Thursday, September 04, 2014

Gempar ‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah!


Sudah adat sebarang perkara pelik yang boleh disaksikan ramai orang pasti menimbulkan kegemparan dan bermacam-macam sangkaan.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [2]

Begitulah berlaku apabila satu cahaya misteri muncul di langit Sabah hingga mengejutkan mereka yang terlihatnya.

Oleh sebab cahaya misteri tersebut dapat dilihat sekitar 20 minit terdapat individu yang sempat mengambil gambar dan berkongsikannya di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp hingga ia menjadi viral.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah!
‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [3]

Muncul sekitar jam 10.30 malam, cahaya misteri tersebut dikatakan bergerak laju menuju Laut China Selatan sebelum lenyap dari pandangan.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [4]

Cahaya misteri itu juga dikatakan turut dilihat penduduk di Limbang, Sarawak.

Walaupun terdapat banyak andaian tentang fenomena cahaya misteri ini, ada yang menganggap ia tidak pelik kerana sekadar biasan daripada terminal pelantar minyak apabila berlaku pembakaran gas.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [5]

Namun penjelasan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya jadi jalan terbaik adalah menunggu komen daripada Jabatan Astronomi.

‘Cahaya Misteri’ Muncul Di Langit Sabah! [6]

Apa pun, syukurlah setakat diketahui sekarang cahaya misteri ini tidak membawa sebarang impak mudarat kepada manusia sekitar.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Fenomena Tiang Cahaya?

Light Pillar

Fenomena Tiang Cahaya atau Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais yang terdapat di dalam atmosfrera Bumi.

Light Pillar juga boleh dibentuk oleh sumber cahaya buatan manusia seperti lampu jalan.

Light Pillar terjadi apabila cahaya matahari terpancar ke permukaan kristal ais.

Fenomena Tiang Cahaya

Kristal-kristal ais ini pula boleh ditemui di celah-celah awan ais, kabus ais, salji yang berhembus dan awan di permukaan darat, tetapi kesan yang dihasilkan ialah serupa, satu pancaran cahaya indah yang memancar ke angkasa.

Tiang cahaya terjadi ketika cuaca sangat sejuk apabila kristal ais 'tergantung' di atmosfera, maka fenomena alam ini akan kelihatan pada waktu malam.

Light Pillar [2]

Semakin tinggi kristal ais, semakin tinggi pula tiang cahaya itu akan kelihatan.

Jadi, kemungkinan besar 'cahaya misteri' yang berlaku di Sabah ini adalah fenomena Light Pillar yang merupakan kejadian alam yang menakjubkan.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

Sumber: Djkupang.com

9 comments

  1. tapi kenapa tak berlaku di semenanjung ?... apa yg terjadi secara tak disengaja terakam oleh kamera teknologi tinggi manusia. Itulah kelebihan dan kekuasaan Allah swt yg patut kita fahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada hikmah disebalik semua ini kan..

      Delete
  2. subhanallah... kuasa allah... syukur tiada apa yang buruk... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik semuanya hanyalah cahaya luar biasa.. UFO kot..hehe

      Delete
  3. ohh..macam gitu rupanya ye. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha..lebih kurang begitu la ceritanya...;)

      Delete
  4. Klu tak tahu mmg akan ingan yg bukan2 kan.. sama ada ufo atau makhluk halus. Baguslah ada media sosial skrng. Benda2 baik mcm ni cepat mendapat penjelasan..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon