Saturday, February 14, 2015

Kontroversi Peraturan Baru Memeluk Islam di Negeri Sembilan

Kontroversi Peraturan Baru Memeluk Islam di Negeri Sembilan

Kontroversi cadangan dua peraturan baharu memeluk Islam dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 mungkin menjadi lebih besar jika tidak kerana kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saudara-Baru
Gambar hiasan.

Minggu lalu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan dua peraturan baharu dalam perundangan Islam negeri tersebut iaitu (i) seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya yang terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di Negeri Sembilan dan (ii) mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan telah memeluk Islam.

Menurut Mohamad Hasan peraturan ini tidak memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri Sembilan, ia hanya tambahan kepada peraturan sedia ada dan hanya perlu mendapat kelulusan Yang Di Pertuan Negeri dan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri.

Sepintas lalu peraturan ini sangat tidak masuk akal. Bagaimana mungkin sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam membuat syarat yang menyukarkan pemelukan Islam di negeri tersebut.

Pelbagai pihak mengkritik peraturan pertama yang mengkehendaki mereka yang telah berkahwin membubarkan perkahwinan terlebih dahulu jika hanya seorang yang masuk Islam.

Ini kerana proses seorang bukan Islam untuk membubarkan perkahwinannya di Mahkamah Sivil akan mengambil masa yang agak lama dan melibatkan banyak perkara antaranya harta sepencarian dan hak penjagaan anak.

Adalah sangat bertentangan ajaran Islam untuk menghalang atau melengah-lengahkan proses seseorang untuk memeluk Islam.

Namun pandangan yang rasional ini bukan pula ia bermakna betul dan cadangan Negeri Sembilan perlu dihalang.

Pertamanya, peraturan ini dicadangkan kerana kerajaan berhadapan masalah dengan mereka yang memeluk Islam tanpa diikuti oleh pasangan mereka.

Saudara muslim yang baru ini mengambil kesempatan untuk meninggalkan tanggungjawab keluarga. Ini bukanlah ajaran Islam yang sebenar untuk seseorang yang meninggalkan agama lama mereka menyertai Islam untuk mengabaikan tanggungjawab ke atas keluarga asal mereka.

Keduanya, kerap kali berlaku pemelukan Islam sebelah pihak ini membawa kepada pertikaian perundangan antara Mahkamah Syariah dan Sivil terutamanya dalam kes perebutan anak dan harta.

Pasangan yang bukan Islam enggan menerima perbicaraan di Mahkamah Syariah. Manakala pasangan yang memeluk Islam mahukan perbicaraan dilakukan di Mahkamah Syariah dan menolak Mahkamah Sivil.

Ini menyebabkan perebutan anak dan permbahagian harta bertukar menjadi medan konflik antara agama yang bukan sahaja mengancam keharmonian masyarakat tetapi juga memberi imej buruk kepada Islam.

Malah ada kes pasangan yang mahu menceraikan pasangannya tetapi enggan memberi bahagian hartanya dan anak-anak kepada isterinya telah memeluk Islam untuk “mendapat perlindungan” Mahkamah Syariah.

Sungguhpun Mahkamah Syariah selalunya bertindak adil, namun pasangan bukan Islam akan berasa curiga dan membawa kes ini ke Mahkamah Sivil.

Akibatnya, ia menjadi satu kes undang-undang yang berlanjutan dan tiada kesudahan.

Justeru cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan ini, yang pastinya telah mendapat restu Majlis Agama Negeri, merupakan satu cadangan yang praktikal dan bertujuan menjaga imej Islam sebagai satu agama yang rasional dan sederhana.

Yang menjadi masalah ialah ramai salah faham bahawa peraturan ini melambatkan proses seorang bukan Islam untuk memeluk Islam dan seolah-olah kerajaan Negeri mahu menghalang seseorang yang telah mendapat hidayah untuk beribadah kepada Allah.

Peraturan ini hanyalah peraturan dunia yang sebenarnya bukan syarat memeluk Islam. Sesiapa sahaja boleh memeluk Islam dan mengamalkan ajaran Islam tanpa perlu menunggu perubahan agama di dalam mykad atau pengisytiharan memeluk Islam oleh Majlis Agama Islam.

Jika peraturan ini dilaksanakan ia tidak boleh menghalang sesiapa mendapat hidayah untuk memeluk Islam dari memeluk Islam, belajar mengenai agama Islam dan mengamalkan ibadah Islam.

Hanya dari segi pentadbiran beliau perlu menyelesaikan dulu urusan beliau dengan keluarga yang tidak memeluk Islam di Mahkamah Sivil.

Ini hanyalah urusan pentadbiran bagi memastikan seseorang itu tidak lagi menyalahgunakan proses kedua-dua mahkamah untuk kepentingan diri.

Justeri adalah tidak benar peraturan ini menghalang orang memeluk Islam dengan mudah, ia hanya untuk memudahkan urusan pentadbiran dan memelihar maruah agama Islam agar tidak salahguna oleh mereka yang mahu bercerai dengan pasangan mereka berlindung di sebalik pertikaian antara dua mahkamah.

BACA INI JUGA: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!

Sumber: MYKMU.NET

Video Blind Date Yang Melucukan

Video Blind Date Yang Melucukan

Dengan hari Valentine yang disambut ramai pasangan hari ini, perasaan ‘cinta’ mungkin berada dalam puncak awang-awangan.

Blind-Date-Prank

Baru-baru ini, pengeluar kenderaan Ford mengeluarkan iklan komersial yang menarik di mana adengan blindate beberapa lelaki bujang bersama seorang wanita cantik telah dirakam secara rahsia.

Sebenarnya wanita cun tersebut merupakan seorang pemandu lagak ngeri profesional.

Menerusi video, selepas berbual seketika dalam sebuah kafe, pasangan ini keluar dan menaiki sebuah kereta Ford Mustang edisi 2015 yang baru.

Pada mulanya, wanita di dalam video tersebut memberitahu yang dia tidak pandai memandu kereta manual.

Kemudian, apabila lelaki itu mula bosan, perempuan itu mula menunjukkan skill ‘mautnya’.

Jelas sekali brader-brader ini tidak tahu yang mereka sedang di prank dan video ini menunjukkan masalah utama lelaki apabila berdating, tunjuk pandai kepada si perempuan. Heh!

BACA INI JUGA: Asal Usul Sambutan Valentine's Day atau Hari Kekasih


Sumber: Mynewshub.cc

Friday, February 13, 2015

Video Siti Nurhaliza Tribute Buat Allahyarham Nik Aziz

Video Siti Nurhaliza Tribute Buat Allahyarham Nik Aziz

Kehilangan mantan Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Siti-Nurhaliza Tribute Nik Aziz [2]

Hal ini jelas menunjukkan keperibadian Allahyarham sebagai seorang ulamak yang begitu disegani kawan dan pihak lawan.

Lihat sahaja status di laman-laman sosial hari ini yang dibanjiri dengan ucapan takziah baik daripada kalangan masyarakat mahupun selebriti negara.

Sementara itu, sebuah video lagu nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin yang dijadikan tribute buat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini menjadi viral.

Video lagu Lelaki ini mencetuskan perasaan hiba dan sayu masyarakat bagi mengenang pemergian tokoh terkenal itu.

Siti Nurhaliza turut menzahirkan ucapan takziah di laman Instagramnya.

Siti-Nurhaliza Tribute Nik Aziz

Bait-bait lagu itu seolah-olah mampu menggambarkan kehidupan dan perjuangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selama hayatnya.

Video yang turut diselitkan dengan kunjungan hormat Siti Nurhaliza bersama suaminya beberapa tahun lalu jelas menunjukkan penyanyi itu begitu mengagumi ulamak terkenal itu.

BACA INI JUGA: Video Sedih Kisah Cinta Sejati


Sumber: Mynewshub.cc

Tok Guru Nik Aziz, Perginya Seorang Ilmuwan, Tokoh Agama Kelantan

Tok Guru Nik Aziz, Perginya Seorang Ilmuwan, Tokoh Agama Kelantan

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak kedua daripada sembilan adik-beradik dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Jam 9.45 malam (Khamis, 12/02/2015), Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman selepas dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, lewat sejam sebelumnya.

Difahamkan ketika dibawa pulang, alat bantuan pernafasan sudah pun ditanggalkan, menandakan keadaan beliau yang hampir pasti akan pergi selama-lamanya pada malam Jumaat ini.

Pendidikan Awal

Pengajian Islam Nik Aziz bermula di beberapa sekolah pondok di Kelantan dan Terengganu, sebelum disambung di Darul Uloom Deoband, Uttar Pradesh, India selama lima tahun.

Beliau kemudiannya menyambung hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Bahasa Arab dan Ijazah Sarjana dalam Perundangan Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sekembalinya dari Mesir, Nik Aziz memulakan kerjaya sebagai guru di beberapa buah sekolah agama di Kelantan.

Dikatakan kerana pengalaman menuntut ilmu di pelbagai negara, beliau menguasai beberapa bahasa antaranya Arab, Inggeris, Tamil dan Urdu.

Perkahwinan Dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak

Hasil perkongsian hidup Nik Aziz dan Tuan Sabariah Tuan Ishak, mereka dikurniakan 10 orang cahaya mata, lima lelaki dan lima perempuan.

Sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, Nik Aziz merupakan seorang guru agama yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah agama termasuk Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan.

Oleh kerana aktifnya beliau dalam bidang pendidikan agamalah, beliau popular dengan panggilan ‘Tok Guru’ dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.

Politik Dalam PAS

Nik Aziz menjadi ahli PAS pada tahun 1967 dan penyertaannya dalam parti itu disenangi ramai hingga akhirnya diberikan kepercayaan menjawat jawatan tertinggi Mursyidul Am.

Ketika menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang cukup zuhud dan warak. Hampir setiap ketika, beliau dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.

Malah terdapat cerita berlegar, Nik Aziz dikatakan solat dalam keadaan gelap dalam pejabat rasminya kerana tidak mahu menggunakan wang kerajaan untuk kepentingan diri.

Rumah kediamannya pula hanyalah sebuah rumah kampung seperti yang dimiliki rakyat biasa, dan dikatakan rumah beliau tidak berpagar sama sekali serta tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) menobatkan Nik Aziz sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009 pula, beliau tersenarai antara 50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”.

Penglibatan Politik Sebagai ADUN Chempaka

Beliau ketika menjadi Menteri Besar merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.06 Chempaka, Kelantan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.

Pada pilihan raya umum Malaysia ke-12 pula, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN sama.

Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangan pada borang penamaan calon.

Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya itu menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan pada Mei 2013 atas faktor usia lalu melantik timbalannya ketika itu, Datuk Ahmad Yakob sebagai pengganti.

Peletakan jawatan itu mengakhiri pimpinan Nik Aziz selaku MB Kelantan selama 23 tahun.

Al-Fatihah..

BACA INI JUGA: Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Sumber: Mynewshub.cc

Adakah Kita Lulus Ujian Allah?

Adakah Kita Lulus Ujian Allah?

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya.

Ujian bersabar

Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan.

Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia.

Contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

DARJAT DI SISI ALLAH

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud“ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka." ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1. Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “…Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Penutup

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

BACA INI JUGA: Otak Tidak Lagi Berkembang Pada Usia 40 Tahun

Sumber: Islam.gov.my

Thursday, February 12, 2015

Punca Pemohon Gagal Mendapat BR1M 2015

Punca Pemohon Gagal Mendapat BR1M 2015

Sebaik sahaja permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 ditutup pada 31 Januari 2015, bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan terutamanya pemohon baharu pasti berharap permohonan tersebut diluluskan.

Br1m2015-gagal

Ini kerana nilai bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan kos sara hidup mereka.

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Mungkin agak mendukacitakan bagi mereka yang telah membuat permohonan tetapi gagal.

Menerusi semakan penulis dengan mereka yang berkaitan dalam perkara ini telah menggariskan antara sebab-sebab utama permohonan BR1M tidak diluluskan atau gagal.

PENDAPATAN BULANAN MELEBIHI SYARAT LAYAK

Ini adalah punca utama, walaupun pemohon mengisi jumlah pendapatan tidak melebihi syarat kelayakan namun semakan dengan agensi ditetapkan mendapati pendapatan kasar bulanan tersebut melebihi syarat ditetapkan.

PERTINDIHAN NAMA PADA TANGGUNGAN

Contoh. Si A mohon Kassim sebagai tanggungan, pada masa sama Si B juga mohon Kassim sebagai tanggungan. Jadi, salah seorang sahaja yang layak.

MAKLUMAT TIDAK LENGKAP

Maklumat peribadi yang perlu diisi tidak dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon.

Punca-punca lain:
  • Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
  • Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan
  • Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
  • Maklumat tanggungan tidak lengkap
  • Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain atau Suami/Isteri telah membuat permohonan lain
  • Pemohon merupakan pelajar yang mendapat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
  • Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan pemohon kategori individu (bujang) itu gagal
  • Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
  • No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Nama pemohon berbeza dengan data JPN
  • Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan
  • Permohonan lebih daripada satu kali
  • Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
  • Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat
  • Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual

BACA INI JUGA: Istidraj, Nikmat Allah Kepada Manusia Ingkar

Sumber: Aiskosong.com

Mengimbau Ulasan Keramat Allahyarham Hasbullah Awang

Mengimbau Ulasan Keramat Allahyarham Hasbullah Awang

Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara.

Hasbullah Awang

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari tadi.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an. Selain itu, Allahyarham kerap membuat ulasan berkenaan penglibatan pasukan Malaysia di temasya sukan antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Olimpik.

Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Piala Thomas ’92, Ulasan Keramat Hasbullah Awang

ThomasCup_1992

Siapa yang tidak lupa detik ini, kemengan pasukan Piala Thomas Malaysia pada tahun 1992 menewaskan Indonesia di perlawanan akhir 3-2 di stadium keramat Stadium Negara.

Pada masa itulah bulu roma kita meremang apabila aksi mendebarkan pasukan Malaysia ditambah pula dengan ulasan yang cukup bertenaga dari Allahyarham Datuk Hasbullah Awang benar-benar membangkitkan semangat seluruh rakyat Malaysia pada ketika itu.

Laungan kemenangan pada saat tengah malam itu ketika pasangan Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang menewaskan beregu Rexy Mainaky dan Ricky Subagja pada ketika itu mengakhiri penantian 25 tahun Malaysia menjulang piala agung badminton dunia itu.

Pada malam itu, perseorangan pertama negara Rashid Sidek berjaya menewaskan Ardy Wiranata 15-11, 10-15 dan 15-8 tetapi pasangan beregu pertama Malaysia Jalani Sidek dan Razif Sidek tewas kepada pasangan Indonesia Eddy Harto dan Rudy Gunawan 9-15, 15-9 dan 3-15.

Selepas itu pemain perseorangan kedua negara Foo Kok Keong kembali meletakkan Malaysia di depan dengan 2-1 selepas menewaskan Allan Budi Kusuma 15-6 dan 15-12 sebelum Soon Kit dan Beng Kiang menewaskan Rexy dan Ricky dengan 15-12, 10-15 dan 15-8 untuk menjulang Piala Thomas.

Kita yang berusia dalam lingkungan 30-an pada masa itu masih bersekolah di sekolah rendah dan mungkin ada di sekolah menengah juga begitu gembira dan sama-sama bersorak saat Malaysia memenangi Piala Thomas berkenaan.

Kini, kita sudah kehilangan suara keramat berkenaan apabila perginya Allahyarham Hasbullah hari ini di Institut Jantung Negara (IJN).

BACA INI JUGA: Pesanan Tersirat P. Ramlee Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok

Untuk anda, penulis imbau kembali saat kemenangan Malaysia pada malam itu pada tahun 1992 detik kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia di Stadium Negara.


Sumber: Mynewshub.cc

Kisah Keadilan Untuk Semua Rakyat – Shafee Abdullah

Kisah Keadilan Untuk Semua Rakyat – Shafee Abdullah

Tulisan di bawah adalah terjemahan bebas dari kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berjudul “Anwar Ibrahim verdict”

Muhammad Shafee Abdullah vs Anwar Ibrahim

Penghakiman ini mengakhiri saga tujuh tahun perbicaraan membabitkan 9 Hakim dan barisan peguam yang begitu ramai. Anwar sendiri menggunakan 20 orang peguam dalam keseluruhan peringkat perbicaraan. Malah di peringkat Mahkamah Persekutuan sahaja beliau menggunakan 14 orang peguam bela.

Beribu jam masa Mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) dan 9 Hakim digunakan untuk meneliti secara mendalam dan terperinci setiap bukti yang dikemukakan. Sebagai peguam saya berpuashati kerana akhirnya keadilan telah ditegakkan.

Namun ia bukan satu kepuasan mahu pun kebanggaan kerana kejadian liwat ini telah telah memporak-perandakan kehidupan seorang anak muda.

Lebih teruk, mangsa telah diperiksa dan disoal balas dengan begitu mendalam dan terperinci selama 7 hari secara terbuka tanpa kerahsiaan oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sukar dibayangkan penderitaan emosi dan rasa malu yang ditanggung oleh mangsa kes ini.

Anehnya, tidak seperti mangsa yang berhadapan dengan pelbagai soal balas pihak pembela, Anwar Ibrahim memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak membenarkan dirinya disoal balas.

Memang benar itu adalah hak beliau. Namun beliau menggunakan hak memberi keterangan tanpa disoal balas untuk menyerang pendakwaraya, para hakim dan bekas rakan-rakan beliau dalam kerajaan. Beliau juga merendah-rendahkan negaranya sendiri.

Kes Anwar Ibrahim ialah kisah “serangan seksual” majikan ke atas pekerjanya, namun beliau memilih untuk membelasah reputasi kehakiman.

Justeru saya memohon rakyat Malaysia dan mereka yang di luar negara yang waras dan rasional supaya mengambil kira semua fakta secara teliti sebelum membuat kesimpulan.

Lebih penting, tolonglah baca setiap perkataan dalam penghakiman hari ini dan sebelumnya. Ia memberi fakta-fakta yang benar biar sejijik mana pun kes ini.

Bukti DNA merupakan contoh yang paling menarik. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai beban pembuktian paling ketat di dunia.

Pertamanya, ia mengkehendaki padanan 16 daripada 16 titik pengecaman DNA. Ini bermakna mesti padanan DNA mesti seratus peratus padanan sempurna sebelum diterima. Kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak mempunyai syarat yang sebegini ketat.

Keputusan ujian mendapati kesemua 16 titik padanan DNA sepadan dengan DNA Anwar, – in gambler’s jargon, a ‘full flush’.

Dan semua ini diambil dari semen (air mani) yang berada dalam dubur Saiful. Sesunggunya bukti semen ini merupakan satu pembuktian DNA yang sangat utuh berbanding pembuktian melalui peluh.

Anda boleh mengambil peluh manusia tanpa disedari, namun anda tidak boleh mengambil air mani tanpa disedari mahupun memalsukannya.

Kedua, Malaysia tidak mempunyai undang-undang mewajibkan tertuduh memberi sampel DNA kepada Mahkamah.

Justeru apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pendakwa raya di Mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk mematikan bukti ini dengan menawarkan secara sukarela sampel beliau sendiri untuk bukti baru.

[ed. Sampel Anwar diambil dari sel lokap beliau untuk dipadankan dengan DNA semen dan dubur Saiful].

Jika beliau tidak bersalah, beliau pasti memberikannya dan kita tidak perlu mempunyai satu perbicaraan yang begitu panjang dan menyusahkan.

Jika DNA diberi Anwar berbeza dari yang diambil oleh penyiasat, ia boleh menyelesaikan kesnya sekelip mata. Namun Anwar menolak peluang ini.

Berhubung degan alibi, Anwar pada mulanya menyatakan beliau mempunyai senarai penyaksian (alibi) yang banyak dan kuat bagi menafikan tuduhan ke atas dirinya. Namun semuanya diabaikan oleh Anwar sendiri sebaik sahaja Pendakwa raya mengemukakan rakaman litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian kepada mahkamah.

Sebagai seorang muslim, Anwar Ibrahim juga menolak untuk bersumpah dengan al-Quran, sedangkan mangsa beliau, Saiful (juga seorang muslim), telah bersumpah dengan kitab suci Islam ini di Malaysia dan di hadapan Kaabah, di tanah suci, Makkah.

Apakah kes ini merupakan kosnpirasi politik?

Kes ini merupakan satu kes yang sangat teknikal, ia juga melalui semua jalan perbicaraan yang ada dengan penuh tertib dan mengikut perundangan; dibicara serta diputuskan di hadapan mahkamah tertinggi Malaysia.

Adakah terdapat sebarang perkara teknikal yang boleh mencabar keputusan Mahkamah sebelum ini mengenai beban pembuktian?

Panel lima hakimn terbaik negara memutuskan tiada! Mereka memutuskan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini tepat, terbukti betul dan tidak perlu ubah.

Penghakiman turut menolak dakwaan berulang kali Anwar bahawa kes ini merupakan satu insiatif politik atau konspirasi politik.

Adalah tidak masuk akal mendakwa kes ini merupakan inisiatif politik (politically motivated) bukan sahaja kerana kebebasan kehakiman dijamin Perlembagaan Malaysia, tetapi juga kerana sifat kes ini yang merupakan aduan individu ke atas majikannya, Anwar Ibrahim.

Kes Anwar Ibrahim muncul kerana pekerja Anwar, Saiful Bukhari Mohd Azlan membuat laporan polis ke atas. Saiful mendakwa majikannya, Anwar Ibrahim, telah “menekan” beliau agar melakukan hubungan seks di luar tabie (liwat).

Tidak mungkin ada sesiapa yang boleh merancang skrip seperti ini, yang kemudiannya melalui satu proses perundangan yang panjang, terperinci dan luar biasa tanpa menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa kejadian ini merupakan satu penipuan atau pemalsuan.

Satu-satunya pihak yang berusaha menjadikan kes ini sebagai kes sebagai kes politik ialah Anwar Ibrahim dan penyokong beliau kerana mahukan kes tersebut digugurkan.

Consider how this matter first arose. As Hansard (dated 22 October 1997, 18 December 1997) recalls, the very first time an MP stood up in parliament holding a statutory declaration that accused Anwar Ibrahim of sexual – homosexual – assault, Anwar Ibrahim was Deputy Prime Minister and his accuser was not a member of the government, but in fact an opposition MP from the DAP. And who was his original accuser? The late Karpal Singh MP, a brilliant lawyer. Any account of the criminal and then political downfall of Anwar Ibrahim should recall who threw the first stone.

Namun kepada mangsa dan rakyat malaysia lain, kes merupakan satu saga yang berpanjangan dan menyesakkan. Demi satu penutupan satu saga yang cukup panjang ini, saya mohon pihak media yang membuat liputan kes ini agar..

to impartially look at the facts of the case, to analyse the meticulous judgments, and to carry these, as best they may, to the people.

Saya khuatir sebahagian media mempunyai anggapan Mahkamah Malaysia hanya bertindak adil apabila keputusan menyebelahi Anwar Ibrahim dan menganggap sebaliknya apabila ia tidak menyebelahi Anwar.

Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, seorang pemuda yang pernah menjadi pembantu peribadi Anwar, yang menjadi tumpuan dalam dan luar negara bukan kerana kesalahannya.

Seperti semua mangsa jenayah serius, beliau mempunyai hak untuk mendapat keadilan dari penyiasatan pihak Polis dan perbicaraan di pihak Kehakiman.

Jadi, daripada menjadikan isu ini satu isu politik, media sewajarnya melihat perbicaraan ini merupakan satu kisah kemanusiaan. Malah dari sudut Kehakiman, ia merupakan hak kedua belah pihak mendapatkan keadilan di Mahkamah.

Sesungguhnya, semua ini sepatutnya mengenai hak yang sama rata untuk kita semua rakyat Malaysia untuk mendapat keadilan tanpa mengira kedudukan, kuasa dan pengaruh.

Terima Kasih
10 Februari 2015.

*Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah Timbalan Pendakwa Raya yang dilantik oleh Peguam Negara untuk bertindak bagi pihaknya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kes Liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari Mohd Azlan. Sumber: MYKMU.NET

UPDATE!

Hukum Bersumpah Menurut Islam

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada 4 November 2009M/ 16 Zulkaedah 1430H telah membincangkan mengenai Hukum Bersumpah Menurut Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan sebagai keterangan hukum seperti berikut:

Hukum asal bersumpah adalah makruh tetapi ia boleh menjadi sunnah, harus, wajib dan haram, bergantung kepada keadaan;

Haram: apabila bersumpah untuk melakukan perkara yang haram, atau meninggalkan yang wajib atau bersumpah dusta ke atas sesuatu.

Wajib: apabila tiada jalan selain bersumpah untuk memberi pengajaran kepada orang yang zalim dan untuk menegakkan kebenaran.

Sunat: sekiranya bersumpah itu menjadi wasilah ke atas orang-orang yang mendengar, dan menjadi penyebab mereka membenarkan sesuatu peringatan dan sebagai nasihat ke atas mereka.

Harus: sekiranya bersumpah untuk melakukan perkara ketaatan, serta menjauhi perkara maksiat, atau untuk mendorong melakukan ke arah kebenaran atau untuk memberi peringatan.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: MLFNS16/KM2

Sumber:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-bersumpah-menurut-islam