Saturday, November 01, 2014

PhotoMath, Aplikasi Untuk Menjawab Soalan Matematik!

PhotoMath, Aplikasi Untuk Menjawab Soalan Matematik!

Terdapat beberapa aplikasi pada hari ini yang memudahkan proses pengiraan dan menyelesaikan masalah matematik.

Aplikasi+PhotoMath [2]

Terkini, sebuah aplikasi baru hadir menggunakan kamera pada peranti dalam. Ia membolehkan sesuatu masalah matematik dibaca lalu diselesaikan.

Dinamakan PhotoMath, ia salah satu contoh ciptaan melalui aplikasi peranti pintar yang sangat berguna.

Pengguna hanya perlu mulakan aplikasi tersebut, dan kemudian ia akan mengaktifkan kamera secara automatik.

Seterusnya halakan kamera peranti kepada masalah matematik yang ingin diselesaikan.

Aplikasi+PhotoMath

Jawapan kepada sesuatu masalah matematik yang terpapar pada skrin, akan terjawab tanpa pengguna perlu menekan apa-apa! Mudah bukan?

PhotoMath turut dilengkapi dengan teknologi pengecaman teks tersendiri, namun ia memerlukan sokongan rangkaian internet untuk berfungsi.

Satu yang pasti jika disalah guna, anak-anak anda akan sentiasa dapat markah penuh dalam ujian Matematik.

Buat masa ini, PhotoMath hanya ditawarkan untuk pengguna iOS dan juga Windows Phone sahaja, manakala versi Android dijangka akan menyusul awal tahun hadapan.

Saksikan videonya dibawah..



Sumber: Mynewshub.cc

Friday, October 31, 2014

11 Bahan Makanan Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci

11 Bahan Makanan Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci

Buahan seperti lemon dan limau nipis sangat dikenali sebagai agen pencuci kan? Namun, banyak bahan lain yang boleh menyenangkan kehidupan seharian pembaca andai ia digunakan pada cara yang betul.

Tahukah pembaca, terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak lebih baik daripada bahan pencuci seperti sabun dan peluntur yang dijual di pasaran?

Ya, jangan tak percaya, bahan-bahan tersebut juga sebenarnya digunakan sebagai formula untuk dimasukkan dalam kandungan bahan pencuci pada hari ini.

Tepung Jagung
Sebagai bahan penanggal kesan minyak

Tepung Jagung

Ya, mesti situasi ini selalu terjadi. Apabila makan di sofa ruang tamu, akan terdapat minyak yang terjatuh ke permaidani mahupun sofa sendiri. Untuk menghilangkan kesan tersebut, tabur tepung jagung sehingga menutupi kesan minyak dan biar ia selama 15-20 minit.

Minyak Zaitun
Mampu hilangkan getah pokok

Minyak zaitun

Mungkin ada antara pakaian yang pernah terkena getah pokok, maka teknik ini boleh dicuba. Cuma sapukan sedikit minyak zaitun di bahagian pakaian tersebut, ia akan tertanggal dengan sendirinya.

Beras
Mampu mencuci pengisar kopi

Beras

Teknik ini juga boleh diaplikasi untuk pengisar rempah. Caranya mudah, hanya ambil sedikit beras dan kisar. Pastinya, ia akan sekaligus mengeluarkan sisa kopi dan rempah yang tertinggal di dalam.

Potongan Roti
Sebagai medium mengutip sisa kaca

Potongan roti

Mungkin ada sesetengah suri rumah tidak sedar, kaca yang pecah tidak dibersihkan seratus peratus. Maka, teknik ini boleh dicuba. Cuma ambil sekeping roti biasa dan jadikan seperti kain lap di seluruh kawasan kaca berderai. Ia mampu mengutip sisa-sisa kecil kaca yang mungkin tidak kelihatan di pandangan mata kasar.

Garam
Sebagai bahan peluntur tumpahan wain merah

Garam

Bagi menghilangkan kesan wain merah, pembaca cuma perlu menggunakan garam kerana garam merupakan agen yang akan menyerap tumpahan tersebut. Namun, ia harus dilakukan segera sebelum kering.

Kacang Walnut
Untuk hilangkan calar pada perabot kayu

Kacang walnut

Hanya kupas kacang walnut dari kulitnya dan sental di bahagian yang bercalar. Kemudian, gunakan tangan untuk menyapu kesan minyak yang keluar dari biji walnut.

Selepas beberapa minit, ambil kain dan lap perlahan-lahan di kawasan calar tersebut. Hasilnya pasti mengagumkan kerana kesan calar akan hilang!

Bawang
Untuk hilangkan kesan karat pada pemanggang

Bawang

Caranya mudah, panaskan sebentar pemanggang, kemudian gosok belahan bawang di bahagian yang berkarat. Pastinya, sisa-sisa makanan dan kesan besi karat akan tertanggal selepas itu.

Sos Tomato
Untuk kilatkan barangan tembaga

Sos Tomato

Mungkin tidak ramai yang akan mengaplikasikan teknik ini pada barangan tembaga mereka, namun apa salahnya mencuba, bukan?

Senang sahaja, cuma sapukan sos tomato di sekitar permukaan tembaga dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. Tembaga akan menjadi berkilat seperti sediakala.

Kulit Timun
Boleh hilangkan contengan di dinding dan meja

Kulit Timun

Bagi ibu bapa yang memiliki anak ‘kreatif’ dan ‘berseni’, mereka boleh menggunakan kulit timun untuk menghilangkan kesan contengan di dinding.

Malah, jika ada yang cuba mengelak daripada kesan wap pada cermin ketika mandi, cubalah tip menggosok kulit timun di situ sebelum mandi.

Kulit Pisang
Sebagai bahan mencuci barangan perak

Kulit Pisang

Jangan pandang enteng akan keberkesanan kulit pisang. Jika ada pembaca yang memiliki barangan berasaskan perak, cuba guna teknik mengilatkan barangan tersebut mengunakan kulit pisang.

Coca cola
Sebagai agen pembersih tandas

Coca cola

Sebab itu ramai yang menegah untuk selalu meneguk minuman coca cola kerana kesannya sangat kuat. Tak percaya, cuba curah air coca cola ke dalam mangkuk tandas dan lihat kesannya beberapa minit selepas itu. Ia mampu menanggalkan kesan kotoran di sekitar mangkuk!

Sumber: Mynewshub.cc

Video Maradona 'Belasah' Bekas Tunang Tersebar!?

Video Maradona 'Belasah' Bekas Tunang Tersebar!?

Sebuah video memaparkan legenda bola sepak Diego Maradona memukul bekas tunangnya kini bertebaran di laman maya.

diego-maradona

Menurut akhbar Sepanyol, El Mundo video ini dirakamkan sendiri Rocio Olivia secara rahsia menggunakan telefon bimbitnya.

Video ini didedahkan buat kali pertama oleh sebuah stesen TV Argentina.

Bagaimana pun dalam kenyataan balas kepada seorang wartawan Argentina, Maradona mengakui ada membaling telefon bimbit tetapi menafikan sampai ke tahap memukul.

“Betul, saya ada baling telefon, tapi sumpah saya tak pernah naik tangan ke atas mana-mana perempuan,” Maradona dilaporkan berkata kepada wartawan, Marina Calabre.

Tambah pemain terbaik Piala Dunia 1986 yang digelar bintang bola sepak sepanjang zaman ini, “Ia bermula dan berakhir begitu sahaja. Saya mengaku baling telefon, tak lebih dari itu.”

Maradona and Rocio Olivia
Saat bahagia Maradona bersama Olivia.

Sebenarnya, sikap baran Maradona memang bukan satu rahsia.

Baru Ogos lalu, Maradona bertindak keluar dari kereta lalu memaki dan menampar seorang wartawan lelaki.

Wartawan terbabit didakwa Maradona telah mengenyit mata kepada ibu anaknya yang duduk di sebelah Maradona dalam kereta.

Saksikan videonya dibawah..



Sumber: Mynewshub.cc

Hikmah Dan Kebaikan Menyimpan Janggut

Hikmah Dan Kebaikan Menyimpan Janggut

Memang macho apabila lelaki berjambang. Tambah pula kajian saintifik banyak menemui manfaat kesihatan disebalik menyimpan simbol kelelakian itu.

Kebaikan Menyimpan Janggut
Gambar hiasan.

Namun, antara kritikan yang sering diterima oleh lelaki apabila menyimpan jambang atau janggut ialah nampak kusut. serabut, tidak terurus, tidak ada duit hendak beli alat pencukur, macam pak Arab, mat Pakistan, nampak alim dan bermacam-macam lagi.

Sebuah kajian dari University of Southern Queensland, Australia yang diterbitkan dalam Jurnal Radiation Protection Dosimetry, menunjukkan bahawa janggut atau jambang mampu memberi perlindungan sebanyak 90 hingga 95 peratus pada wajah daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit.

Hasil kajian itu diperolehi selepas para penyelidik melakukan eksperimen menggunakan teknik dosimetri, iaitu mengukur jumlah penyerapan cahaya matahari dalam masa ditetapkan.

Hasil keputusan menunjukkan, bahagian muka yang dilindungi oleh rerambut, baik janggut, misai mahupun jambang didapati kurang terdedah kepada sinaran UV berbahaya berbanding dengan kawasan tidak berbulu. Oleh itu, semakin tebal dan panjang janggut, ia semakin baik kepada penyimpannya.

Dan jangan tidak tahu, kelebatan janggut sangat bermanfaat dalam mengekalkan kelembapan wajah lelaki.

Menurut seorang pakar dermatologi dari London, Dr. Nick Lowe, lelaki dengan imej berjanggut dan berjambang tidak perlu khuatir tentang kulit kering. Ini kerana dibahagian kulit berbulu terdapat kalenjer sebaceous, yang fungsinya merembeskan bahan berminyak, dikenali sebagai sebum.

Kehadiran sebum mampu memberi kelembapan muka sepanjang hari, seterusnya dapat memanjangkan sel-sel kulit supaya tidak cepat tua.

Manfaat memelihara janggut rupanya bukan sekadar tertumpu pada luaran kulit tetapi turut mempengaruhi kesihatan dalaman lelaki.

Fakta ini turut diakui oleh pakar perunding pernafasan di Klinik London, Dr. Felix Chua. Menurutnya, rerambut boleh bertindak sebagai penapis dan menghentikan habuk daripada memasuki saluran pernafasan. Dengan itu, gejala asma dapat dikurangkan dikalangan lelaki berjanggut.

Satu lagi penemuan saintifik yang sangat luar biasa mengenai kebaikan janggut ialah, ia berupaya meningkatkan kesuburan lelaki.

Daripada kajian saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat, berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron.

Dengan janggut ini juga, ia bukan sahaja boleh meningkatkan kesuburan lelaki, malah mampu merangsang dan menstabilkan kitaran haid dan menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Bagaimana pula caranya? Hanya menerusi sentuhan dengan isteri anda!

Jadi, bagi mereka yang belum dikurniakan anak kerana ada masalah kesuburan misalnya, adalah sangat digalakkan para isteri membelai dan menyentuh janggut atau jambang suami dengan penuh kasih sayang.

Kajian terhadap janggut ini menyerlahkan lagi bukti saintifik tentang sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW sejak 1,400 tahun dahulu.

Ajaran itu dijelaskan dalam satu hadis sahih dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi bersabda, "Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu peliharalah janggut dan potonglah misai." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, jelaslah menyimpan dan memelihara janggut merupakan amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh semua nabi dan para sahabat terdahulu.

Saranan Nabi ini bertujuan supaya umatnya tidak sama dalam beberapa hal dengan orang musyrikin dan ahli kitab, yahudi serta nasrani.

Dengan imej sedemikian juga, ia jelas dapat membezakan antara lelaki dan wanita kerana Islam melarang kaum Adam menyerupai kaum Hawa, begitu juga sebaliknya.

Jadi, jangan malu dikatakan tidak kacak atau tua daripada usia dengan imej berjanggut. Serlahkan simbol kelelakian anda. Disamping nampak segak bergaya, anda telah melaksanakan sunnah Nabi.

Jangan perleceh dan mengejek mereka yang sedang menunaikan perintah Allah dan Rasul.

Anda bila lagi?

BACA INI JUGA: Benarkah Wanita Suka Lelaki Berjanggut?

-SENTIASAPANAS.COM

Rahsia Disebalik Demam

Rahsia Disebalik Demam

Apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Demam

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar r.a. mengatakan yang maksudnya: “Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. dari Nabi SAW. Baginda bersabda yang maksudnya: “Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka.

Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka.

Namun pendapat ini disanggah oleh At-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluh kesakitan kita kepada Allah SWT. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia.

Nabi SAW sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadu sakit giginya kepada Allah SWT dengan berkata yang ertinya: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani".

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu.

Akan tetapi jika seseorang itu menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan.

Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub a.s. dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal.

Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kulit baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal.

Sehingga tanpa disedari, dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya.

Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran yang maksudnya: “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah Al-Anbiya¡|: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub a.s. dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah SWT.

Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya.

Nabi Ayyub tidak menyebut “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah SWT.

Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih.

Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah SWT telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi SWT.

Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir r.a. yang maksudnya: "Bahawasanya Rasulullah SAW telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda: “Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil? Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”. Nabi SAW bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”. (Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir r.a. yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama.

Jelasnya, kedua-dua hadis ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

BACA INI JUGA: Buah Petai Mampu Cegah Angin Ahmar

Sumber: Bjue.blogspot.com

Thursday, October 30, 2014

Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original

Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original

Bagi mereka yang mahir, mungkin dengan melihat aplikasi serta reka bentuk luaran sahaja boleh mengenal pasti sesuatu produk itu tulen atau pun tiruan.

Handphone Samsung Original

Apa yang pasti, ramai pengguna kurang arif hingga tertipu dengan set klon yang dijual oleh sesetengah premis tidak bertanggung jawab.

Dalam artikel kali ini, ia khas untuk pengguna Samsung memandangkan ia merupakan jenama telefon pintar paling popular dan paling ramai diguna oleh rakyat Malaysia.

Jadi apakah cara paling mudah untuk memeriksa peranti anda sama ada original atau sebaliknya? Jom lihat di bawah.

1. Dail *#0*# dan paparan berikut akan dipaparkan.

Handphone Samsung Original [2]

2. Kemudian sentuh sensor dan paparan berikut akan dipaparkan.

Handphone Samsung Original [3]

3. Kemudian sentuh pada ‘IMAGE TEST’.

Handphone Samsung Original [4]

Keputusannya, jika gambar yang keluar merupakan gambar anak anjing seperti yang tertera di atas, maka set telefon Samsung anda adalah orginal.
  • Original - Gambar anjing
  • Taiwan 2nd class - Gambar handphone
  • China low class - Gambar yang lain-lain keluar

Tapi jika keluar gambar selain dari gambar di atas maka besar kemungkinan peranti anda merupakan cap ayam.

Cara Menukar Imej Anak Anjing Di Smartphone Samsung

Gambar-Anjing-Di-Smartphone-Samsung

Kepada mereka yang rasa terganggu dengan kewujudan gambar anak anjing di dalam Smartphone mereka, dan rasa nak baling telefon tu, bawa bertenang dulu. Cuba buat apa yang disarankan oleh Mobility Worlds ini.

Teknik yang beliau gunakan adalah dengan menukar file Lcdtest.apk di dalam root smartphone Samsung.

File Lcdtest.apk ini telah diubahsuai dengan memasukkan gambar kucing yang comel atau android logo, ikut pilihan masing-masing.

Tapi aku rasa kalau korang lebih kreatif dan ada kepandaian nak tukar gambar dalam file tu, boleh je nak tukar letak gambar apa-apa pun.

Kepada yang nak tukar gambar tu, baca tutorial penuh di Penyelesaian – Menukarkan Imej Anak Anjing Di Smartphone Samsung (http://mobilityworlds.com/cara-menukar-imej-anak-anjing-di-smartphone-samsung).

BACA INI JUGA: Aplikasi Wajib Peranti Android Anda

Sumber: Mynewshub.cc/Bloggerlelaki.com

Video Sedih Kisah Cinta Sejati

Video Sedih Kisah Cinta Sejati

Melalui artikel yang bertarikh 21 Oktober lepas, satu gambar tersebar luas mengenai kejadian unik yang berlaku di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Video Sedih Kisah Cinta Sejati

Diberitakan, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Risna, 22 tahun hadir ke majlis perkahwinan bekas teman lelakinya, Rais.

Ketika sesi bersalaman dengan pengantin, satu ‘drama’ berlangsung apabila Risna dan Rais berpelukan dan bercucuran air mata. Ya, persis tajuk lagi Pelamin Anganku Musnah dendangan penyanyi Azie tau!

Hari ini, rakaman video majlis perkahwinan tersebut yang berdurasi 1.29 minit pula menjadi viral di laman sosial dan Youtube.

Ketika kedua-dua mempelai sedang bersalaman dengan para jemputan, tiba-tiba sang mantan kekasih, Risna muncul. Situasi pada awalnya terkawal apabila dia bersalaman dengan pengantin perempuan.

Namun, senario bertukar 360 darjah apabila dia berhadapan dengan Rais. Ketika sedang bersalaman, secara tiba-tiba Risna memeluk Rais dan hadirin termasuk pengantin perempuan kelihatan mengalirkan air mata.

Tertanya-tanya juga, apa yang ditangisi mereka? Adakah simpati terhadap pengantin perempuan yang diperlakukan sedemikian rupa ketika hari persandingannya, atau kisah percintaan tak kesampaian antara Risna dan Rais?

Menurut sumber, lamaran yang dibawa keluarga Rais ditolak dengan pelbagai alasan oleh keluarga Risna, mengakibatkan cinta mereka terhalang. Kesian kan?

Cuba bayangkan kalau kes seperti ini terjadi di Malaysia? Rasa-rasanya ada tak adegan tarik tudung antara pengantin perempuan dan bekas teman wanita?

BACA INI JUGA: Lelaki Atau Wanita, Siapa Paling Curang?

Saksikan videonya dibawah..



Sumber: Mynewshub.cc

Video Trailer Filem Hebat, Avengers: Age Of Ultron

Video Trailer Filem Hebat, Avengers: Age Of Ultron

Avengers: Age Of Ultron. Sudah pasti ramai yang tertungu-tunggu sambungan filem Marvel: The Avenger yang telah ditayangkan pada 2012 yang lalu kan?

Avengers - Age Of Ultron

Berita baik buat anda, melalui laman Facebook Marvel Malaysia, Walt Disney Studio dan Marvel telah mengeluarkan sebuah trailer terbaru bagi movie hit mereka iaitu Avengers 2 – Avengers: Age Of Ultron.

Walaupun hanya diberi teaser yang berdurasi selama lebih kurang 2 minit itu, kami dapat rasakan filem ini bakal pecah panggung!

Dijangka bakal ditayangkan pada bulan Mei 2015, filem ini dilakonkan ramai pelakon handalan seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo dan Scarlett Johansson.

Dalam Avengers: Age Of Ultron ini, Tony Starks cuba untuk memprogramkan semula sistem “dormant peacekeeping” (AI yang menjana pemikiran sendiri) dengan menggunakan Ultron.

Namun, rancangan itu tidak menjadi apabila Ultron mengenalpasti manusia sebagai musuh utama dan mahu kesemua manusia dihapuskan dari muka bumi.



Jadi, sudah tentu Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow, Hawkeye bersama-sama dengan sokongan daripada Nick Fury dan Maria Hill perlu berganding bahu untuk menyelamatkan dunia kan?

Menerusi trailer tersebut kami dapati banyak juga aksi-aksi menarik yang bakal ditonton oleh pengikut setia filem Marvel dan ia sudah tentu disajikan dengan sinematografi yang hebat!

Cerita banyak pun tak guna kalau tak tengok trailernya kan? Jom layan trailer di bawah ini dulu.

Sumber:
https://www.facebook.com/MarvelMalaysia/

Peniaga Online Wajib Papar Nama, Nombor Syarikat

Peniaga Online Wajib Papar Nama, Nombor Syarikat

Selalu memandang enteng hal seumpama ini, akhirnya pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bakal mengadakan pemantauan secara serius di laman-laman sosial bagi menjejaki para peniaga yang menjual secara online yang tidak memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.

Kedai-Online

Ini rentetan daripada penggunaan Peraturan Peniaga Dalam Talian yang telah dimaklumkan sejak Julai 2013 yang lepas.

Namun dilihat kebanyakkan peniaga-peniaga online masih lagi tidak ambil endah hingga kerajaan akhirnya perlu bertindak dan memberi penekanan terhadap hal ini.

Menerusi sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM telah memulakan proses pemantauan kepada beberapa peniaga di Facebook bagi memaparkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat.

Kedai-Online [2]

Sebelum ini, rata-rata peniaga online menyangka peraturan yang dikuatkuasa adalah dikhususkan kepada web semata-mata namun ternyata silap kerana kesemua peniaga berasaskan dalam talian dikehendaki mengikuti peraturan ini.

Pihak SSM turut memaklumkan bagi peniaga yang masih lagi tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan bakal dikenakan caj penalti sehingga RM5000.

Walaubagaimanapun, jika ada peniaga online yang hanya berniaga secara kecil-kecilan atau merupakan sebuah syarikat kecil boleh mendaftarkan syarikat di SSM dengan harga RM60 setahun bagi mengelakkan tindakan undang-undang dan penalti dikenakan.

Kedai-Online [3]
Kedai-Online [4]

Contoh syarikat dan nombor pendaftaran pada laman Facebook.

Makanya, beringatlah kesemua peniaga online termasuk Facebook dan Instagram kerana anda diwajibkan untuk memaparkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat sebelum dikenakan apa-apa tindakan.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

BACA INI JUGA: 7 Cara Mudah Jana Pendapatan Pasif Di Malaysia

sumber: mynewshub