Sunday, August 10, 2014

Sari Buah Dan Sayuran Penyembuh Ajaib

Sari Buah Dan Sayuran Penyembuh Ajaib

Semua jenis buah dan sayuran boleh dimakan secara mentah dan sangat berkhasiat. Jadi, kenapa perlu meminum jusnya?

Wanita sihat

Sebenarnya, banyak kelebihan penggunaan sari buah dan sayuran dengan memakannya secara langsung kepada kesihatan kita.

Makanan keras memerlukan tempoh waktu sehingga berjam-jam untuk dicerna dan diserap ke dalam sel serta jaringan tubuh. Sedangkan sari buah dan sayuran mampu diserap dalam beberapa minit sahaja tanpa perlu membebankan organ-organ pencernaan.

Sari sayuran dan buah dengan cepat dapat memenuhi keperluan sel-sel dan jaringan tubuh yang dapat membentuk sel-sel baharu untuk menggantikan sel-sel yang sudah rosak dengan segera.

Sari sayuran dan buah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah pencernaan yang lemah dan berumur lanjut. Ini kerana sari sayuran tidak memerlukan kerja pencernaan yang terlalu aktif. Malah, akan menutup kekurangan zat cair pada tubuh dalam tempoh yang singkat.

Gizi sayuran dan buah sebenarnya terdapat pada sarinya, bukan pada hampasnya. Maka dengan meminum sarinya, kandungan gizi yang masuk ke dalam tubuh itu sangat besar khasiatnya.

Dengan meminum sari buah dan sayuran, dapat memasukkan lebih banyak gizi ke dalam tubuh daripada memakannya dalam bentuk makanan padat. Amalan meminum jus buah dan sayuran sangat diperlukan oleh mereka yang sedang sakit.

Bagi penghidap penyakit perut, minum sari buah dan sayuran akan lebih menguntungkan daripada memakan beberapa jenis sayuran tertentu, apatah lagi dalam dua minggu pertama rawatan dimulakan.

Dibawah adalah buah-buah dan sayur-sayuran yang sangat berkhasiat kepada tubuh kita.

Timun

Timun

Timun merupakan sumber gizi yang baik. Mengandungi vitamin A, B dan C. Di dalamnya banyak terdapat kalium, zat besi dan megnesium. Timun juga mengandungi silikon dan klor. Sari atau pati mentimun merupakan salah satu pelawas yang baik.

Disamping itu, timun sangat baik untuk pertumbuhan rambut kerana mengandungi banyak silikon dan sulfur. Apatah lagi jika dicampur dengan sari lobak merah, salad dan bayam. Campuran sari timun, lobak merah dan beet sangat membantu meredakan penyakit reumatik.

Kobis

Kobis

Kobis sangat murah harganya. Namun, di dalamnya terdapat klor, kalsium dan zat besi. Kobis juga kaya vitamin A, B, C, G dan U. Doktor Chaney dari Fakulti Perubatan Universiti Sandfort menyatakan bahawa, vitamin U yang ada dalam kobis dapat menyembuhkan kudis bernanah di perut. Vitamin ini boleh diperolehi dengan meminum jus kobis. Namun, jika kobis dicampur dengan garam, ia akan menggangu sistem pencernaan.

Bunga kobis

Bunga kobis

Bunga kobis mengandungi kalium, fosforus dan sulfur. Sayuran ini terdiri daripada 90% air yang mengandungi protein. Jika dimakan terlalu banyak, ia akan menggangu ginjal tetapi nilai gizinya cukup tinggi.

Papa celery

Papa celery

Papa celery ialah sayuran jenis saderi. Tumbuh berumpun dengan batang yang lebih besar daripada saderi iaitu sebesar ibu jari. Papa celery mengandungi sodium organik empat kali lebih banyak daripada kalsiumnya. Disamping itu, papa celery juga mengandungi kalium, sulfur, magnesium, vitamin A, B, C dan E.

Banyaknya kandungan sodium organik di dalamnya membuatkan papa celery dapat membersihkan sisa-sisa makanan berupa gula, kanji, roti putih, kuih serta makanan yang tergolong berkabohidrat tinggi. Dengan bantuan sodium organik, sisa makanan yang telah mengeras dan berlonggok dalam tubuh dapat dihancur dan dikeluarkan.

Semasa musim panas, minum satu gelas jus papa celery pada waktu pagi dan tengah hari, dapat mempertahankan suhu badan agar tetap normal dan menjadikan tubuh lebih segar. Selain itu, papa celery merupakan penguat urat saraf dan mampu membuang karbon dioksida daripada tubuh.

Dandelion

Dandelion

Dandelion ialah sejenis bunga yang sering tumbuh sebagai tanaman liar. Bunganya kuning dan daunnya hijau agak bergerigi. Dandelion mengandungi kalium, kalsium, sodium, magnesium dan silikon. Manfaat dandelion antaranya adalah untuk menguatkan kerangka tubuh manusia serta mencegah kerapuhan tulang.

Daun salad (lettuce)

Daun salad (lettuce)

Lettuce ialah sejenis salad. Ada juga yang menyebutnya dengan daun salad. Lettuce mengandungi banyak kalium, sodium, kalsium, fosforus dan yodium. Selain itu, lettuce juga kaya dengan magnesium dan zat besi. Magnesium di dalam lettuce mampu menghidupkan jaringan-jaringan otot, otak dan saraf. Zat garam penting yang terdapat di dalam tanaman ini merupakan pengatur sel, terutamanya sel-sel saraf dan jaringan paru-paru.

Rutin meminum campuran jus lobak merah, lettuce (daun salad) dan bayam dengan kadar lebih kurang 1/2 gelas lobak merah, 1/4 lettuce dan 1/4 gelas bayam setiap hari akan melengkapi keperluan pertumbuhan rambut dan akan menguatkan urat saraf serta akar rambut. Dengan mengikuti cara ini, pertumbuhan rambut dapat dirangsang.

Jus lettuce, apatah lagi bahagian luarnya yang berwarna hijau sangat bermanfaat bagi penghidap penyakit paru-paru dan perut. Malah, jus lettuce boleh menjadi pelawas kencing.

Lemon

Lemon

Lemon kaya dengan bio-havonoid (zat hidup yang terdapat dalam lemon yang merupakan unsur daripada zat). Jika diminum, jusnya akan memberi kesan kesihatan pada tubuh dan dapat memanjangkan usia. Lemon bukan hanya mengatur susunan kimia tubuh, tetapi juga penting dalam proses kelangsungan hidup. Kandungan vitamin yang cukup banyak di dalam lemon dapat membantu menyembuhkan influenza.

Bawang merah, bawang Bombey

Bawang merah, bawang Bombey

Di dalam bawang terdapat vitamin A, B, C dan G. Selain itu terdapat juga beberapa mineral seperti kalium, sulfur, fosforus, kalsium, klor, magnesium, zat besi dan iodine. Bawang mampu melancarkan sistem pencernaan. Ada dua jenis bawang yang boleh digunakan bersama-sama kerana khasiatnya juga sama iaitu bawang merah dan bawang Bombay.

Bawang putih

Bawang putih

Banyak sekali manfaat bawang putih, sayangnya bau bawang putih agak tajam. Namun, jus sangat membantu untuk memperbaiki susunan fungsi tubuh, termasuk merangsang selera makan, membersihkan getah perut dan sebagai pelawas kencing.

Eter di dalam bawang putih begitu kuat dan mudah merembas sehingga mampu menghancurkan lendir-lendir yang sudah menggumpal di dalam tubuh. Eter juga membantu mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh melalui pori-pori.

Sari bawang putih telah terbukti dapat membersihkan kuman-kuman dan parasit dari dalam usus. Orang yang terkena disenteri (cirit-birit) dapat diatasi dengan meminum jus bawang putih.

Beberapa jenis penyakit juga boleh diatasi dengan meminum jus bawang putih, apatah lagi jika dicampur dengan jus sayuran lainnya. Jus bawang putih sangat baik diminum oleh mereka yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

Bayam

Bayam

Di dalam bayam terdapat kalium, kalium, iodin, magnesium, fosforus, sulfur dan zat besi. Bayam juga mengandungi banyak vitamin A, B, C, E dan G.

Bayam merupakan makanan penting untuk alat pencernaan dan saluran makanan seperti perut, usus duodenum, usus kecil dan usus besar (kolon). Sesetengah liter sari bayam yang diminum setiap hari akan menghilangkan sembelit dalam beberapa hari.

Kegunaan lain bagi bayam mentah adalah dapat mencegah penyakit pada gigi dan gusi. Penyakit gusi ialah sejenis scorbutus yang diakibatkan oleh kurangnya keperluan unsur-unsur yang terdapat pada bayam dan lobak merah.

Oleh itu, selain meminum sari bayam, sari lobak merah juga baik diamalkan kerana banyak mengandungi vitamin C dan E. Kekurangan vitamin E di dalam tubuh boleh mengakibatkan keguguran, lemah tenaga batin dan kemandulan, sama ada pada lelaki mahupun wanita.

Betik

Betik

Sari betik berisi sejenis zat yang disebut sebagai papain. Zat itu berfungsi sebagai pepseni yang mengubah zat telur menjadi pepton dalam proses pencernaan. Selain papain, betik juga berisi zat fibrain, sejenis unsur yang hanya terdapat di dalam tubuh manusia dan haiwan. Unsur ini dapat membantu pencernaan dan pengentalan darah. Sari betik hijau membantu menyembuhkan kudis bernanah di perut dalam waktu yang singkat.

Paprika

Paprika

Sari paprika mengandungi banyak silikon dan sangat baik untuk pertumbuhan rambut dan kuku. Campuran 75% sari lobak merah dan 25% sari paprika dapat membersihkan kulit serta membuang gas dari perut dan usus.

Strawberi

Strawberi

Strawberi adalah salah satu jenis buah yang paling banyak kegunaan dan jusnya paling enak diminum. Buah berwarna merah ini mengandungi banyak zat gula dan zat besi dan sangat baik untuk mencerahkan wajah. Jus strawberi juga adalah salah satu pembersih kulit terbaik.

Apabila rona wajah kurang menarik, kurang darah (anemia), kulit mengelupas, hati lemah, sembelit, acidosis, radang selaput lender, gunakanlah sari strawberi dengan teratur setiap hari. Malah, strawberi terbukti mampu menguatkan saraf tubuh.

Tomato

Tomato

Tomato mengandungi banyak magnesium, zat besi, kalium, fosforus, klor, sulfur, kalsium, sodium, iodin dan asid amino. Di dalam tomato juga kaya dengan vitamin A, B, C dan G.

Sari tomato berguna untuk membantu metabolisme tubuh jika diminum tanpa dimasak. Zat asidnya akan menjadi anorganik dan menggangu susunan saraf tubuh serta menimbulkan pengerasan dalam ginjal atau pundi kencing jika tomato dimasak dan ditambah dengan gula.

BACA INI JUGA: Rahsia Penawar Ajaib Daripada Kunyit

-Sentiasapanas.com

Kerugian Filem Hollywood Yang Paling Teruk!

Kerugian Filem Hollywood Yang Paling Teruk!

Biasanya filem-filem dipasaran Hollywood mensasarkan kutipan yang besar dan pembuat-pembuat filem juga tentunya mengharapkan pulangan yang besar bagi karya mereka.

Namun, nasib filem-filem mereka masih lagi ditentukan oleh jumlah penonton yang keluar menonton. Jika selalunya kita disogokkan dengan senarai filem-filem paling berjaya, apakata kali ini kita lihat pula senarai filem-filem yang mendapat kutipan paling terukdi Hollywood.

10. The Marsh (2007)
Kutipan kasar: USD$336

The Marsh (2007)

Nama Forest Whitaker bukanlah calang-calang pelakon dan tidak lama selepas wataknya sebagai Idi Amin dalam filem The Last King of Scotland berjaya membantunya memenangi anugerah Oskar untuk Pelakon Lelaki Terbaik, filem The Marsh pula menyusul. Namanya sekali lagi menjadi sebutan tapi kali ini bukanlah suatu khabar yang menggembirakan tetapi tentang pencapaian filem yang hanya bertahan 3 hari disebuah pawagam dan mengutip sekitar USD$336 sahaja berbanding kos pembikinannya iaitu USD$7 juta dolar.

9. Trojan War (1997)
Kutipan kasar: USD$309

Trojan War (1997)

Dua tahun selepas menjadi pelakon tetap dalam siri Party of Five, aktres Jennifer Love-Hewitt telah membintangi filem komedi romantik ini. Walaupun bajet untuk filem keluaran Warner Bros ini sekitar USD$15 juta, namun kerana kurangnya sambutan pada filem ini, maka tayangannya hanya bertahan selama seminggu disebuah pawagam.

8. Intervention (2007)
Kutipan kasar: USD$279

Intervention (2007)

Filem ini pula hanya ditayangkan disebuah pawagam untuk tempoh tiga hari. Namun, filem yang dibintangi pelakon-pelakon hebat ini telah berjaya memenangi anugerah Best Feature Film di Festival Filem San Diego pada tahun 2007. Pelakon wanitanya pula, Jennifer Tilly berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di festival filem yang sama. Turut sama membintangi filem ini ialah Andie MacDowell, Rupert Graver dan Donna D'Errico.

7. Playback (2012)
Kutipan kasar: USD$264

Playback (2012)

Walaupun mempunyai nama besar seperti Christian Slater yang membintangi filem ini, ia tidak menjamin filem ini untuk menarik penonton menontonnya di pawagam. Filem yang menelan belanja sebanyak USD$7.5 juta ini ditayangkan hanya 2 minggu dipawagam dengan kutipan minggu pertama sebanyak USD$252 dan kutipan minggu keduanya hanya USD$12!

6. Pretty Village, Pretty Flame (1998)
Kutipan kasar: USD$212

Pretty Village, Pretty Flame (1998)

Filem Yugoslavia tahun 1996 ini membuktikan filem-filem yang menjadi hit disesebuah negara tidak semestinya menjadi popular di negara lain. Filem ini mendapat ulasan yang baik dari pengkritik filem Amerika namun hanya berjaya ditayangkan selama seminggu di sebuah pawagam dan kutipannya hanya sebanyak USD$212. Berbeza dengan pencapaiannya di Serbia, lebih 800,000 penonton telah datang menontonnya dipawagam (kira-kira 10% dari penduduk negara tersebut) secara keseluruhannya.

5. The Ghastly Love of Johnny (2012)
Kutipan kasar: USD$117

The Ghastly Love of Johnny (2012)

Muzikal sains fiksyen ini diinspirasikan dari era 1950an dan dibintangi oleh Creed Bratton dari siri The Office telah pun memenangi 5 anugerah di Festival Filem Amerika tetapi tidak mampu meraih kutipan tayangan yang besar dipawagam. Ia hanya ditayangkan seminggu di Kansas City pada bulan Oktober 2012. Pada 2013, sekali lagi filem ini cuba dipasarkan semula dengan meletakkannya di 6 buah pawagam untuk tempoh 4 minggu dan kemudiannya di 2 buah pawagam di Los Angeles, namun kutipan keseluruhan yang berjaya dikumpul hanya sekitar USD$1,356. Bajet untuk filem ini ialah sekitar USD$2 juta.

4. The Objective (2009)
Kutipan kasar: USD$95

The Objective (2009)

Sejak menjadi pengarah bersama untuk sebuah filem indie yang berjaya mencapai kejayaan luar biasa, The Blair Witch Project, Daniel Myrick hanya mengekalkan status profil rendahnya dengan hanya mengarah beberapa buah filem yang kebanyakannya dipasarkan terus ke DVD. Namun pada bulan Mac 2009, IFC Films telah memberikan hak tayangan terbatas buat filem ini. Ia berjaya ditayangkan untuk tempoh seminggu sahaja di sebuah pawagam di New York dan berjaya mengumpul sebanyak USD$95. Namun pihak IMDb pernah menyatakan yang filem ini telah mengutip sehingga USD$2 juta bila dipasarkan di Los Angeles sebulan kemudiannya.

3. Dog Eat Dog (2009)
Kutipan kasar: USD$80

Dog Eat Dog (2009)

Walaupun mendapat pelbagai pencalonan dan kemenangan di beberapa buah festival filem dan juga acara-acara penting industri hiburan diserata dunia, ternyata filem berlatar belakangkan kisah jenayah di Colombia arahan Carlos Moreno ini masih gagal untuk meyakinkan penonton untuk datang dan menonton filem tersebut. Antara anugerah utama yang berjaya diraih filem ini termasuklah World Cinema Grand Jury Prize di Festival Filem Sundance.

2. Storage 24 (2013)
Kutipan kasar: USD$72

Storage 24 (2013)

Ini pula sebuah filem sains fiksyen yang diarahkan oleh Johannes Roberts. Malangnya, tiada elemen yang berjaya menambat hati penonton sehingga kutipannya tidak berjaya mencecah angka USD$100 pun. Filem ini juga hanya ditayangkan disebuah pawagam untuk tempoh satu minggu. Pelakon/penulis bersama untuk filem tersebut, Noel Clarke pernah memberitahu bahawa mereka memang mempunyai impian besar untuk filem tersebut.

1. ZYZZZYX Road (2006)
Kutipan kasar: USD$30

ZYZZZYX Road (2006)

Filem thriller ini mempunyai tagline 'Dead Ahead' yang agak tidak memberangsangkan. Ianya adalah lakonan Tom Sizemore dan Katherine Heigl namun hanya berjaya ditayangkan di sebuah pawagam di Amerika Syarikat. Ia dimainkan selama seminggu namun hanya 6 orang datang menonton, menjadikan kutipan kasarnya sebanyak USD$30. Ini adalah filem yang mendapat kutipan paling sedikit sepanjang zaman sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Skandal Jean Harlow Kekal Misteri Di Pentas Hollywood

-Sentiasapanas.com

Saturday, August 09, 2014

Misteri Sumpahan Pulau Gaiola

Misteri Sumpahan Pulau Gaiola

Terletak di Teluk Naples, Itali, Pulau Gaiola merupakan salah satu kawasan yang dilindungi di kawasan Taman Bawah Laut Gaiola. Persekitarannya yang cantik dan terletak hanya 30 meter dari kaki pantai menjadikan ia salah satu pulau tumpuan pengunjung sewaktu musim panas.

Misteri Pulau Gaiola

Pulau Gaiola merupakan sebuah pulau kecil dan terletak bersebelahan pulau lain, iaitu Pulau Euplea. Kedua-dua pulau ini disambungkan dengan sebuah jambatan kecil.

Namun, sebuah vila misteri yang tidak berpenghuni yang terdapat di Pulau Gaiola lebih popular telah diperkatakan sejak dahulu lagi. Kononnya, sesiapa yang membeli vila itu akan ditimpa nasib malang.

Ramai yang mengaitkan vila tersebut dengan sumpahan yang kononnya masih menghantui kawasan kepulauan Gaiola sehingga ke hari ini.

Sejarah mengatakan Pulau Gaiola pertama kali didiami oleh seorang petapa yang juga dianggap sebagai ahli sihir oleh penduduk tempatan pada kurun ke 19.

Mengikut cerita, siri sumpahan bermula sekitar tahun 1920an. Waktu itu, Pulau Gaiola dimiliki oleh seorang lelaki Swiss bernama Hans Braun. Dia ditemui mati dibunuh dalam keadaan mayat dibalut dengan permaidani.

Tidak lama selepas kejadian tersebut, isterinya pula ditemui mati lemas di dalam laut tidak jauh dari pulau tersebut. Punca kematian tidak dapat dikenal pasti sehingga kini.

Pemilik vila seterusnya ialah seorang lelaki Jerman, juga meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu berada di dalam vila tersebut.

Nasib serupa melanda pemilik vila yang baru, Maurice-Yves Sandoz. Dia yang merupakan pengusaha bidang farmasi akhirnya membunuh diri di sebuah hospital mental di Switzerland.

Masih belum puas 'memburu' mangsa baru, pemilik seterusnya ialah seorang pengusaha kilang besi, Barol Karl Paul Langheim. Beliau dihantui oleh masalah ekonomi selepas membeli vila di Pulau Gaiola. Dia akhirnya jatuh miskin dan vila itu beralih tangan kepada Gianny Agnelli.

Namun, nasib malang mula menimpa Gianny apabila ahli keluarganya meninggal dunia seorang demi seorang.

Kemudian, vila Pulau Gaiola bertukar milik kepada seorang jutawan bernama Paul Getty. Dia turut mengalami kejadian malang selepas memiliki pulau tersebut apabila cucunya diculik.

Pemilik terakhir yang sempat direkodkan ialah Gianpasquale Grappone yang turut tidak terlepas daripada tempias sumpahan. Dia telah dipenjarakan kerana syarikat insurannya jatuh muflis.

Sehingga ke hari ini, tiada sesiapa lagi yang berani dan berminat untuk memiliki vila di pulau berhantu itu walaupun keadaan geografinya yang cantik dan menarik. Pulau Gaiola dan vila di dalamnya akhirnya kini dibiarkan sepi tanpa penghuni.

Pada tahun 2009, sekali lagi pulau ini menjadi bualan orang ramai apabila Franco Ambrosio dan isterinya Giovanna Sacco, pemilik sebuah vila yang berhadapan dengan pulau berhantu itu mati dibunuh dengan misteri.

Walaupun terkenal dengan pelbagai jolokan cerita sebagai kawasan yang disumpah, pulau ini masih menerima kunjungan pelancong daripada seluruh dunia saban hari.

Jangan risau, sumpahan tidak menimpa para pelancong yang datang menjejakkan kaki ke pulau itu.

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Berlian 'The Heart of The Ocean' Yang Berpuaka

-SENTIASAPANAS.COM

The Jews Are Worse Than Nazi's?

The Jews Are Worse Than Nazi's?

1. Orang yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di penempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat, bangsa yang dipilih Tuhan.

The Jews - Dr. Mahathir

2. Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, yahudi berkelakuan seolah-olah hanya mereka golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik yahudi sebagai “anti-Semitik”. Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku salah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik.

3. Dalam dunia terbuka hari ini, kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja dan ianya akan disenangi kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. Tetapi, bagi yahudi, sesiapa yang mengkritik mereka tidak akan terlepas daripada label “anti-Semitik”. Dan bagi kebanyakan masyarakat Eropah, mereka menyokong dasar yahudi dan sanggup memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

4. Jelaslah bahawa yahudi memikirkan hanya mereka sahaja yang ada keistimewaan, dan berada di satu kedudukan yang mulia dan tidak boleh dikutuk atau dikritik sedikit pun.

5. Perlakuan mereka melambangkan sikap angkuh dan sombong mereka. Mereka masih meneruskan kejahatan jenayah tanpa perikemanusiaan walaupun satu dunia tidak menyukainya. Sekarang ini, mereka terlibat dalam pembunuhan ratusan nyawa di Gaza, dan juga memusnahkan bandar-bandar, hospital, sekolah dan bangunan persendirian turut diranapkan dengan roket.

6. Seluruh dunia boleh mengutuk tindakan kebinatangan mereka, tetapi yahudi tidak peduli. Malahan mereka mengumumkan untuk membunuh lebih ramai rakyat Palestin serta mengacau bilaukan Semenanjung Gaza.

7. Semasa Eropah mengambil sedikit tanah Palestin untuk membentuk Israel, mereka dengan jelas menyatakan hak-hak orang Arab di Israel perlulah dihormati.

8. Yahudi pula mengabaikan peraturan tersebut dan bertindak merampas tanah dan harta milik Arab termasuk rumah dan ladang ternakan. Melalui serangan ganas mereka, contohnya di Deir Yassin, mereka memaksa rakyat Palestin untuk lari dari tanah mereka. Kemudian, yahudi merampas tanah orang Arab tersebut.

9. Selama lebih 60 tahun, orang Palestin menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kawasan perlindungan pelarian. Tiada pampasan yang diberikan kepada mereka. Mereka juga tidak dibenarkan kembali ke tanah asal milik mereka. Inilah contoh tindakan perkauman yang paling teruk sekali.

10. Tidak puas dengan tanah yang dihadiahkan oleh UN kepada mereka, yahudi menjarah pula tanah Palestin di luar Israel untuk dirampas lagi. Kemudian, mereka bina penempatan haram ekslusif bagi diri mereka

11. Mereka bina jalan di atas bumi Palestin, tetapi tiada rakyat Palestin yang dibenarkan menggunakannya. Mereka bina tembok di sepanjang perkampungan Palestin, memisahkannya dan orang Palestin tidak lagi dapat berhubung dengan sanak-saudara di perkampungan lain. Mereka juga tidak benarkan Palestin diisytihar sebagai negara, yang ada cumalah Pihak Berkuasa Palestin. Dan Eropah menyokong tindakan yahudi yang sombong dan angkuh itu.

12. Mereka lancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza supaya bekalan makanan dan ubatan serta bahan binaan tidak dapat dihantar ke Gaza selepas pengeboman dan serangan roket oleh tentera Israel. Kapal yang menghantar bekalan ke Gaza juga diserang dan dirampas di Perairan Antarabangsa. Malah, kapal agensi kemanusiaan dipaksa berlabuh di perlabuhan Israel, dan barang kargo tersebut dirampas pula. Acapkali berlaku di mana kapal yang diserang tentera laut Israel di luar perairan Israel dan pekerja kemanusiaan ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnya.

13. Israel mempunyai lebih daripada puluhan ribu rakyat Palestin di dalam tahanan kerana tuduhan “anti-Israel”. Tiada penghakiman dilakukan. Tempoh penahanan tidak ditetapkan (mungkin selama-lamanya?)

14. Secara berkala, apabila ada askar Israel ditawan oleh Palestin, Yahudi akan menawarkan pertukaran tebusan dengan beberapa ratus rakyat Palestin bagi digantikan dengan askar yang ditawan. Tetapi, dengan begitu cepat, akan ada tangkapan baru dibuat dari kalangan rakyat Palestin demi menggantikan tahanan yang dibebaskan.

15. Jika sekiranya rakyat Palestin menghantar pengebom berani mati atau melancarkan serangan roket, maka Israel akan menyerang balas dengan sangat keterlaluan. Mereka akan hantarkan kumpulan tentera untuk memusnahkan perkampungan Palestin dan membunuh nyawa lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, dan juga orang uzur.

16. Terkini, selepas pembunuhan tiga penuntut Israel oleh individu tidak dikenali, Israel mengebom Gaza dengan serangan udara. Hospital, sekolah, dan rumah semuanya dimusnahkan. Malah lebih 500 orang terkorban dan ribuan yang lain cedera. Hospital yang merawat pesakit juga dibom supaya orang sakit tidak dapat lari.

17. Inilah mesej yang ingin ditonjolkan oleh Israel, bahawasanya yahudi adalah suci dan mulia, dan sesiapa yang menganggu mereka terpaksa membayar harga berlipat kali ganda daripada kesakitan yang dihadapi mereka.

18. Segala apa jua yang Israel lakukan adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, berlawanan dengan moral, dan menyalahi hak asasi manusia. Yahudi adalah penjenayah dalam semua rang undang-undang manusia bertamadun.

19. Tetapi, yahudi Israel melakukan jenayah ini tanpa risau dihukum. Mereka ada negara seperti Amerika dan Eropah di belakang mereka. Merekalah manusia pilihan Tuhan dan mereka lebih berkuasa daripada mana-mana undang-undang, apa jua kod etika moral, dan juga bebas dari nilai kemanusiaan.

20. Semasa yahudi dilayan dengan teruk oleh Nazi Jerman, mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Tetapi penderitaan mereka tidak mengajar mereka apa-apa, tidak membantu mereka memahami erti kesengsaraan. Malah, kini mereka berkelakuan lebih teruk daripada Nazi, dan tidak kisah langsung segala kejahatan yang mereka lakukan.

21. Eropah dan Amerika bertanggungjawab mencipta raksasa ini, tetapi mereka seakan tidak peduli kemusnahan yang dilakukan yahudi. Mereke terus menerus menyokong dasar penghapusan etnik Arab oleh yahudi. Mungkin mereka tidak puas hati dengan layanan Eropah terhadap mereka pada masa lampau.

Sepatutnya mereka perlu menyalurkan kemarahan mereka terhadap Nazi Jerman dan Eropah. Mungkin mereka terlampau pintar, dan mungkin juga bagi mereka “Membunuh Arab lebih mudah dan menyeronokkan”

BACA INI JUGA: 10 Penipuan Terbesar Yahudi

Sumber:
Terjemahan artikel Dr M bertajuk 'The Jews'
Bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia
http://chedet.cc/?p=1425

Siapa Pencipta Pertama Senjata Penembak Tepat?

Siapa Pencipta Pertama Senjata Penembak Tepat?

Rata-rata orang mengenali 'sniper' sebagai penembak hendap yang berperanan dalam situasi peperangan.

Sniper

Tahukah anda sejarah membuktikan peranan sniper dimulakan oleh Leonardo Da Vinci.

Sekitar 1498, semasa dalam perang Siege of Florence, Leonardo Da Vinci memperkenalkan sejenis senapang ciptaannya yang mampu menembal dengan tepat sehingga jarak 200 meter.

Revolusi penciptaan senjata penembak tepat kemudiannya dimajukan oleh Bartholomew Girandoni dengan penciptaan senapang angin yang senyap dan tepat.

Semasa pasca perang Perancis-Austria (1796-1797), tentera Napoleon Bonaparte telah diserang menggunakan senjata ini.

Battle_of_Waterloo_1815
Perang Waterloo 1815.

Keadaan itu telah menyebabkan Napoleon terpaksa mengeluarkan arahan supaya membunuh sesiapa saja yang ditangkap bersama senapang angin tersebut.

Sehingga hari ini, ramai pembuat senjata mengakui senapang angin ciptaan Bartholomew Girandoni merupakan sesuatu yang terhebat di dunia.

BACA INI JUGA: Sejarah Dan Kehebatan Senjata AK-47

-Sentiasapanas.com

Friday, August 08, 2014

McDonald’s Kesal Boikot Rakyat Malaysia

McDonald’s Kesal Boikot Rakyat Malaysia

McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan media mendakwa, perbuatan memboikot McDonald’s Malaysia tidak adil kerana McDonald Malaysia tidak menyalurkan keuntungan atau yuran francais dari restorannya untuk menyokong mana-mana konflik politik di dunia ini.

Boikot-McDonalds

McDonald’s Malaysia melahirkan kekesalan kerana produk itu menjadi sasaran boikot segelintir rakyat Malaysia sebagai tanda bantahan ke atas kekejaman tentera Israel ke atas rakyat Palestin.

“Kami kecewa McDonald’s Malaysia telah dijadikan sasaran secara tidak adil. Kami menyeru rakyat Malaysia bertenang dan mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh memudaratkan mana-mana pihak.

“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa McDonald Malaysia tidak menyokong konflik di Timur Tengah. Seperti semua rakyat Malaysia, kami bersimpati ke atas mangsa-mangsa yang tidak bersalah di Gaza,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, McDonald’s Malaysia secara konsisten dan telus berkomunikasi tentang perkara itu kepada umum, tetapi malangnya maklumat itu telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu.

Akibatnya, kata kenyataan itu, pekerja McDonald’s Malaysia yang rata-rata mereka rakyat Malaysia kini berhadapan gangguan dan ancaman secara lisan

Dakwa kenyataan itu, beberapa restoran McDonald’s Malaysia turut berhadapan tindakan vandalisme hingga terpaksa dihentikan operasi sementara.

