Sep 4, 2014

Tweel, Teknologi Tayar Tanpa Angin!

Pasti anda pernah mengalami pengalaman tayar pancit di tengah jalan. Waktu itu tentu anda terfikir alangkah baiknya jika wujudnya tayar yang tidak akan bocor!

Tweel

Angan-angan itu, pasti membuatkan ramai yang akan tersenyum lebar kerana masalah tersebut tidak akan menghantui kita lagi.

Mungkin perkara itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi kerana syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia, Michelin telah muncul dengan prototaip tayar tanpa angin mereka yang diberi nama Tweel pada tahun 2005 lagi.

Uniknya, tayar tanpa angin ini mampu menahan beban yang berat dan turut memberi keselesaan apabila anda melalui permukaan jalan yang tidak rata.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana Tweel berfungsikan?

Rekaan Tweel mengandungi jejari fleksibel yang disatukan dengan roda yang fleksibel dimana ia berfungsi seperti angin di dalam tayar biasa.

Apabila Tweel diletakkan di atas jalan, jejari pada tayar itu akan melentur. Keadaan ini membolehkannya menyerap impak jalan dan hentakan sama seperti tekanan angin yang menyerap impak pada tayar biasa.

Kelebihan lain untuk kenderaan yang menggunakan teknologi tayar tanpa angin ini adalah, ia mampu membuatkan kenderaan tersebut mendaki tangga dan melalui jalan yang tidak rata tanpa sebarang masalah.

Tweel on Audi A4

Prototaip Tweel telah pun diuji pada sebuah kereta sedan Audi A4 dan ia membawa kesan pengendalian stereng yang baik. Cuma, masalah utama adalah, tayar ini mengeluarkan bunyi yang bising apabila mencecah kelajuan lebih 80 kilometer sejam.

Semakin laju kereta bergerak, semakin kuat bunyi pada tayar. Dan setelah diamati masalah itu, pihak Michelin mendapati getaran jejari fleksibel pada tayar ini telah menghasilkan bunyi bising tersebut.

Disebabkan masih terdapat kekurangan pada Tweel, Michelin tidak merancang untuk memasarkan tayar ini secara komersial untuk kereta dalam masa terdekat.

Banyak lagi penyelidikan dan pembangunan terhadap teknologi ini masih perlu dijalankan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada teknologi tayar tanpa angin ini.

Setakat ini, Michelin sudah membangunkan Tweel untuk digunakan pada kenderaan yang bergerak perlahan seperti jentera pembinaan kerana ia sesuai dan memberi kelebihan di tapak pembinaan.

Sebuah model khas Michelin. 12N16.5 XTweel telah direka untuk diguna pakai pada skid steer loader. Menurut pihak Michelin, tweel itu tidak memerlukan penyelenggaraan tekanan udara. Ia mudah dipasang, tahan lasak dan tahan lebih lama daripada tayar biasa.

Michelin X-Tweel

Selain itu, ia juga mengurangkan keletihan pengendali jentera dan menghasilkan produktiviti yang lebih baik.

Bila tanpa tanpa angin ini akan dipasarkan secara komersial untuk kereta masih belum diketahui. Mungkin di masa hadapan, revolusi tayar pasti akan berlaku secara menyeluruh dan semua kenderaan akan menggunakan tayar tanpa angin.

Apabila perkara itu berlaku, sudah pasti perkara yang dibenci semua orang iaitu menukar tayar pancit bakal menjadi sejarah..

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

abah paling x suka tukar tayar kereta pancit. huhuhuhu

Sama la tu abah, klu masa matahari terik lg la..

Huh.. hebat ni.. bagus juga klu pakai mcm ni. Tak perlu takut pancit atau nak pam2 tayar..

Tapi belum tau bila akan dijual dipasaran. Masih dalam peringkat ujian atau mendapat bantahan pengeluar tayar kot..

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon