Thursday, April 24, 2014

Lagenda Kehebatan Michael Jordan!

Lagenda Kehebatan Michael Jordan!

Bagi peminat sukan bola keranjang, siapa yang tidak kenal dengan nama Michael Jordan atau nama penuhnya Michael Jeffrey Jordan?

Michael Jordan

Kehebatannya dalam arena sukan bola keranjang di Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat (NBA) begitu menyerlah berbanding rakan-rakan seangkatannya.

Dilahirkan di Brooklyn, New York pada 17 Februari 1963, Jordan membesar di Wilmington, North Carolina. Sejak kecil, Michael sudah berminat dengan sukan tetapi sukan bola keranjang bukanlah cinta pertamanya.

Semasa kecil, Jordan meminati sukan besbol seperti ayahnya dan selalu bermain bersama. Minatnya beralih ke sukan bola keranjang kerana ingin mengikut jejak langkah abangnya, Larry yang hebat bermain bola keranjang.

Michael Jordan Playing Besbol

Di sekolah menengah, Jordan mengembangkan minat dan mula bermain untuk pemilihan pasukan sekolahnya. Dia sangat yakin akan terpilih sebagai pemain untuk mewakili sekolahnya kerana memiliki kepantasan dan ketepatan melempar bola.

Bagaimanapun, dia tidak terpilih kerana faktor ketinggian yang tidak ideal.

Walaupun tidak berjaya, Jordan bertekad ingin menyertai pasukan sekolahnya. Setiap hari dia akan berlatih tanpa mengenal erti penat. Dia sering bergayut pada gelung jaring bola keranjang dengan harapan ketinggiannya akan bertambah.

Akhirnya, usaha dan kerja keras Jordan membuahkan hasil apabila dia berjaya menambah ketinggiannya sebanyak empat inci dan terpilih dalam pasukan sekolah pada tahun berikutnya.

Selepas tamat sekolah menengah, Jordan ditawarkan biasiswa bola keranjang di Universiti North Carolina pada tahun 1981. Sejak itu, Jordan menjadi orang penting dalam pasukan bola keranjang universiti berkenaan.

Michael Jordan Flying

Usaha gigihnya telah meletakkan pasukannya sebagai juara dalam pertandingan divisyen satu Kejohanan NCAA tahun 1982. Jaringan mata akhir yang dilakukannya meletakkan Jordan untuk menerima anugerah NCAA College Player Of The Year.

Pada tahun 1984, Jordan memutuskan untuk meninggalkan Universiti North Carolina untuk memasuki draf NBA. Dalam draf tersebut, dia telah dipilih menyertai pasukan Chicago Bulls.

Sebagai pemain baru yang bertaraf profesional, Jordan menonjolkan kehebatannya dalam arena NBA dan telah menerima anugerah NBA Rookie Of The Year.

Michael Jordan win

Walaupun dia memutuskan untuk menangguhkan pengajiannya, namun pada tahun 1985, dia kembali ke universiti untuk melengkapkan ijazahnya dalam bidang geografi.

Jordan mendapat cincin kejuaraannya yang pertama pada musim kejohanan NBA pada tahun 1991 setelah Chicago Bulls memenangi kejuaraan NBA dengan mengalahkan Los Angeles Lakers di perlawanan akhir.

Jordan sekali lagi membawa Bulls menjuarai liga NBA pada musim 1992, sebelum mengejutkan ramai pihak apabila mengundurkan diri daripada dunia bola keranjang profesional pada tahun 1993.

Keputusan itu dibuat kerana tragedi yang menimpa bapanya yang dirompak sebelum dibunuh pada 23 Julai 1993.

Michael Jordan Father Killed

Tahun berikutnya, Jordan sekali lagi mengejutkan dunia sukan apabila beralih angin kepada sukan kegemaran bapanya, besbol! Walaupun telah meninggalkan sukan ini selama 13 tahun, darah besbol masih panas mengalir di dalam tubuhnya.

Dia telah mengikat kontrak bersama pasukan Chicago White Sox dan cuba merealisasikan impian bapanya untuk melihat dia menjadi pemain besbol di Liga Besbol Major (MLB).

Michael Jordan - Washington Wizards

Bagaimanapun, pada bulan Mac 1995, Jordan kembali ke gelanggang dan menyertai semula Chicago Bulls dan membantu pasukan itu memenangi kejohanan menentang Seattle Sonics pada musim 1995-96.

Jordan sekali lagi telah mengumumkan persaraan pada 13 Januari 1999. Tahun berikutnya, dia kembali ke sukan bola keranjang bukan sebagai pemain tetapi sebagai salah seorang pemilik dan presiden kelab bola keranjang untuk pasukan Washington Wizards.

Michael Jordan own Washington Wizards

Pada musim luruh tahun 2001, Jordan melepaskan peranan itu untuk kembali ke gelanggang sekali lagi. Dia bermain untuk Wizards selama dua musim sebelum menggantung jersi untuk selama-lamanya pada tahun 2003.

Pada tahun 2006, Jordan telah membeli majoriti pemilikan saham pasukan Bobcats Charlotte dan menjadi pemilik pasukan sehingga sekarang.

-Sentiasapanas.com

Video Setiausaha Kantoi Perah Susu Badan!

Video Setiausaha Kantoi Perah Susu Badan!

Tak tahu apa yang ada dalam fikiran seorang setiausaha hingga tergamak memerah susu sendiri untuk dijadikan hidangan bosnya.

Video Setiausaha Kantoi Perah Susu Badan!

Perbuatan pelik ini kantoi apabila setiausaha tersebut tidak menyedari gelagatnya telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di pantri pejabatnya.

Pada mulanya setiausaha tersebut kelihatan bersahaja membuka peti ais, mengambil susu kotak, menuang ke dalam cawan lalu meminumnya.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu dia mula menyingkap baju dan memerah susu sendiri ke dalam kotak sebelum mencampurnya ke dalam minuman.



Difahamkan, perbuatan ini membuatkan setiausaha tersebut dibuang kerja. -Mynewshub.my

Pelukis Sanggup Berbogel Demi Seni

Milo Moire

Sementara itu, atas nama seni, seorang pelukis wanita Swiss berbogel dan memasukkan telur berisi cat ke dalam kemaluannya sebelum dipecahkan di atas kanvas bagi menghasilkan sebuah lukisan bertema kelahiran.

Lukisan dinamakan ‘PlopEgg’ ini dikatakan membawa simbolik ketakutan penciptaan dan kekuatan kreatif seorang wanita.

Milo Moire [2]

Milo Moire yang sememangnya dikenali kerana gemar melakukan persembahan seni dalam keadaan bogel kali ini beraksi depan orang ramai di luar pameran seni di Jerman baru-baru ini.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Moire melakukan aksi ‘membelanja’ tubuhnya kepada orang ramai demi sebuah karya.

Milo Moire [3]

Bagi menghasilkan ‘Scrip System’, Moire pernah mengejutkan pengguna komuter apabila menggunakan perkhidmatan awam tersebut tanpa mengenakan seurat benang pun dan hanya berkasut tumit tinggi sebelum ini.



Moire nampaknya mengikut jejak langkah beberapa pelukis provokatif terdahulu seperti Marina Abramovic, Yoko Ono dan Franco B yang gemar menggunakan tubuh badan untuk menzahirkan karya seni mereka. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Misteri Menyeramkan Legenda Tingkat 13!

Misteri Menyeramkan Legenda Tingkat 13!

Apabila disebut angka 13, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan pelbagai cerita mistik dan paranormal yang disampaikan dari mulut ke mulut. Apatah lagi jika menyebut angka 13 pada tingkat sesebuah bangunan, yang kononnya lebih keras dan berisiko 'diganggu' berbanding tingkat-tingkat lain.

Misteri Tingkat 13

Dan kerana sebab itulah kita sedia maklum di sesetengah negara, tingkat 13 sengaja ditinggalkan kerana angka malang itu.

Sementara di Malaysia jika mengikut pengalaman kita, tingkat ke 13 bangunan pejabat biasanya dijadikan surau.

Adapun begitu, asal-usul budaya ini dan sebab sebenar tidak meletakkan angka 13 ketika proses pemasangan lif sesebuah bangunan tidak kita ketahui.

Bagaimanapun, ada spekulasi menyatakan terdapat satu zaman di mana pereka bangunan risaukan kepercayaan karut masyarakat dengan angka itu, lantas mengambil keputusan tidak meletakkan tingkat 13 pada senarai digital lif.

Perbuatan itu mula menjadi biasa seterusnya mendapat tempat dalam budaya dan rekaan bangunan. Perlakuan itu lama-kelamaan menimbulkan tanda tanya yang kuat sehingga melahirkan pelbagai kisah dan Urban Legend.

Kisah yang paling kerap diceritakan kepada mereka yang bekerja atau tinggal di bangunan yang sepertinya adalah; Pernah ada seorang lelaki yang dikisahkan pergi ke sebuah bangunan tanpa tingkat tiga belas pada hari yang ke 13. Dia lantas menggunakan lif untuk naik ke sebuah tingkat di atas tingkat 12.

Dalam perjalanan untuk sampai ke tingkat 14, lif dengan tiba-tiba menjadi pelik dan berhenti di sebuah tingkat misteri. Apa yang terjadi selepas itu, pintu lif terbuka dan tidak ada apa-apa lagi berita mengenai lelaki tadi. Sesetengah orang mendakwa lelaki itu telah memasuki dimensi lain dan menemui pintu gerbang ke tempat roh-roh jahat tinggal.

Selain kisah tadi, terdapat beberapa khabar angin yang kononnya mempunyai kaitan dengan tingkat 13. Ada juga bangunan yang meletakkan tingkat 13, bagaimanapun, ianya akan dibiarkan kosong atau ditutup kepada orang awam.

Tingkat 13 memang wujud namun hanya boleh diakses dengan menekan butang lif dengan nombor-nombor tertentu yang bertindak sebagai kata laluan.

Tingkat 13 kononnya digunakan pemilik bangunan untuk ritual pemujaan atau perjumpaan Illuminiti. Sesetengah teori konspirasi pula mencadangkan kepada kita bahawa tingkat 13 dalam bangunan-bangunan kerajaan sebenarnya bukan tidak ada, tapi sebaliknya mengandungi rahsia-rahsia teratas dalam sesebuah jabatan kerajaan.

Analisis dan fakta

Sebab sebenar kenapa tingkat 13 tidak diletakkan dalam bangunan adalah disebabkan Triskaidekaphobia (Ketakutan kepada angka 13 dan mengelak dari menggunakannya) pada pemilik atau pereka bangunan atau keinginan untuk mengelakkan masalah di masa akan datang dengan kepercayaan karut pekerja atau pelanggan dengan angka 13.

Kajian yang dibuat oleh syarikat lif terkemuka menunjukkan 85% bangunan yang mempunyai lif tidak mempunyai tingkat 13. Biasanya ia dilangkau terus kepada tingkat 14 atau diletakkan sebagai tingkat 12a.

Di China sesetengah bangunan tidak mempunyai tingkat empat kerana sebutan angka 4 mempunyai sebutan yang hampir sama dengan 'Kematian'.

Di Itali pula, masyarakat di sana menganggap angka 13 sebagai angka bertuah, sementara angka malang bagi mereka adalah 17.

Antara kisah lain yang dikaitkan dengan tingkat 13 adalah sebuah kisah Urban Legend di Korea Selatan. Kisah ini sangat terkenal malah kebanyakan masyarakat Korea percayakan kisah ini merupakan peristiwa sebenar yang benar-benar pernah terjadi.

Diceritakan, seorang gadis yang namanya bermula dengan huruf A bertugas sehingga lewat malam di perpustakaan universiti untuk mnyiapkan tugasannya. Selepas kerja-kerjanya siap, dia bergegas pulang ke rumahnya di tingkat 14 sebuah apartmen tidak jauh dari universiti.

Setibanya dibangunan itu, dia berdiri di depan pintu lif selepas menekan butang 'memanggil' lif. Tidak lama menunggu, lif pun sampai, pintu lif terbuka, dia lantas masuk kemudian menekan butang tingkat 14.

Ketika pintu lif hampir tertutup rapat, seorang pemuda berlari menuju ke lif. Pemuda itu sempat menghulurkan tangannya untuk menghentikan pintu lif. Pemuda itu kemudiannya berdiri di sebelah gadis tadi.

"Tumpang tanya, kamu tinggal di tingkat 14 ke?", tanya pemuda itu sambil matanya melihat butang yang menyala.

"Ya", jawab gadis itu sambil tersenyum.

"Ohh.." kata pemuda itu sambil tersentum kepada gadis tersebut.

"Kebetulan pula, saya tinggal di tingkat 13, cuma beza satu tingkat kan.." sambung pemuda tadi kemudian menekan butang 13 pada lif.

Melalui cermin di pintu lif, si gadis melihat lantai lif yang menyusur laju menuju ke atas. Kedua-duanya diam membisu. Sesekali gadis tadi curi-curi melirik pada pemuda itu. Kemudian, secara tidak sengaja pemuda itu juga memandang si gadis, maka terpautlah dua pasang mata itu dalam satu pandangan. Pemuda itu tersenyum manis kepadanya, lantas membuatkan si gadis malu dan pipinya menjadi merah.

Ketika lif berhenti di tingkat 13, pintu lif terbuka dan pemuda itu pun melangkah keluar dari lif.

"Jumpa lagi nanti ya.." kata pemuda sambil tersenyum.

"Ok, jumpa lagi nanti", jawab gadis dengan nada yang riang.

Kemudian, ketika pintu lif mula tertutup, tiba-tiba pemuda tadi menoleh sambil mengeluarkan sebilah pisau dari jaketnya.

"Saya tunggu kamu di ingkat atas!", ancam pemuda itu sambil ketawa seperti orang yang hilang akal, kemudian mula berlari ke arah tangga.

Gadis itu mula panik dan menggigil ketakutan. Dia menekan butang lif bertalu-talu cuba untuk menghentikan lif. Namun, usahanya sia-sia.

Dalam sekelip mata lif tiba di tingkat 14, pintu terbuka, manakala pemuda tadi sudah berdiri di depan pintu lif dengan pisau di tangan sedia untuk membunuhnya.

Bagi sebilangan masyarakat Korea, kes ini bukan sekadar Urban Legend yang diada-adakan, tapi merupakan kes pembunuhan sebenar - gadis bernama dengan huruf pangkal "A" ditemui mati di dalam lif.

Bagi sesiapa pun yang tahu kisah ini pasti bersetuju bahagian paling menakutkan dalam cerita ini bukannya kematian gadis tadi tapi penderitaan ketika lif bergerak dari tingkat 13 ke tingkat 14, dan mengetahui dia akan dibunuh disana.

Bagi penduduk tempatan, mereka mendakwa kes ini sebagai sebab diwujudkan butang 'Stop' pada setiap lif selepas itu.

Cuma yang peliknya, siapa pula yang tahu butir-butir pembunuhan beserta dialog sebelum gadis itu dibunuh?

Dari CCTV kot? Hah!

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut!

-Sentiasapanas.com

Wednesday, April 23, 2014

Sham Kamikaze Jawab Tuduhan Isteri

Sham Kamikaze Jawab Tuduhan Isteri

Assalamu’alaikum wbt. Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

Sham Kamikaze

Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai.

Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.

Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.

Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah. Barakallahu fikum. Jadi apa pandangan pembaca sekalian mengenai hal ini?

Tepuk dada, tanya selera. Apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini pasti akan diadili dan janganlah kita berpura-pura.

Wallahu a’lam.

Isteri dedah tembelang sebenar

Sham Kamikaze [2]

Kami yakin ramai yang terkejut mendengar pendedahan yang dibuat oleh bekas isteri komposer dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze iaitu Farazila Abdul Jabar mengenai bekas suaminya itu menerusi sisipan BiPop.

Pendedahan itu ternyata membuka sisi ‘hitam’ lelaki yang cukup dikenali dengan imej waraknya di mata umum.

Farazila yang bercerai dengan Sham sejak 1 September 2011 berkata, bekas suaminya itu sebenarnya seorang hipokrit dan kerap berbangga apabila ada yang memuji penghijrahannya.

“Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.

“Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.

“Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muak dengan perkataan “jom solatnya” itu,” ceritanya.

Tambah Farazila lagi, Sham juga ‘ketagih’ melayari laman Facebook dan peristiwa yang paling menguji kesabarannya adalah apabila Sham memuatnaik gambar berlaga pipi dengan wanita lain di akaun itu.

Dek kerana Facebook jugalah, wanita itu mengakui Sham pernah meninggalkannya di tepi lebuhraya kerana bergaduh di dalam kereta.

“Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bimbit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong. Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya.

“Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah,” jelasnya lagi.

Ujar Farazila, keesokan harinya, dia mencari Sham di studio, namun kakitangan studio itu seakan cuba menghalangnya daripada menemui Sham.

Bagaimanapun, Sham yang mahu turun ke bawah dilihat terkejut melihat kehadirannya, lantas lintang pulang berlari naik ke atas semula.

“Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izizn. Seingat saya, jika keluar rumah pun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja,” katanya.

-Mynewshub.my

Hakikat Karpal Singh, Di Sanjung Atau Di Kutuk?

Hakikat Karpal Singh, Di Sanjung Atau Di Kutuk?

Kematian Karpal Singh adalah satu rahmat atau satu kerugian kepada ummat Islam?

Hakikat Karpal Singh, Di Sanjung Atau Di Kutuk

Benar nampak tidak sopan apabila kita meraikan kematian Karpal Singh padahal keluarganya sedang dirundung pilu dan sebak.

Benar kita perlu ikut cara Rasulullah SAW sepertimana kisah di dalam hadis ini, ‘Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”. Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).

Kisah Zulkifli Nordin yang mengeluarkan kenyataan Twitternya, “Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!”

Ramai orang Islam yang mengutuk kenyataan Zulkifli Nordin dengan hujah mengatakan yang menghalang Hudud bukanlah Karpal tetapi orang UMNO sendiri. Sehingga keluar kenyataan menghina Zulkifli Nordin kerana tidak sensitif.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pula memberi jawapan yang lebih berhemah dan selamat dengan mengatakan beliau ‘tidak tahu hakikat’ Karpal Singh dan merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga Karpal Singh.

Mengapa nada kenyataan Zulkifli Nordin lain dan kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lain? Jawapannya kerana cara dan tahap mereka mengenali mendiang Karpal Singh adalah berbeza.

Jadi boleh kita katakan Zulkifli Nordin sebagai seorang peguam dan Karpal Singh juga seorang peguam dia ‘lebih tahu hakikat’ Karpal Singh berbanding seorang bekas mufti dengan seorang peguam.

Yang sedihnya, adakah para blogger yang terdiri daripada orang Islam sendiri begitu ‘tahu hakikat’ Karpal Singh? Mereka seperti sangat pasti yang Karpal Singh bersih daripada sikap perkauman dan tiada sikap anti Islam langsung!

Cukuplah kita hanya menghormati Karpal Singh kerana ‘ia satu jiwa’ sepertimana sabda Rasulullah SAW.

Hormati Karpal Singh kerana dia juga seorang bapa, seorang suami dan ketua di dalam Parti DAPnya. Hormatilah Karpal Singh selayaknya tetapi menyanjungnya adalah tidak layak sama sekali.

Jika anda berasa tidak senang dengan kenyataan di atas sebagai seorang Islam yang sayangkan Rasulullah dan Islam maka kajilah kedudukan anda.

Rasulullah SAW berdakwah kepada orang musyrikin dan apabila Rasulullah ditentang Baginda mempertahankan diri dan Baginda juga turun sendiri ke medan perang. Ikutlah cara Rasulullah SAW ini dan janganlah buat kenyataan yang menyanjung tinggi peribadi seseorang yang menentang Islam. Cuma cukuplah hormati dia sebagai ‘satu jiwa’.

Janganlah confuse dengan status Karpal Singh. Beliau memang sentiasa berusaha agar Islam tidak menjadi agama rasmi di Malaysia. Tak perlulah dinyatakan senarai panjang perbuatan Karpal Singh dalam menyekat syiar agama Islam. Google sahaja dan jika nak lebih ‘tahu hakikat’ Karpal Singh tanyalah orang yang tepat bukannya orang yang dengar apa orang lain kata.

Jelasnya Karpal Singh adalah seorang ahli politik. Beliau juga seorang peguam yang mahir dengan undang-undang. Kedua-dua jawatan ini sudah jelas menyatakan bahawa Karpal Singh seorang yang pakar strategi dan pakar menyembunyikan agenda dia yang sebenar.

Benar beliau banyak membela kes di dalam hayatnya. Namun, tiada satupun kes yang beliau wakili yang benar-benar untuk membela status agama Islam di Malaysia.

Kenapa berfikir lagi? Jawapannya sudah jelas. Karpal Singh harus kita hormati selayaknya sahaja tetapi elakkan sama sekali daripada menyanjungnya berlebih-lebihan seperti menurunkan bendera setengah tiang, bertafakur di dalam majlis dan mencadangkannya dengan gelaran negara seperti ‘Tun’.

Bukan apa, kita takut perbuatan kita itu sebenarnya adalah satu perbuatan ‘penderhakaan’ terhadap Rasulullah SAW, agama Islam dan Kedaulatan Raja-raja Melayu kita.

Sedarlah.. sayangilah Islam dengan ikhlas daripada main wayang politik sahaja.

Berdasarkan hadis Anas bin Malik, katanya: Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW, lalu baginda berdiri. Diberitahu padanya: “Itu jenazah Yahudi”.

Baginda bersabda: “Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat”. Direkod oleh Nasai (no: 1929).

Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: Nabi SAW ditanya: “Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?” Jawab baginda: “Ya, berdirilah.

Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh”. Direkod oleh Ahmad (no: 6573), dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).

Wallhua'lam-Allah lebih Maha Mengetahui.

Oleh: KingKebenaran

MH370: Isteri Pramugara Yakin Pesawat DIRAMPAS!

MH370: Isteri Pramugara Yakin Pesawat DIRAMPAS!

Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Rain, Maizura Othaman

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

Rain, Maizura Othaman [2]
Rain, Maizura Othaman [3]
Rain, Maizura Othaman [4]

“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.

Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.

“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. -ASTRO AWANI

Boleh saman Boeing di mahkamah AS

Saman Syarikat Boeing

Semalam genap 46 hari MH370 hilang di selatan Lautan Hindi. Mengikut undang-undang Amerika Syarikat (AS) keluarga dan waris penumpangnya kini boleh membawa tuntutan mereka terhadap syarikat pengeluarnya, Boeing di mahkamah negara itu.

Ia kerana mengikut undang-undang AS, ada peraturan 45 hari tempoh masa sebelum peguam boleh berurusan dengan keluarga mangsa untuk memfailkan tuntutan saman di mahkamah selepas sesebuah pesawat terbabit dalam kemalangan.

Bagaimanapun, pakar guaman menyifatkan prosiding tuntutan saman berhubung MH370 seperti mengendalikan perbicaraan kes bunuh tanpa sebarang bukti mayat dan peguam bakal berdepan tugas sukar untuk mengemukakan tuntutan mereka di mahkamah.

Usaha rumit

Peguam industri penerbangan, Daniel Rose dari firma Kreindler & Kreindler, berkata ketiadaan kotak hitam dan maklumat kritikal berhubung kemalangan pesawat itu merumitkan usaha untuk memenangi tuntutan terhadap syarikat terbabit buat masa ini.

“Walaupun ada peraturan 45 hari untuk memulakan tuntutan, namun dalam kes MH370, amat sukar untuk membawa tuntutan ke atas Boeing di mana-mana mahkamah di AS jika kita tidak mempunyai kotak hitam atau mana-mana bahagian bangkai pesawat itu,” katanya yang dipetik CNN.

Bagaimanapun, situasi itu agak berlainan jika tuntutan keluarga dan waris penumpang pesawat dibuat terhadap syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Ia kerana Konvensyen Montreal menyatakan mengikut undang-undang antarabangsa, keluarga dan waris boleh mengemukakan tuntutan di negara di mana penumpang membeli tiket, negara tuan rumah syarikat penerbangan atau negara destinasi terakhir penerbangan itu.

Satu kes saman

Sehingga kini, hanya satu kes tuntutan saman terhadap Boeing dan MAS dikemukakan di mahkamah AS membabitkan peguam Monica Kelly yang mewakili Januari Siregar iaitu bapa kepada Firman Chandra Siregar.

Bagaimanapun, tuntutan untuk mendapatkan dokumen dan maklumat berkaitan sudah ditolak Mahkamah Illinois.

Kelly yang mewakili firma Ribbeck Law Chartered, iaitu firma yang pakar dalam kes kemalangan penerbangan, berkata berdasarkan pengalamannya setiap keluarga boleh mendapat ganti rugi di antara $400,000 (RM1.24 juta) hingga $3 juta (RM9.3 juta). -BeritaHarian

-Sentiasapanas.com

MH370: "Amerika Syarikat Tembak Pesawat"

MH370: "Amerika Syarikat Tembak Pesawat"

Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan kini cuba untuk menutupinya.

Amerika Syarikat Tembak Pesawat MH370

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut?

Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi.

Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat kilometer di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.

Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.

Pertama. Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).

Kedua. Merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang yang masih tidak dikenali.

Ketiga. Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, tidak mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang atas hasil siasatan melucukan yang diketuai FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.

"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga risikan Amerika."

Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.

Ia mungkin akan kekal sebagai satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.

[Sumber]

Formasi Batu Paling Unik Di Dunia!

Formasi Batu Paling Unik Di Dunia!

Anda tentu suka melihat batu-batu yang terbentuk secara unik dan menakjubkan diserata dunia kan? Kalau ada kesempatan dan peluang, anda boleh mengunjungi tempat-tempat berikut untuk lebih menghargai keindahan ciptaan Tuhan ini.

Jom kita tengok dimanakah terletaknya batu-batu yang boleh dianggap lain daripada yang lain ini.

Batu Keemasan
Mon, Burma

Kyaik-Tiyo Pagoda

Batu keemasan yang turut dikenali sebagai Kyaik-Tiyo Pagoda ialah sebuah kawasan keagamaan yang sangat terkenal bagi penganut Buddha.

Terletak di Mon, Burma, wujud sebuah pagoda kecil yang berukuran 5.5 meter yang betul-betul terletak diatas batu keemasan ini.

Sebenarnya batu ini bukanlah benar-benar berwarna emas secara semulajadi. Sebaliknya adalah sebuah batu granit yang telah ditampal dengan kepingan-kepingan emas oleh penganut Buddha yang berkunjung ke situ.

Uniknya, batu itu begitu teguh berada dihujung cerunan dan seolah-olah melawan hukum graviti kerana masih tegak berada di situ tanpa sebarang tanda akan runtuh.

Delicate Arch
Utah, Amerika Syarikat

Delicate Arch

Batu yang berbentuk seperti pintu gerbang ini lebih dikenali sebagai Delicate Arch yang terletak di Utah, Amerika Syarikat dan sangat terkenal di serata dunia.

Ia adalah sebuah batu misteri yang hanya berdiri tegak secara bersendirian tanpa batu-batu lain dikawasan itu yang ketara sepertinya. Kehadiran batu ini telah menjadi satu simbol kebanggaan bagi negeri Utah sendiri.

Pokok Batu
Atiplano, Bolivia

Atiplano Stone Tree

Sebuah batu yang terhasil akibat hakisan, pembentukan tiupan angin dan juga pasir telah membentuk sebuah batu yang kelihatan seperti sebatang pokok.

Pokok batu ini terletak di kawasan tinggi di Atiplano, Bolivia dan merupakan salah sebuah kawasan yang paling cantik pemandangannya di dunia.

Batu Cendawan
Mesir

Batu Cendawan

Batu cendawan sebenarnya bukan terdapat disini sahaja malah juga ditempat lain di serata dunia. Namun, batu cendawan ini adalah salah satu daripada batu cendawan paling terkenal di dunia.

Terletak di Mesir, batu cendawan ini adalah satu manifestasi sebenar tentang bagaimana kuasa hakisan dan cuaca boleh mengubah seketul batu menjadi bentuk tertentu.

Batu-batu begini biasanya boleh ditemui dikawasan-kawasan gurun dan biasanya terbetuk dalam tempoh yang sangat lama.

The wave
Arizona, Amerika Syarikat

The wave

Ketika gambar tentang fenomena ini tersebar, ada sesetengah orang berpendapat yang ianya hanyalah satu kaedah yang direka menggunakan photoshop.

Namun hakikatnya lokasi dan batu ini memang benar-benar wujud di Arizona, Amerika Syarikat.

Pemandangan formasi batu pasir yang dikenali sebagai 'Gelombang' ini terletak di kawasan landai di Coyote Buttes, Arizona.

Formasi ini boleh ditemui dengan berjalan kaki sejauh 3 batu merentasi kawasan yang agak mencabar.

Pendakian pula akan mencecah ke 350 kaki altitud, tapi sebaik sampai ke situ, penat berjalan kaki akan segera hilang kerana dapat menyaksikan fenomena menakjubkan itu.

Ayers Rock
Australia

Ayers Rock

Formasi batu pasir yang juga dikenali sebagai Uluru ini adalah setinggi 1,142 kaki yang terletak di kawasan gurun.

Saiznya yang sangat besar memang kelihatan sangat berbeza dengan apa yang ada di sekelilingnya. Batu monolitik dari Australia ini adalah salah satu daripada batu monolitik yang paling besar boleh kita temui didunia.

Bagi masyarakat peribumi Australia, khususnya Puak Anangu, Ayers Rock dianggap sebagai kawasan yang suci bagi mereka.

Melting Shadows
Utah, Amerika Syarikat

Melting Shadows

Vertebra batu yang sangat cantik ini sangat indah dipandang di waktu pagi di sepanjang kawasan utara di Utah Bridger Jack Mesa, meninggalkan Jurang Lavender tersorok dalam keadaan sejuk dan berwarna keunguan.

Bahagian atas mesa ini terdiri daripada apa yang para geologis gelarkan sebagai batu pasir Wingate yang wujud kira-kira 200 juta tahun yang lalu semasa ribut pasir melanda kawasan tersebut.

Formasi batu yang pelik memenuhi kawasan seluas 130,000 batu persegi di Colorado Plateau dan telah menyebabkan penduduk awal di kawasan itu menggelarnya sebagai 'Kawasan yang paling kasar pernah dilihat, tidak ada apa-apa disitu kecuali batu dan lubang, bukit dan kawasan berongga'.

Batu Epal Terbelah
New Zealand

Batu Epal Terbelah

Split Apple Rock ialah satu formasi batuan yang sangat menarik dan terletak di Pulau Selatan, New Zealand.

Keadaannya yang sebenar memang melambangkan namanya kerana ia kelihatan seperti buah epal yang terbelah dua.

Split Apple Rock terletak berhampiran Marahau, Taman Negara Abel Tasman di wilayah Tasman dan sangat popular sebagai salah satu destinasi pelancongan yang sangat terkenal di New Zealand.

The Pinnacles
Australia

The Pinnacles

Formasi dan batuan batu kapur ini sangat cantik dan digelar The Pinnacles. Ia terletak di dalam kawasan Taman Negara Namburg yang terletak di Barat Australia.

Batuan berceracak ini terhasil dari larutan batu kapur dan pasir serta hujan yang menegakkan batuan tersebut ke dalam pasir dan membentuk batu kapur yang lembut.

Perce Rock
Kanada

Perce Rock

Formasi batuan ini pula ialah salah satu batu gerbang yang paling besar boleh didapati di bumi kita. Batuan ini pernah mempunyai dua gerbang sehinggalah salah satu daripadanya runtuh pada 17 Julai 1845.

Walaupun kehilangan salah satu daripada gerbangnya, namun Perce Rock masih lagi dilabel sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Semulajadi yang terdapat di negara Kanada.

Batu ini mendapat namanya daripada gerbang yang sangat besar dengan 15 meter tinggi berdekatan laluan kapal.

BACA INI JUGA: Keunikan Tiang-tiang Pelik Dan Unik Giant Causeway

-SENTIASAPANAS.COM

Brunei Tangguh Pelaksanaan Hukum Hudud

Brunei Tangguh Pelaksanaan Hukum Hudud

Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Brunei Laksana Hukum Hudud

Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati.

Namun, Jauyah berkata, undang-undang itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.” Katanya, pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengumuman itu dibuat ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan kerajaan dipercayai menunggu pemerintah berkuasa itu kembali sebelum memperkenalkan undang-undang sensitif berkenaan.

Namun, penangguhan pelaksanaan hukuman itu mampu mengubah pendirian sultan berusia 67 tahun itu.

Pihak berkuasa baru-baru ini menjalankan beberapa taklimat untuk agensi rasmi dan organisasi bukan kerajaan bagi menerangkan mengenai hukuman berkenaan.

Peguam dan aktivis hak asasi, Nizam Bashir berkata, pengenalan undang-undang itu bagaikan satu tembok bagi mengatasi globalisasi.

“Jika anda cuba melompat tembok itu, akan timbulnya beberapa isu.

“Setiap kali anda menerima jawapan, soalan lain akan bermula dan memberikan mereka idea yang tidak selari dengan konsep yang difahami,” katanya.

Sementara itu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyatakan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat Brunei adalah Melayu Muslim, manakala kira-kira 15 peratus lagi etnik Cina bukan Islam. -AFP

Hudud bukan mudah pelaksanaannya

Brunei Laksana Hukum Hudud [2]

Sejarah membuktikan hudud pernah dilaksanakan di Tanah Melayu (kini Malaysia) ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka selepas kemasukan Islam di Melaka pada 812 Hijrah (1409 Masehi).

Hudud daripada segi bahasa bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan dan pada sudut istilah pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda dan ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim.

Terdapat enam kesalahan hudud yang disepakati oleh semua ulama, iaitu zina, qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi), mencuri, hirabah (rompakan), minum arak dan murtad.

Hakikatnya, orang Islam pada dasarnya memang tidak boleh menafikan hukum-hakam yang disebut di dalam al-Quran, tetapi harus diketahui bahawa terdapat batas-batas dalam mentafsirkannya.

Ini kerana apabila manusia mentafsir hukum-hakam dalam al-Quran, dikhuatiri tidak sama dengan maksud yang terkandung dalam kitab suci itu. Sebagai contoh, hudud yang dilaksanakan di Pakistan dan Somalia telah mengundang banyak kritikan daripada pelbagai pihak.

Selain itu, orang bukan Islam juga perlu diberi pendedahan tentang tujuan sebenar pelaksanaan hudud kerana kita tidak mahu mereka kata hudud adalah sesuatu yang kejam.

Anggapan negatif hukum hudud bahawa ia undang-undang zalim termasuk hukuman kerat tangan bagi kesalahan mencuri telah sekian lama dipropagandakan oleh media Barat sehingga menakut-nakutkan orang bukan Islam.

Namun ia tidak bermaksud tidak boleh dilakukan asalkan masyarakat dan kerajaan bersetuju secara dasar untuk melaksanakannya. -Utusan Malaysia

-Sentiasapanas.com