“Realitinya adalah pekerja kami tidak melakukan apa-apa yang salah dan adalah sangat tidak adil mereka menjadi sasaran.

“Marilah kita mengingatkan diri kita bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan kami berkongsi matlamat yang sama. Marilah kita terus berdoa untuk keamanan di Gaza,” kata kenyataan itu.

Kempen Boikot McDonalds Berjaya

Boikot-McDonalds [2]

Kempen memboikot rangkaian makanan segera McDonalds di kalangan umat Islam nampaknya berjaya dan menjadi apabila tiada seorang pun orang Islam ditemui dalam premis makanan tersebut.

Hasil pemerhatian di cawangan Jalan Kuari dan Taman Connaught, Cheras mendapati tiada satu pun kelibat umat Islam menjamu selera di McDonalds seperti sebelum-sebelum ini.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelanggan yang masih setia mengunjungi dan menjamu selera di situ walaupun usaha boikot giat dijalankan di seluruh negara.

Rata-rata yang masih setia mengunjungi McDonalds ialah masyarakat Cina serta beberapa warga asing dari negara kulit hitam.

Rata-rata pelanggan yang ditemubual enggan diri mereka dikenali, mengatakan mereka tidak mengetahui kempen boikot ini dijalankan dan hanya menikmati makanan di situ seperti biasa, seperti hari-hari lain sebelum ini.

Walaupun masih lagi menjamu selera di situ, seorang pelanggan mengatakan tidak bermaksud dia menyokong tindakan rejim Zionis yang terus-terus menganiaya penduduk Palestin.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan yang enggan dikenali mengatakan, dia langsung tidak peduli akan nasib penduduk di sana kerana masih banyak lagi masalah sosial di kalangan masyarakat Malaysia yang masih tidak dapat diselesaikan yang harus lebih diberi perhatian oleh penduduk di sini.

Kempen boikot McDonalds mula menjadi trending di laman-laman sosial sejak Selasa lalu dengan slogan ‘Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar dari Palestin’.

Walau pun ianya merupakan pilihan masing-masing sama ada mahu memboikot atau pun tidak, namun tanyalah pada diri anda sendiri, tidakkah anda sampai hati melihat penderitaan penduduk Palestin terutama kanak-kanak dan kaum wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa bedilan peluru dan roket tentera Israel?

Jadi untuk menamatkan keangkuhan rejim Zionis ini, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu agar segala usaha untuk memboikot produk keluaran Israel atau pun perniagaan yang membantu Israel akan terus berterusan sehingga mereka tidak lagi mampu untuk membeli senjata-senjata hebat yang mengalirkan darah saudara Islam kita di Palestin.

Ini bukan soal keagamaan semata-mata, tapi ini melibatkan soal keprihatinan dan kemanusiaan sejagat!

-Sentiasapanas.com

Sumber: Mynewshub.my
Ronaldo Peneraju Boikot Israel

Ronaldo Peneraju Boikot Israel

Di saat penduduk Palestin di Gaza terpaksa melalui penderitaan akibat kekejaman rejim Zionis, bintang terkenal ini giat menyalurkan bantuan.

Ronaldo and Pepsi

Siapa sangka, walaupun dirinya bukanlah penganut agama Islam, namun keprihatinan ikon Real Madrid, Cristiano Ronaldo, wajar diberi pujian.

Terbaharu, Ronaldo bertindak menolak tawaran iklan televisyen komersial Pepsi, yang bernilai jutaan dolar.

Bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah Ronaldo yang terkenal dengan panggilan, CR7, ini menolak untuk bekerjasama dengan Israel sejak dahulu lagi.

Tindakan itu dibuat kerana memikirkan Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.

“Pendirian saya tetap teguh untuk tidak memberi kerjasama kepada mereka.

“Saya tahu, Pepsi adalah salah satu produk yang menyumbang kepada tentera mereka (Israel). Dari dahulu sehingga kini, saya tetap mengatakan tidak pada mereka!,” tegasnya.

Tahun lalu, Pepsi mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak seluruh dunia apabila iklan produk berkenaan dilihat menghina bintang berkenaan.

Menerusi iklan berkenaan, anak patung yang menggambarkan watak Ronaldo dicucuk dengan puluhan jarum seperti upacara hitam, voodoo.

Selain itu, ada juga iklan di mana patung diikat pada landasan keretapi dengan kata-kata berbunyi, ‘Kami melepaskan Portugal’.

Namun, ekoran kecaman dan kritikan, Pepsi tampil memohon maaf kepada Ronaldo Fanpage Facebook Pepsi Co.

Selain daripada tawaran Pepsi, Ronaldo juga pernah menolak menukar jersinya dengan pemain bola sepak berbangsa yahudi.

Tindakan Ronaldo itu jelas memberi tamparan hebat buat puak Yahudi, sehingga mengecamnya.

Namun, Ronaldo yang terkenal dengan sikap tegasnya memberitahu bahawa dia tidak akan baju dengan pembunuh.

“Saya tidak akan tukar baju saya dengan ‘pembunuh’. Saya berada di bumi Palestin,” kepada media antarabangsa ketika perlawanan Dunia 2014 lalu.

Walaupun sebelum ini, ramai yang memberi tanggapan buruk kepada bekas pemain Manchester United ini dan tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai sombong dan angkuh.

Namun, melihat kepada penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu rakyat Palestin, ternyata tuduhan itu tidak berasas.

Malah, dia dipandang sebagai golongan selebriti yang baik hati, berperikemanusiaan dan prihatin terhadap masyarakat yang ditindas.

Menurut Ronaldo, dia mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai sokongannya terhadap Palestin.

“Sebab utamanya ialah saya percaya kepada pembebasan Palestin.

“Selain itu, saya benci melihat anak-anak yang terpaksa menempuh kesulitan untuk meneruskan kehidupan.

“Saya mahu anak-anak kecil itu bebas daripada cengkaman keganasan dan melalui kehidupan yang lebih baik,” katanya lagi.

Jelas Ronaldo, walaupun usia kecilnya tidak seperti kanak-kanak di Palestin yang hanya menunggu masa serangan, namun hatinya tetap tersentuh melihat mereka.

“Walaupun saya dan keluarga tidak pernah berdepan dengan peperangan seperti itu, namun saya dapat merasai sedikit kesengsaraan mereka.

“Ini kerana, kehidupan saya ketika kanak-kanak sangat daif dan kami sekeluarga pernah merempat.

“Bila mengingati saat itu, hati saya tersentuh dan sangat memahami keadaan kanak-kanak di sana,” katanya.

Lelong kasut kumpul dana

Sebenarnya, penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu penduduk Palestin bukanlah setahun dua.

Malah, Ronaldo dikatakan pernah mengunjungi negara itu pada 2005 dan 2007.

Pada 2011, pemain bola sepak terkenal ini pernah memberikan kasut emas yang diraih pada tahun berkenaan kepada kelab lembaga amalnya.

Malah, ketika itu, Ronaldo memberitahu nilai penjualan kasut emasnya itu sepenuhnya disalurkan demi membantu anak-anak Palestin.

Menerusi laman sosial antarabangsa, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo sehingga RM6 juta.

Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang telah musnah ketika serangan terdahulu.

Pada 20 November tahun yang sama, Ronaldo menjual kasutnya dalam satu jualan lelong Real Madrid Foundation dengan mendermakan dana ke sekolah-sekolah di Gaza.

Lelongan kasut-kasut sukannya itu dapat membantu Palestin membina lapan sekolah di wilayah Palestin.

Sehingga kini, Real Madrid Foundation telah membantu membina 167 sekolah dalam 66 negara.

Terima kecaman hebat

Sokongan Pemain Terbaik Dunia 2008 ini tidak terhenti di situ apabila dia secara terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap Palestin dengan mengenakan skarf Palestin dalam sebuah majlis.

Tindakannya itu mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada media barat yang bersekutu dengan Yahudi.

Akibatnya, Ronaldo terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk tuduhan malah pihak berkenaan seakan memusuhinya dengan menceritakan segala keburukan bintang ini di laman-laman sosial.

Dalam kalangan yang mengecam, ada juga media yang menyokong dan menyifatkan tindakan bintang itu sebagai bentuk kemanusiaan. –Sinar Harian Online

BACA INI JUGA: 729, Barkod Produk Israel

Nasihat Nik Aziz, Jangan Malukan Munafik Politik

Nasihat Nik Aziz, Jangan Malukan Munafik Politik

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan beliau sempat pergi ke Kota Bharu, Kelantan bersama isterinya Puan Sri Salbiah Tunut dan bertemu Mursyidul Am Pas; Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menerima nasihat berguna.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Menurut beliau, Nik Abdul Aziz berkata di dalam politik ada golongan munafik yang disifatkan sebagai golongan hipokrit.

Beliau berkata, pada mulanya beliau menyangka bekas Menteri Besar Kelantan itu ingin menasihati beliau supaya menghapuskan golongan munafik seperti itu di dalam politik tetapi nasihat dari Tuan Guru adalah sebaliknya.

“Saya bersama dengan isteri saya pergi ke Kota Bharu, dapat berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz dan saya dapat satu nasihat yang sangat penting diberikan kepada saya.

“Nasihat itu dilihat terlalu susah untuk saya lakukan iaitu, dia mengingatkan saya dalam politik banyak hipokrit, dia cakap ada munafik.

“Bila saya memahaminya, saya ingat dia (Nik Aziz) nak suruh saya hapuskan munafik rupanya dia tidak, dia kata kita mesti jangan malukan munafik, kita sabar, kita sama-sama betulkan dia,” katanya.

Selain itu, Nik Abdul Aziz turut menasihati beliau bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah dapat menjalankan tugas dengan meningkatkan syiar Islam dengan cara tidak menjatuhkan maruah orang lain biarpun mereka jahat sepertimanapun tetapi dengan membetulkan mereka.

“Saya tidak tahu sama ada saya boleh jalankan tugas ini tetapi saya mencubalah ini, supaya saya dapat menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis Solat Hajat Perdana untuk mempertahankan kerajaan negeri di kediaman rasmi beliau di Shah Alam malam tadi.

Menyentuh soal konflik di Gaza pula, Abdul Khalid berkata beliau yang beberapa kali ada menemui Pesuruhjaya Tinggi Mesir di Malaysia mengingatkan pihak Mesir agar membuka sempadan Rafah bagi memberi laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Kadang-kadang saya pun tidak boleh besabar juga, dia tidak mementingkan umat Islam yang juga jiran mereka.

“Setiap kali saya berjumpa dengan Pesuruhjaya Mesir, saya dah ingatkan dia bahawa mereka memalukan umat Islam jika tidak berani menjalankan satu tugas yang sebegini (membuka sempadan Rafah),” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri Selangor ada menghantar bantuan ubat-ubatan ke Gaza bagaimanapun ia tersekat ketika ini di pintu sempadan berkenaan.

“Kita (kerajaan negeri Selangor), membuat beberapa program-program bagaimana kita akan menghantar RM1 juta peruntukan untuk rakyat Palestin di Gaza,” katanya.-Mynewshub.my



Pokok Paling Beracun Di Dunia!

Pokok Paling Beracun Di Dunia!

Jika bercuti ke Florida, Bahamas, Caribbean, Amerika Tengah atau Amerika Selatan, elakkan diri daripada mendekati pokok Manchineel.

Manchineel

Ciri fizikalnya memang nampak sama seperti pokok biasa. Tapi, jangan tertipu kerana pokok itu mengandungi toksik paling beracun di dunia.

Manchineel merupakan spesis tumbuhan berbunga dari genus Hippomane. Ia boleh tumbuh sehingga 15 meter tinggi dengan ciri-ciri fizikal - kulit batang berwarna kelabu, daun hijau berkilat dan berbunga kecil kehijauan.

Pokok ini turut menghasilkan buah yang seakan-akan sama seperti epal hijau dan berbau wangi.

Pendek kata, setiap bahagian pokok tersebut sangat beracun hingga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Daun dan kulit kayu misalnya, jika disentuh akan mencetuskan radang pada kulit.

Manakala cairan getah yang keluar dari batang pokok terbukti boleh menyebabkan kulit melecur dan bengkak. Sebab itulah kenapa sesiapa pun tidak dibenarkan berdiri di bawah pokok ini semasa hujan.

Ini kerana, getah pokok Manchineel yang dibawa dari titisan air hujan boleh membinasakan kulit walaupun hanya setitik.

Manchineel
Getah pokok boleh mengakibatkan kulit melecur.

Sementara itu, pembakaran pokok secara terbuka dilarang sama sekali. Bukan kerana pencemaran tetapi asap daripada pembakaran tersebut boleh menyebabkan buta sementara jika terkena mata. Dalam beberapa kes, buta kekal boleh berlaku.

Namun, diantara semua itu, yang paling berbahaya adalah buahnya. Walaupun buah pokok Manchineel berbau harum dan manis seperti epal, itu cuma perangkap semata-mata.

Banyak kajian mengenai prinsip-prinsip aktif pokok Manchineel yang pernah dijalankan sebelum ini menunjukkan, Ester Phorbol Tigliane - bahan semulajadi dalam tumbuhan dikesan menjadi pencetus utama kepada tindak balas ekstrem.

Tahap bahayanya begitu melampau sehinggakan menelan sejumlah kecil jus dari buah beracun itu sahaja mampu mengakibatkan ulser mulut, tisu lembut pada saluran penghadaman akan membengkak dan melepuh.

Sensasi menyakitkan itu dirasai dengan hanya memakan dalam jumlah sedikit. Kesannya bukan sahaja akan menyebabkan anda dikejarkan ke bilik kecemasan malah ia juga boleh membawa maut.

Maka tidak hairanlah ia diiktiraf sebagai pokok paling berbahaya di dunia dalam Rekod Dunia Guinness.

Atas sebab itu, di sesetengah tempat, amaran telah dikeluarkan supaya tidak menghampiri pokok tersebut. Bentuk peringatan bahaya disampaikan dengan cara tanda 'X' berwarna merah pada batang pokok.

Manchineel
Luka disentuh akan mencetuskan radang kulit.

Di Perancis misalnya, pokok ini sering ditandakan dengan jalur merah yang dicat pada bahagian kaki pokok. Bagaimanapun, di Bonaire pula, pohon bertoksik itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tanda amaran.

Walaupun tiada rekod perubatan moden melaporkan tentang mana-mana kematian disebabkan pohon beracun ini, namun dalam rekod sejarah sebenarnya ada menceritakan berkenaan perkara tersebut.

Pada abad ke 16, orang asli Florida sering mengikat tentera Sepanyol di bawah pokok Manchineel. Mangsa kemudian ditinggalkan tanpa berbaju dan apabila hujan kulit mereka akan terbakar dan mata menjadi buta. Seksaan itu berterusan sehingga berakhir dengan kematian.

Christopher Colombus turut pernah menamakan buah Manchineel sebagai 'Manzanita de la Muerte' yang bermaksud epal kematian untuk menakut-nakutkan penduduk Jamaica tapi rupa-rupanya mereka sendiri sudah lama menggunakan gam daripada pokok beracun ini untuk merawat pelbagai penyakit kelamin.

Selain itu, pokok kayu Manchineel juga begitu dihargai dalam pembuatan perabot seperti kerusi, meja makan dan almari.

Manchineel
Setiap bahagian pokok tersebut sangat beracun.

Tapi, tidakkah dengan hanya menyentuhnya boleh membahayakan kulit? Dipercayai kualiti racun pada kayu pokok sebahagian besarnya akan hilang apabila dibiarkan kering di bawah matahari.

Malah, buahnya yang boleh mematikan itu juga boleh digunakan sebagai diuretik, iaitu ubat untuk mengeluarkan urin dengan lebih banyak, selepas dikeringkan.

Cuma, sejauh mana kandungan racunnya betul-betul hilang masih lagi tidak diketahui. Jadi, menjauhi Manchineel adalah perkara paling selamat.

BACA INI JUGA: Top 5 Haiwan Laut Yang Paling Berbisa

-SENTIASAPANAS.COM

'Senyumannya Ikhlas Dan Suaranya Seperti Malaikat'

'Senyumannya Ikhlas Dan Suaranya Seperti Malaikat'

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berusia 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya lain.

Motivasi diri
Gambar hiasan.

Pada satu Jumaat yang indah, ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam, cuaca bertukar mendung dan hujan mula turun.

Anak kecil itu membetulkan jubahnya seraya berkata, "Ayah! Saya sudah bersedia."

Ayahnya terkejut dan berkata, "Bersedia untuk apa?"

"Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah."

"Anakku! Bukankah keadaan diluar sana sejuk dan hujan juga agak lebat."

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun."

Ayahnya berkata, "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca begini."

Dengan merintih anaknya merayu, "Benarkan saya pergi ayah."

Ayahnya yang berasa agak risau menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya, "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah." Dengan wajah bersinar-sinar anaknya meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapapun yang ditemuinya. Dia juga akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Selepas dua jam, hanya tinggal satu risalah "Jalan-jalan Syurga" ada ditangannya. Dia merasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang agak terperosok di suatu jalan lalu mengatur langkah menghampiri rumah itu. Setibanya di rumah itu, ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Dia mengetuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang menahannya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri didepan pintu adalah seorang wanita dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

"Nak, apa yang makcik boleh bantu?

"Makcik, maaf saya menggangu. Saya hanya ingin menyatakan Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang untuk menyerahkan risalah terakhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah."

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak, semoga Tuhan melindungi kamu."

Minggu berikutnya sebelum solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. sebelum selesai dia bertanya, "Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah wanita separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa disini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini. Untuk pengetahuan anda semua, sebelum Jumaat minggu lepas, saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal dunia beberapa tahun lalu dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mula bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas, saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya ikat hujung tali di galang dan hujungnya saya letakkan ke dalam leher.

"Apabila tiba saatnya untuk saya terjun dari kerusi, tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Saya menunggu sebentar. Pada anggapan saya, siapa pun yang menekan loceng itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.

"Belum pernah ada orang menekan loceng rumah saya sejak sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi membuka pintu.

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak secomel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti Malaikat."

"Makcik, maaf saya menggangu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan Makcik." Itulah kata-kata yang paling indah yang saya pernah dengar!

"Saya melihatnya pergi menyusuri hujan. Saya menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat dan akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa, saya letakkan semula ditempat asal. Saya tidak perlukan itu lagi.

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, Allah.

"Dibelakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya disini hari ini. Jika bukan kerana malaikat kecil yang datang hari itu, sudah tentu roh saya akan berada di dalam neraka selama-lamanya."

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Mereka bertakhbir Allahuakbar!

Imam turun dari mimbar dan memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar sambil menangis. Jumaat ini merupakan Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang lebih besar dari apa yang dia ada pada hari ini.

Anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com