Saturday, November 29, 2014

Dunia Fantasi Ciptaan Manusia Paling Terkenal

Dunia Fantasi Ciptaan Manusia Paling Terkenal

Sebagai kanak-kanak, ramai yang suka mempunyai 'dunia fantasi' mereka sendiri. Tetapi hakikatnya, orang dewasa juga adakalanya mengimpikan satu dunia 'lain' daripada yang sedang mereka diami.

Namun itu semua hanyalah angan-angan yang tak mungkin menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, untuk memberikan kita sedikit kegembiraan, adakalanya tulisan di dalam novel ataupun filem-filem fantasi akan menghidangkan kita dengan dunia fantasi yang indah yang mungkin menyebabkan kita teringin tinggal di situ.

Berikut ialah antara dunia-dunia fantasi yang paling dikenali di seluruh dunia.

Wizard

Wizard - Harry Potter

Bagi kebanyakan orang yang suka menonton filem atau membaca buku-buku Harry Potter juga tentu tidak merasa asing dengan watak-watak wizard Harry Potter dan kawan-kawannya iaitu Hermione Granger serta Ron Weasley.

Buku yang dihasilkan oleh penulis terkenal J.K Rowling ini telah menjadi sangat laris jualannya dan filemnya juga mendapat sambutan luar biasa. Perjuangan dan pertarungan Harry Potter dengan watak-watak jahat seperti Lord Valdermort telah membentuk plot filem ini.

Cerita ini dipenuhi dengan kisah aksi, humor dan juga sumpahan-sumpahan yang sangat menarik untuk ditonton atau dibaca. Malahan, dunia fantasi Harry Potter ini mungkin menyebabkan sesetengah kanak-kanak berharap yang mereka juga adalah sebahagian daripada dunia tersebut.

Narnia

Narnia

Pertama kali diperkenalkan, dunia fantasi ini menghiasi jalan cerita bagi buku dan juga filem 'The Chronicles of Narnia' yang memaparkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang bersaudara dan terpaksa 'meninggalkan' dunia realiti mereka dan kemudiannya 'beralih' ke dunia baru mereka iaitu Narnia.

Dunia fantasi ini telah dicipta oleh penulis novel ini iaitu C.S. Lewis dan sangat popular dikalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Di dunia Narnia ini, kuasa magik adalah sesuatu yang biasa digunakan, haiwan-haiwan berupaya untuk berkomunikasi sepertimana manusia manakala makhluk-makhluk mistik berada di mana-mana sahaja dalam kota Narnia.

Wonderland

Wonderland

Berdasarkan buku 'Alice in Wonderland' yang ditulis oleh Lewiss Carroll, dunia fantasi ini pula berkisar tentang Alice yang telah mengikut jejak seekor arnab dan tanpa disengajakan telah terjatuh ke dalam lubang arnab tersebut.

Dunia yang dimasuki oleh Alice terdiri daripada makhluk pelbagai rupa yang pelik dan banyak benda lain yang sangat ganjil.

Salah satu sebab kenapa dunia fantasi Alice in Wonderland sangat popular ialah kerana ia seolah-olah mencabar teori logik yang sedia diterima pakai oleh manusia selama ini kepada sesuatu yang di luar kebiasaan kita.

Oz

The Wizard of Oz

Dunia fantasi ini pertama kali diperkenalkan dalam 'The Wizard of Oz' dan menceritakan tentang watak Dorothy Gale yang 'berdoa' supaya dapat pergi jauh dari bandar tempat dia tinggal yang sangat membosankan.

Semasa berlaku satu ribut taufan, Dorothy telah jatuh pengsan dan kemudiannya mendapati dia berada dalam dunia Oz bersama-sama seekor anjing bernama Toto.

Disinilah kemudiannya Dorothy akan bertemu dengan Glinda iaitu ahli sihir yang baik dari Utara, Tin Man, seekor singa yang penakut dan juga 'orang-orang' atau Scarecrow.

Dreamlands

Dreamlands

Dunia fantasi Dreamlands ialah hasil karya dan ciptaan H.P. Lovecraft dalam 'Dream Cycle'. Dunia fantasi ini sangat besar dan seseorang itu hanya dapat masuk ke dalam alam Dreamlands melalui minda tanpa sedar yang hanya boleh dilakukan ketika sedang tidur.

Dunia alternatif kepada dunia sebenar ini mengandungi para pelawat-pelawat yang sering mengunjunginya dan dikatakan telah menjadi pengunjung atau penduduk tetap di situ setelah mereka meninggal dunia.

Neverland

Neverland

Dunia fantasi ini telah direkacipta oleh J.M Barrie yang kadangkala digelar dengan nama Never Never Land.

Antara watak-watak utama dan terkenal dalam Neverland ialah seperti Lost Boys, Peter Pan dan juga Tinker Bell.

Watak Peter Pan misalnya ialah tentang seorang budak lelaki yang berdoa untuk kekal pada usianya sebagai kanak-kanak dan tidak akan meningkat dewasa kerana dunia Neverland ada kaitannya dengan orang-orang yang percayakan kepada kehidupan sepanjang zaman.

Terabithia

Terabithia

Terabithia ialah satu dunia fantasi yang dicipta oleh Katherine Paterson dalam bukunya yang bertajuk 'Bridge to Terabithia'.

Cerita ini berkisar tentang dua watak utamanya iaitu dua orang kanak-kanak yang kesunyian dan sedang berjalan-jalan ke dalam sebuah hutan yang cantik dan misteri.

Arda

Realm of Arda

Dalam dunia atau kisah Legendarium ciptaan J.R.R Tolkien, bumi ketika zaman prasejarah digelar sebagai Arda. Kesemua wilayah-wilayah dan lokasi yang ditemui dalam kisah-kisah Lord of The Rings ini akan ditemui dalam dunia fantasi Arda dan diantaranya termasuklah pulau-pulau yang tidak bernama.

Forks

Twilight in Forks

Buat masa sekarang, mungkin ramai yang mengenali siapa itu Stephanie Meyer. Beliau adalah seorang penulis novel bagi novel-novel bersiri Twilight yang filem-filemnya telah mencapai populariti yang sangat besar semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Dunia fantasi Forks ialah apa yang telah dicipta oleh Stephanie Meyer dalam bukunya itu. Dalam dunia nyata, Forks memang wujud sebagai sebuah bandar di Washington tapi Forks dalam siri Twilight bukanlah seperti bandar Forks di Washington tetapi berlainan sama sekali.

Kisah siri Twilight menceritakan tentang watak Isabella Swan yang jatuh hati kepada seorang drakula yang berusia lebih dari 100 tahun yang bernama Edward Cullen.

Manakala kawan baiknya iaitu Jacob pula ialah seorang serigala jadian.

Selamat membaca..

BACA INI JUGA: Necropants, Ilmu Kufur Paling Terkenal Di Eropah

-Sentiasapanas.com

Friday, November 28, 2014

Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi

Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi

Pernah dengar nama Muhammad Al-Fateh? Beliau lahir pada 30 Mac 1432 di Andrianapolis yang terletak di kawasan sempadan Turki-BUlgaria.

Sultan Muhammad Al-Fateh

Sejak kecil dia sudah diajar menguasai pelbagai cabang ilmu agama termasuk politik, seni perang, bela diri, tasawuf dan banyak lagi.

Bahkan, beliau mampu bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Turki, Greek, Hebrew, Pari, Latin dan Serbia, menggambarkan betapa tinggi tahap kecerdasannya.

Muhammad Al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah kerajaan Islam pada tahun 1444 sewaktu berusia 12 tahun.

Pada usia 19 tahun, barulah beliau memegang jawatan khalifah secara rasmi, sebagai pemerintah empayar Turki Uthmaniyyah ke 7 dan digelar sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh.

Pada zaman pemerintahan beliau, berlaku perluasan kuasa yang besar untuk empayar Islam. Malah, tokoh inilah yang akhirnya berjaya menakluki kota Kostantinopel, ibu kota empayar Byzantine yang sudah berusia 1,000 tahun.

Penaklukan kota yang merupakan benteng utama Kristian Ortodoks ketika itu telah dinyatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis berbunyi, "Kostantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Raja yang menaklukinya ialah sebaik-baik raja dan dibawah pimpinannya ialah sebaik-baik tentera." (Hadis riwayat Ahmad Bin Hanbal, Al-Musnad)

Rasulullah SAW telah mengungkapkan sedemikian 800 tahun sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya melaksanakannya.

Sebelum itu, sebelas misi ketenteraan menawan Kontantinopel dari era Khalifah Usman Bin Affan sehinggalah kepada kerajaan Uthmaniyyah (bapa Sultan Muhammad Al-Fateh) telah gagal menawan kota purba itu.

Hanya Sultan Muhammad Al-Fateh yang ketika itu baru berusia 21 tahun berjaya meruntuhkan kekebalan kota itu, sekaligus membenarkan hadis Rasulullah SAW ratusan tahun sebelumnya.

Nama kota itu ditukar menjadi Islambol yang bermaksud 'Islam keseluruhannya', dan kini dikenali sebagai Istanbul.

Beliau juga yang menukar gereja besar di kota itu menjadi masjid Aya Sofia (kini menjadi muzium).

Melalui penaklukan itu, Islam tersebar ke Bosnia, Hungry, Serbia, Albania dan negara-negara sekitarnya.

Selepas berjaya menakluki Kostantinopel, sampai masa kali pertama tentera Islam mengerjakan solat Jumaat di situ.

Sultan Muhammad Al-Fateh [2]
Gambar hiasan.

Namun, timbul persoalan, siapa yang akan menjadi imam?

Lalu Sultan Muhammad Al-Fateh bertanya kepada tenteranya, "Siapa yang pernah meninggalkan solat fardu, sila duduk." Tiada seorang pun tenteranya duduk.

Beliau bertanya lagi, "Siapa yang pernah meninggalkan solat rawatib selepas baligh, sila duduk." Sebahagian tenteranya duduk.

Beliau bertanya lagi, "Siapa yang pernah meninggalkan solat tahajjud selepas baligh, sila duduk." Semua tenteranya duduk.

Lalu, Sultan Muhammad Al-Fateh mengimamkan solat Jumaat pertama di kota itu kerana dia tidak pernah gagal menunaikan ketiga-tiga solat itu sejak beliau akil baligh.

Kerana itulah beliau digambarkan sebagai sebaik-baik pemimpin dalam sejarah empayar Islam.

Subhaanallah..

BACA INI JUGA: Briged Al-Qassam, Perjuangan Atas Nama Allah

-SENTIASAPANAS.COM

Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Batuk sememangnya amat perit dan menyakitkan anak tekak hingga ada kala menguji kesabaran seseorang.

Resepi Ubat Batuk Mujarab

Sebagai jalan penyelesaian, pastinya ubat batuk jadi harapan untuk menyembuhkannya.

Ini ada resepi bagi menyediakan sirup ubat batuk yang amat mudah dan mujarab!

Tambahan pula, bahan-bahan ini sangat mudah didapati iaitu hanya menggunakan 4 sudu minyak zaitun, 10 sudu madu dan 3 sudu air lemon.

Anda hanya perlu campurkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam periuk kecil dan didihkan dengan api yang perlahan.

Selepas selesai bolehlah disejukkan dan disimpan di dalam botol.

Jangan memperkecilkan keajaiban tiga bahan ini, kerana sememangnya bahan-bahan ini mempunyai kelebihan dan keberkesanan tersendiri.

Minyak zaiton dapat meredakan sakit batuk dan berkesan mencegah keradangan di tekak. Manakala, madu mampu meredakan batuk dan memberi tidur yang lebih nyenyak. Air lemon pula sebagai pereda radang tekak paling efektif.

Ubat batuk ‘DIY’ ini juga dikatakan mampu bertahan selama tiga bulan. Tetapi sebelum digunakan, panaskan ubat batuk tersebut terlebih dahulu.

Ubat ini menggunakan bahan-bahan semulajadi, dan tidak memberi kemudaratan kepada pesakit yang mempunyai penyakit alergik kepada bahan kimia.

Cubalah, memang senang!

BACA INI JUGA: Penawar Gout, Mudah Dan Murah

Sumber: Mynewshub.cc

Reported Attack Page Fixed!

Reported Attack Page Fixed!

Terkedu seketika bila cuba melayari blog sentiasapanas semalam, terpampang amaran warna merah garang dengan tulisan "Reported Attack Page!"

Fix Reported Attack Page
Gambar blog orang, tak sempat print screen.

Yang pasti, ramai pengunjung akan diberi amaran yang blog ini tidak selamat untuk dilayari.

Apa sebenarnya "Reported Attack Page!"?

Halaman ini muncul pada web browser selepas mana-mana blog atau website dianggap sebagai laman web/blog Phishing atau mengandungi Malware.

Ini boleh terjadi jika sekiranya ada script yang dibuat oleh seseorang dan telah 'ditampal' secara tidak sengaja atau sengaja, pada website/blog yang mengandungi malware berbahaya.

No-Malware [3]

Malangnya, itulah yang telah berlaku pada blog sentiasapanas semalam. Cuma nasib baik SP dengan sepantas kilat 'menghubungi' Google Webmaster untuk melaporkan kejadian ngeri ni.

Panduan jika blog dilabel "Reported Attack Page!"

Jika blog anda mendapat masalah seperti ini, anda hanya perlu sign-in ke Webmaster Tools, Security Issue, dan ikuti panduannya yang sangat mudah.

Penyebab "Reported Attack Page!"

Walaupun SP sendiri tidak dapat memastikan penyebab utama serangan jahat ini, rasanya salah satu puncanya adalah kod pop-up banner javascript/iframe laman pengiklanan Mobicow ataupun Geniee. Rasanya Geniee punca utama..mungkin

Jadi, sebelum SP minta request review daripada Google Webmaster Tools supaya blog ini tidak lagi dianggap blog 'jahat', semua kod-kod dari laman pengiklanan ni terpaksa dibuang, dan mungkin untuk selamanya..huhu

Respon pantas daripada Google Webmaster Tools

No-Malware

Alhamdulillah, dapat mesej gembira daripada pihak google.

No-Malware [2]

Jadi, artikel ini sebenarnya sebagai pemberitahuan kepada semua pengunjung dan pembaca sentiasapanas bahawa blog ini sudah boleh dilayari dan selamat untuk dilawati.

Maaf diatas segala kesulitan dan selamat membaca..:)

P/s: Buat semua rakan-rakan blog dan pembaca yang sentiasa setia memberi komen dan teguran, SP terlalu sibuk dengan komitmen kerja sehingga hujung tahun ini dan kekurangan masa untuk melayan dan membalas komen anda semua. Insyaallah, blogwalking akan berjalan seperti biasa selepas itu.

Video Peninju Profesional Belasah Samseng Rusia

Video Peninju Profesional Belasah Samseng Rusia

Sekumpulan samseng yang mengganggu isteri seorang peninju profesional akhirnya diajar istilah langit itu tinggi apabila dibelasah dalam tempoh singkat.

Nikolai-Vlasenko-Beat-Thugs

Melalui video rakaman CCTV yang kini viral, Nicolai Vlasenko, 29, seorang peninju dan pakar seni mempertahankan diri dilihat ‘mengajar’ sekumpulan samseng di luar sebuah kelab malam di Rusia selepas cuba menarik isterinya masuk ke bilik VIP ketika dia ke tandas.

Sekembalinya Nicolai dari tandas, dia terperanjat melihat aksi samseng ini dan cuba berunding supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut tetapi permintaannya bukan sahaja ditolak malah diajak ‘berbincang’ di luar.

Menurut saksi, Leonti Yevdokimov, 33, adalah samseng yang mencadangkannya dan dipersetujui oleh Nicolai.

Lucunya, baru sahaja salah seorang samseng menyerang Nicolai, dia telah ditumbuk tepat di rahang sehingga KO.

Penyerang kedua cuba membalas, tetapi dia juga dijatuhkan dengan mudah.

Seorang lagi saksi, Eldar Vinogradoff, 27, berkata, “Mereka keluar dalam bilangan yang ramai. Terdapat sekurang-kurangnya 10 orang diketuai oleh dua samseng yang menyangka mereka ‘cukup besar’.

“Salah seorang daripada mereka membuka baju dan mula menakut-nakutkan peninju itu, tapi saya tak fikir dia tahu apa yang berlaku apabila sekelip mata rebah.”

“Lelaki kedua cuba untuk menendang peninju itu dan dia juga jatuh serta-merta. Kemudian lelaki ketiga menyerang, dan dia hampir jatuh selepas menerima tiga tumbukan di kepala.”

Ahli samseng yang lain tidak lagi berani menyerang setelah melihat apa yang berlaku.

Padan muka..

BACA INI JUGA: 5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa



Sumber:
http://www.mirror.co.uk/news/world-news/gang-10-yobs-hassle-pro-4666248

Thursday, November 27, 2014

Karisma Kapoor Sombong!

Karisma Kapoor Sombong!

Sedari dulu lagi telah dikhabarkan bahawa superstar-superstar Bollywood ni ada karakter semacam iaitu suka berlagak diva atau dalam erti kata lain sombong dan tak mesra peminat.

Karisma-Kapoor

Namun, tidak dinafikan ramai di kalangan peminat tempatan meminati serta menggilai bintang Bollywood yang semuanya serba kacak dan cantik-cantik belaka.

Malah, penyanyi Farhan Azizan turut mengakui seorang pelakon Bollywood popular, Karisma Kapoor yang sempat ditemuinya dalam satu majlis baru-baru ini sangat sombong sampaikan tidak mahu bersalam dengan tetamu yang hadir pada acara keraian itu.

(Baca: 10 Wanita Paling Hot 2014 Pilihan Majalah Maxim)

“Adatlah kalau bintang luar diagung-agungkan di negara kita. Sedangkan mereka seperti memijak kepala kita saja. Tapi dia masih mampu tersenyum di depan tetamu dan melayan permintaan untuk bergambar.

“Cuma satu yang saya perhatikan dia memang tak bersalam dengan orang di acara itu. Benar kalau dia dianggap Tuhan di negaranya sendiri tetapi di negara kita dia tidak dianggap begitu. Dia datang ke sini pun semestinya dibayar.

“Pada satu tahap saya tengok dia sendiri menolak untuk bergambar dengan tetamu. Malah hingga bercakap atau menyahut percakapan orang pun seperti dah tak kuasa lagaknya. Negara kita murah dengan adab dan senyuman, jangan fikir kita nak puja dia seperti di negaranya,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Karisma Kapoor - Farhan

Sampai macam tu sekali lagak Karisma!

Mungkin dia rasa namanya terlalu besar sampaikan semua orang pun dia buat layan tak layan je.

Kalau artis Malaysia yang cuba buat perangai macam ni, pasti akan dihencap seantero Malaysia.

Harap-harap tiadalah artis tempatan yang feeling-feeling diva macam Karisma ni!

Sumber: Mynewshub.cc

Panas! Gambar Bercumbu Artis Malaysia Tersebar!

Panas! Gambar Bercumbu Artis Malaysia Tersebar!

Tak tahulah mungkin sudah jadi kebiasaan orang sekarang agaknya, untuk merakamkan detik-detik mesra dengan pasangan mereka sama ada dalam bentuk video mahu pun gambar.

Gambar Artis Bercumbu

Terbaharu menerusi sumber portal Murai, gambar mesra seorang artis lelaki dikatakan tersebar selepas si empunya diri terlupa mengeluarkan kad memori telefon bimbitnya sebelum dihantar ke kedai untuk diservis.

(Baca: Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan)

Jadi, kantoilah dia sebab gambar aksi panasnya bersama beberapa perempuan berlainan dikatakan sudah tersebar apabila kad memori itu jatuh di tangan pihak tak bertanggungjawab.

Daripada klu yang diberikan Murai, artis lelaki ini memang agak dikenali dalam industri sebagai seorang player, atau dalam kata lain, ramai teman wanita bersilih ganti.

Siapa agak-agaknya?

UPDATE!

Tauke Jambu Nafi Isu Gambar Bercumbu Dirinya

Tauke Jambu

Panas kembali nama Tauke atau, Zamatul Amri Zakaria, 37, setelah dia didakwa merupakan individu lelaki yang bercumbuan dengan seorang wanita dalam beberapa keping foto ‘daring’ yang tersebar.

“Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus terang saya tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil,” katanya dalam laporan akhbar Berita Harian.

Tambahnya lagi, “Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar sahaja. Jadi saya kena tengok dahulu sebelum komen lebih lanjut.”

Menerusi dakwaan sebuah portal hiburan, individu lelaki dalam gambar tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan ragamnya yang sering bertukar teman wanita. Nama Tauke terus disebut ramai kerana dia sebelum ini dikaitkan dengan beberapa wanita.

Selain itu, menurut cerita di sebalik tersebarnya gambar-gambar tersebut, individu berkenaan menghantar telefon bimbitnya di sebuah kedai untuk diservis.

Malangnya, dia terlupa untuk mengeluarkan memori, lantas diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memuat naiknya di laman sosial.

Ujar Tauke yang beraksi bersama Yus dalam kumpulan Jambu, penyebaran tersebut berkemungkinan dilakukan sesetengah pihak untuk mensabotaj karier dan memburukkan imejnya.

“Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.”

Selain itu, dia juga berhasrat untuk mencari individu yang melakukan perkara tersebut andai benar ia merupakan foto miliknya.

Selepas bergabung dengan pelawak Yus dan menggunakan nama Jambu dalam beberapa musim Maharaja Lawak Mega, kumpulan mereka kini dikenali sebagai Virus apabila memasukkan Zizan Razak.

Sumber: Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM