Friday, September 05, 2014

10 Panduan Membentuk Anak Soleh Dan Solehah

10 Panduan Membentuk Anak Soleh Dan Solehah

Rasulullah s.a.w dalam sebuah riwayat pernah berkata, ”Sesungguhnya, setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci (fitrah, Islam). Namun, kerana kedua orang ibu bapa itulah, anak itu akan menjadi seorang yang beragama Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”

Membentuk Anak Soleh

Penjelasan ini menegaskan bahawa sesungguhnya setiap anak yang dilahirkan itu laksana sebuah kertas putih yang polos dan bersih. Ia tidak mempunyai dosa dan kesalahan serta keburukan yang boleh membuatkan kertas itu menjadi hitam.

Walau bagaimanapun, yang putih itu boleh menjadi kotor andai ibu bapa salah dalam mendidik anak. Berperangai buruk, tidak taat kepada kedua ibu bapa, dan ingkar terhadap suruhan Allah SWT.

Untuk mengetahui apakah tip-tip mendidik anak menurut kaca mata Islam, beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan.

1. Memilih calon isteri yang baik, seperti mana hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud, “ Lihatlah agama calon isteri supaya engkau tidak celaka” [Muttafaqun alaihi]

2. Suami dan isteri hendaklah sentiasa berdoa dan merendahkan diri kepada Allah SWT agar berkenan diberikan rezeki anak yang soleh.

3. Salah satu hak anak yang wajib ditunaikan oleh seorang ayah adalah memberikan mereka nama yang baik. Nama yang paling dicintai oleh Allah adalah: Abdullah, Abdurrahman. Dan nama yang paling benar adalah, Hammam dan Harits.

4. Ibu bapa adalah guru dan contoh yang terbaik bagi anak. Maka, adalah wajar bagi setiap ibu bapa itu menunjukkan akhlak yang bersih, serta jauh daripada hal-hal yang boleh merubah fitrah. Kerana sesungguhnya perbuatan yang merubah fitrah itu akan memberikan pengaruh terhadap kejiwaan anak. Fitrah seorang anak adalah beriman kepada Allah, dan membenci kekafiran, kedustaan dan penipuan. Dalam hatinya tersembunyi cahaya fitrah yang sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran.

5. Setiap anak itu wajib dididik dan dibesarkan dalam persekitaran islamik. Serta jauhkan mereka daripada perbuatan-perbuatan syirik, sesat, bidaah, maksiat, dan hawa nafsu.

6. Perintahkan anak-anak bersolat andai mereka sudah berumur 7 tahun, dan pukullah mereka sekiranya tidak mengerjakan solat pada saat mereka berumur 10 tahun.

7. Pisahkan tempat tidur anak-anak anda, jangan satukan mereka andai anak anda itu lelaki dan perempuan.

8. Biasakan anak-anak bersikap jujur, menepati janji dan berakhlak mulia.

9. Cegah dan larang anak-anak menonton rancangan televisyen yang terkandung perkara-perkara yang haram dan campur baur lelaki dan perempuan. Serta hindari mereka melihat drama-drama atau filem yang mengisahkan tentang pembunuhan, kejahatan, pencurian dan pengkhianatan.

10. Bersikap adil dalam mendidik anak-anak untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Janganlah melampaui batas dan jangan pula terlalu lemah, janganlah berlebih-lebihan dalam memukul anak dan jangan pula membiarkan mereka tanpa teguran.

BACA INI JUGA: Doa Supaya Anak Menjadi Soleh

Sumber: Majalah-i.karangkraf.com

Thursday, September 04, 2014

Tweel, Teknologi Tayar Tanpa Angin!

Tweel, Teknologi Tayar Tanpa Angin!

Pasti anda pernah mengalami pengalaman tayar pancit di tengah jalan. Waktu itu tentu anda terfikir alangkah baiknya jika wujudnya tayar yang tidak akan bocor!

Tweel

Angan-angan itu, pasti membuatkan ramai yang akan tersenyum lebar kerana masalah tersebut tidak akan menghantui kita lagi.

Mungkin perkara itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi kerana syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia, Michelin telah muncul dengan prototaip tayar tanpa angin mereka yang diberi nama Tweel pada tahun 2005 lagi.

Uniknya, tayar tanpa angin ini mampu menahan beban yang berat dan turut memberi keselesaan apabila anda melalui permukaan jalan yang tidak rata.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana Tweel berfungsikan?

Rekaan Tweel mengandungi jejari fleksibel yang disatukan dengan roda yang fleksibel dimana ia berfungsi seperti angin di dalam tayar biasa.

Apabila Tweel diletakkan di atas jalan, jejari pada tayar itu akan melentur. Keadaan ini membolehkannya menyerap impak jalan dan hentakan sama seperti tekanan angin yang menyerap impak pada tayar biasa.

Kelebihan lain untuk kenderaan yang menggunakan teknologi tayar tanpa angin ini adalah, ia mampu membuatkan kenderaan tersebut mendaki tangga dan melalui jalan yang tidak rata tanpa sebarang masalah.

Tweel on Audi A4

Prototaip Tweel telah pun diuji pada sebuah kereta sedan Audi A4 dan ia membawa kesan pengendalian stereng yang baik. Cuma, masalah utama adalah, tayar ini mengeluarkan bunyi yang bising apabila mencecah kelajuan lebih 80 kilometer sejam.

Semakin laju kereta bergerak, semakin kuat bunyi pada tayar. Dan setelah diamati masalah itu, pihak Michelin mendapati getaran jejari fleksibel pada tayar ini telah menghasilkan bunyi bising tersebut.

Disebabkan masih terdapat kekurangan pada Tweel, Michelin tidak merancang untuk memasarkan tayar ini secara komersial untuk kereta dalam masa terdekat.

Banyak lagi penyelidikan dan pembangunan terhadap teknologi ini masih perlu dijalankan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada teknologi tayar tanpa angin ini.

Setakat ini, Michelin sudah membangunkan Tweel untuk digunakan pada kenderaan yang bergerak perlahan seperti jentera pembinaan kerana ia sesuai dan memberi kelebihan di tapak pembinaan.

Sebuah model khas Michelin. 12N16.5 XTweel telah direka untuk diguna pakai pada skid steer loader. Menurut pihak Michelin, tweel itu tidak memerlukan penyelenggaraan tekanan udara. Ia mudah dipasang, tahan lasak dan tahan lebih lama daripada tayar biasa.

Michelin X-Tweel

Selain itu, ia juga mengurangkan keletihan pengendali jentera dan menghasilkan produktiviti yang lebih baik.

Bila tanpa tanpa angin ini akan dipasarkan secara komersial untuk kereta masih belum diketahui. Mungkin di masa hadapan, revolusi tayar pasti akan berlaku secara menyeluruh dan semua kenderaan akan menggunakan tayar tanpa angin.

Apabila perkara itu berlaku, sudah pasti perkara yang dibenci semua orang iaitu menukar tayar pancit bakal menjadi sejarah..

-Sentiasapanas.com

Gempar ‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah!

Gempar ‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah!

Sudah adat sebarang perkara pelik yang boleh disaksikan ramai orang pasti menimbulkan kegemparan dan bermacam-macam sangkaan.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [2]

Begitulah berlaku apabila satu cahaya misteri muncul di langit Sabah hingga mengejutkan mereka yang terlihatnya.

Oleh sebab cahaya misteri tersebut dapat dilihat sekitar 20 minit terdapat individu yang sempat mengambil gambar dan berkongsikannya di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp hingga ia menjadi viral.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah!
‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [3]

Muncul sekitar jam 10.30 malam, cahaya misteri tersebut dikatakan bergerak laju menuju Laut China Selatan sebelum lenyap dari pandangan.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [4]

Cahaya misteri itu juga dikatakan turut dilihat penduduk di Limbang, Sarawak.

Walaupun terdapat banyak andaian tentang fenomena cahaya misteri ini, ada yang menganggap ia tidak pelik kerana sekadar biasan daripada terminal pelantar minyak apabila berlaku pembakaran gas.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [5]

Namun penjelasan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya jadi jalan terbaik adalah menunggu komen daripada Jabatan Astronomi.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [6]

Apa pun, syukurlah setakat diketahui sekarang cahaya misteri ini tidak membawa sebarang impak mudarat kepada manusia sekitar.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Fenomena Tiang Cahaya?

Light Pillar

Fenomena Tiang Cahaya atau Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais yang terdapat di dalam atmosfrera Bumi.

Light Pillar juga boleh dibentuk oleh sumber cahaya buatan manusia seperti lampu jalan.

Light Pillar terjadi apabila cahaya matahari terpancar ke permukaan kristal ais.

Fenomena Tiang Cahaya

Kristal-kristal ais ini pula boleh ditemui di celah-celah awan ais, kabus ais, salji yang berhembus dan awan di permukaan darat, tetapi kesan yang dihasilkan ialah serupa, satu pancaran cahaya indah yang memancar ke angkasa.

Tiang cahaya terjadi ketika cuaca sangat sejuk apabila kristal ais 'tergantung' di atmosfera, maka fenomena alam ini akan kelihatan pada waktu malam.

Light Pillar [2]

Semakin tinggi kristal ais, semakin tinggi pula tiang cahaya itu akan kelihatan.

Jadi, kemungkinan besar 'cahaya misteri' yang berlaku di Sabah ini adalah fenomena Light Pillar yang merupakan kejadian alam yang menakjubkan.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

Sumber: Djkupang.com

Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah!

Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah!

Bukan sekali dua kita mendengar kes kecederaan akibat tindakan duduk mencangkung di atas mangkuk tandas jenis duduk.

Ngeri

Dalam kejadian yang berlaku di Brazil, seorang wanita cedera parah di bahagian belakangnya selepas terkena serpihan mangkuk tandas seramik yang pecah.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook Daily Traffic Report, jelas terlihat kesan darah yang begitu banyak di lantai tandas serta kesan luka besar yang dialaminya akibat kejadian itu.

Semoga ia dapat dijadikan iktibar oleh mereka yang gemar duduk mencangkung di atas mangkuk tandas duduk dengan alasan ‘geli’.

Ngeri [2]

Jangan lupa, orang lain pun geli juga melihat kesan tapak kasut anda di sekeliling mangkuk tandas itu ya!

BACA INI JUGA: Ngeri! Video Badan Hancur Angkara Mercun!

Sumber: Mynewshub

David Orok Mengaku Tak Bersalah Hina Islam!

David Orok Mengaku Tak Bersalah Hina Islam!

Seorang ahli Parti Reformasi Negeri Sabah David Orok didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu semalam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW.

David Orok Hina Islam

Kenyataan biadap itu sememangnya berbunyi terlalu teruk dan menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh negara.

Menurut laporan akhbar The Star, Orok didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh menyebabkan Orok didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara maksium tiga tahun.

Orok mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat kenyataan itu. Dia tidak diwakili peguam dan telah diberikan ikat jamin RM7,000.

Mahkamah kemudian memerintahkan Orok untuk menyerahkan pasport antarabangsanya ke Mahkamamah dan dia perlu melaporkan diri di Balai Polis Tuaran sekali dalam seminggu sehingga perbicaraan kes berkenaan.

(Baca: PANAS! David Orok, Calon Parti STAR Hina Islam!)

Tiada tarikh lagi bagaimanapun yang ditetapkan untuk perbicaraan kes itu.

Orok dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Roun, Jalan Labuaya, di Tuaran.

Status berkenaan yang secara jelas menghina Nabi Muhammad telah disebarkan secara meluas di laman sosial Facebook, Twitter dan blog.

Seperti kebiasaan, Orok telah pun memohon maaf tetapi kemudiannya menyalahkan pula umat Islam kembali.

Orok bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas sebagai calon di Parlimen Sulaman.

Status Facebook beliau itu mencetuskan kemarahan rakyat Islam Sabah khususnya dari parti UMNO dan PAS di negeri itu.

David Orok Hina Islam [2]

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Negeri Sabah Hamid Ismail turut mendesak tindakan ke atas Orok sejak Julai lepas.

“Pandangan PAS di Sabah berkenaan komen David Orok adalah menghina kepada Nabi Muhammad dan Islam,” menurut PAS Sabah.

Laporan polis kemudiannya dibuat ke atas kenyataan Orok oleh Pemuda UMNO Bahagian Sepanggar dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Turban Paling Besar, Berat Dan Terpanjang Di Dunia!

Turban Paling Besar, Berat Dan Terpanjang Di Dunia!

Dalam artikel di laman web Odditycentral, turban milik Avtar panjangnya tidak kurang daripada 645 meter kain dengan berat 45kg.

Avtar Singh Mauni

Ini adalah pakaian turban paling besar, berat dan panjang di dunia. Ia dipakai oleh Avtar Singh Mauni dari Punjab India.

Lebih menakjubkan, turban itu memakan masa kira-kira 16 tahun untuk dipasang sebegitu rupa dan Avtar mengambil masa enam jam hanya untuk memakainya.

Menurut artikel itu, Avtar berbangga dengan keunikan yang ada pada turbannya yang terdiri daripada pelbagai warna.

Avtar berkata, dia akan terus memakai turban berkenaan selagi badan dan kepalanya mampu menampung berat pakaian tradisional penganut agama Sikh itu.

“Saya tidak menganggapnya satu beban, saya gembira apabila memakainya,” kata Avtar di laman Odditycentral.

Beliau sudah begitu selesa dan serasi dengan turban yang berat itu sehinggakan berasa janggal jika tidak memakainya.

“Ada masa-masa tertentu, saya tidak memakai turban itu, saya akan berasa tidak lengkap seperti sebahagian dari diri saya hilang.

“Saya juga bimbang saya akan jatuh dan saya akan bertanya, adakah saya sudah kehilangan sesuatu? Di mana turban saya?” katanya.

Kebiasaannya, turban penganut Sikh ialah sepanjang lima hingga tujuh meter tetapi Avtar mahu memberikan satu perbezaan besar kepada turban miliknya.

Avtar Singh Mauni [2]

Beliau sebenarnya mahu memecahkan rekod turban terpanjang sepanjang 400 meter yang sebelum itu milik Major Singh tetapi Avtar telah berjaya melakukan lebih daripada itu.

“Saya terus menambahkan kain kepada turban dari atas ke bawah, seperti membina tingkat sebuah bangunan,” katanya.

Menurut Avtar, fabrik berwarna jingga dan ungu itu sahaja sudah seberat 30kg, dan hiasan lain mencecah berat 13kg.

Selain turban, beliau turut membawa aksesori lain seperti pedang dan beberapa gelang yang kesemua aksesori itu melibatkan berat 39kg.

Dengan pemakaian turban sebesar itu, beliau mengalami sedikit kesulitan untuk melalui ruang pintu atau pun masuk dan keluar sebuah kereta.

Jadi, Avtar hanya menunggang motosikal ke mana-mana beliau pergi merentasi Punjab. Beliau sentiasa menjadi tumpuan orang ramai dan sudah dianggap seperti selebriti.

Sumber: Mynewshub.my

Wednesday, September 03, 2014

Lelaki Kecil Tapi Kekuatannya Menakjubkan!

Lelaki Kecil Tapi Kekuatannya Menakjubkan!

Kita selalu mendengar dan menonton di televisyen tentang orang-orang kuat ataupun terkuat di dunia memiliki susuk tubuh yang besar dan sasa seperti melakukan latihan di gim.

Dannis Rogers
Lelaki kecil, kekuatan luar biasa.

Namun, berbeza dengan dengan seorang lelaki yang memiliki kekuatan luar biasa biarpun susuk tubuhnya sama seperti lelaki biasa lain.

Dannis Rogers, hanya memiliki jisim tubuh seberat 76 kilogram dengan ketinggian hanya 5 kaki 6 inci.

Ketinggian dan berat yang dimiliki Dannis boleh dikategorikan sebagai kecil jika diukur dengan kekuatan luar biasanya kerana dia agak rendah dan juga ringan.

Lelaki kelahiran Texas ini mampu membengkokkan besi perengkuh, mengoyakkan buku tebal seperti Yellow Pages, membentuk 'horseshoe' menjadi bentuk hati, membengkok dan membentuk besi keluli pejal menjadi pretzel, menarik empat buah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson, menghentikan dua buah jet US Force T-34 dan banyak lagi.

Bagaimana ini semua bermula?

Ketika Dannis mendaftar masuk ke sekolah menengah, beratnya hanya 35 kg dengan ketinggian hanya 4 kaki 11 inci. Kerana kekurangan itu, Dannis sering dibuli oleh pelajar senior di sekolahnya kerana dianggap tidak cukup sifat.

Dannis Rogers Powerful
Kekuatan yang tiada bandingan.

Akibat terlalu tertekan dengan masalah tersebut, Dannis mula mengambil protein dan makanan tambahan lain semata-mata untuk mendapatkan kekuatan dan membuktikan kepada mereka bahawa dia bukan seperti yang disangka.

Bagaimanapun, dia hanya berjaya menaikkan berat badannya kepada 40 kg sahaja. Akhirnya Dannis sedar saiz badan bukannya penentu kepada kekuatan dirinya.

Suatu hari, Dannis mula perasan yang dia bagus dalam sukan gusti lengan. Maka, bermula dari situ dia berlatih untuk menguasainya.

Selepas tamat pengajian disekolah menengah, dia mula mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan gusti lengan. Tanpa disangka-sangka, pada 8 November 1975, sehari sebelum hari jadinya yang ke-18, Dannis berjaya meraih pingat East Coast Arm Wrestling Championship di Baltimore Maryland.

Dannis Rogers Arm-Wrestling
Dannis beradu kekuatan dalam gusti lengan.

Sejak dari itu, dia mula meraih lebih daripada 60 anugerah dan pingat dalam sukan gusti lengan. Ini termasuklah 10 penyertaan di peringkat negeri, dua kejohanan diperingkat antarabangsa, beberapa kejohanan terbuka Amerika Syarikat serta paling dibanggakan, berjaya dalam kejohanan gsuti lengan peringkat dunia.

Dengan tervapainya kejayaan-kejayaan itu, Dannis akhirnya bersara dari sukan gusti lengan pada akhir tahun 1980 dengan tujuan untuk fokus kepada kekuatan dirinya sahaja.

Pada tahun 1993, Dannis berjaya menghentikan dua buah jet US Air Force T-34 manakala pada tahun 1995, dia sekali lagi berjaya menghalang empat buah motosikal berkuasa besar, Harley Davidson dari bergerak selama 12 saat.

Persoalannya, bolehkah anda memiliki kekuatan seperti Dannis Rogers? Jawapannya, mungkin boleh!

Untuk menjadi kuat dan gagah, seseorang perlulah memiliki otot yang kuat. Itu adalah satu kemestian jika tidak, anda hanyalah manusia biasa seperti orang lain.

Dannis Rogers with Arnold
Bersama Arnold.

Bagaimana pula untuk mendapatkan otot yang kuat? Jawapannya, seseorang itu perlulah mengambil protein yang secukupnya serta latihan yang sewajarnya.

Semakin kerap seseorang menjalankan latihan sama ada dengan mengangkat berat ataupun apa juga aktiviti yang boleh menguatkan otot-ototnya, dia pasti akan menjadi kuat.

Bagaimanapun, pengambilan bahan makanan tambahan dari bahan kimia perlu dielakkan kerana ia boleh merosakkan tubuh di masa hadapan.

Sebaliknya, ambillah makanan asli yang memberikan gizi yang sepatutnya untuk tubuh badan kita.

BACA INI JUGA: Tentera Gurkha, Dilahirkan Untuk Berperang

-Sentiasapanas.com

Rebecca Nur Islam Dan Fesyen Ketat Terbaru!

Rebecca Nur Islam Dan Fesyen Ketat Terbaru!

Sama seperti memakai tudung, keinginan untuk berpakaian mengikut syariat Islam memerlukan hidayah untuk melakukannya.

Rebecca Nur Islam

Mungkin itu sebabnya pelakon Rebecca Nur Islam tak pernah serik mengenakan pakaian yang menimbulkan kontroversi meski pun sudah berhijrah menutup kepala.

Jika sebelum ini Rebecca pernah ditegur peminat kerana memakai pakaian ketat ala Teletubbies dan gaun sendat paras betis kini dia kembali ‘dihencap’ kerana memakai legging dan baju ketat ketika mengunjungi sebuah pusat karaoke.

Rebecca Nur Islam [2]

Antara komen dilemparkan pengunjung Instagram Rebecca berhubung pakaiannya ini adalah ‘seketat-ketatnya legging’, ‘semua nampak!’ dan ‘bulattt’.

Bagaimana pun tinjauan di Instagram Rebecca mendapati dia sudah melakukan pembersihan pada komen-komen negatif di gambarnya.

Rebecca Nur Islam [3]

Sepatutnya apabila terbuka hatinya untuk berhijab, biarlah semuanya berhijab atau sekurang-kurangnya tidak berpakaian terlalu ketat macam ni.

Bab pakaian yang benar-benar mengikut syariat tu marilah kita sama-sama doa semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan kita semua.

BACA INI JUGA: Artis Seksi Hollywood Yang Memiliki Payudara Ori!

sumber: mynewshub

Unik! Nikmat Kopi 'Gantung'

Unik! Nikmat Kopi 'Gantung'

Harga secawan kopi panas biasa tidaklah semahal secawan Cuppicino. Pun begitu, tidak semua orang mampu membelinya.

Suspended Coffee

Malah ada yang terpaksa menahan keinginan untuk menghirup keenakan rasa kopi kerana tidak mempunyai wang.

Atas dasar keperihatinan pihak tertentu, kini banyak kafe di luar negara berlumba-lumba menyajikan sebuah menu yang disebut sebagai 'Suspended Coffee'.

Suspended Coffee atau kopi digantung, diperuntukkan kepada mereka yang tidak mampu membeli atau membayar secawan kopi.

Misalnya, apabila anda membeli secawan kopi di sebuah kafe yang mengambil bahagian, anda bukan saja membayar kopi untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang tidak berkemampuan.

Sebagai contoh, anda memesan lima cawan kopi. Secawan kopi untuk anda dan empat lagi untuk ditangguhkan (suspended). Selesai minum secawan kopi, anda beredar dan membayar untuk lima cawan kopi.

Suspended Coffee [2]

Jadi, kemana perginya empat lagi cawan kopi yang dipesan tadi?

Kopi-kopi yang digantungkan itu dikhususkan buat para gelandangan yang tiada pekerjaan dan tiada rumah hingga terpaksa merempat atau tidur di tepi-tepi jalan.

Ia akan diberikan secara percuma tanpa banyak soal kepada pengemis yang datang bertanyakan mengenai minuman itu.

Konsep menu ini boleh dikatakan sama seperti minum sambil menderma dan membuat kebaikan. Anda membayar minuman panas itu sebagai sumbangan kecil untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Idea murni ini telah bermula di Naples, Itali. Orang Itali menyebutnya dengan sebutan 'Caffe Sospeso'. Selain diwujudkan untuk mereka yang tidak memiliki tempat tinggal, konsep awal Caffe Sospeso juga sebenarnya lebih ke arah memberi pertolongan kepada peniaga bankrap atau dipecat daripada pekerjaan.

Sampai sekarang, amalan lama berusia ratusan tahun ini masih menjadi budaya masyarakat di sana. Sejak ia diwujudkan, ramai individu telah melakukannya. Ini satu isyarat yang sangat menggembirakan dan menyentuh hati.

Aurelio De Laurentiis
Aurelio De Laurentiis.

Antara individu berpengaruh yang gemar menderma dengan cara ini ialah Pengerusi Bola Sepak Societa Sportiva Calcio (SSC) Napoli, Aurelio De Laurentiis.

Beliau dilaporkan sering membayar sebanyak 10 cawan Caffe Sospeso setiap kali meraikan kemenangan pasukannya.

Gerakan sosial menerusi Caffe Sospeso telah menarik perhatian dunia hingga ia menjadi contoh dan ikutan oleh banyak negara.

Di Bulgaria, lebih daripada 150 buah kafe telah menyertai amalan murni tersebut untuk memberikan secawan kopi kepada gelandangan.

Sajian ini turut dihidangkan di 26 buah restoran yang berdaftar di seluruh Ireland. Negara-negara seperti Rusia, Quebec dan Australia juga dilaporkan membudayakan nilai murni ini.

Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang mempersoalkan idea ini. Adakah Caffe Sospeso benar-benar diberikan kepada mereka yang layak dan memerlukannya? Sekiranya tidak ramai gelandangan meminta atau memesan menu itu, apakah yang berlaku kepada menu dan wang tersebut?

Perkara inilah yang terus diragui oleh pihak-pihak tertentu hingga menyekat segelintir masyarakat dunia untuk tidak mengamalkannya.

Suspended Coffee [3]

Bagi pihak yang tidak mahu berpandangan pesimistik pula mengatakan, amalan tersebut tidak seharusnya dipertikaikan. Kejayaan dalam menikmati hidup selesa perlu dipulangkan balik kepada masyarakat dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

Justeru, alangkah indahnya apabila pemilik kedai kopi di setiap bandar melakukan perkara ini.

Sekurang-kurangnya, dengan cara tersebut dapat membantu dan memberi sokongan kepada golongan kurang bernasib baik.

BACA INI JUGA: Makanan Yang Baik Untuk Dimakan Sebelum Tidur

-Sentiasapanas.com