hanya mengendalikan pesawat secara berseorangan dan tidak membuka pintu.”

Lantas ia menjadikan misteri tersebut semakin kompleks dan memerlukan masa untuk terjawab.

Tambahan pula, mana-mana pihak masih gagal mendapat jawapan tentang aktiviti seorang lagi juruterbang sejurus sebelum pesawat menjunam.

Pesawat malang yang dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf, Jerman terhempas di Pergunungan Alps, Perancis hingga mengorbankan kesemua 150 penumpang termasuk kru.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Berita Mr Os Meninggal Dunia Berita Palsu!

Berita Mr Os Meninggal Dunia Berita Palsu!

"Saya masih hidup. Alhamdulillah. Terima kasih kerana ambil berat mengenai kesihatan saya," kata Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid.

Mr os meninggal dunia [2]

Berita yang tersebar menerusi laman sosial menyatakan kononnya pelawak Mr Os meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.

Mengikut sumber, gambar tersebut diambil semasa beliau dimasukankan ke hospital namun kini beliau telah keluar dan semakin sihat.

Pelawak veteran berusia 54 tahun itu baru-baru ini dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan pada tonsil dan dibenarkan pulang Sabtu lalu.

Ketika dihubungi wartawan, Os berkata, dia tidak menghebohkan perkara dia dirawat di hospital kerana tidak mahu dianggap menagih simpati, malah keadaan mungkin menjadi seperti menabur pasir di periuk nasi sendiri.

Mr os meninggal dunia

"Saya tidak mahu orang ingat saya sakit dan tidak kuat untuk mencari rezeki yang mana membuatkan orang tidak lagi mengambil saya bekerja. Kudrat saya masih kuat untuk kembali bekerja dan saya pun sudah hampir sembuh sepenuhnya.

"Buat masa ini saya belum lagi mengambil penumpang kerana tidak mahu ada yang takut dengan jahitan di leher saya ini," katanya.

Namun apa yang dikesali pelawak itu adalah ada individu yang sanggup menyebarkan berita tidak benar yang mana dirinya telah meninggal dunia.

Bagi Os, jika ada yang simpati, dia minta agar mereka mendoakan kesihatannya, tetapi tidak mahu ada yang salah anggap kerana dia masih lagi kuat untuk mencari rezeki.

BACA INI JUGA: Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam

Pakaian Unik Yang Sangat Menjengkelkan Paparazi

Pakaian Unik Yang Sangat Menjengkelkan Paparazi

Seorang DJ bernama Chris Holmes telah mereka pakaian anti paparazzi. Pakaian ini kelihatan seperti biasa pada luarannya. Tetapi bertindak seperti pemantul cahaya apabila terkena cahaya flash.

Pakaian anti paparazzi

Pantulan cahaya yang sangat kuat daripada flash kepada pakaian tersebut menyebabkan sensor kamera dengan segera merakam pantulan yang terang daripada pakaian tersebut. Seterusnya menjadikan subjek dalam keadaan gelap. Perkara ini biasanya terjadi apabila anda menggunakan mode auto.

Kita memang sedia maklum yang kebanyakkan paparazzi ketika ini bukan sahaja menggunakan kamera dslr atau kompak, malah jugak menggunakan kamera telefon bimbit.

Boleh dikatakan kesemua telefon bimbit menggunakan mod auto. Maka atas sebab kelemahan inilah yang membuatkan pembiasan cahaya dari pantulan tadi membias pakaian subjek terlebih terang, sementara subjek pula kelihatan gelap dari yang biasa.

Masih kurang faham? Mohon tontong video di bawah..


BACA INI JUGA: Asal Usul Pakaian Baju Kebaya

Sumber: Lensakl.com

Wednesday, March 25, 2015

Keindahan Luarbiasa Tulisan Hieroglif Makam Purba Amenhotep

Keindahan Luarbiasa Tulisan Hieroglif Makam Purba Amenhotep

Makam purba pengawal kuil dewa Mesir Amun, Amenhotep berjaya ditemui pasukan arkeologi Amerika Syarikat bersama pasukan penyelidik Mesir di bandar Luxor, 700 kilometer di selatan Kaherah, baru-baru ini.

Amenhotep-Hieroglif

Kementerian sejarah purba Mesir berkata, makam itu wujud sejak Dinasti ke-18 Kerajaan Baru Mesir sekitar 1543 hingga 1292 sebelum masihi iaitu yang paling terkenal pada zaman Mesir Purba dan ditemui awal bulan ini di kaki gunung Thebes, di antara Lembah Raja-Raja.

Kementerian itu lalu mengedar gambar makam dengan keindahan luar biasa menunjukkan lukisan serta tulisan hieroglif yang menggambarkan perayaan dan kegiatan harian dengan penuh warna-warni yang jelas tidak pudar dimamah zaman.

Amenhotep-Hieroglif [2]
Amenhotep-Hieroglif [3]

Malangnya, Menteri Sejarah Purba Mamouh al-Damaty berkata makam itu menunjukkan kesan dijarah malah keranda batu tempat mumia dihiasi batu permata juga hilang.

Makam itu dihiasi pelbagai lukisan cantik yang kebanyakannya menggambarkan pemilik makam bersama isterinya dengan adegan kehidupan seharian.

Amenhotep-Hieroglif [4]

Makam berbentuk T itu sengaja dimusnahkan pada zaman purba namun puncanya tidak diketahui.

Nama, gelaran pemilik makam, beberapa teks hieroglif dan lukisan serta nama dewa Amun sengaja dipadamkan.

Turut ditemui ialah makam anak Amenhotep, Sa-Mut dan isteri Ta-Khaeet.

Amenhotep-Hieroglif [5]

Bandar Luxor dengan 500,000 penduduk di tebing Sungai Nil adalah muzium terbuka dengan pelbagai kuil serta makam diraja.

Al-Damaty berkata dalam satu kenyataan berasingan bahawa sebuah rumah rehat milik Raja Thutmosis II, juga dari Dinasti ke-18 Kerajaan Baru Mesir ditemui di wilayah Terusan Suez di wilayah Ismailia.

BACA INI JUGA: Misteri Kewujudan Nefertiti Permaisuri Agung Firaun

Sumber: Kosmo.com.my

Breidamerkurjokull, Keindahan Luarbiasa Gua Kristal Di Iceland

Breidamerkurjokull, Keindahan Luarbiasa Gua Kristal Di Iceland

Pemandangan menakjubkan ini terhasil daripada gabungan ais biru zamrud dan abu gunung berapi di bawah glasier Breidamerkurjokull di Iceland.

Breidamerkurjokull

Breidamerkurjokull adalah glasier alur Vatnajokull atau glasier Vatna yang merupakan salah satu puncak ais terbesar di seluruh Eropah.

Gua Kristal tersebut juga kelihatan seperti dalam filem animasi, Frozen.

Lantai aisnya yang memukau pandangan seakan sebuah tetingkap kaca.

Terdapat beberapa gunung berapi di bawah litupan ais tersebut.

Selain itu, lapisan abu gunung berapi yang terperangkap di dalam ais dan bentuk terowong melengkungnya sememangnya menghasilkan pemandangan luar biasa.

BACA INI JUGA: Penempatan Tebing Purba Yang Menakjubkan

Breidamerkurjokull [4]
Breidamerkurjokull [5]
Breidamerkurjokull [2]

Sumber: Sinarharian.com.my

Resepi Rahsia Ikan Goreng Garing

Resepi Rahsia Ikan Goreng Garing

Ikan goreng merupakan kegemaran ramai. Namun, ramai juga yang menghadapi masalah ikan melekat pada kuali semasa menggoreng.

Ikan Goreng Garing

Rahsia ikan digoreng garing dan cantik serta tidak melekat pada kuali selain minyak yang cukup panas ialah dengan memasukkan asam keping atau gelugur dan menaburkan sedikit tepung jagung pada ikan yang sedang digoreng.

Cukup mudah, bukan?

Kenapa tidak amalkan jika hasilnya akan memuaskan selera anda sekeluarga. Anda akan dapati ikan goreng masak garing dan cantik.

Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: Makanan Yang Sangat Ekstrim Di Dunia

Sumber: Hmetro.com.my

Gambar Bayi Duyung Di Hospital Pontian Adalah Palsu!

Gambar Bayi Duyung Di Hospital Pontian Adalah Palsu!

Penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, disahkan sebagai tidak benar.

Bayi-duyung

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari berkenaan, seperti yang didakwa oleh berita palsu tersebut.

Beliau menyatakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial adalah palsu.

Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran dicatat di hospital itu pada hari tersebut, jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar katanya.

BACA INI JUGA: Video Viral Bayi Ditolak Entiti Misteri

Sumber: Sinarharian.com.my