Wednesday, February 18, 2015

Jaafar Onn Minta Azwan Ali Bertaubat

Jaafar Onn Minta Azwan Ali Bertaubat

Sebelum ini, selebriti yang sering kali mencetuskan kontroversi, Azwan Ali ada membuat pendedahan menerusi program Melodi bahawa dirinya disihir oleh seorang artis veteran berperwatakan lembut dengan pangkal namanya bermula dengan huruf J.

Jaafar Onn

Memberikan klu artis itu pernah memuatnaik sekeping gambar bermain buih, ramai pihak terus tertancap dakwaan itu ditujukan buat Jaafar Onn.

Tanpa menyebut nama Azwan Ali dalam temubual dengan sebuah portal berita, Jaafar Onn, 64, memberi pesan kepada individu tersebut untuk insaf dan bertaubat dengan perbuatannya kerana ianya telah mencerminkan kelemahan selebriti yang menuduhnya itu.

DIVA AA

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu.

“Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa.

Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” katanya sambil menafikan dakwaan selebriti popular itu.

Macam-macam hal lah.

Diharapkan mereka berdua dapat duduk bersemuka membincangkan hal ini daripada ianya terus merebak menjadi virus dalam kerjaya seni kedua-dua pihak.

BACA INI JUGA: 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

Sumber: Mynewshub.cc

Kontroversi Wanita Solat Tepi Keranda Bersalib!

Kontroversi Wanita Solat Tepi Keranda Bersalib!

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah wanita dalam gambar yang viral di bawah yang dilihat khusyuk melaksanakan perintah Allah SWT tetapi di sebelahnya terdapat sebuah keranda dengan bunga berbentuk salib di hadapannya.

Lily Kuslolita

Tinjauan mendapati, keranda itu sebenarnya menempatkan jasad artis Indonesia, Rinto Harahap yang meninggal dunia pada 9 Februari lalu di Singapura selepas menderita sakit kanser tulang dan angin ahmar.

Mendiang yang beragama Kristian menikahi wanita muslim bernama Lily Kuslolita.

Seperti yang kita faham, Indonesia membenarkan perkahwinan antara Muslim dan Kristian (yang ditafsir sebagai ahli kitab di sana) tanpa mana-mana pasangan perlu menukar agama masing-masing.

Wanita bertelekung yang sembahyang di sebelah Rinto adalah isterinya itu.

Meninggal dunia pada usia 65 tahun, gambar di atas diambil sebelum mendiang dibawa ke tanah perkuburan bagi disemadikan.

Mendiang merupakan seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy’s yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an.

BACA INI JUGA: Professor Fizik Berjaya Merungkai Rahsia Solat Berjemaah

Sumber: Mynewshub.cc

10 Lokasi Rekreasi Paling Berbahaya Di Dunia

10 Lokasi Rekreasi Paling Berbahaya Di Dunia

Bayangkan cerunan gunung yang menegak atau ombak maut menggunung. Demi minat dan kepuasan, ia tentu tidak menjadi terlalu bermasalah walaupun harganya mungkin nyawa sendiri.

Walaupun begitu, sejumlah lokasi amat berbahaya ini mungkin memerlukan anda berfikir lebih daripada sekali sebelum menyahut cabarannya.

Berikut adalah antara lokasi rekreasi paling berbahaya di dunia:

Half Dome, Taman Negara Yosemite, California

Half Dome

Setinggi hampir 1,500 meter dari Lembah Yosemite, Half Dome adalah legenda di kalangan pendaki.

Memerlukan masa seharian dan jerih untuk sampai ke puncak, jarak 120 meter terakhir ‘kubah’ ini hampir menegak 90 darjah.

Pendaki perlu menggunakan kabel logam sebagai alat bantu untuk menjejakkan kaki di puncaknya.

Namun, perlu diingatkan bahawa di peringkat inilah kemalangan paling banyak terlaku dan dilaporkan, kira-kira 60 orang terbunuh di sini.

Pada 2011 seramai tiga pendaki maut, dengan dua daripadanya dihanyutkan arus di bawahnya.

Jika itu belum cukup menggerunkan, ini mungkin dapat memberikan gambaran lebih jelas: Sesetengah pendaki maut kerana disambar petir!

Lawatan ke gunung berapi Hawaii

Kilaluea, Hawaii

Aktiviti mengunjungi gunung berapi aktif semakin popular di kalangan pelancong yang dahagakan cabaran. Namun ia ternyata tidak semakin selamat.

Taman Negara Gunung Berapi Hawaii melaporkan ada sebanyak 40 kematian dan 45 kecederaan serius antara 1992 hingga 2002.

Pada 2007 mereka menutup aktiviti berbasikal di Kilaluea tempat gunung berapi paling aktif di dunia selepas tiga orang maut dalam tempoh setahun.

Kini dibuka semula, pelancong terdorong untuk ke puncak gunung berapi sebelum boleh berbasikal ketika menuruni cerunnya.

Risiko yang ditempah?

Hilang kawalan, cedera parah, melecur akibat terkena lahar dan terhidu gas beracun yang membunuh.

Mont Blanc, Perancis Dan Itali

Mont Blanc

Daripada 20,000 pengunjung yang cuba mendaki pergunungan tertinggi di kalangan negara Kesatuan Eropah ini, berpuluh-puluh terbunuh.

Dengan ketinggian 4,810 meter, pelancong sering menjadi korban akibat perubahan cuaca mengejut, jumlah pengunjung melampau dan runtuhan batu.

Kejadian terburuk direkodkan dalam tempoh beberapa tahun ini ialah pada 2012 apabila sembilan pendaki dari Switzerland, Jerman, Britain dan Sepantyol terbunuh dirempuh runtuhan salji.

Jalan Maut, Bolivia

Bolivian death road

Dianggap satu daripada laluan paling berbahaya di dunia, Jalan Yungas Utara sering dirujuk sebagai Jalan Maut. Ia tidak menghairankan jika melihat kepada kadar kematian dicatatkan di situ sehingga 300 orang setahun.

Laluan 64 kilometer dari puncaknya menarik lebih 25,000 penunggang motosikal setiap tahun.

Jalan yang sempit, tanpa penghadang keselamatan dan tebing tinggi menjadi ujian kepada mereka.

Kokoda Track, Papua New Guinea

Kokoda Track

Popular ketika Perang Dunia Kedua, Kokoda Track menjadi tempat kunjungan warga Australia yang ingin memberi penghormatan kepada tentera yang terkorban ketika konflik berkenaan.

Laluan sepanjang 96 kilometer itu melalui kawasan hutan, sungai dan pergunungan.

Setakat ini ia sudah mengorbankan enam pengunjung Australia, selain 50 yang lain terpaksa diselamatkan melalui helikopter.

Teahupoo, Tahiti

Teahupoo

Disenarai sebagai antara 10 lokasi berombak besar paling bahaya di dunia, ada lima kematian dicatatkan sejak 2000.

Menjadi lokasi kejohanan dunia setiap tahun, ombaknya boleh mencapai ketinggian tujuh meter bersama kekuatan yang menyebabkan kematian atau kecederaan parah.

Nama Teahupoo boleh diterjemah sebagai “Tempat Tengkorak.”

Gunung Huashan, China

Huashan

Bersatu dengan pergunungan suci Tao, laluan di sini adalah antara yang paling bahaya di dunia.

Tangga yang curam dibina mengelilingi gunung setinggi 2,154 meter itu dengan rantai sebagai tempat berpaut.

Pendaki yang berani akan mendapat ‘habuan’ jika mereka berjaya tiba di puncak iaitu secawan teh.

Walaupun tiada statistik rasmi mengenai kematian di sini, dianggarkan 100 orang terbunuh setiap tahun.

Pantai Acapulco, Mexico

Acapulco

Jangan terpedaya bahawa keindahan pantai akan menjamin keselamatan.

Kawasan perkelahan Acapulco memang terkenal dengan jenayah tinggi dengan kadar pembunuhan sebanyak 142 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Firma pelancongan Australia pula menyarankan warga negara itu hanya melawat kawasan yang sering dikunjungi ramai, tetapi masih mengingatkan lokasi itu tetap berdepan risiko pembunuhan dan penculikan.

Kebanyakan jenayah berlaku di kejiranan kelas pertengahan yang terletak tidak jauh dari apartmen mewah, pusat peranginan dan kedai eksklusif.

Rangkaian sungai Colorado

Colorado_river

Ia mungkin rangkaian sungai paling popular di Amerika Syarikat, tetapi dibayangi pelbagai kecelakaan dengan sesetengahnya menyebabkan kematian.

Pada 2014, berlaku 15 kematian dalam tempoh tujuh bulan pertama menjadikan tahun lalu sebagai tempoh paling buruk dalam sejarahnya.

Jabatan Taman dan Hidupan Liar Colorado menyalahkan salji cair dari bahagian hulu menyebabkan paras air meningkat mendadak serta kian deras.

Mereka juga mendakwa pengambilan arak dan kekurangan pengalaman menyumbang kepada banyak kemalangan.

Skellig Michael, Ireland

Skellig Michael

Terletak di barat Ireland, Skellig Michael diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1996 berdasarkan kepada kewujudan biara purba unik di situ.

Ia boleh dicapai selepas anda mendaki 600 anak tangga berusia lebih 1,000 tahun sambil mengharungi deruan angin kencang serta lereng curam.

Tergelincir dan terjatuh adalah kemalangan paling lazim di sini.

Pada 2009, dua kematian direkodkan dan mendorong pihak yang berkenaan mengkaji semula aspek keselamatan sedia ada.

Namun di sebalik kemalangan berkenaan, mereka tetap tidak memasang palang keselamatan di situ.

BACA INI JUGA: 10 Pantai Peranginan Yang Sangat Indah

Sumber: Hmetro

Tuesday, February 17, 2015

Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya Di Malaysia

Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya Di Malaysia

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Siti Nurhaliza

Wanita berusia 36 tahun ini memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya.

Senarai tersebut merupakan laporan asal sebuah laman sesawang kewangan, SaveMoney.my baru-baru ini yang meletakkan isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua sebagai wanita yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh.

Siti dilahirkan pada 11 Januari 1979 memulakan kerjaya seninya seawal usia 16 tahun.

Berasal dari Kuala Lipis, Pahang, beliau telah menghasilkan lebih 15 album studio yang mempunyai lagu dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Jawa, Inggeris, Mandarin, Arab, Hindi dan Jepun.

Penyanyi yang juga penulis lagu bersuara emas ini pernah mendapat pengiktirafan sebanyak dua kali daripada Malaysia Book of Records (MBOR) kerana pencapaiannya di peringkat tempatan dan juga mengharumkan nama negara di persada muzik nusatara serta antarabangsa.

Pelantun lagu hits seperti Jerat Percintaan, Siti Situ Sana Sini, Bukan Cinta Biasa, Cindai, Aku Cinta Padamu, Seindah Biasa, Jaga Dia Untukku dan yang terkini, Terbaik Bagimu juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik sebanyak 37 anugerah, Anugerah Bintang Popular (23 anugerah), Anugerah Planet Muzik (26 anugerah), Anugerah Juara lagu (18 anugerah), 4 anugerah di Anugerah MTV Asia dan tiga anugerah di Anugerah Muzik Dunia.

Siti merupakan anak Malaysia kedua selepas Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang mengadakan konsert di pentas berprestij dunia iaitu Royal Albert Hall, London pada tahun 2005.

Sebagai seorang figura umum, Siti bukan saja mempunyai ramai peminat malah sangat dihormati serta keperibadiannya sentiasa menjadi contoh kepada umum.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, selebriti ini juga bijak menangani gosip atau kontroversi setiap kali namanya dikaitkan dengannya.

Siti juga salah seorang artis tanah air yang mempunyai seramai 1.2 juta pengikut di laman Instagram.

Pemilik jenama produk kecantikan SimplySiti ini mendirikan rumahtanga dengan usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Bagaimanapun, pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

5 Wanita Terkaya Malaysia

1. Puan Seri Lee Kim Hua

Puan Seri Lee Kim Hua

Semenjak kematian suaminya yang merupakan pemilik pusat keriangan Genting Highland, Puan Seri dilaporkan telah mewarisi harta peninggalan mendiang sebanyak RM21.32 bilion!

2. Datuk Michelle Yeoh

Datuk Michelle Yeoh

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Datuk Michelle Yeoh, 53, yang telah berjaya menempa nama di Hollywood.

Kejayaannya bermula selepas mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik 1983 disusuli kecemerlangan dalam bidang lakonan apabila dipilih menjadi Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies dan filem-filem blockbusterlain antaranya Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Memoirs of a Geisha.

Kekayaan yang dimiliki Michele dianggarkan berjumlah RM245 juta pada 2013.

3. Datuk Siti Nurhaliza

Memulakan karier seninya pada usia 16 tahun, Datuk Siti Nurhaliza terus mengembangkan bakat sehingga namanya sangat popular dan dikenali penduduk di seluruh Asia.

Pada 2013 Siti, 36, dianggarkan mempunyai aset bersih sebanyak RM50 juta dan tersenarai sebagai salah seorang jutawan dalam bidang seni hiburan di Asia Tenggara.

4. Pauline Chai

Pauline Chai

Kes tuntutan penceraian Pauline Chai, bekas Ratu Cantik Malaysia 1969 boleh dikatakan paling mahal pernah direkodkan di mahkamah United Kingdom.

Pauline menuntut setengah aset bekas suaminya, Tan Sri Dr. Khoo Kay Peng yang memiliki kekayaan sebanyak RM2.3 bilion.

Suaminya merupakan ahli perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan kelengkapan perabot, Laura Ashley.

Dalam tuntutannya, Pauline menuntut sebanyak RM463,700 sebulan daripada bekas suaminya itu, yang mana merupakan perbelanjaan untuk tiket kelas pertama, resort lima bintang dan perbelanjaan untuk salon rambut sahaja pun sudah memakan belanja sebanyak RM2,444 sebulan!

5. Datuk Nicol David

Datuk Nicol David

Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David, 32, dianggarkan mempunyai aset sebanyak RM1.4 juta pada 2013.

Selain bergelar atlet, Nicol juga laku dilantik menjadi jurucakap serta duta beberapa produk sekaligus menjadikannya antara wanita paling kaya di Malaysia pada masa ini.

BACA INI JUGA: 10 Minyak Wangi Paling Mahal 2014

Sumber: Beritapantas92.blogspot.com/Mynewshub.cc

PANAS! Gambar Nora Danish Dalam Video Pengganas ISIS Malaysia 69!

PANAS! Gambar Nora Danish Dalam Video Pengganas ISIS Malaysia 69!

Berikutan penyebaran video kumpulan Pengganas ala ISIS yang diberi nama Anak Muda Malaysia yang terdapat gambar aktres jelita, Nora Danish, satu laporan polis akan dilakukan oleh aktres jelita tersebut.

Nora-Danish-ISIS-Malaysia-69

Di dalam video tersebut, pengganas Anak Muda Malaysia yang menggunakan ID – Isis Malaysia 69 itu telah mengugut akan menyerang mahkamah pada pukul 11.30 rabu ini.

“Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya.

“Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya” ujarnya memetik laporan Berita Harian.

Menurutnya ekoran penyebaran video klip tersebut, pihak akan membuta laporan polis bagi mengelakkan seberang kemungkinan.

“Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih.

“Apa yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi,” katanya lagi.

Terdahulu kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini.

Di dalam sebuah rakaman video berdurasi 1:01 minit itu, empat lelaki bertopeng tersebut memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun.

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat orang individu itu berbaju hitam dan turut menutup muka dengan topeng hitam sambil memberitahu ‘perjuangan’ mereka baru sahaja bermula disusuli dengan kata-kata cacian terhadap demokrasi.

Dalam keterangan video itu, empat individu tersebut juga didapati menghasut anak muda seluruh Malaysia supaya bersama perjuangan kumpulan tersebut.

Tindakan empat individu tersebut menyerupai video ugutan yang pernah dilakukan oleh para pemberontak di timur tengah.

BACA INI JUGA: 5 Fakta Kenapa Bangsa Yahudi WAJIB Di HAPUSKAN!

Sumber:
http://beritapantas92.blogspot.com/2015/02/video-isis-malaysia-69-nora-danish-buat.html

Monday, February 16, 2015

AWAS! Bisa Semut Selangor Membawa Maut!

AWAS! Bisa Semut Selangor Membawa Maut!

Cuaca cerah pada pagi itu menandakan rancangan Abdul Wahab Mydin, 44, untuk menemani sepupunya membaiki kereta di sebuah bengkel yang terletak di Lorong Kulit berhampiran Hospital Pulau Pinang dapat diteruskan.

Semut paling berbisa

Sementara menunggu kereta dibaiki, dia mengambil angin dengan bersantai di sebatang pokok berhampiran bengkel tersebut sambil memerhatikan gelagat mekanik yang sedang khusyuk membaiki kereta milik sepupunya.

Bagaimanapun, tindakannya berehat di pokok tersebut menjadi titik hitam buatnya apabila dia digigit seekor semut daripada spesies Tetraponera rufonigra atau lebih dikenali sebagai Semut Selangor.

Ketika kejadian yang berlaku pada April 2014 itu, menurut Abdul Wahab, dia sedang duduk di bawah sebatang pokok berhampiran bengkel tersebut dan secara tiba-tiba terasa ada seekor serangga menggigit di bawah pelipat belakang lututnya.

“Oleh kerana saya memakai seluar jean ketika itu, jadi saya hanya dapat menepuk serangga tersebut tanpa mengetahui apakah yang menggigit saya.

“Selepas pulang ke rumah, saya mendapati, serangga yang terlekat pada bahagian seluar itu adalah Semut Selangor selepas mengenal pasti ciri-ciri serangga itu yang berwarna merah di bahagian depan badannya dan hitam pada bahagian belakang.

“Sebelum ini, saya pernah terdengar kes mangsa digigit Semut Selangor di sekitar Pulau Pinang dan disebabkan itu, saya dapat mengecam serangga tersebut,” ujar bapa kepada 10 orang anak itu.

Diratah

Semut Selangor [2]
Rosliza menyapu ubat pada kaki suaminya.

Tambahnya, dia menyapu minyak buah pala selepas mendapati kawasan di bahagian belakang pelipat lututnya menjadi gatal dan kemerah-merahan.

“Namun, setelah dua minggu, kegatalan dan kemerah-merahan itu masih belum pulih, malah menjadi semakin teruk pula,” jelasnya yang terpaksa berhenti kerja dalam bidang perhotelan kerana kaki kirinya tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain pergerakannya kini terbatas apabila terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Menurut isterinya, Rosliza Ramli, 43, dalam tempoh dua minggu sahaja isi pada bahagian paha dan betis suaminya itu melepuh seperti ‘diratah’ dan melihat keadaan yang semakin parah, mereka terpaksa menelefon ambulans untuk mengambil Abdul Wahab di rumah disebabkan dia sudah tidak mampu untuk berjalan.

Jelas Rosliza, bisa daripada gigitan semut itu sudah merebak masuk ke dalam isi menyebabkan kaki suaminya itu menjadi hitam dengan kesemua kulit dan isi menjadi mati.

“Kaki suami berlubang sehingga boleh nampak tulang, malah dia juga tidak boleh berjalan dan hampir tiga bulan terlantar di hospital.

“Keadaan itu menjadi semakin teruk kerana suami juga menghidap penyakit kencing manis,” jelasnya sambil memberitahu, dalam tempoh setahun, suaminya itu sudah enam kali melakukan pembedahan pada bahagian kaki.

Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali berkata, sebenarnya gigitan semut spesies Tetraponera rufonigra tidak membawa ancaman kepada manusia yang mengamalkan gaya hidup sihat.

“Bisa semut itu tidak akan mengancam nyawa manusia jika kita berada dalam keadaan sihat, cergas dan tiada sebarang penyakit tetapi jika ia menyerang manusia yang mempunyai masalah kesihatan, sudah tentu sengatan itu akan menjadi teruk sehingga boleh menyebabkan mangsa lumpuh,” katanya.

Penyakit kronik

Jelas Raymond, jika jangkitan bisa itu masuk ke dalam tubuh mangsa ia akan menjadi bakteria yang boleh menyerang antibodi badan.

“Apabila terkena gigitan semut, jangan garu tetapi segera mendapatkan ubat serta melakukan rawatan awal. Apa yang penting, kita kena jaga kesihatan kerana jika badan tidak mempunyai sebarang masalah, potensi untuk bisa itu merebak akan berkurangan,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan PPUKM, Dr. Aishah Hani Azil berkata, Tetraponera rufonigra atau Semut Selangor merupakan serangga yang tidak berbahaya tetapi bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah alergi atau penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung, gigitan haiwan itu boleh memudaratkan sehingga membawa maut.

“Gigitan semut ini boleh menyebabkan dua kemungkinan manifestasi klinikal pada manusia sama ada simptom setempat (lokalisasi) ataupun simptom menyeluruh (sistemik).

“Simptom setempat adalah sama seperti gigitan serangga berbisa yang lain seperti beng­kak, sakit dan radang pada ba­hagian yang terkena gigitan tetapi selalunya, simptom ini akan hilang selepas beberapa hari,” ujarnya.

Katanya, simptom menyeluruh pula boleh berlaku sekiranya mangsa gigitan itu mempunyai sejarah penyakit kronik dan alergi. Antara simptom yang akan dialami mangsa ialah seperti muntah, cirit-birit dan sesak nafas.

Rawatan ais

Semut Selangor [3]
Kesan gigitan semut selangor.

Jelas Aishah Hani, biasanya kesemua simptom itu akan bermula kurang daripada 24 jam selepas digigit semut tersebut.

“Simptom sistemik ini juga boleh menyebabkan kejutan anafilaksis yang boleh menyebabkan kematian. Misalnya, jika mangsa merupakan pesakit kencing manis, luka gigitan semut ini boleh melarat dan menyebabkan ulser yang berbahaya jika tidak dirawat segera.

“Semut Selangor mempunyai dua cara untuk menyerang mangsa iaitu melalui sengatan yang berpunca daripada bahagian belakang badannya dan gigitan yang berpunca daripada bahagian kepalanya.

“Sebagai langkah awal, mangsa perlu membuang semut atau mana-mana bahagian serangga itu terlebih dulu sekiranya terkena gigitan supaya penyengat yang mengandungi bisa tidak terus melekat pada kulit,” ujarnya sambil memberitahu, mangsa juga digalakkan menggunakan pelapik ketika membuang semut kerana dikhuatiri bisa itu akan terkena pada jari.

Tambahnya, selepas itu pesakit boleh mencuci luka menggunakan cecair antiseptik dan meletakkan pek ais pada kawasan terkena gigitan semut untuk meredakan inflamasi selain pergi ke farmasi untuk mendapatkan krim sapu atau ubat alergi antihistamine jika kegatalan dan kemerah-merahan itu masih tidak reda.

“Pesakit mesti mendapatkan rawatan doktor dengan segera jika mula mengalami simptom seperti muntah, berasa pening atau sesak nafas selepas digigit,” ujarnya.

Aishah Hani memberitahu, Semut Selangor hidup dalam koloni yang aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam.

“Kebarangkalian untuk semut ini bertemu dengan manusia lebih tinggi kerana ia mencari makan pada waktu siang sama seperti kegiatan harian manusia, manakala waktu malam ia lebih banyak menghabiskan waktu di sarangnya.

“Sarangnya pula boleh didapati dalam pokok-pokok besar atau tunggul kayu. Lazimnya, semut ini tidak akan menyerang manusia kecuali apabila ia berasa terancam,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Misteri Pembinaan Taman Coral Castle Yang Menakjubkan

Misteri Pembinaan Taman Coral Castle Yang Menakjubkan

Tidaklah begitu menghairankan jika kita mendengar lelaki membina sebuah rumah berseorangan. Tetapi bagaimana pula dengan cerita Ed Leedskalnin ini?

Coral-castle-mystery

Dia memilih untuk menggunakan bongkah batu yang bersaiz besar dan ada diantaranya seberat 30 tan untuk membina sebuah taman.

Seorang diri tanpa dibantu sesiapa dan tanpa sebarang jentera berat mahupun mesin berteknologi canggih. Selama bedekad menjadi misteri, bagaimana dia membinanya?

Coral Castle di Homestead, Florida adalah di antara struktur paling menakjubkan pernah dibina. Dengan teori pembinaannya yang menakjubkan, ia seringkali disamakan dengan monumen sejarah lain seperti Stonehenge, Kuil purba Greek dan juga piramid di Mesir.

Ada juga yang menganggap ia suatu keajaiban. Ia diukir, dikemaskan, disusun dan dibina oleh seorang lelaki, Edward Leedskalnin, seorang pendatang dari Latvian.

Bekerja seorang diri, Leedskalnin mengambil masa selama 20 tahun, dari tahun 1920 hingga 1940, dia membina taman ini yang pada asalnya dikenali sebagai 'Rock Gate Park' di bandar Florida.

Kisahnya bermula setelah dia ditinggalkan tunangnya atas alasan dia terlalu tua dan miskin untuk dikahwini.

Selepas beberapa tahun merantau sekitar Amerika dan Kanada, Leedskalnin menetap di Florida atas sebab kesihatan - dia menghidap penyakit batuk kering.

Pada tahun 1936, pembinaan taman 'Coral'nya dihentikan setelah tapak binaannya itu dicadangkan untuk pembangunan. Leedskalnin lantas memindahkan keseluruhan tamannya itu.

10 batu jauhnya dari tempat asal, ke Homestead, tempat dimana dia menyiapkan keseluruhan taman yang menjadi tarikan ribuan pelancong.

Bagaimana Leedskalnin menguruskan pembinaan ini seorang diri kekal menjadi misteri kerana, menariknya, tiada sesiapapun pernah melihat dia bekerja.

Coral-castle-mystery [2]

Agak perahsia, Ed Leedskalnin seringkali bekerja pada waktu malam dengan berpandukan cahaya pelita. Malah, dia juga turut membina dinding bagi mengasingkan ruang privasinya itu dengan dunia luar.

Tiada saksi yang benar-benar melihat bagaimana lelaki bertubuh kecil dan kurus ini mengalihkan dan menyusun semua blok batu besar tersebut.

Malahan, ketika dia mengalihkan keseluruhan tamannya itu ke Homestead, jirannya mendakwa melihat Ed Leedskalnin mengalihkan bongkah-bongkah batu itu menggunakan lori yang dipinjam, tapi tiada siapapun yang tahu bagaimana Leedskalnin mengangkat dan menurunkan bongkah-bongkah batu itu seorang diri.

Banyak versi pelik cerita dan teori tentang misteri pembinaan Coral Castle disampaikan. Memandangkan tiada sesiapapun yang membantah mana-mana versi ini, ia dianggap berkemungkinan betul.

Seorang jiran yang curiga pernah melihat bagaimana Ed Leedskalnin mengalihkan bongkah batu tersebut. Mereka menceritakan dia hanya meletakkan tangan pada bongkah batu tersebut kemudian dia menyanyi dan bongkah batu itu terangkat!

Menurut satu artikel dari majalah Fate, "Ada sekumpulan remaja mengintai Leedskalnin di suatu petang dan mereka melihat 'bongkah-bongkah batu itu terapung seperti belon hydrogen', namun tiada siapa pun yang mengendahkannya".

Frank Joseph, di dalam artikel majalah Fate, pernah menulis, "Penyiasat sains berpendapat Leedskalnin pernah mempelajari rahsia 'World grid', sejenis corak tenaga yang meliputi bumi.

Titik-titik tenaga bumi ini bertemu dan menjana kuasa yang tidak dapat dilihat manusia lain. Dan titik pertemuan tenaga itu ada disini, yang mana membolehkan Leedskalnin mengangkat dan mengalihkan bongkah-bongkah batu tersebut menggunakan kuasa dari planet lita yang tidak dapat kita lihat".

Sehingga kini tiada sesiapapun yang dapat merungkai bagaimana Leedskalnin mampu memanfaatkan tenaga ini dan tiada siapa dapat membuktikannya.

Coral-castle-mystery [4]

Menurut J. Cathie, seorang juruterbang National Airways Corp. New Zealand, "Pengukuran dari kedudukan Coral Castle pada tahap sifar dan 90 darjah garis bujur, melepasi khatulistiwa, menghasilkan garisan harmoni antara cahaya dan graviti.

Pemeriksaan akhir jarak di antara Coral Castle dan grid pole A di utara, merungkai tentang kedudukan taman ini yang ideal, membolehkan Leedskalnin mendirikan blok batu-batu besar tersebut dengan mudah.

Pengukuran dari semua titik utama memberikan harmoni geometri yang diperlukan untuk memanipulasikan kuasa anti-graviti". Cathie juga percaya bahawa grid tenaga menyebabkan kemunculan UFO kerap dilihat.

Beberapa teori lagi pernah dikemukakan dan semuanya berkaitan dengan tenaga magnetik dan kuasa graviti bumi. Namun ia hanya sekadar teori dan tiada siapa pun dapat membuktikan kebenarannya.

BACA INI JUGA: Misteri Manusia Diburu Petir Hingga Ke Kubur Sekalipun!

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, February 15, 2015

YAKS! Pengutip Muntah Profesional

YAKS! Pengutip Muntah Profesional

Cuba anda bayangkan, ketika anda sedang menaiki roller coster di sebuah taman tema. Ketika roller coster itu bergerak, ia terus meluncur dengan laju dan ada kalanya ketika ia menjunam ke bawah, membuatkan anda rasa kecut perut.

roller coster

Itu belum lagi ketika ia bergerak ke kiri dan ke kanan. Ketika itulah anda pasti rasa loya dan pening kepala. Silap haribulan anda sendiri mungkin termuntah!

Setelah penat bergembira, kita akan terus meninggalkan taman tema tersebut tanpa memikirkan sisa muntahan yang kita buang tadi.

Tetapi, pernahkah anda terfikir siapakah yang akan membersihkan muntah-muntah menjijikkan tadi?

Sebenarnya di Eropah, terdapat satu pekerjaan yang dikenali sebagai pemungut muntah. Mungkin bunyinya seperti pekerjaan yang menjijikkan, tetapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada orang ramai.

Namun, iklan jawatan kosong tersebut hanya terpapar di dada-dada akhbar tempatan negara tersebut.

Namun begitu, tiada siapa yang sanggup mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Menurut Mike Vallies pengurus di pusat taman tema Thorpe, Englandland, pihak pengurusan menghadapi masalah membersihkan sisa muntah yang dibuang merata tempat oleh pengunjung.

Disebabkan sisa muntah yang menjijikkan dan baunya yang meloyakan membuatkan ramai orang tidak sanggup untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Jika dilihat kriteria yang perlu ada untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pemungut muntah, sebenarnya tidaklah terlalu teruk. Pekerja cuma perlu bertahan dengan situasi kerja yang agak menjijikkan.

Vomit Cleaner

Sebenarnya, tugas sebagai pemungut muntah cukup mudah. Setiap hari tugasnya hanya perlu membersihkan sisa muntah yang ditinggalkan oleh pengunjung.

Walaupun begitu perlu diingat, walaupun tugasnya cukup mudah tetapi ia sangat mencabar emosi.

Setakat ini, tidak ada syarat wajib yang perlu dipatuhi oleh calon-calon yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki mahupun wanita.

Apa yang penting, calon-calon tersebut mestilah seorang yang boleh menahan sisa buangan daripada perut manusia tersebut.

BACA INI JUGA: Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM