Tuesday, July 08, 2014

Penyakit Ganjil, Pengsan Apabila Ketawa!

Penyakit Ganjil, Pengsan Apabila Ketawa!

Secara luarannya, Kay Underwood, tampak seperti gadis-gadis lain yang sihat dan sentiasa ceria sebaya dengannya. Bagaimanapun, pelajar jurusan seni bina di Universiti Lincoln, England itu sebenarnya menderita sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan dia pengsan setiap kali ketawa.

Kay Underwood

Underwood menghidap penyakit tidur dikenali sebagai katapleksi atau serangan tiba-tiba yang mengakibatkan otot menjadi lemah hinggakan pesakit tidak mampu bergerak walaupun dia masih sedar.

Selain ketawa, rasa teruja, terkejut, takut, marah dan malu juga akan menghasilkan reaksi yang sama kepada gadis yang berasal dari Leicestershire itu.

Menurut Underwood, dia menanggung penyakit tersebut sejak lima tahun lalu dan terpaksa bergantung kepada beberapa jenis ubat untuk menjalani rutin harian.

Katanya, penyakit itu membuatkan dia pengsan lebih 40 kali sehari sebelum pulih semula dalam masa beberapa minit.

"Sewaktu diserang katapleksi, saya akan kehilangan kawalan badan tetapi tidak pengsan. Ia menyerang setiap kali saya ketawa," katanya seperti dipetik portal Daily Mail.

Cerita Underwood, dia selalu mengalami gangguan tidur sehinggakan dia berasa tertekan dan sukar menumpukan pelajaran di dalam kelas.

"Ketika berumur 15 tahun, saya kerap mengantuk di dalam kelas. Oleh sebab itu, saya cenderung untuk tidur selama berjam-jam selepas pulang dari sekolah.

"Pada waktu malam pula, saya sering terjaga daripada tidur. Bagaimanapun, saya tidak dapat menggerakkan tubuh dan seolah-olah lumpuh seketika. Ini benar-benar menakutkan saya," katanya.

Underwood kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Leicester dan disahkan menghidap katapleksi.

Menurut pakar gangguan tidur di hospital berkenaan, Dr. Andrew Hall, katapleksi merujuk kepada paralisis tidur yang berpunca daripada kegagalan fungsi otak mengawal masa jaga dan tidur.

Jelasnya, keadaan itu mencetuskan situasi kehilangan upaya otot secara mengejut ketika sedang berjaga.

"Otot yang tiba-tiba menjadi lemah ini boleh berlaku di bahagian tertentu tubuh.

"Misalnya, jika katapleksi terjadi pada tangan, seseorang itu akan menjatuhkan objek yang sedang dipegangnya.

"Kesan emosi yang kuat dan mendalam sering menjadi punca penyakit berkenaan," katanya.

Tambah Hall, antara tanda awal yang biasa dilihat pada pesakit ialah tidur secara berlebihan pada waktu siang.

"Mereka juga mengalami sakit kepala dan migrain selain menderita tekanan emosi antara 30 hingga 57 peratus.

"Pesakit lazimnya diberikan ubat seperti amphetamine dan sodium oxybate bagi membantu mereka tidur lebih lena pada waktu malam dan berjaga pada siang hari," ujarnya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Solat Dua Imam Serentak Di Rantau Panjang!

Solat Dua Imam Serentak Di Rantau Panjang!

Rantau Panjang – Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti.

Solat Dua Imam

Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih.

Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam.

Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.

Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.

Pengakuan kumpulan satu

Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini.

Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini.

“Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu.

“Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya.

Beliau yang juga guru di sekolah dekat sini berkata, tiada sebarang perbezaan dilakukan dalam berdakwah mengikut Tarekat Tarjani.

Menurutnya, selawat dan solatmengikut ajaran Islam yang sebenar tiada sebarang tokok tambah.

Namun katanya, penduduk tidak yakin sehingga sanggup membuat saf baharu meskipun saya bersiap mahu menunaikan solat di masjid ini.

“Saya paling kecewa pada 2012 lalu, apabila mereka melarang saya menunaikan solat di dalam masjid yang dibina arwah bapa saya biarpun tanah ini sudah pun diwarisi kepada kami tiga beradik,” katanya.

Menurutnya, tindakan penduduk kampung diibaratkan menidakkan hak mereka seterusnya sengaja menimbulkan huru-hara.

Disebabkan katanya, dia memfailkan saman di Mahkamah Tinggi agar tidak membenarkan penduduk menjejakkan kaki ke dalam masjid ini pada 12 Disember tahun lalu.

Solat Dua Imam Serentak Di Rantau Panjang! [2]

Kumpulan kedua beri penjelasan

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Nor Razali berkata, kejadian ini bermula pada 2010 lalu namun mula memuncak pada 2011 sehingga 2012 lalu.

Ketika itu katanya, penduduk dipelawa mengikut ajaran tarekat berkenaan namun kebanyakannya tidak yakin seterusnya tidak mengikut saranan yang dibawa oleh Ustaz Yahya Zakaria.

Beberapa lama selepas itu, Mohd Nor mendakwa Ustaz Yahya membuat perintah mahkamah agar tidak membenarkan 13 penduduk menunaikan solat di masjid ini bermula akhir tahun lalu.

Memandangkan masjid ini dibina di atas tanah hak milik tiga anak Allahyarham Tok Guru Zakaria, maka penduduk dilarang menjejakkan kaki di pekarangan masjid kerana didakwa boleh mencetuskan perselisihan.

Namun pada 1 Julai lalu, mahkamah membenarkan penduduk menunaikan solat terawih sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurutnya, jemaah dari kumpulan Ustaz Yahya juga tidak menghalang penduduk memasuki masjid namun keengganan berganjak dari saf depan menyebabkan kejadian solat dua imam serentak.

Katanya, penduduk sukar menunaikan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa kerana kumpulan pertama enggan berganjak dari saf hadapan.

Maka katanya, jemaah terpaksa membuat saf baharu, satu saf di belakang kumpulan pertama untuk solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih.

“Mereka hanya duduk di hadapan saf tanpa tunai solat terlebih dahulu dan mendakwa sedang berselawat.

“Disebabkan waktu Isyak semakin menghampiri, maka kami terpaksa menunaikan solat di belakang saf mereka, tanpa menunggu mereka selesai berselawat,” katanya.

Keadaan ini katanya, turut berpanjangan sehingga ke solat tarawih membabitkan jemaah yang sama, mengikut dua imam berlainan.

Sementara itu, penduduk, Ismail Awang, 75, berkata, di masjid seramai 500 jemaah dapat menunaikan solat dalam satu-satu masa.

Namun katanya, insiden ini menyebabkan ramai tidak dapat menunaikan solat sekali gus menyukarkan penduduk untuk beribadah di bulan Ramadan.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyiasat punca berlakunya insiden solat dua imam serentak di masjid berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Ir Yusoff Ismail berkata, sebelum ini pihaknya tidak terima selaporan berhubung kejadian ini.

Namun katanya, Maik akan hantar pegawai untuk mengetahui masalah yang berlaku membabitkan dua pihak terbabit seterusnya mencari jalan penyelesaian kes berkenaan.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku terutama ketika bulan Ramadan malah berlaku di dalam rumah ALLAH,”katanya.

BACA INI JUGA: Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?

Sumber: mynewshub

Monday, July 07, 2014

Kad Selamat Tinggal Seorang Ibu Yang Menyedihkan

Kad Selamat Tinggal Seorang Ibu Yang Menyedihkan

Info Motivasi. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila menyedari dia tidak dapat bersama dan melihat anaknya membesar.

Rowena Darby

Wanita bernama Rowena Darby yang tinggal di Bolton, England bersama suaminya, Phil dan anak lelaki mereka, Freddie mengidap penyakit kanser dan diramal hanya mempunyai dua tahun sahaja lagi untuk hidup.

Sebulan selepas melahirkan Freddie pada tahun 2010, Rowena mengalami kesakitan pada perutnya. Doktor menganggap kesakitan yang dialaminya hanya berkaitan dengan kehamilan dan memberikan ubat penahan sakit.

Tetapi selepas enam bulan, Rowena masih mengalami kesakitan pada perutnya. Selepas melakukan beberapa ujian perubatan, doktor juga masih tidak dapat mengesan penyebab kesakitan tersebut.

Kemudian pada Mei 2011, dia menjalani ujian kolonoskopi dan sebulan kemudian keputusan ujian mendapati Rowena menghidap kanser usus.

Pada tahun 2012, penyakit itu semakin kronik kerana telah merebak ke bahagian hati dan paru-paru. Tidak ada pakar yang mampu membrikannya sebarang harapan untuk sembuh.

Sejurus mengetahui ubat kematian itu hanyalah mati, Rowena menerima berita itu dengan tabah. Dia langsung tidak risau kerana tahu sakit itu akan hilang selepas mati. Cuma dia tidak dapat membayangkan bagaimana anak kecilnya akan membesar tanpa seorang ibu.

Rowena kemudiannya memkirkan cara yang paling sesuai untuk memastikan dia sentiasa berada dalam ingatan Freddie walaupun tidak lagi bersamanya.

Rowena Darby [2]

Suatu hari, Rowena menerima sekeping kad ucapan daripada seorang teman yang mendoakan dia supaya sembuh. Kad itu menjadi pencetus idea untuk wanita ini menyampaikan isi hati kepada Freddie sehinggalah anaknya mencapai usia 21 tahun.

Rowena telah membuat 21 keping kad untuk anaknya. Dengan kad-kad ini, Freddie akan membaca kad yang berisi pesanan penting daripada Rowena pada hari-hari istimewa seperti hari lahir, Krismas, graduasi dan apabila dia berkahwin kelak.

Rowena mengakui dia berasa amat pelik untuk menulis ucapan buat Freddie yang sudah besar. Pada setiap usia, dia akan membayangkan rupa Freddie ketika itu ketika menulis mesej atau nasihat yang mahu diberikan dan kenangan yang mahu ditinggalkan.

Rowena Darby [4]

Rowena berharap kad-kad ucapan ini mampu membuatkan Freddie mengingati dan dekat dengannya serta tahu bahawa dia amat menyayangi Freddie walaupun dia sudah tiada.

Mengenangkan semua kad ucapan yang ditulis, ada satu kad yang paling menyentuh perasaan. Kad yang akan disampaikan pada usia Freddy 10 tahun.
Mengikut kad itu, Rowena berpesan apa yang berlaku kepada kehidupan kita adalah 10 peratus dan 90 peratus lagi adalah bagaimana kita bertindak balas kepadanya.

Menurut Rowena, dia mengandaikan ketika itu Freddie sedang bergelut untuk menerima hakikat bahawa dia sudah tiada.

Rowena Darby [5]

Selain kad ucapan, Rowena turut meninggalkan sebuah mesej khas untuk suami dan anaknya pada sebuah plak yang diletakkan di pokok rumah mereka yang berbunyi, "Orang hanya mati apabila kita melupakan mereka. Jika anda boleh mengingati saya, saya sentiasa akan bersama anda".

Bagi Rowena, dia bernasib baik kerana tahu bahawa dia akan mati dan boleh bersedia untuk kematiannya. Jika dia mati dalam kemalangan kereta, sudah pasti dia tiada kesempatan untuk meninggalkan kenangan untuk Freddie.

Walaupun berita ini sukar diterima ahli keluarga Rowena, sekurang-kurangnya mereka tahu ia akan berlaku dan boleh menghabiskan masa yang ada bersama-sama.

Rowena Darby [6]

Tidak mengetahui bila dia akan meninggalkan Freddie, setiap saat adalah masa yang sangat berharga bagi Rowena dan Freddie.

Ketika ini Rowena melakukan apa sahaja yang boleh untuk meluangkan masa berharga dengan keluarganya walaupun terpaksa menjalani banyak rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Semoga kisah Rowena menjadi peringatan kepada kita semua supaya bersyukur dan menghargai setiap saat bersama keluarga dan insan tersayang terutamanya ibu bapa kita.

BACA INI JUGA: Percaya Tak, Ibu Kita Pembohong Besar!

-Sentiasapanas.com

MH653, Pesawat Malaysia Yang Pernah Dirampas!

MH653, Pesawat Malaysia Yang Pernah Dirampas!

Suasana selesa dan indah dalam pesawat MH653 Boeing 737 milik MAS dari Pulau Pinang ke Selangor begitu mendamaikan.

MH653 Boeing 737

Malangnya, pesawat yang membawa seramai 93 orang penumpang dan tujuh anak kapal itu tiba-tiba dilaporkan hilang daripada radar. Kejadian itu berlaku selepas beberapa minit ia berada di udara.

Pesawat MH653 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang sekitar pukul 7:21 malam pada 4 Disember 1977.

Penerbangan itu dijadualkan bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS), Selangor kira-kira sejam selepas berlepas.

MH653 Boeing 737 - Kawasan Kejadian
Kawasan tragedi MH653.

Namun, tiada siapa menduga keasyikan berada pada kedudukan tinggi itu dengan sekelip mata bertukar menjadi tragedi mengerikan.

Sebelum hilang daripada radar, seorang daripada juruterbang telah memaklumkan bahawa ada kejadian mencemaskan telah berlaku dalam penerbangan itu. Dikatakan sekumpulan pihak yang tidak dikenali yang berada dalam penerbangan itu tiba-tiba bertindak ganas merampas pesawat.

Selepas insiden rampasan itu, imej kapal terbang MH653 dilaporkan hilang daripada radar menara kawalan. Belum pun selesai kes merungsingkan itu, sebuah pesawat diberitakan terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor, pada hari yang sama sekitar sekitar pukul 8:00 malam.

Benarkah pesawat malang itu telah dirampas seperti yang dimaklumkan oleh juruterbang yang bertugas sebelum hilang dari radar? Apa pula kaitan kes kehilangan itu dengan berita pesawat terhempas di Tanjung Kupang? Semua perkara ini benar-benar membingungkan pihak yang terlibat ketika itu.

Bagaimanapun, setelah siasatan dilakukan, agak mengejutkan kerana semua persoalan itu rupa-rupanya mempunyai hubung-kait antara satu sama lain.

Objek besar yang terhempas di Tanjung Kupang bukanlah objek terbang misteri, tetapi disahkan sebagai pesawat MH653. Menyedihkan, tiada seorang pun daripada 93 orang penumpang dan tujuh orang krew penerbangan terselamat dalam nahas udara itu.

MH653 Boeing 737 - Serpihan [2]
MH653 Boeing 737 - Serpihan
Serpihan rangka pesawat MH653.

Antara nyawa yang terkorban dalam tragedi dahsyat itu ialah Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D Hoer dan S.A Naime, seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia dan isterinya turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang lain dan petugas kabin.

Akibat kemalangan itu, tiada satu pun mayat yang ditemui dalam keadaan sempurna. Paling menyayat hati, tiada tengkorak ditemui di dalam kawasan tragedi. Adapun yang ditemui hanyalah cebisan-cebisan daging dan isi perut mangsa yang hangus terbakar bertaburan di kawasan paya bakau sekitar perkampungan Tanjung Kupang.

Dalam keadaan sebegini, adalah sangat sukar untuk mengecam identiti setiap mangsa.

Atas sebab itu, beberapa orang ketua pelbagai agama berbincang dan memutuskan untuk mengebumikan kesemua mangsa secara bersama. Lima hari selepas kejadian, pengebumian secara besar-besaran kemudian dilakukan di sebuah tapak perkuburan khas di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Namun, keadaan sedih itu tidak berakhir di situ. Masih banyak teka-teki berhubung punca kepada kehilangan pesawat MH653 belum terjawab sehingga ke hari ini.

Bagaimana kapal terbang tersebut boleh hilang daripada radar hingga membawa kepada kemalangan ngeri. Daripada rekod pelbagai sumber, kebanyakannya cuba mengaitkan kejadian itu dengan pelbagai teori rampasan kapal terbang.

Anggota militan Vietnam juga dikaitkan sebagai dalang. Ini kerana sebelum kejadian berlaku, penguat kuasa Singapura telah menahan tiga orang militan Vietnam yang merampas pesawat DC3 Air Vietnam.

Selain itu, ada juga pihak yang meletakkan teori bahawa pemberontak Cuba merupakan pelaku utama dalam kejadian rampasan itu. Kononnya pemberontak dari negara itu telah merancang untuk melakukan perbuatan khianat terhadap duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia yang sedang menaiki pesawat tersebut.

MH653 Boeing 737 - Tengku Mahkota Johor
Mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor.

Disamping itu juga, terdapat juga teori yang percaya bahawa kejadian itu didalangi gerila Tentera Merah Jepun (JRA). Namun, penglibatan tentera berkenaan dalam rampasan pesawat MH653 dinafikan.

Siapa pun pelakunya, penerbangan pesawat MH653 telah menjadi huru-hara. Sepatutnya pesawat itu dijadualkan mendarat di LTAS, tetapi telah menukar laluan penerbangan pada saat-saat akhir ke Singapura.

Semasa dalam perjalanan ke Singapura, terdapat spekulasi mengatakan kedua-dua juruterbang MH653 ditembak mati menyebabkan kapal terbang tersebut jatuh terhempas.

Oleh kerana tiada saksi yang terselamat, semua teori tersebut tidak dapat disaksikan kesahihannya. Harapan para penyiasat hanya bergantung kepada kotak hitam yang berjaya ditemui beberapa minggu kemudian.

Hasil siasatan ke atas bahan bukti itu telah didedahkan dalam satu laporan rasmi sembilan bulan selepas kejadian. Dalam laporan itu menyatakan bahawa juruterbang dan seorang pegawai penerbangan telah ditembak oleh perampas. Ia berlaku beberapa minit sebelum pesawat malang itu menjunam jatuh di Tanjung Kupang.

MH653 Boeing 737 - Tragedi Tanjung Kupang
Kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal dikebumikan bersama.

Dalam rakaman itu, kedengaran suara juruterbang bernama G.K Ganjoor sempat merayu, "No, please, don't..", sebeum terdengar bunyi das tembakan sebanyak tiga kali. Kejadian menyedihkan itu berlaku semasa pesawat berada pada ketinggian 4,000 kaki.

Sejurus selepas juruterbang ditembak, seseorang cuba menerbangkan dan mengawal pesawat, tapi pesawat itu mula menjunam dan terhempas ke Bumi pada kelajuan 450 knot.

Sebelum insiden itu, kotak hitam turut merakam suara seseorang yang tidak dikenali dengan berkata, "You bluff us". Terdengar juga suara perbualan dalam bahasa asing dalam rakaman itu.

Siapa dan apa kewarganegaraan mereka, belum dapat dikenal pasti dan tidak diketahui sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: 10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia

-Sentiasapanas.com

Sunday, July 06, 2014

PANAS! David Orok, Calon Parti STAR Hina Islam!

PANAS! David Orok, Calon Parti STAR Hina Islam!

Calon parti STAR yang semalam telah dibuat laporan polis kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba sahaja menyerang UMNO dan mendakwa UMNO telah memanjangkan perkara yang tidak sepatutnya dipanjang-panjangkan.

DAVID OROK

Kononnya tindakan membuat laporan polis, telah mendedahkan keburukan tentang agama Islam dan amalan dalam Islam mengikut rekaan dan kefahaman karutnya.

David Orok cuba menghalalkan perbuatannya menghina Islam dan membuat fitnah dengan menyatakan semua hujahnya itu berlandaskan kepada ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis sohih.

Bagaimanapun, sepanjang siasatan yang dibuat di dalam Facebooknya, dia langsung tidak menyebut ayat-ayat Al-Quran mana atau hadis-hadis sahih mana yang menjadi rujukannya.

Al-Baqarah 120: "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Sebaliknya, dia telah menggunakan hadis-hadis dan tafsiran-tafsiran Al-Quran yang dilakukan oleh pendakyah-pendakyah yang cuba menghina Islam sepertinya yang kemudian disandarkan sebagai tafsiran-tafsiran sahih.

Barangkali DAVID OROK tidak tahu apa-apa tentang pemalsuan riwayat perkahwinan antara Syaidatina Aisyah r.a dengan Nabi Muhammad SAW apabila usia Syaidatina Aisyah r.a didakwa hanya 6 tahun ketika dikahwinkan dengan Nabi Muhammad SAW.

DAVID OROK HINA ISLAM [2]

Riwayat-riwayat palsu yang dicipta oleh musuh-musuh Islam sememangnya banyak. Riwayat-riwayat palsu tersebut selain tafsiran-tafsiran ayat Al-Quran yang sengaja dibuat untuk merendah-rendahkan agama Islam juga banyak diperolehi.

Itulah sebenarnya yang digunakan oleh DAVID OROK!!!

Sekarang, laporan polis telah dibuat terhadapnya. Dan dia cuba pula memindahkan kesalahannya menghina agama Islam kepada UMNO, kononnya kalau UMNO diamkan sahaja, maka cerita dia menghina Islam tidak akan diperbesar-besarkan, sekaligus tidak akan membuka ruang 'kelemahan' pada Islam untuk ditatap.

DAVID OROK HINA ISLAM

Anehnya, pada ketika tiada sesiapa pun yang mempersoalkan kesahihan agama Kristian, atau mazhab-mazhab di dalam Kristian yang sangat pelbagai itu, termasuklah di Sabah dan Sarawak sendiri, golongan seperti DAVID OROK pula berhempas pulas untuk melakukan provokasi agar apabila ada umat Islam yang membalas provokasi tersebut, maka ia merupakan kejahatan Islam.

Ini isu yang sama membabitkan KALIMAH ALLAH!

"Mereka (Yahudi dan Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan".

Menariknya si DAVID OROK ini, dia buat membuat provokasi, memperleceh dan menghina agama orang lain, laporan polis dibuat ke atasnya, kemudian menyalahkan pihak yang membuat laporan polis!

Kristian jenis apakah dia ini kerana dalam ajaran Kristian tidak ada perangai sebegini!

Atau, inilah ajaran agama Kristian yang sebenarnya?

BACA INI JUGA: Pengertian Neraka Bagi Penganut Kristian Dan Islam

Saturday, July 05, 2014

Video Neymar Retak Tulang Belakang!

Video Neymar Retak Tulang Belakang!

Terjahan pemain Columbia, Juan Zuniga terhadap penyerang berbisa Brazil, Neymar meranapkan impiannya untuk mengiringi Brazil menjulang gelaran juara Piala Dunia 2014.

Neymar Retak Tulang Belakang!

Neymar terbaring di atas padang selepas mengalami kecederaan.

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar, mengesahkan Neymar mengalami keretakan tulang belakang yang memerlukan masa untuk kembali pulih.

"Berita ini bukanlah mudah tetapi Neymar tidak akan bermain sepanjang Piala Dunia. Sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu diperlukan untuk dia pulih," katanya seperti yang dipetik melalui The Guardian.

Neymar da Silva Santos mengalami kecederaan serius selepas Zuniga mengasari bahagian belakang tubuh pemain tersebut dengan menggunakan lutut dalam saingan suku akhir di Fortaleza malam tadi.

Pemain berusia 22 tahun itu dilihat tidak mampu untuk bangun atau berjalan dan terpaksa diusung keluar dari padang oleh pasukan perubatan.

Brazil akan bertemu Jerman pada perlawanan separuh akhir.

Jurulatih Skuad Brazil, Scolari kini berhadapan dengan situasi sukar bagi menggantikan bintang Brazil itu.

Ini kerana Neymar dilihat sebagai tonggak utama buat pasukan kendalian Luiz Felipe Scolari yang mampu mengangkat Brazil sehingga ke perlawanan akhir.

Setakat ini, Neymar, 22, sudah menjaringkan sebanyak empat gol dalam edisi kejohanan kali ini bersama-sama dengan penyerang Argentina, Lionel Messi dan penyerang Jerman, Thomas Muller.

-Sentiasapanas.com

Neymar Retak Tulang Belakang! [2]
Neymar Retak Tulang Belakang! [3]
Neymar Retak Tulang Belakang! [4]
Neymar Retak Tulang Belakang! [5]

Selebriti Hollywood Yang Memandu Kereta Paling Mahal

Selebriti Hollywood Yang Memandu Kereta Paling Mahal

Dunia hiburan dan selebriti saling berkait dengan kemewahan apalagi bila membabitkan bintang-bintang terkenal Hollywood. Sesetengah artis sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar semata-mata untuk memiliki kereta mewah terbaik yang ada di pasaran.

Jom kita tengok antara kereta paling mahal yang dimiliki selebriti terkenal Hollywood.

Kim Kardashian
Kereta: Ferrari F430
Harga: USD$186,925

Kim Kardashian Ferrari F430

Kim Kardashian memiliki sebuah kereta Ferrari F430 yang bernilai USD186,925. Walaupun dia juga mempunyai beberapa buah kereta lain seperti Bentley Continential GT yang selalu digunakannya, namun kereta Ferrari ini adalah yang paling mahal dimilikinya.

Berdasarkan kerjayanya yang pelbagai seperti mempunyai siri realiti tv sendiri, menjadi duta kepada pelbagai produk selain mempunyai pewangi dan pil diet jenama sendiri, apalah sangat bagi Kim untuk membayar USD3,800 ansuran sebulan untuk kereta Ferrari tersebut.

Paris Hilton
Kereta: Bentley GT Continential
Harga: USD$285,000

Paris Hilton Bentley GT Continential

Paris memiliki sebuah kereta Bentley GT Continential yang dibelinya sebagai hadiah krismas untuk dirinya sendiri.

Oleh kerana mahukan kelainan, dia telah mengarahkan agar keretanya dihiasi berlian di bahagian dashboard yang mana kesemuanya bernilai USD285,000.

Kereta tersebut juga diwarnakan dengan warna merah jambu Barbie Corvette, kerana dia adalah seorang peminat Barbie.

P. Diddy
Kereta: Maybach
Harga: USD$360,000

P. Diddy Maybach

P.Diddy juga dikenali sebagai Sean Combs bukanlah pemilik kepada kereta Maybach yang bernilai USD360,000 yang ditampilkan dalam artikel ini tetapi secara tidak langsung, dia adalah pemilik asal kereta tersebut sebelum ianya dihadiahkan kepada anak lelakinya, Justin, semasa sambutan hari lahir anaknya yang ke 16 tahun.

Anak lelakinya bukan sahaja dihadiahkan kereta Maybach mewah itu malah turut disediakan khidmat pemandu yang akan mengiringinya kerana dia belum memiliki lesen memandu.

David Beckham
Kereta: Rolls-Royce Phantom Drophead
Harga: USD$407,000

David Beckham Rolls-Royce Phantom Drophead

Kelibat David Beckham seringkali dilihat memandu kereta jenis Rolls-Royce Phantom Drophead miliknya di sekitar Beverly Hills bersama-sama anak-anaknya.

Kereta mewah yang sangat cantik itu dibelinya dengan harga USD407,000. Namun, kerana pelbagai pengubahsuaian yang telah dilakukannya, termasuk roda yang ditempah khas dari Savini Forged, nilainya juga semakin tinggi di pasaran.

Jay Leno
Kereta: Mercedes SLR McLaren
Harga: USD$500,000++

Jay Leno Mercedes SLR McLaren

Pengacara Jay Leno yang terkenal kerana rancangan bual lewat malam kendaliannya, turut terkenal sebagai seorang pengumpul kereta yang tegar.

Di dalam garajnya yang berukuran 17,000 kaki persegi menempatkan berpuluh-puluh kereta dari pelbagai jenis model.

Salah satu koleksinya termasuklah sebuah Stanley Steamer tahun 1906 dan Dodge Challenger tahun 1970.

Namun, kereta paling mahal yang dimilikinya adalah sebuah kereta Mercedes SLR McLaren yang dinilaikan sekitar setengah juta dolar.

Selain kereta paling mahal, kereta itu juga dikatakan antara kereta yang paling digemarinya.

Nicolas Cage
Kereta: Ferrari Enzo
Harga: USD$670,000

Nicolas Cage Ferrari Enzo

Nicolas Cage mengejutkan ramai pihak apabila diketahui terbabit dalam masalah kewangan yang serius walaupun dia sebenarnya adalah salah seorang aktor Hollywood yang mendapat bayaran paling tinggi untuk sesebuah filem.

Namun, sebelum berlakunya masalah kewangan yang serius, Nicholas pernah memiliki sebuah kereta Ferrari Enzo yang nilainya dikatakan mencecah USD670,000.

Kereta mewah tersebut mampu mencapai kelajuan 217 batu sejam dan mampu bergerak dari 0 ke 60 batu sejam dalam tempoh satu saat sahaja.

Model kereta Ferrari itu juga dilengkapi dengan enjin V12 Aluminium F140 iaitu salah satu daripada hanya 399 yang dikeluarkan.

Namun sayang sekali kereta kesayangannya itu terpaksa dijual sebagai salah satu usaha untuk meredakan masalah kewangan yang mengelilinginya.

Jerry Seinfeld
Kereta: Ferrari 959
Harga: USD$700,000

Jerry Seinfeld Ferrari 959

Aktor komedi Jerry Seinfeld turut dikenali sebagai pengumpul kereta yang tegar seperti Jay Leno.

Antara koleksi keretanya ialah kereta-kereta jenama Porche dan dikatakan bahawa Jerry ialah pengumpul kereta Porche paling banyak di dunia.

Antar 46 buah kereta yang dimilikinya, terdapat sebuah kereta Porche 959 yang menjadi kemuncak koleksinya.

Model tersebut ialah salah satu daripada 337 buah model sama yang dikeluarkan dan harganya dikatakan sekitar USD700,000.

Namun begitu, kereta tersebut hanya boleh dijadikan koleksi dan tidak boleh dipandu kerana ia tidak melepasi ujian kelayakan yang diperlukan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk dipandu di jalan raya.

Simon Cowell
Kereta: Buggati Veyron
Harga: USD$1.7 Juta

Simon Cowell Buggati Veyron

Simon Cowell yang pernah menjadi juri terkenal American Idol, X-Factor America dan juga Britain's Got Talent memang sudah terkenal dalam dunia hiburan kerana kemampuannya mencari bakat-bakat baru yang berjaya di pasaran seperti kumpulan Westlife, I1 Divo dan yang terbaru One Direction.

Simon memiliki sebuah kereta Buggati Veyron yang dikatakan bernilai USD1,700,000.

Kereta mewah ini mampu mencecah kelajuan maksimum 267 batu sejam, menjadikan kereta Buggati sebagai salah satu kereta paling pantas di dunia.

Selain itu, Simon turut memiliki kereta jenama Rolls-Royce Phantom dan juga Ferrari.

Birdman
Kereta: Buggati Veyron
Harga: USD$2 Juta

Birdman Buggati Veyron

Birdman yang nama sebenarnya ialah Bryan Williams juga memandu sebuah Buggati Veyron dan model ini pula bernilai kira-kira USD2 juta dolar.

Selain dikenali sebagai salah satu kereta paling mahal di dunia, kereta Buggati juga adalah antara yang terpantas di dunia bagi sebuah kereta yang sah digunakan di jalan raya.

Rapper terkenal ini juga seringkali dilihat memuatnaik gambarnya bersama-sama kereta kesayangannya dimana-mana sahaja dia memandu kereta tersebut.

Sebagai seorang CEO Cash Money Records, tidak hairanlah jika Birdman mampu memiliki antara kereta paling mewah di dunia.

Jay Z
Kereta: Maybach Exelero
Harga: USD$8 Juta

Jay Z Maybach Exelero

Rapper terkenal Jay Z yang juga suami kepada penyanyi Beyonce berada dalam kedudukan teratas selebriti Hollywood yang mempunyai kereta paling mahal di dunia.

Kereta yang dimaksudkan ialah sebuah Maybach Exelero.

Apa yang menariknya, kereta yang dikatakan bernilai USD$8 juta ini amat menyerupai kereta Batman, malah kereta mewah ini juga pernah ditampilkan dalam klip video lagunya, 'Lost One'.

Kereta mewah ini mampu mencecah kelajuan 66 mph dalam tempoh 4.44 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 218 batu sejam.

Walaupun pada mulanya kereta Maybach Exelero ini hanya dibuat untuk Fulda Tires pada tahun 2005, namun pada masa kini sesiapa saja yang berkemampuan sudah boleh membelinya kerana ia sudah dipasarkan untuk umum.

-Sentiasapanas.com

Friday, July 04, 2014

Makhluk Yang Lebih Jahat Daripada Firaun

Makhluk Yang Lebih Jahat Daripada Firaun

Ada satu cerita, Iblis terkutuk berdebat dengan Firaun durjana. Tiada yang baik antara keduanya, namun ada yang teruk macam mereka.

Firaun

Kononnya, pada suatu malam, Iblis pergi ke istana Firaun ketika ‘sahabatnya’ itu hendak tidur. Tiba sahaja di hadapan kamar Firaun, Iblis pun mengetuk pintu lalu memanggil Firaun keluar.

Firaun berang tidak terkira kerana ada yang berani mengganggunya ketika dia mahu melelapkan mata. “Siapa yang berani ketuk pintu bilik tidur aku?,” tanya Firaun yang sombong itu dengan suara bengis.

“Hai! Bukankah engkau sentiasa dakwa diri engkau tuhan, tapi aku ada di sebalik pintu depan engkau pun engkau sudah tidak tahu. Tapi tidak apalah. Sebenarnya aku Iblis. Keluarlah sekarang kerana aku mahu berbincang dengan engkau,” jawab Iblis selamba.

Dia menyeringai, puas hati kerana awal-awal lagi dia sudah berjaya memperlekehkan Firaun, seorang raja negara besar yang digeruni ramai.

Maka, setelah Firaun membuka pintu dan melihat Iblis tercegat bercekak pinggang di hadapannya, dia jadi bertambah marah.

“Engkau memang makhluk tidak berguna. Dengan makhluk lain, bahkan Nabi Adam, engkau bersikap biadab. Dengan aku pun engkau mahu tunjuk keras kepala?,” sergah Firaun.

Iblis senyum. “Anggapan engkau salah. Sebenarnya engkau lebih teruk daripada aku,” jelas Iblis yang tidak terkesan pun dengan kemarahan Firaun.

“Kenapa engkau kata begitu?,” tanya Firaun, api kemarahannya semakin membara.

“Cuba engkau fikir. Aku lebih tua, lebih cerdas dan lebih kuat daripada engkau. Tapi aku tidak seberani engkau. Aku hanya tidak mahu tunduk pada Nabi Adam apabila diperintah ALLAH kerana aku lebih hebat.

“Aku dijadikan daripada api, sedangkan Adam (manusia) dijadikan daripada tanah. Mana boleh aku tunduk padanya! Bagaimanapun, aku tidak pernah tolak keesaan ALLAH.

“Tetapi engkau; walaupun hanya manusia biasa, tiada kelebihan apa pun, namun engkau berani mengaku kononnya engkau tuhan,” kata Iblis.

Firaun sedar kelemahannya. Dia teringat betapa dia cuba menghalang ancaman terhadap diri dan kekuasaannya dengan mengeluarkan perintah supaya semua bayi lelaki dibunuh, tetapi dengan kuasa ALLAH, Nabi Musa AS membesar di istana sebagai anak angkatnya sendiri dan akhirnya menjadi apa yang dianggap sebagai musuh yang akhirnya menyebabkan seluruh tentera serta dirinya tenggelam di lautan.

“Benar apa yang kamu katakan. Kalau begitu aku mahu bertaubatlah,” kata Firaun kepada Iblis.

Iblis

Iblis, yang sentiasa penuh dengan tipu-helah itu menjawab: “Jangan. Penduduk Mesir sudah menerima engkau sebagai tuhan. Bila kamu cabut taraf ketuhanan daripada dirimu itu, mereka akan berpaling daripadamu, akan memusuhimu dan memporak-perandakan kekuasaanmu. Akhirnya kamu akan menjadi orang yang hina-dina.”

“Benar juga kata-kata engkau. Tetapi, aku mahu tahu adakah di dunia ini ada makhluk lain yang jahat selain aku?,” tanya Firaun.

“Ada,” kata Iblis.

“Orang yang tidak sudi menerima permohonan maaf,” kata Iblis, sebelum beredar.

ALLAH yang Maha Berkuasa pun sentiasa mengalu-alukan hambaNya memohon ampun daripadaNya dan ALLAH bersedia mengampunkan hambaNya walaupun dosa mereka banyak.

Rasulullah SAW mengajarkannya kepada isteri Baginda, Aisyah, ketika Aisyah bertanya kepada Baginda: “Wahai Rasulullah, andainya aku berjumpa lailatul qadar, apa yang perlu aku katakan?.”

Baginda bersabda: “Katakanlah: Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau cintakan kemaafan, maka maafkanlah kami.”

ALLAH berfirman (Sohih Muslim) yang maksud: "Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal Aku akan mendekatinya sehasta. Sesiapa yang menghampiriKu sehasta aku akan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan Aku akan pergi kepada dalam keadaan bersegera".

"Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu".

Wallahualam. Selamat berpuasa.

BACA INI JUGA: Banyaknya Kebaikan Dan Amalan Ketika Hujan

[Sumber]

Mengapa Lebih Letih Jika Tidur Selepas Subuh?

Mengapa Lebih Letih Jika Tidur Selepas Subuh?

Adakah anda tergolong dalam kalangan orang yang akan tidur semula selepas bersahur dan menunaikan solat subuh?

Menguap

Jika ya, kami yakin anda bersetuju jika kami katakan anda akan lebih letih selepas bangun daripada tidur.

Menurut pegawai perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad, tidur semula selepas subuh sebenarnya akan mengganggu pusingan biologi dalam badan sekaligus menambahkan keletihan seseorang.

Ia disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Sebenarnya, apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

Bagaimanapun, jika rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas Subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.

Justeru, adalah lebih baik jika anda tidak tidur selepas Subuh, sebaliknya melakukan aktiviti lain bagi mengisi masa sebelum ke tempat kerja.

Namun, jika anda benar-benar perlukan tidur, Dr. Zubaidi mencadangkan agar anda memperuntukkan 30 minit sebelum Zohor untuk melelapkan mata.

Insya-Allah, selepas berwudhu’ dan solat Zohor, anda akan rasa lebih segar untuk meneruskan ibadah puasa.

BACA INI JUGA: Orang Beriman Gembira Menyambut Ramadan

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad