Thursday, March 26, 2015

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong


Sekalung tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie yang baru sahaja menerima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong.

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong

Anugerah itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia bertempat di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan malam tadi.

Bertuah sungguh penyanyi lagu Sejati ini kerana bukan semua artis berpeluang menerima anugerah sebegini.

Dalam pada itu, Awie sempat bercerita serba sikit mengenai anugerah yang baru diterima olehnya itu.

“Saya berterima kasih atas anugerah sandang kebesaran Gayong ini. Di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 ini, saya menerima sandang Sri Pelangi Gangga Chula Sakti selaku Imam Khalifah Gayong,” kata Awie.

Jelas Awie, dia sebenarnya sudah lama terlibat dalam Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

“Semenjak kecil saya sudah belajar seni silat gayong. Arwah bapa saya juga merupakan guru silat, namun begitu, bapa saya enggan mengajar saya. Jadi saya mencari inisiatif sendiri untuk belajar bersilat,” ujarnya lagi.

Semoga dengan penganugerahan ini dapat memberi semangat buat Awie untuk bergiat lebih aktif dalam bidang seni silat ini.

BACA INI JUGA: Kisah Bruce Lee Mati Di Tangan Silat Melayu

Sumber: MYNEWSHUB.CC

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon