Sep 29, 2014

7 Super Smartphone Paling Popular 2014

Info Gadjet. Berdasarkan kepada tiga kriteria spesifikasi seperti yang diterangkan dibawah, SP ingin menyenaraikan tujuh peranti Super Smartphone paling popular pada tahun ini untuk membolehkan anda membuat pilihan tepat.

Skrin paparan. Peranti yang bertaraf superphone memiliki skrin 5 inci dan keatas. Ia akan memberikan penggunanya paparan yang lebih besar, tajam dan lebih terperinci. Selain itu, ia sering menawarkan resolusi paparan definisi tinggi (HD) penuh yang akan menonjolkan grafik lebih baik, sesuai dengan permainan yang sedang dimainkan.

Cip pemproses. Semua peranti superphone menggunakan cip pemproses (CPU) berkuasa tinggi daripada Snapdragon. Ini untuk memastikan kelancarannya dan peranti itu tidak tersekat-sekat lagi (lag) apabila melibatkan penggunaan yang berat. Selain itu, peranti tersebut memiliki cip grafik (GPU) yang baik dan memori (RAM) serendah 2 GB dan keatas.

Kapasiti bateri. Peranti yang berprestasi tinggi akan menggunakan banyak tenaga dan ia mungkin menyebabkan pengguna tidak selesa jika terpaksa mengecas peranti mereka dengan kerap. Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, peranti superphone biasanya dilengkapi bateri, sama ada boleh tanggal atau terbina berkapasiti 2,000 mAh dan ke atas.

7. Xiaomi MI3

Xiaomi Mi3

Model popular ini memiliki saiz skrin 5 inci dengan resolusi paparan 1920x1080 mega piksel pada ketumpatan piksel 441ppi. Ini semestinya menawarkan pengalaman tontonan yang menakjubkan.

Peranti ini juga dilengkapi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 800 empat teras yang berkelajuan 2.3 GHz dengan sokongan RAM 2GB.

Selain dijual pada harga yang berpatutan, peranti ini juga memiliki kamera utama 13 MP. Peranti dengan berat 145g ini mampu memberikan prestasi yang baik apabila dipadankan dengan bateri yang berkapasiti 3,050 mAh.

6. Sony Xperia Z2

Sony Xperia Z2

Peranti pintar ini merupakan kemas kini daripada versi sebelumnya, Sony Xperia Z1. Produk daripada Sony ini memang terkenal dengan reka bentuknya yang premium daripada kaca dan aluminium yang tahan lasak untuk mengekalkan identiti perantinya yang kalis air dan debu yang terbaik dalam kelasnya.

Selain dilengkapi skrin HD penuh yang berukuran 5.2 inci, ia turut meningkatkan ratio kontras. Manakala kameranya terus diperbaharui dengan dilengkapi sensor 20 mega piksel yang mampu memberikan prestasi yang sememangnya memuaskan.

5. HTC One M8

HTC One M8

Fizikalnya diselaputi bahan logam yang licin. Reka bentuk yang kelihatan premium apabila disesuaikan dengan skrin 5.1 inci akan menampilkan ciri eksklusif serta tampak mahal.

Bukan itu sahaja, peranti mudah alih ini juga dilengkapi cip pemproses yang berkuasa, Snapdragon 801 empat teras. Lebih menarik, peranti Android ini turut diselesakan dengan antara muka pengguna HTC Sense 6 UI yang mudah untuk dikendalikan.

Kualiti kameranya pula diperakui apabila ditambah dengan dua LED Flash, selain turut menyokong slot microSD sehingga 128GB.

4. Oneplus One

OnePlus One

Boleh dianggap sebagai superphone yang paling berkuasa pada tahun ini. Peranti ini menawarkan skrin 5.5 inci dengan paparan IPS LCD 2080p. Selain berasaskan kepada sistem operasi (OS) Android 4.4.2 Kit Kat, ia juga diberikan sentuhan projek custom firmware CynogenMod yang mendapat perhatian ramai.

Menariknya, peranti ini menawarkan spesifikasi yang tinggi, tetapi boleh dimiliki pada harga yang murah. Prestasinya lancar dengan cip pemproses empat teras Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, manakala reka bentuknya pula kukuh.

3. OPPO Find7

Oppo Find 7

Satu lagi jenama yang berjaya mencetuskan fenomena pada tahun ini kerana peranti dengan spesifikasi tinggi ini dijual pada harga yang murah. Peranti ini memiliki skrin 5.5 inci dengan resolusi 1440x2560 piksel yang berketumpatan piksel 534ppi.

Selain dikemaskan dengan antara muka pengguna ColorOS UI, prestasinya turut menakjubkan dengan penggunaan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 801 empat teras dengan kelajuan 2.5 GHz dan RAM 3 GB.

Peranti ini juga memiliki beberapa fungsi tambahan dan kamera yang berprestasi tinggi.

2. LG G3

LG G3

Nampaknya, LG G3 telah melakukan kemas kini yang agak besar terhadap peranti mudah alih terbarunya. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5 inci dengan paparan 1440x2560 piksel (538ppi).

Selain itu, diberikan sentuhan antara muka pengguna yang baru dengan penambahbaikan dan pengubahsuaian reka bentuk ikonnya yang lebih segar.

Lebih menarik, peranti ini dilengkapi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 801 empat teras dengan kelajuan 2.5 GHz. Disamping prestasinya yang baik, ia turut menawarkan bateri berkuasa Li-ion berkapasiti 3,000 mAh.

1. Samsung Galaxy S5

Samsung Galaxy S5

Peranti mudah alih ini telah ditambah baik dengan pelbagai fungsi baru seperti keupayaan kalis air, pengesan cap jari dan sensor denyutan jantung.

Selain diberikan sentuhan skrin 5.1 inci dengan paparan 1080p Super AMOLED, peranti ini dilengkapi cip pemproses Snapdragon 801 dan bateri yang berkuasa bagi mengimbangi prestasi semasa peranti ini.

Meskipun reka bentuknya masih tiada pembaharuan yang diingini pengguna, namun Samsung mengemaskini kameranya dengan menyertakan kamera yang berkualiti tinggi, 16 mega piksel (MP.

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Setakat ni saya masih percaya pada samsung.. :)

Samsung tetap yang terbaik kan..:)

LG G3 mcm best je. Igt nak beli utk mak sy :-)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon