Thursday, October 30, 2014

68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu

68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu

Berikut adalah fakta-fakta yang menarik mengenai kucing yang semua mungkin belum tahu.

Kucing

1. Rasa sayang pada kucing dipanggil 'Ailurofobia'.

2. 25% pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan pengering mereka.

3. Bahagian yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti cap jari manusia.

4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33 jenis berlainan.

5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit.

6. Spesis kucing yang paling besar ialah Ragdoll yang mana spesis jantannya boleh mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.

7. Spesis kucing yang paling kecil di dunia pula ialah dari jenis Singapura dimana kucing jantannya hanya mempunyai berat sekitar 6 paun manakala betinanya pula dalam 4 paun.

8. Untuk menunjukkan rasa kasih kepada pemiliknya, seekor kucing akan menggetarkan ekornya ketika bersama-sama tuannya kerana itulah cara terbaik untuk kucing menunjukkan emosinya.

9. Kucing mempunyai 290 tulang di dalam tubuh mereka dan 517 lagi ialah otot-otot.

10. Adalah dikatakan manusia yang membela kucing peliharaan akan mempunyai hayat yang lebih panjang, lebih kurang tekanan dalam hidup dan kurang diserang serangan jantung.

11. Suhu normal bagi seekor kucing ialah sekitar 101.5 darjah iaitu ebih hangat dari manusia.

12. Umur kucing jika dibandingkan dengn manusia ialah, jika usianya 3 tahun, ia menyamai umur manusia 21 tahun. Ketika usianya 8 tahun, ia menyamai umur manusia 40 tahun dan jika kucing mampu hidup selama 14 tahun, ia samalah dengan manusia yang berumur 70 tahun.

13. Usia normal bagi kucing yang tinggal didalam rumah ialah sehingga 15 tahun manakala yang tinggal diluar pula ialah sekitar 3 hingga 5 tahun.

14. Kucing paling tua pernah dicatatkan ialah Puss, seekor kucing dari England yang mati pada tahun 1939, sehari selepas dia menyambut hari lahirnya yang ke 36!

15. Kucing paling pelik di dunia ialah seekor kucing betina dari Argentina yang bernama Mincho yang telah lari memanjat sebatang pokok dan langsung tidak turun sehinggalah dia mati 6 tahun kemudian.

16. Kucing yang 'bersosial' dikatakan akan mengikut pemiliknya dari satu bilik ke satu bilik yang lain untuk memerhatikan aktiviti tuan mereka.

17. Di Eropah dan Afrika, masih terdapat 2 jenis spesis kucing liar yang meneruskan aktiviti mereka memburu.

18. Kucing akan membunuh mangsanya melalui kaedah pergerakan namun tidak semestinya mengenali yang mangsanya ialah makanannya.

19. Pertunjukan kucing yang pertama dianjurkan di dunia ialah di Madison Square, New York City, New York pada tahun 1895.

20. Catatan tikus yang dibunuh paling banyak oleh seekor kucing ialah sebanyak 28,899 ekor dalam 21 tahun hayat kucing yang bernama Towser. Kucing ini mati pada tahun 1987.

21. Untuk mengelakkan kucing daripada mencakar perabot-perabot kita, cuba letakkan bau lemon atau oren dikawasan itu.

22. Kucing sebenarnya boleh mengetahui jika kita sedang menjerit ke arah mereka.

23. Lebih kerap kita bercakap dengan kucing, lebih berkemungkinan mereka akan 'bercakap' semula dengan kita.

24. Kucing paling kaya di dunia yang pernah dicatatkan dalam Guiness Book of World Record ialah sepasang kucing yang mewarisi harta bernilai $415,000 pada awal tahun 60an.

25. Di Amerika, kucing putih membawa maksud nasib yang baik.

26. Kucing boleh melihat warna namun kadang-kadang memang ada yang buta warna.

27. Anak-anak kucing akan mula bermimpi sejak usia mereka mencecah 1 minggu.

28. Kucing boleh melihat sehingga jarak 120 kaki jauhnya.

29. Kucing hanya memerlukan 1/6 sahaja jumlah cahaya yang diperlukan oleh manusia untuk melihat.

30. Mata kucing terdiri daripada 3 bentuk yang berbeza iaitu bulat, almond dan senget.

31. Mata kucing akan mula berubah bila usianya menjadi dewasa.

32. Semasa dilahirkan, anak kucing tidak dapat melihat mahupun mendengar.

33. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula membuka matanya pada hari kelima selepas dilahirkan.

34. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula menggunakan pendengaran dan mata mereka selepas 2 minggu dilahirkan.

35. Pada hari ke 20, barulah anak-anak kucing akan mula berjalan.

36. Kucing biasanya tidak sukakan makanan yang terlalu panas mahupun terlalu sejuk.

37. Mengikut pakar, kucing biasanya akan mengeluarkan bunyi dengkur jika ia sedang gembira ataupun sakit.

38. Kucing sepatutnya diberikan air minuman yang bersih sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

39. Kucing memerlukan 5 kali lebih protein daripada apa yang anjing perlukan jadi kucing tidak boleh diberi makanan anjing.

40. Antara haiwan mamalia, kucing adalah mamalia yang paling banyak tidur yang mana 16 jam diperuntukkan oleh mereka untuk tidur.

41. Kucing akan lebih aktif di sebelah petang.

42. Lebih 30% daripada masa seharian kucing dihabiskan untuk mencantikkan diri mereka.

43. Berat purata bagi seekor kucing ialah 12 paun.

44. Kucing memang sukakan tempat-tempat yang tinggi seperti harimau bintang dan juga harimau kumbang.

45. Kucing paling berat pernah dicatatkan ialah Himmy, yang seberat 46 paun dan 15.25 aun pada tahun 1986 dan ukuran pinggangnya ialah 33 inci.

46. Kucing paling kecil pernah direkodkan pula ialah dari Illinois, Amerika Syarikat iaitu dari jenis Himalayan-Persian yang hanya mempunyai berat 1 paun, 8 aun dan berukuran 7.25 inci panjang dan 2.75 inci tinggi.

47. Kucing yang tidak 'dikasi' adalah lebih agresif.

48. Kucing yang menggigit manusia walaupun selepas diusap diperut sebenarnya bukanlah menggigit kerana marah sebaliknya gembira.

49. Kucing dewasa mempunyai 32 batang gigi.

50. Keupayaan kucing mengenal pasti tempat tinggalnya ialah dengan menggunakan kaedah graviti bumi.

51. Kucing sangat suka bersembunyi, jadi jika mendapati kucing anda tiba-tiba hilang, cubalah cari ditempat-tempat yang sesuai untuknya bersembunyi.

52. Orang-orang Mesir Purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung diatas kematian kucing kesayangan mereka.

53. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).

54. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).

55. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.

56. Kucing jenis Turkish Van sangat menyukai air sehingga digelar Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.

57. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

58. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.

59. Penglihatan kucing enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.

60. Kucing mandi (menjilat dirinya) selepas mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.

61. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit).

62. Kucing jantan membiak setelah berusia antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

63. Semua kucing lahir dengan mata berwarna biru.

64. Kucing boleh mendermakan darahnya kepada kucing lain.

65. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

66. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding mamalia yang lain.

67. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

68. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

Dan akhir sekali, kalau seorang pencinta kucing berkahwin dengan pencinta kucing yang lain, mereka akan bahagia selamanya, betul ke?

Sekian info tentang kucing. Selamat membaca..

BACA INI JUGA: Maine Coon, Baka Kucing Terbesar Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, October 29, 2014

5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas membuatkan ramai pakar membangunkan aplikasi pintar untuk memudahkan pelancongan dan dalam entri kali ini, anda akan didedahkan dengan 5 aplikasi percuma smartphone untuk menjadikan percutian anda lebih mudah dan selamat.

5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

Senarai lengkap 5 Aplikasi Wajib Ketika Bercuti ini disediakan oleh PricePanda, yang menyediakan perkhidmatan perbandingan harga yang membantu anda mendapatkan tawaran terbaik di Malaysia.

Semua aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma bagi pengguna Android dan iTunes.

1. Google Maps

Perkara paling dikhuatiri oleh seorang pelancong adalah sesat. Betul kan? Jadi kita sememangnya perlukan aplikasi Google Maps untuk membantu dalam menunjukkan arah yang paling dekat, mudah dan tepat untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Selain itu, ianya juga memberikan maklumat perjalanan menggunakan pengangkutan awam dan paling penting sekali Google Maps boleh digunakan walau dimanapun anda berada.

2. Uber

Uber adalah pemandu peribadi yang boleh memberikan servis di 30 buah negara dan 130 bandar-bandar utama.

Aplikasi ini paling sesuai buat anda sekiranya anda tidak mahu membuang masa beratur untuk mendapatkan teksi terutamanya di kawasan yang sibuk seperti di lapangan terbang.

Dengan Uber, anda hanya perlu membuat tempahan dan beberapa minit kemudian pemandu peribadi akan tiba untuk mengambil anda dan membawa anda ke tempat yang ingin dituju.

3. XE Currency

Jika anda seorang pelancong yang suka berbelanja, menggunakan aplikasi XE Currency ini akan memudahkan anda untuk menukar nilai matawang kepada apa-apa nilai matawang yang ada didunia. Dengan ini, anda tidak akan keliru lagi dan dapat merancang kewangan dengan lebih baik.

4. LateRooms

Terlupa nak tempah bilik hotel? Ataupun anda mengubah rancangan di saat-saat akhir? Jangan risau, anda masih boleh mendapatkan senarai bilik-bilik hotel yang masih kosong berhampiran anda dengan aplikasi LateRooms ini.

Ianya menggunakan GPS untuk mengesan lokasi terkini anda dan memadankan dengan destinasi hotel paling hampir dengan anda.

5. Wikitude

Pernahkah anda merasakan alangkah seronoknya sekiranya semasa berada di negara asing, anda juga dapat mengetahui sedikit latar belakang serta sejarah mengenai tempat tersebut?

Dengan menggunakan aplikasi Wikitude, anda hanya perlu menangkap gambar dan segala maklumat mengenai tempat bersejarah tersebut akan terpapar di skrin telefon pintar anda. Best kan?

Ianya adalah hasil kerjasama anda aplikasi wikitude dan juga Yelp dan Trip Advisor.

Aplikasi ini mampu memberikan maklumat mengenai banyak lokasi menarik termasuklah restoran-restoran, kedai kopi, bangunan bersejarah dan macam-macam lagi.

BACA INI JUGA: Cara Download Video Di Youtube Tanpa Software

Sumber: Azri.my

Apa Sebenarnya Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Apa Sebenarnya Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Tidak dinafikan ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan kaedah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan Penilaian Mene­ngah Rendah (PMR).

PT3

Apakah yang dimaksudkan dengan PT3 dan bilakah ia mula diperkenalkan?

PT3 adalah komponen Pentaksiran Pusat (PP) di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah penambahbaikan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilalui pelajar tingkatan tiga mulai Julai 2014. Pelajar tingkatan satu pada 2012 adalah kohort pertama melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan akan menempuhi PT3 pada tahun ini.

Apakah perbezaan antara PT3 dan PMR? Apakah bentuk penambahbaikan yang sudah dibuat?

Secara asasnya, skop pentaksiran PT3 masih sama seperti PMR di mana ia berbentuk pentaksiran sumatif iaitu mengukur penguasaan intelek pelajar secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.

Namun, beberapa instrumen seperti ujian lisan misalnya, diperkukuhkan dalam PT3 untuk memastikan pelajar bukan saja menguasai mata pelajaran terbabit secara bertulis malah secara lisan. Pelbagai instrumen pentaksiran lain seperti kajian kes turut digunakan supaya pelajar benar-benar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mata pelajaran yang dipelajari.

Adakah PT3 turut menilai keupayaan murid dari segi jasmani, emosi dan rohani seperti di­nyatakan dalam PBS?

Melalui PBS, terdapat dua komponen dalam bidang akademik dan dua komponen dalam bidang bukan akademik. Dua komponen dalam bidang akademik ialah Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) iaitu PT3. Namun begitu, setiap pelajar akan turut diukur dari sudut jasmani melalui Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta dari segi emosi dan rohani melalui Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pada akhir tingkatan tiga, pelajar akan diberi empat pelaporan iaitu PT3, PAJSK, PPsi dan Pentaksiran Sekolah (PS).

Apa pula PS dan mengapa perlunya PT3 sedangkan pelajar turut melalui PS pada akhir ting­katan tiga?

PS mempunyai dua bentuk pentaksiran formatif (mengesan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan bagi tujuan membaiki kelemahannya membuat penambahbaikan de­ngan serta merta serta sumatif seperti ujian dan peperiksaan bagi mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Makluman awal mengenai perkembangan dan pencapaian murid adalah penting bagi membolehkan pihak sekolah melaksanakan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat merancang program pemulihan yang diperlukan bagi membantu meningkatkan prestasi murid.

Apakah peranan LP dalam pelaksanaan PT3?

LP menyediakan soalan untuk digunakan guru dalam menjalankan PT3 di sekolah masing-masing. Bagi ujian bertulis misalnya, pihak LP bertanggungjawab menyediakan item, format instrumen, panduan pemasangan instrumen, panduan penskoran item, peraturan pentadbiran dan format pelaporan PT3.
Manakala, bagi ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kajian kes Sejarah dan Geografi pula, LP akan menyediakan instrumen, panduan penskoran dan peraturan pentadbiran. LP juga menyediakan format pelaporan PT3.

Bagaimana pula dengan tang­gungjawab pihak sekolah dalam pentaksiran ini?

Pihak sekolah bertanggung­jawab dalam melaksanakan beberapa perkara antaranya memasang instrumen ujian bertulis berdasarkan, Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen, memeriksa skrip jawapan murid dan menyediakan pelaporan.

Sebelum ini PMR digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan kelayakan kemasukan pelajar lepasan tingkatan tiga ke sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan seumpamanya. Dengan PT3, bagaimana calon dinilai untuk kemasukan ke sekolah terbabit?

Di peringkat menengah rendah, murid akan menerima 4 pelaporan iaitu Pelaporan Pentaksiran Sekolah, Pelaporan PT3, Pelaporan PAJSK dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik.

Pelaporan-pelaporan ini memberi gambaran tentang perkemba­ngan , pencapaian dan potensi murid secara menyeluruh. Pelaporan ini boleh digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan murid ke aliran pendidikan peringkat menengah atas.

BACA INI JUGA: Pelik! Guru Yang Alahan Peralatan Sekolah!

Sumber: Hmetro.com.my
Insan Mulia Dan Sebentuk Cincin

Insan Mulia Dan Sebentuk Cincin

Ada seorang lelaki yang warak. Orangnya kaya dan mempunyai harta yang banyak. Penampilannya biasa, langsung tidak menggambarkan taraf dirinya yang sebenar.

Cincin buruk
Gambar hiasan.

Suatu hari, bertanyalah salah seorang pembantunya, "Tuan, mengapa tuan berpakaian seperti orang miskin? Bukankah sepatutnya tuan menjaga penampilan sesuai dengan kedudukan tuan?"

Lelaki itu hanya tersenyum, tidak menjawab. Kemudian, dia mengambil sebentuk cincin sambil menghulurkan cincin yang tampak kotor itu.

Dia berkata, "Aku akan menjawab pertanyaanmu nanti. Sekarang, ambil cincin ini dan pergi ke pasar. Cubalah engkau menjualnya dengan harga satu keping emas."

Pembantunya ragu-ragu. Mustahil orang di pasar ikan akan memberikan sekeping emas untuk cincin buruk itu. Tapi, dia hanya menurut arahan lelaki tersebut.

Sampai dipasar, cincin itu cuba dijual namun para peniaga sayur, ikan, daging dan kain di pasar itu enggan membelinya. Jika ada yang mahupun, hanya menawarkan sekeping perak.

Pulanglah pembantu itu dengan rasa hampa lalu menceritakan apa yang berlaku kepada tuannya.

Lelaki itu tersenyum dan berkata, "Sekarang, pergilah engkau ke kedai emas di hujung kota ini. Perlihatkan cincinku ini. Dengarkan berapa harga yang akan mereka tawarkan."

Pembantu itu pun menurut arahan. Setelah pemilik kedai emas meneliti cincin itu, dia membuat tawaran untuk membelinya dengan harga seribu keping emas.

Terkejutlah pembantu itu. Rupanya, cincin yang dipandang buruk oleh orang-orang di pasar itu mempunyai nilai yang tinggi.

"Itulah jawapan untuk pertanyaanmu. Seseorang itu tidak boleh dinilai hanya berdasarkan penampilan atau pakaiannya saja.

"Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang hanya mampu dilihat apabila kita melihat ke dalam jiwanya.

"Kerana itu, kita seringkali salah menilai dengan menyangka yang emas itu adalah tembaga, manakala tembaga itu adalah emas.

"Janganlah engkau juga menjadi begitu, menilai sesuatu hanya daripada pandangan luarannya," pesan lelaki tersebut.

BACA INI JUGA: Misteri Rambut Dan Cincin Berayun Ditangan?!

-SENTIASAPANAS.COM

NASA Nafi Bumi Bergelap Disember Ini

NASA Nafi Bumi Bergelap Disember Ini

Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menafikan mengeluar satu artikel yang mengesahkan bahawa bumi bakal bergelap selama tiga hari pada Disember depan.

NASA

Artikel tersebut yang kini tersebar di internet mendakwa bumi bakal bergelap kerana satu ribut solar menyebabkan pancaran cahaya matahari terhalang.

Sebuah laman web, Huzlers.com baru-baru ini mengeluarkan satu artikel yang bertajuk NASA mengesahkan bumi akan bergelap selama enam hari pada Disember 2014 sebelum ia dikongsi secara meluas di media sosial.

(Baca: Info Unik Dunia)

Laman web itu mendakwa NASA mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama enam hari bermula pada 21 hingga 23 Disember depan.

“Satu ribut solar menyebabkan debu-debu memenuhi ruang angkasa dan menghalang pancaran cahaya matahari sebanyak 90 peratus.

“Keadaan ini bakal menyebabkan bumi bakal menjadi gelap gelita selama enam hari,” katanya artikel tersebut.

Bagaimanapun, NASA menerusi laman web rasminya menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.–Agensi

Tuesday, October 28, 2014

NGERI! Kaki Reput Selepas Dipatuk Ular!

NGERI! Kaki Reput Selepas Dipatuk Ular!

Gambar yang menakutkan ini bukan kayu yang mereput. Sebaliknya ia adalah kaki seorang budak perempuan berusia 13 tahun yang bertukar menjadi kayu reput selepas dipatuk oleh ular berbisa.

Dipatuk-Ular [2]

Bisa ular berkenaan menyebabkan sel-sel pada kakinya sudah mati sekaligus turut mengakibatkan tisu kaki mati. Ia menjadikan kaki budak itu reput.

Budak tersebut hanya dibawa ke Caracas, Venezuela, untuk rawatan selepas sebulan dipatuk ular.

Sebelum ini dia hanya diberikan ubat-ubat tempatan.

(Baca: Info Ngeri Dan Menakutkan)

Gambar tersebut dirakamkan dan dimuat naik dalam instagram.

Salah seorang doktor yang melihat gambar berkenaan, Dr Arun Ghosh berkata, kaki budak tersebut perlu dipotong namun nyawanya masih terancam akibat bisa ular tersebut.

Dipatuk-Ular

“Bisa ular sangat rumit dan ia bergantung kepada jenis ular. Namun berdasarkan gambar itu, ia jelas menunjukkan kaki perlu dipotong meskipun budak itu mungkin akan mati akibat bisa ular berkenaan,’’ katanya.

Dr Arun Ghosh juga memberitahu, keseluruhan kaki di bahagian bawah berwarna hitam dan melihat kepada keadaan berkenaan, ia jelas menunjukkan racun sudah menyerang otot dan ia akan merebak.

Video Skandal UAI Disahkan Palsu?

Video Skandal UAI Disahkan Palsu?

Populariti yang dikecapi UAI sebagai pendakwah memungkinkan dirinya tidak terhindar daripada sifat busuk hati sesama manusia.

Video Skandal UAI Disahkan Palsu

Dugaan demi dugaan yang datang memberikan impak, antaranya wajah UAI kini tidak kelihatan lagi di kaca TV.

Jika dilihat sekali imbas, raut wajah lelaki yang berada di dalam video tersebut tidak ubah seperti UAI dengan janggut yang lebat tetapi tona kulit kelihatan agak ‘lari’.

Sehingga kini, kami sendiri tidak dapat memutuskan kesahihan video tersebut sama ada ia tulen atau sengaja dihasilkan untuk menganiaya UAI oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun sebagai idea untuk dipertimbangkan, berikut disertakan sebuah video untuk memperjelaskan apa yang mungkin dilakukan oleh mereka yang berniat jahat.

Caranya, dengan menyunting wajah sesiapa sahaja menggunakan rakaman sedia ada atau sengaja dicipta agar ia kelihatan lebih ‘sebenar’.

Menggunakan teknologi pemetaan wajah masa nyata atau “real-time facial mapping”, wajah seorang subjek dapat ditransformasi menjadi pelbagai wajah yang berlainan sama sekali.

Moga dengan penyebaran maklumat ini, dapat membantu memperjelaskan kepada masyarakat agar jangan percaya seratus peratus dahulu apabila sesebuah video dikemukakan kepada anda.

Bayangkan jika video dengan durasi tidak sampai satu minit itu benar-benar meyakinkan yang ia adalah ‘real’, fikirkan bagaimana pula sesebuah filem seperti Transformers boleh dibuat hingga tampak begitu terperinci sekali?

Jawapannya, teknologi!

Saksikan videonya dibawah:



Sumber:
http://sehinggit.blogspot.com/2014/10/mesti-tahu-video-skandal-uai-palsu.html

Inconnue, Wanita Yang Paling Banyak Dicium!

Inconnue, Wanita Yang Paling Banyak Dicium!

Sebuah kedai yang terletak dipinggir bandar Paris yang sibuk merupakan syurga bagi peminat barangan antik.

Inconnue

Ditingkat bawah kedai, pengukir sibuk menggunakan adunan plaster untuk membentuk wajah-wajah yang mereka inginkan. Inilah keadaannya dikedai Lorenzo semenjak perniagaan keluarga itu dimulakan seawal tahun 1870an.

Kedai tersebut dipenuhi dengan patung wajah penyair terkenal, selebriti dan juga ahli politik. Daripada Napoleon sehinggalah patung muka Beethoven, semuanya ada.

Namun yang menjadi tanda-tanya, kenapa patung wajah seorang wanita yang tiada identiti menjadi patung paling laris dijual.

Wajahnya menarik dengan bibir yang terukir sedikit senyuman. Matanya tertutup rapat namun seri wajahnya tampak bersinar. Patung tersebut seakan-akan bernyawa.

Inconnue. Itulah nama patung tersebut. Ia juga disebut L'Inconnue de la Seine yang bermaksud, wanita Seine yang tidak dikenali.

Menurut sejarah patung ini yang diceritakan, sekitar akhir kurun ke 19, pihak berkuasa telah mengeluarkan mayat seorang gadis yang lemas di Sungai Seine, Paris.

Oleh sebab tiada sesiapa yang mengenalinya, mereka telah mempamerkan mayat tersebut di dalam keranda kaca dibilik mayat dengan harapan ada orang yang boleh mengesahkan identiti gadis itu.

Namun, hari berganti hari, tiada seorang pun yang datang mengesahkan identiti gadis itu.

Kebetulan pada suatu hari, seorang ahli patologi yang sedang bertugas berasa kagum melihat kecantikan wajah mayat gadis itu.

Baginya, wajah gadis itu tidak kelihatan seperti seorang mangsa lemas yang biasa ditemuinya. Wajah itu tenang dan seperti sedang tidur dengan lena.

Lantas, ahli patologi itu memanggil seorang tukang ukir untuk membentuk topeng plaster mengikut bentuk wajah mayat tersebut. Malah, si tukang ukir juga terpesona melihat kecantikan wajah si mati.

Hasilnya, topeng wajah gadis itu yang dibentuk seperti patung separuh badan telah menjadi rebutan penduduk tempatan.

L'Inconnue de la Seine
Inconnue, si gadis misteri.

Mereka tertarik dengan kehadiran gadis misteri itu ditempat mereka. Boleh dikatakan hampir semua rumah dan premis perniagaan akan menggantung ukiran wajah gadis tersebut di kedai dan kediaman mereka sehinggakan ada yang menggelarnya, 'Si Mona Lisa Yang Tenggelam'.

Tahun berganti tahun, wajah wanita tersebut terus menjadi inspirasi buat penulis novel dan penyair. Mereka mula menulis hasil karya yang diinspirasikan daripada patung gadis itu.

Antara kisah karangan penulis yang ada ketika itu ialah tentang seorang wanita cantik yang ditinggalkan kekasih dan akhirnya bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. Wajah cantiknya diabadikan dalam bentuk ukiran patung.

Seorang artis, John Goto mendakwa dia telah menyelidik asal usul gadis itu dan mengatakan bahawa dia sebenarnya ialah seorang artis Hungry bernama Ewa Lazlo.

Ewa dikatakan dibunuh oleh kekasihnya, Louis Argon. Namun, tiada siapa yang dapat mengesahkan cerita ini. Dan sehingga kini, identiti wanita tersebut masih kekal misteri.

Pada tahun 1955, Asmund Laerdal berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang lemas dengan menarik badan anaknya yang sudah tidak bernadi ke atas tanah sebelum bertindak melapangkan saluran pernafasan anaknya.

Asmund ketika itu merupakan seorang pengeluar permainan kanak-kanak yang berjaya. Lalu, sewaktu dia diminta untuk membuat sebuah patung bagi dijadikan alat latihan untuk pernafasan mulut ke mulut (CPR), Asmund terus bersetuju bila memikirkan kaedah itulah yang berjaya menyelamatkan nyawa anaknya.

Dia kemudiannya mencipta patung yang menggambarkan seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Asmund inginkan wajah patung itu tampak semulajadi.

Dia beranggapan patung wanita akan mengurangkan rasa takut pada mereka yang ingin belajar teknik CPR.

Ketika Asmund sibuk memikirkan tentang wajah yang hendak diletakkan pada bahagian kepala patung CPR ciptaannya, dia teringat sebuah patung wanita yang dilihat dirumah datuknya beberapa tahun sebelum itu.

L'Inconnue de la Seine CPR

Wajah patung itu yang tenang menjadikannya model yang paling sesuai untuk diletakkan pada patung CPR ciptaan Asmund.

Dia memutuskan patung L'Inconnue de la Seine akan menjadi patung CPRnya dan diberi nama Resusci Anne. Sejak itu, penggunaan patung tersebut untuk latihan CPR kian meluas keserata dunia.

Jadi, jika anda merupakan antara 300 juta orang di dunia yang telah menjalani latihan CPR, mungkin anda salah seorang daripada mereka yang pernah berkucupan dengan bibir Inconnue, si gadis misteri..

BACA INI JUGA: Bunuh Diri Kerana Sekeping Gambar Menyedihkan!

-SENTIASAPANAS.COM

Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil

Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil

Pada 31 Januari 2013, pasangan suami isteri iaitu David dan Yinna Lam membuat laporan polis selepas anak gadis mereka, Elisa Lam, yang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat, seorang diri tiba-tiba berhenti menghubungi mereka.

Elisa Lam

Menurut David, anak gadisnya, Elisa Lam, biasanya akan menelefon mereka sekali setiap hari. Namun, pada hari itu mereka tidak lagi menerima panggilan daripada Elisa yang baru berusia 21 tahun.

Beberapa minggu kemudian di Hotel Cecil, beberapa orang penghuni bilik mengadu kepada pihak pengurusan tentang air dalam bilik mereka yang dikatakan kotor. Air paip yang keluar berbau hanyir dan kadangkala disertai ketulan-ketulan hitam.

Setelah menerima banyak rungutan, pihak pengurusan telah menghantar pekerja bahagian penyelenggaraan untuk menyiasat punca pencemaran air yang berlaku.

Alangkah terkejutnya pekerja itu apabila menemui sekujur tubuh yang tenggelam dalam salah satu daripada empat buah tangki tertutup yang berada di atas bumbung hotel tersebut.

Mayat itu dikenali pasti sebagai Elisa Lam, pelajar Universiti Vancouver yang dilaporkan hilang. Kematian gadis itu amat mengejutkan.

Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan tertanya-tanya bagaimana hayat Elisa Lam boleh berakhir di dalam tangki air tersebut.

Ini kerana untuk naik ke bumbung hotel, perlu melalui satu pintu yang berkunci, dimana hanya pekerja tertentu yang mempunyai kad akses sahaja boleh melepasinya.

Pelbagai andaian mula dibuat. Ada yang mengatakan Elisa Lam sebenarnya mati dibunuh dan bukannya bunuh diri. Tidak kurang yang menuduh gadis itu berada di bawah pengaruh dadah.

Namun, ujian yang dilakukan ke atas mayatnya mengesahkan Elisa Lam bersih daripada dadah. Ada juga yang menuduh Elisa mempunyai masalah mental dan bertindak mnencabut nyawanya sendiri.

Tiada jawapan mampu merungkai bagaimana nyawa Elisa Lam berakhir. Hanya rakaman kamera litar tertutup dalam lif di Hotel Cecil menunjukkan kelibat Elisa Lam sebelum kehilangannya.

Rakaman itu menunjukkan Elisa yang berbaju merah masuk ke dalam lif. Selepas menekan butang untuk naik ke tingkat yang ingin dituju, Elisa Lam bersandar di dinding lif.

Yang menghairankan, pintu lif tidak tertutup walaupun tiada sesiapa yang menghalang. Elisa Lam mengintai ke pintu sebelum kelihatan seperti bersembunyi daripada sesuatu.

Dia kemudiannya keluar dari lif dan seakan-akan bercakap dengan seseorang sebelum masuk semula dan sekali lagi menekan butang pintu bertalu-talu. Tapi sama seperti tadi, pintu lif masih juga tidak tertutup.


Gelagat pelik Elisa dirakam CCTV.

Selepas hampir dua minit keadaan itu berlaku, Elisa Lam dilihat keluar daripada lif dan melangkah pergi. Tidak sampai seminit kemudian, barulah pintu lif tertutup sendiri. Itulah rakaman terakhir kelibat Elisa sebelum mayatnya ditemui.

Sisi gelap Hotel Cecil

Cecil Hotel

Apa yang menimpa Elisa Lam bukan sesuatu yang menghairankan jika dikaitkan dengan hotel tempat gadis itu menginap.

Hotel Cecil yang terletak ditengah bandar Los Angeles merupakan sebuah hotel bajet dan mempunyai 600 buah bilik.

Sejak pembinaannya pada tahun 1927, hotel tersebut menjadi saksi kepada beberapa siri kes kematian yang melibatkan kejadian bunuh diri dan juga pembunuhan kejam.

Wanita bernama Pauline Otton, 27, pernah bertindak terjun dari tingkat sembilan hotel tersebut pada tahun 1962 selepas bertengkar dengan suaminya.

Pauine dikatakan telah menghempap seorang pejalan kaki iaitu George Gianinni, 65, sekaligus membunuh kedua-dua mereka.

Dalam satu kejadian lain pada tahun 1964, Goldie Osgood, seorang wanita yang gemar memberi makanan kepada burung merpati di taman berhampiran telah ditemui mati di salah sebuah bilik hotel tersebut.

Goldie dikatakan telah ditikam, dicekik dan dirogol sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati. Bilik yang dihuninya juga dikatakan telah diselongkar dan segala barang berharga telah dicuri.

Pada tahun 1984, salah sebuah bilik di tingkat 14 Hotel Cecil telah menjadi rumah kepada seorang pembunuh bersiri yang kejam bernama Richard Ramirez.

Elisa Lam Murder Tank
Tangki dimana mayat Elisa Lam ditemui.

Lelaki itu menjadi buruan kerana jenayah merompak, rogol dan bunuh yang dilakukannya. Dia dipercayai menyembelih semua 13 mangsanya di bilik tersebut sebelum akhirnya berjaya diberkas pihak berkuasa.

Seorang lagi pembunuh bersiri warganegara Australia, Jack Unterweger, juga dikatakan pernah menetap di hotel tersebut pada tahun 1991 selama lima minggu. Jack dikatakan telah membunuh tiga daripada 11 mangsanya sewaktu tinggal dibilik itu.

Mungkinkah kejadian yang menimpa Elisa Lam ada kaitannya dengan perkara-perkara yang terjadi sebelumnya? Apa yang pasti, sehingga kini tiada bukti menunjukkan Elisa Lam dibunuh mahupun membunuh diri.

Polis mengklasifikasikan kematian Elisa Lam sebagai kemalangan dan jika benar, dengan siapa pula Elisa Lam berbicara di luar lif pada hari dia dilaporkan hilang?

UPDATE! (29/1/2015)

Elisa Lam sebenarnya dibunuh? Video cctv yang diserahkan kepada pihak polis sudah diedit?

Saksikan teori konspirasi terbaharu dibawah yang menunjukkan bahawa video tersebut sebenarnya telah diedit oleh seseorang!

BACA INI JUGA: Dracula, Kisah Benar Yang Cuba Disembunyikan



-SENTIASAPANAS.COM