Feb 13, 2015

Video Siti Nurhaliza Tribute Buat Allahyarham Nik Aziz

Kehilangan mantan Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Siti-Nurhaliza Tribute Nik Aziz [2]

Hal ini jelas menunjukkan keperibadian Allahyarham sebagai seorang ulamak yang begitu disegani kawan dan pihak lawan.

Lihat sahaja status di laman-laman sosial hari ini yang dibanjiri dengan ucapan takziah baik daripada kalangan masyarakat mahupun selebriti negara.

Sementara itu, sebuah video lagu nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin yang dijadikan tribute buat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini menjadi viral.

Video lagu Lelaki ini mencetuskan perasaan hiba dan sayu masyarakat bagi mengenang pemergian tokoh terkenal itu.

Siti Nurhaliza turut menzahirkan ucapan takziah di laman Instagramnya.

Siti-Nurhaliza Tribute Nik Aziz

Bait-bait lagu itu seolah-olah mampu menggambarkan kehidupan dan perjuangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selama hayatnya.

Video yang turut diselitkan dengan kunjungan hormat Siti Nurhaliza bersama suaminya beberapa tahun lalu jelas menunjukkan penyanyi itu begitu mengagumi ulamak terkenal itu.

BACA INI JUGA: Video Sedih Kisah Cinta Sejati

video

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

kesedarannya penuh penghayatan menjadi ikutan...kesedarannya berbentuk pegangan menjadi kekaguman..itulah Tuk Guru...al fatihah

Semoga dicucuri rahmat Allah keatasnya. Amiin..

TokGuru Ayah Zik dihormati segenap manusia & golongan... kawan & lawan , muslim & non muslim...

Kita semua adalah penduduk kubur dan kena bersiap untuk menghadapi kematian pula

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz & menempatkannya di kalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah... aamiin.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon