Feb 18, 2015

Jaafar Onn Minta Azwan Ali Bertaubat

Sebelum ini, selebriti yang sering kali mencetuskan kontroversi, Azwan Ali ada membuat pendedahan menerusi program Melodi bahawa dirinya disihir oleh seorang artis veteran berperwatakan lembut dengan pangkal namanya bermula dengan huruf J.

Jaafar Onn

Memberikan klu artis itu pernah memuatnaik sekeping gambar bermain buih, ramai pihak terus tertancap dakwaan itu ditujukan buat Jaafar Onn.

Tanpa menyebut nama Azwan Ali dalam temubual dengan sebuah portal berita, Jaafar Onn, 64, memberi pesan kepada individu tersebut untuk insaf dan bertaubat dengan perbuatannya kerana ianya telah mencerminkan kelemahan selebriti yang menuduhnya itu.

DIVA AA

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu.

“Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa.

Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” katanya sambil menafikan dakwaan selebriti popular itu.

Macam-macam hal lah.

Diharapkan mereka berdua dapat duduk bersemuka membincangkan hal ini daripada ianya terus merebak menjadi virus dalam kerjaya seni kedua-dua pihak.

BACA INI JUGA: 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Macam macam hal diaorang ni. tak tahu siapa betul dan siapa salah dalam hal ni. tapi Azwan Ali tu pun suka cetuskan kontroversi.

Antara ciri keimanan adalah dengan menasihati dan mengajarkan kebaikan sesama ummah ketika bercakap..manakala antara ciri kemungkaran pula adalah suka memfitnah dan menghina ketika berkata...

Hahahahha pelik aku dengan Azwan Ali tu, semua benda tak kena kat mata dia

Hmmm.. hidum mcm tak aman je maki2 org...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon