Wednesday, April 23, 2014

Video Ustaz Don Jawab KEJAHILAN Wardina Safiyyah

Video Ustaz Don Jawab KEJAHILAN Wardina Safiyyah

Ustaz Don Daniyal telah menjawab mengenai persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh kompilasi video yang menampilkan isi ceramah oleh Don yang dipotong sekerat-sekerat oleh seseorang.

Wardina-vs-Ustaz-Don

Isu ini hangat minggu lepas, apabila video ceramah Don yang dipotong sekerat-sekerat dan dimuat naik oleh seorang individu Facebook yang menggunakan nama Nur Puteri Diyana.

Isu ini seterusnya menjadi hangat apabila bekas pengacara TV3 Wardina Safiyyah Fadhlullah Wilmot mengongsikan video itu di laman Facebooknya beserta satu kenyataan:-

Wardina-vs-Ustaz-Don [2]

Wardina melalui akaun Instagramnya turut memuat naik satu gambar beserta kecaman berunsur sinis mengenai pengikut yang dipimpin ulama yang buta ke lubang neraka.

Wardina-vs-Ustaz-Don [3]

Entri ini telah dipadam oleh Wardina setelah menerima kritikan dari orang ramai.

Melalui rancangan ’30 Minit Bersama Ustaz Don Daniyal’ yang disiarkan di TV Al-Hijrah semalam, Don telah memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh video kompilasi tersebut, iaitu tentang Bani Tamim, telaga Barahut dan Ikhwanul Muslimin. – Beautifulnara.com




10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

Kebanyakan daripada pembunuh bersiri mencapai kepuasan setiap kali melakukan pembunuhan dan kerana itulah pembunuhan yang mereka lakukan tidak terhenti setiap kali mereka melakukannya.

Ada pula yang melakukannya atas desakan kepuasan seksual tapi walau apa pun jawapan disebalik tindakan kejam mereka, yang pasti perbuatan mereka tetap salah dan kejam.

Berikut ialah antara 10 orang pembunuh bersiri paling kejam pernah dicatatkan dalam sejarah.

Wayne Williams

Wayne Williams - Atlanta Child Murders

Wayne Williams menjadi sangat terkenal dengan gelaran 'Atlanta Child Murderer' ataupun 'Pembunuh Kanak-kanak Atlanta'. Dia telah membunuh seramai 29 orang kanak-kanak di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat di antara tahun 1979 hingga 1981, hanya dalam tempoh dua tahun sahaja. Dia telah dijatuhkan dua hukuman penjara seumur hidup walaupun sehingga ke hari ini tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Dean Coril

Dean Coril

Dean Coril bersama-sama dengan rakan penjenayahnya yang lain, David Brooks dan Elmer Henly, telah bersama-sama membunuh sekurang-kurangnya 27 orang kanak-kanak dan remaja lelaki berusia diantara 9 hingga 21 tahun. Mangsa mereka telah dirogol, dibunuh dan kemudiannya dikubur di Houstan, Texas. Dean sendiri kemudiannya telah ditembak oleh Elmer Henly. Pada tahun 1976, Elmer telah dijatuhkan hukuman penjara selama 99 tahun manakala David Brooks pula dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

John Wayne Gacy

John Wayne Gacy

Pada tahun 1978, John Wayne Gacy telah mengaku melakukan pencabulan dan pembunuhan terhadap 33 orang lelaki dimana 28 orang daripadanya telah ditanam dibawah rumahnya sendiri. John kemudiannya mengaku tidak bersalah dengan alasan tidak siuman namun semua alasan itu telah ditolak oleh mahkamah. Selepas 14 tahun iaitu pada tahun 1994, John akhirnya dijatuhkan hukuman mati melalui suntikan maut.

Gary Ridgway

Gary Ridgway

Pada tahun 80an, Gary Ridgway telah membunuh seramai 50 orang wanita di Washington, Amerika Syarikat termasuk di Seattle dan Tacoma. Malah, dia juga telah melakukan serangan seksual terhadap mangsa-mangsanya sebelum mencekik dan menjerut mereka. Dia turut dikenali sebagai 'Green River Killer' dan pada tahun 2003, Gary akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 48 kali.

Moses Sithole

Moses Sithole

Moses Sithole ialah seorang pemuda dari Afrika Selatan yang telah yang telah merogol seramai 40 orang wanita dan telah membunuh 38 orang daripadanya hanya dalam tempoh dua tahun dari tahun 1994 hingga 1995. Dia juga menderita penyakit AIDS dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2,410 tahun dalam penjara.

Gerald Stanos

Gerald Stanos

Gerald Stanos telah membunuh seramai 42 orang dan kebanyakan daripada mangsa-mangsanya ialah pelacur dan pengembara. Gerald akan membunuh mangsanya dengan cara menembak, menikam dan mencekik mereka. Pada tahun 1998, dia akhirnya dijatuhkan hukuman mati menerusi kerusi elektrik maut.

Andrei Chikatilo

Andrei Chikatilo

Andrei Chikatilo ialah seorang berbangsa Rusia telah membunuh seramai 52 orang wanita dan kanak-kanak diantara tahun 1978 sehingga 1991. Dia akhirnya dijatuhi hukuman mati dengan ditembak di belakang kepalanya.

Bruno Ludke

Bruno Ludke

Bruno Ludke ialah seorang lelaki berbangsa Jerman yang telah membunuh kira-kira 85 orang wanita. Dia akan merogol mangsanya dan mencekik sebelum membunuh mereka. Pada tahun 1943, Bruno akhirnya berjaya ditangkap dan pada tahun 1944, dia telah dijatuhkan hukuman bunuh melalui suntikan maut.

Henry Lee Lucas

Henry Lee Lucas

Henry Lee Lucas telah terlibat dalam kira-kira 100 kes pembunuhan walaupun mengikut pengakuannya, dia telah membunuh lebih 3,000 orang. Selain dirinya sendiri, Henry juga mempunyai rakan jenayah yang dikenali sebagai Ottis Toole dimana Ottis telah membantu Henry melakukan semua pembunuhan tersebut. Pada tahun 1998, Henry akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tetapi pada tahun 2001, dia meninggal dunia di dalam penjara. Sebab kematian atas sebab semulajadi.

Pedro Alonso Lopez

Pedro Alonso Lopez

Pedro Alonso Lopez merupakan pembunuh bersiri paling bahaya dalam sejarah pembunuh bersiri di dunia. Dengan jumlah mangsa mencecah lebih 300 orang, dia turut dikenali dengan nama 'Monster of Andes'.

Menjelang tahun 1978, dia telah membunuh seramai 100 orang wanita orang asli di Peru. Namun apa yang paling mengejutkan ialah, dia tidak pernah disabitkan diatas semua kesalahan membunuh tersebut walaupun telah melakukan semua perbuatan kejam itu secara terang-terangan.

BACA INI JUGA: Hannibal, Kisah Sebenar Watak Pembunuh Terkenal

-Sentiasapanas.com

Tuesday, April 22, 2014

Mengkaji Misteri Teori Paranormal Stone Tape

Mengkaji Misteri Teori Paranormal Stone Tape

Teori Stone Tape bermula pada sekitar 1970an selepas dipopularkan oleh Nigel Kneale di TV ketika itu dan menjadi topik perdebatan sehingga ke hari ini dalam mencari penjelasan tentang kewujudan hantu.

Stone Tape Theory

Teori Stone Tape berkisar tentang objek bukan hidup di kawasan sekeliling yang menyerap sesuatu bentuk tenaga daripada benda hidup pada suatu peristiwa penting yang pernah memberi tekanan tinggi, emosional dan trauma dalam hidup seseorang seperti kejadian pembunuhan.

Sebagai contoh, sesuatu lokasi yang mungkin terdiri daripada batu-bata atau kayu atau pun besi yang mungkin menyerap dan menyimpan emosi atau peristiwa yang mempunyai tahap emosi yang tinggi.

Tenaga ini dilepaskan dalam bentuk rakaman atau gema dan akan terus menerus diulangi di sekitar tempat kejadian seperti perakam video dan tidak terkesan dengan perubahan kawasan tersebut.

Para pengkaji peristiwa paranormal sering menggelar fenomena ini sebagai gangguan sisa tinggalan.

Kita sering mendengar kisah-kisah seperti kelihatan kelibat seseorang yang pernah tinggal di sesuatu tempat sedang melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang, walaupun orang itu sudah lama meninggal dunia.

Sebagai contoh terbaik yang selalu didengari ialah kelihatan seorang yang pernah terjun daripada sesuatu bangunan walaupun kejadian membunuh dirinya sudah lama berlaku.

Antara contoh lain adalah seperti yang selalu diceritakan oleh orang awam yang pernah melihat kelibat beberapa individu yang pernah menghuni Kelly's Castle, sebuah istana tinggalan sejarah pada zaman kolonial Inggeris yang terletak di negeri Perak. Kelibat-kelibat ini sering kelihatan melakukan aktiviti yang sama dan berulang-ulang.

Namun begitu, dikatakan bahawa bukan semua orang boleh melihat fenomena paranormal ini. Orang yang mempunyai deria keenam yang kuat serta sedikit kelebihan dalam kuasa psikik sahaja yang boleh melihatnya.

Penjelasan Saintifik

Setiap kejadian paranormal pasti akan diselidiki oleh kedua-dua pihak yang ragu-ragu tentang kesahihannya dan juga orang yang mempercayainya.

Adalah rasional untuk kita mengesyaki kebenaran teori ini kerana setakat ini tiada bukti kukuh yang pernah didapati bagi mengesahkan kesahihannya selain daripada pengakuan individu-individu tertentu.

Antara penjelasan saintifik mengenai fenomena ini ialah budaya di mana budaya yang mempunyai kecenderungan untuk mempercayai sesuatu fenomena paranormal lebih mudah untuk mentafsir dan mengaitkan kejadian pelik dengan aktiviti paranormal.

Selain itu, paras Dopamine yang tinggi turut dikatakan memberi kesan terhadap orang yang mengakibatkannya mengalami fenomena tersebut.

Dopamine merupakan sejenis kompaun yang ada dalam badan sebagai Neurotransmitter, salah satu kimia yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat-isyarat antara sel saraf (neuron) dalam otak.

Paras Dopamine yang tinggi dikatakan dapat meningkatkan nisbah Isyarat-kepada-Bunyi, iaitu kebolehan untuk menghantar isyarat ke otak dan mengurangkan bunyi yang tidak berkaitan.

Namun begitu, adalah sukar untuk dipastikan setakat mana kebenaran penjelasan saintifik kerana tahap teknologi yang masih jauh ketinggalan bagi mengkaji perkara di luar kapasiti dan jasmani manusia.

Pernahkah anda mengalami sendiri fenomena misteri ini? Mungkin anda merupakan individu yang lebih layak untuk bercakap tentang kesahihannya.

-Sentiasapanas.com

Cinta Sejati Hingga Ke Hujung Nyawa

Cinta Sejati Hingga Ke Hujung Nyawa

Mereka masih berpegangan tangan ketika menikmati sarapan walaupun selepas 70 tahun dikahwinkan.

Cody dan Helen
Cody dan Helen pada awal 1940-an.

Apabila Helen Felumlee menghembus nafas terakhir pada usia 92 tahun, suaminya mengikuti jejak wanita terbabit kurang dari sehari kemudian.

Anak pasangan itu, Linda Cody berkata, mereka memang dapat merasakan kematian Helen bakal dituruti bapanya tidak lama selepas itu.

“Malah, kami memang mahu mereka kekal bercinta sehingga ke nafas yang terakhir.

“Nampaknya memang itulah yang berlaku,” katanya.

Pasangan Kenneth Cody dan Helen Felumlee disatukan sebagai suami isteri ketika mereka masih berusia belasan tahun.

Sejak itu, mereka tidak berpisah langsung.

Helen meninggal dunia di hospital selepas mengalami masalah kesihatan berlarutan sebelum ‘diikuti’ Cody kira-kira 15 jam kemudian.

Media semalam melaporkan, walaupun keadaan kesihatan semakin tidak mengizinkan, pasangan itu tetap bahagia bersama.

Ketika Cody mengalami masalah jantung dan kehilangan sebelah kakinya akibat masalah kitaran darah, Helen tetap setia menemaninya di hospital.

Lama-kelamaan Helen juga jatuh sakit dan ditempatkan berhampiran katil Cody di hospital.

Linda berkata, Cody tidak sanggup melihat penderitaan dialami isterinya dan selalu memegang tangan wanita dicintainya itu.

Cody and Helen [2]
Cody dan Helen (duduk) bersama lapan anak mereka pada 2012.

Katanya, ketika dikahwinkan di Kentucky Cody berusia 18 tahun dan Helen 19 tahun.

“Namun, kenyataan itu dirahsiakan kerana mereka takut untuk memberitahu ibu bapa masing-masing,” katanya.

Hasil daripada perkongsian hidup, mereka mempunyai lapan orang anak - lima lelaki tiga perempuan - dan Cody terpaksa bekerja keras bagi menyara keluarga.

Dia melakukan tiga tugas dalam satu masa, iaitu pemeriksa kereta api, operator garaj dan posmen.

Helen pula bekerja dengan pertubuhan gereja, mengajar sekolah gereja dan menghantar kad ucapan kepada hampir semua penduduk di kawasan kediaman mereka ketika perayaan dan hari jadi. -Agensi

Suami bunuh isteri dihantui bayangan hantu

Gambar hiasan.

Sementara itu, seorang warga emas Thailand ditahan kerana disyaki membunuh isterinya dan mencampak mayat wanita terbabit ke dalam tasik.

Namun, selepas ditangkap, Sombot Samuk mendakwa dia memang mahu menyerah diri kepada polis kerana tidak tahan menanggung gangguan mendiang isterinya melalui mimpi.

Kata Sombot, 68, sejak membunuh Orn Donkanha, 67, hidupnya tidak tenteram dan sentiasa dihantui dengan pelbagai ketakutan.

Sombot berkata, Orn sering memarahinya, tetapi dia tetap bersabar sehinggalah ketika dalam perjalanan pulang dari menemani wanita terbabit menghadiri satu majlis di kampung mereka.

“Dalam perjalanan pulang Orn menghina keluarga saya dan anak kami.

Dia juga menghalau saya keluar dari rumah,” katanya.

Disebabkan hilang sabar Sombot memukul Orn dua kali menggunakan kayu.

Wanita itu rebah dan mati di tempat kejadian sebelum Sombot mencampakkan mayat wanita itu ke dalam tasik.

Mayat Orn ditemui di dalam tasik berhampiran Wat Santikaram pada 15 April dengan kesan hentakan di bahagian kiri kepalanya menggunakan objek tumpul.

Polis percaya wanita itu dibunuh tiga hari sebelum ditemui.

Pada mulanya polis tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai pembunuhan itu, tetapi kemudiannya menjadikan Sombot sebagai suspek.

Pasangan terbabit pernah berkahwin dengan orang lain sebelum ini.

Sombot berkata, selepas kejadian itu dia sering bermimpi didatangi Orn yang memaksanya menyerah diri.

“Dia mengugut untuk terus mengganggu saya jika saya terus bersembunyi,” katanya. -Agensi

BACA INI JUGA: Pengantin Yang Mahu Bahagia Selamanya

-Sentiasapanas.com

Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!

Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!

Dimanakah anda berada pada 1 September 2002? Apakah yang sedang anda lakukan pada 5 Oktober 1997? Bagaimana pula keadaan cuaca pada 31 Ogos 1995? Adakah cuaca pada hari itu cerah, mendung ataupun hujan? Terlalu sukar dan mustahil untuk mengingatinya bukan?

Orlando Serrell

Secara logik, seorang manusia mampu mengingati dengan baik detik penting dan bermakna yang pernah berlaku dalam hidupnya. Tetapi, untuk mengingati dengan tepat apa sahaja perkara yang berlaku sepanjang kehidupannya adalah sesuatu yang tidak mungkin!

Namun, itulah kisah benar yang berlaku ke atas seorang lelaki di Amerika Syarikat bernama Orlando Serrell. Lelaki yang berusia 37 tahun ini mendakwa, dia mampu mengingati sebarang kejadian yang pernah berlaku dalam hidupnya, sekalipun keadaan itu hanya sekadar perkara yang remeh-temeh.

Malah, perkara ini tidak tertakluk kepada pengalamannya semata-mata tetapi juga ingatan yang sangat sempurna terhadap sebarang maklumat yang diterima sama ada daripada pembacaan ataupun sesuatu berita yang didengari.

Menurut Serrell, kesempurnaan ingatannya itu bukan disebabkan oleh faktor genetik atau kelebihan semula jadi, tetapi dia memilikinya secara tidak sengaja ketika masih kanak-kanak lagi.

Ketika berusia sepuluh tahun, Serrell yang aktif bermain besbol langsung tidak menyangka permainan itu akan mengubah kehidupannya menjadi seorang manusia genius.

Pada 17 Ogos 1979, ketika dia sedang berlari untuk mendapatkan mata larian, bahagian kiri kepala Serrell terkena lantunan bola besbol yang dipukul oleh rakannya. Dia jatuh tersembam ke tanah. Serrell bingkas bangun dan menghabiskan lariannya.

Impak daripada kejadian itu, kepalanya berdenyut selama beberapa bulan dan menganggap perkara itu tidak serius. Namun, selepas kesakitan itu berakhir, Serrell merasakan sesuatu terlah berlaku pada dirinya.

Dia mampu mengingati secara terperinci apa sahaja yang pernah dilakukannya. Seolah-olah ingatannya tidak mampu melupakan setiap detik yang berlaku dalam hidupnya.

Sehingga kini, tahap ingatannya mampu mengingati perkara yang telah berlaku sejak 27 tahun lalu. Bukan sekadar tarikh atau lokasi kejadian, dia juga mampu mengungkai secara terperinci sesuatu perkara termasuklah hari, masa, keadaan serta cuaca pada hari tersebut.

Dengan kebolehan itu, dia dikenali sebagai manusia kalendar kerana mampu mengingati tarikh yang rumit.

Kebolehannya yang luar biasa telah menarik minat seorang saintis dari Universiti of Sydney, Australia, Dr. Allan Whitenack Snyder untuk mengkajinya dengan lebih lanjut. Dr. Allan merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan Minda di universiti tersebut dan mempunyai kepakaran dalam neurobiologi, penyelidikan memori ingatan serta tingkah laku manusia.

University of Sydney, Australia, Dr. Allan Whitenack Snyder

Pada mulanya, Dr. Allan menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Bagaimanapun, selepas Serrell menunjukkan reaksi yang positif terhadap soalan-soalan yang dikategorikan sebagai mustahil untuk dijawab, ia telah membingungkan pakar tersebut dan mengakui kebolehan istimewa Serrell.

Sebelum ini, Dr. Allan telah membuat kajian yang mendalam mengenai ingatan manusia yang boleh dipengaruhi oleh hormon dan emosi. Dalam hipotesis awalnya, Dr. Allan menyangka kekuatan ingatan Serrell dipengaruhi oleh dua elemen berkenaan.

Namun, Serrell juga mampu mengingati perkara-perkara yang tidak mempunyai sentimen peribadi kepadanya.

Orlando Serrell Memory

Malah, dia juga mempunyai fakta yang lengkap terhadap beberapa siri peristiwa penting yang berlaku sekitar 80an. Sesetengah perkara mungkin memberi makna kepada dirinya, tetapi kebanyakannya tidak.

Menurut Dr. Allan, setiap manusia di dunia secara asasnya mempunyai kekuatan memori seperti Serrell. Semua maklumat yang diterima sebenarnya tersimpan rapi di dalam otak seseorang. Tetapi, maklumat yang mampu diterjemahkan oleh otak manusia sangat sedikit. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja ia mampu berkembang dengan sempurna.

Walaupun kebolehan ini merupakan sesuatu yang luar biasa dan hebat, namun dari sudut yang lain, ia sedikit sebanyak turut memberi impak negatif kepada Serrell.

Ingatannya yang terlalu sempurna membuatkan lelaki ini sukar ditipu. Malah, membuatkan dirinya cenderung untuk tidak mempercayai orang lain. Perkara tersebut adakalanya membuatkan orang lain tidak selesa untuk mendekatinya.

Dalam masa yang sama, dia juga adakalanya mengalami kemurungan kerana sebarang memori pahit yang pernah dilalui tidak mampu dilupuskan dari pemikirannya.

BACA INI JUGA: Makanan Manis Penyebab Jadi Pelupa!

-Sentiasapanas.com

Shah Jaszle Putus Tunang, Tayang Kekasih Baru!

Shah Jaszle Putus Tunang, Tayang Kekasih Baru!

Pelakon, Shah Jaszle sekali lagi mencetus kontroversi dengan kisah cintanya yang tidak berkesudahan apabila dikatakan memutuskan hubungan dengan tunangnya, Redzwani Puteri dan menjalin hubungan dengan wanita lain.

Shah Jaszle Putus Tunang, Tayang Kekasih Baru!

Shah mempamerkan kemesraan bersama wanita yang dipercayai kekasih barunya yang dikenali sebagai Hanis Husna dalam gambar yang dimuatnaik ke laman Instagramnya.

Jelas, tindakan Shah itu mendapat kritikan para peminatnya yang majoriti tidak bersetuju dengan tindakannya itu malah mereka melahirkan simpati kepada Redzwani yang merupakan seorang doktor di sebuah hospital.

Menerusi gambar di laman Instagram Hanis pula, dia memberitahu kepada rakannya bahawa Shah telah putus tunang dengan Redzwani.

Manakala Shah pula mengesahkan bahawa Hanis merupakan kekasihnya serta menafikan mempermainkan Hanis.

“...Shah dah putus dengan bekas tunang dia,” tulis Hanis.

“...dia kekasih kita la sekarang...mana pernah main-main,” tulisnya diikuti emotikon senyum.

Sementara itu, menerusi laman mikro Twitter milik Redzwani, dia menulis, “saya tak ada apa nak cakap tapi Ya ALLAH, Syukur Alhamdulillah. Tolong jangan kesian pada saya. Mungkin mereka (Shah dan Hanis) lebih memerlukan.”

Shah Jaszle Putus Tunang, Tayang Kekasih Baru! [2]

Dalam perkembangan berkaitan, Shah menulis kepada Redzwani yang menyebut bahawa hubungan mereka telah berakhir dengan cara baik dan mereka masih berkawan.

“Kita putus dengan cara baik sebelum ini dan saya tak nak orang lain cakap buruk fasal awak dan saya. Sebab kita berdua masih berkawan,” tulisnya.

Sebelum ini, Shah berkata hubungan dengan Redzwani pulih ketika Aidilfitri tahun lalu dan meminta agar didoakan berkahwin tahun ini.

Shah Jaszle mengaku tidak bersalah di mahkamah rendah syariah terhadap tuduhan khalwat dengan seorang bekas pekerja bank, Farah Nurizzati, Mei lalu. -SH

David Moyes Akhirnya Dipecat!?

David Moyes Akhirnya Dipecat!?

Pengurus Manchester United, David Moyes kini berdepan pemecatan selepas pemilik kelab, keluarga Glazer dikatakan sudah hilang sabar ekoran kekalahan terbaharu 2-0 kepada Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan terbaru.

David Moyes

Kekalahan di Goodison Park menyebabkan United gagal me­layakkan diri ke Liga Juara-juara buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun.

Seandainya pengendali dari Scotland itu dipecat dalam masa terdekat, legenda United, Ryan Giggs akan menggalas tugas pengurus sementara, lapor akhbar Britain, The Guardian.

Kedudukan Moyes sudah dipantai sejak United kalah 0-3 kepada Liverpool di laman sendiri, bulan lalu.

Jurulatih Borussia Dortmund, Jurgen Klopp, Diego Simeone dari Atletico Madrid dan ketua jurulatih Belanda, Louis van Gaal antara yang disebut bakal membimbing United.

Sementara itu, The Sun pula melaporkan, ahli lembaga United mula mempersoalkan apakah Moyes adalah orang yang tepat untuk diberi kepercayaan menguruskan dana 200 juta pound (RM1.092 bi­lion) yang bakal diperuntukan kelab itu bagi menguatkan cabaran mereka musim depan.

Selepas memberi kekalahan ke-11 buat United dalam saingan liga musim ini, Moyes gagal me­yakinkan ahli lembaga bahawa beliau adalah orang yang mampu melakukan perancangan jangka panjang di Old Trafford.

Bekas tonggak pertahanan Liverpool yang kini menjadi pe­ngulas Sky Sports, Jamie Carragher berkata, aksi yang dipertontonkan oleh United kelmarin adalah yang terburuk pernah disaksikan sejak beberapa tahun.

Kekalahan tersebut bermakna United

"Ini adalah tempoh 90 minit terburuk yang pernah saya lihat daripada Manchester United.

"Ketika saya bermain menentang pasukan ini, mereka sama sekali berbeza terutama daripada segi penguasaan.

"Bila saya lihat Manchester United sekarang, ia membuatkan saya tertanya-tanya mengapa mnereka tidak beraksi seperti mana yang pernah mereka lakukan dulu.

"Shinji Kagawa yang bermain di sayap kiri pasti tertanya-tanya, apa sebenarnya bola sepak Inggeris. Tiada siapa tahu apa yang berlaku di atas padang. Anda tidak boleh nampak apa perancangan mereka dan apa yang mereka cuba lakukan," kata Carragher ketika dipetik oleh akhbar The Mirror.

Biarpun dikritik hebat, namun Moyes menegaskan beliau masih kekal positif dan yakin, penyokong akan memahami masalah yang dihadapi sewaktu mengambil alih kelab daripada Ferguson.

"Saya rasa semua sedar bahawa kami baharu berada di landasan untuk melakukan perubahan. Kami dalam proses me­ningkat dan masih banyak yang perlu kami lakukan.

"Kami cuba mendapatkan rentak dan melakukan yang terbaik. Penyokong sentiasa berada di belakang pasukan, malah mereka memahami situasi kami," kata Moyes.

United bakal kehilangan beberapa tonggak penting, terma­suk ketua pasukan, Nemanja Vidic yang akan berpindah ke Inter Milan, manakala Patrice Evra serta Rio Ferdinand bakal tamat kontrak tidak lama lagi.

Media Britain turut melaporkan penyerang England, Danny Welbeck juga akan berhijrah pada penghujung musim ini.

Difahamkan pemain berusia 23 tahun itu tidak gembira be­r­ada di Old Trafford walaupun Mo­yes sering kali menegaskan bahawa Welbeck penting buat pasukannya. -Agensi

UPDATE!

Sah! David Moyes DIPECAT!

David Moyes Akhirnya Dipecat!

David Moyes akhirnya dipecat sebagai pengurus Manchester United selepas 10 bulan mengambil tanggungjawab penting itu daripada Alex Ferguson.
Pengumuman mengenai pemecatan Moyes dibuat menerusi saluran sosial Twitter United oleh pihak kelab pada Selasa.

“Manchester United mengumumkan bahawa David moyes telah meninggalkan kelab.

“Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepadanya kerana telah berkerja keras, jujur serta amanah dalam menjalankan tugas,” jelas United.

Berita mengenai pemecatan Moyes hadir sehari selepas laporan media British melaporkan mengenai penguguran jurulatih yang berasal dari Scotland itu.

Semasa mengendalikan United pada musim ini, jurulatih berusia 50 tahun itu hanya mampu meletakkan United di kedudukan ketujuh carta Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan terakhir, pasukan kendalian Moyes dikecewakan Everton 2-0 dan kekalahan itu menyebabkan United terpaksa melupakan aksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk tahun depan.

Bekas pemain United yang merupakan penolong jurulatih ketika ini iaitu Ryan Giggs dan Nicky Butt akan diberikan tanggungjawab mengendalikan pasukan itu yang akan menentang Norwich City pada Sabtu ini.

Sementara itu, Jurulatih Belanda, Louis van Gaal antara nama yang disebut akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Moyes selepas kempen Piala Dunia Brazil pada Jun. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Monday, April 21, 2014

Fiza Elite Dan Adam AF Bercerai?

Fiza Elite Dan Adam AF Bercerai?

Perkhabaran tidak baik mengenai kisah rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite semakin bertebaran di mana-mana media sejak kebelakangan ini.

Fiza Elite Dan Adam AF Bercerai

Walaupun Adam sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya bergaduh manja namun menurut dari sumber sebuah akhbar harian mengatakan si isteri sudah pun berkunjung ke Mahkamah Syariah di Shah Alam, Rabu lalu untuk menfailkan penceraian.

TERKINI…Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini.

“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.

“Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami,” katanya lagi.

Hmm, rasanya baharu lagi usia perkahwinan pasangan ini, kalau ada masalah, lebih baik dibawa berbincang ataupun merujuk kepada mana-mana pihak kaunseling perkahwinan.

Yelah, kita orang luar hanya boleh berkata-kata, yang melaluinya adalah mereka berdua.

Sementara itu, Fiza menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik status yang sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.

“Salam semua….maaf andai sy ada berbuat silap atau tkasar bahasa.sy benar2 berharap agar semua diluar sana memahami perasaan sy skrg ni…jgnlah ditanya bmcm2 jenis soalan.sy ni cuma wanita biasa yg kekadang lemah dan xmampu utk menanggung beban…tp sy tahu dan pasti semua ni ketentuan dr Allah.siapa yg mahu utk jd begini?kalau disoal pd sesiapa pun..xmungkin seseorg itu mahu mjalani kehidupan spt sy…hormati lah apa jua keputusan sy.sy hanya merancang…tp Allah lebih mengetahui segala2nya…sy cuma perlukan sokongan dr anda semua utk sy terus kuat dan maju ke depan.apa yg tjadi dan bakal berlaku biarlah jd rahsia antara sy dan Allah…xperlu utk sy bkongsi kesemua crita peribadi sy kpd umum.harap semua dpt memahami ya…doakan yg terbaik utk kami…Allah adalah tempat sy berbicara dan mengadu…bukan dgn sesiapa pun…kita sebagai makhluk Allah san hambanya cuma perlu menadah tangan dan bdoa meminta pertolongan dr Nya…Amin….”

Apa-apa pun kita doakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan jodoh mereka dipanjangkan. Biasalah adat dalam berumahtangga, pasti ada pasang surutnya.

Untuk makluman, Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu di Bangunan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam Selangor, Jais, Shah Alam. -Mynewshub.my

UPDATE!

Sebutan Kes Cerai Adam AF dan Fiza Elite Isnin Hadapan

Fiza Elite Dan Adam AF Bercerai

Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.

Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.

Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.

Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan. –Rotikaya

-Sentiasapanas.com

Gadis Menderita Klimaks Seksual 50 Kali Sehari

Gadis Menderita Klimaks Seksual 50 Kali Sehari

Sejak berusia enam tahun, gadis Britain, Amanda Gryce, 24, percaya sesuatu yang ganjil telah terjadi pada dirinya. Lebih-lebih lagi apabila gegendang telinganya menangkap sesuatu bunyi dalam tempoh yang lama.

Amanda Gryce Orgasm

Namun dia hanya mendiamkan masalah tersebut kerana malu untuk memberitahu ibu bapa mahupun teman rapatnya.

Apabila usianya menginjak 23 tahun, masalah tersebut semakin menjadi-jadi dan dia nekad berjumpa doktor. Sebaik tubuh diperiksa, Amanda diberitahu dia menghidap penyakit nimfomania atau gangguan rangsangan genital pada kemaluannya.

Penyakit tersebut menyebabkan keinginan seksual seseorang terangsang secara tiba-tiba dan pada bila-bila masa.

"Saya begitu terkejut dan sedih. Penyakit ini seolah-olah telah menghancurkan kehidupan saya sebagai wanita biasa.

"Saya sangat malu dengan keadaan ini. Pasti tiada siapa yang sanggup melalui hari-hari yang sukar apabila dirinya terangsang lebih 50 kali dalam sehari," jelasnya.

Menurut Amanda, penyakit tersebut datang secara tiba-tiba dan selalunya sewaktu dia sedang mendengar muzik atau semasa berada di tengah-tengah hiruk-pikuk suasana bandar.

Lebih menyedihkan apabila dalam masa sejam, dia boleh terangsang sebanyak lebih lima kali.

"Mungkin sesetengah orang beranggapan perkara itu menyeronokkan tetapi hakikatnya kehidupan harian terganggu.

"Lebih-lebih jika ia berlaku sewaktu saya sedang berurusan dengan orang lain," ujarnya.

Tambahnya, disebabkan malu, dia hanya berdiam diri dan merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain.

"Orgasma atau mencapai klimaks seksual lebih 50 kali sehari memang tidak masuk akal. Tambahan pula apabila penyakit tersebut datang tanpa mengira waktu termasuk semasa saya berhibur bersama teman-teman," katanya.

Ujarnya, mahu tidak mahu dia sekadar melemparkan senyuman dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku setiap kali gangguan tersebut terjadi di hadapan orang ramai.

Penyakit ganjil

Amanda Gryce Boyfriend

Namun begitu, keadaan tersebut berubah selepas dia menemui cinta pandang pertamanya, Stuart Triplett, 22, tujuh bulan lalu menerusi laman sosial.

Bukan itu sahaja, Amanda juga kerap bertemu dengan doktor bagi merawat penyakit tersebut.

"Bermula tahun lepas lagi, saya membaca artikel tentang penyakit ganjil ini. Sedikit sebanyak saya sudah tahu mengenainya.

"Mula-mula saya agak kecewa apabila ada doktor yang enggan merawat saya. Namun saya berterima kasih kepada pakar pelvis, Dr. Robert Echenberg, yang menemui cara untuk mengawal penyakit ini," ujarnya.

Katanya, selepas mendapatkan beberapa siri rawatan, gangguan tersebut mula berkurangan.

"Saya mengambil ubat untuk mengebaskan kawasan sekitar alat sulit saya selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam supaya saya tidak memikirkan hal-hal seksual.

"Kini saya gembira kerana penyakit ini semakin sembuh," ujarnya.

Namun begitu, doktor melarang Amanda dan teman lelakinya mengadakan hubungan intim.

"Pada awalnya agak sukar untuk menerangkan penyakit ini kepada Stuart kerana saya takutkan reaksinya.

"Mujurlah ia bukan masalah besar bagi Stuart. Dia benar-benar memahami dan banyak membantu sepanjang proses pemulihan tersebut," katanya.

Selain memakan ubat yang diberikan doktor, Amanda turut mendapatkan rawatan terapi fizikal daripada Gina Parsons di samping melakukan meditasi regangan.

"Selalunya Stuart akan mengingatkan saya bahawa kami tidak dibenarkan mengadakan hubungan kelamin.

"Selepas semuanya kembali normal nanti, barulah kami berkahwin," ujarnya.

Rangsangan

Amanda Gryce Theraphy

Menurut seorang pakar sakit puan dari Kolej Imperial London, Dr. David Goldmeier, gangguan rangsangan seksual atau nimfomania merupakan penyakit yang baru dikenal pasti dan belum ada penawarnya.

"Pesakit cenderung untuk mengadu mengenai masalah rangsangan kemaluan tetapi tidak dikaitkan dengan keinginan seks dalam tempoh yang panjang.

"Punca penyakit ini tidak diketahui tetapi penghidap didapati mengalami rangsangan secara tiba-tiba dan boleh berlanjutan sehingga sehari suntuk," katanya.

Jelasnya, keadaan tersebut sangat sukar dilalui oleh wanita dan sehingga kini, tiada rawatan khususnya untuk menangani gejala tersebut.

"Bagaimanapun, penyakit ini dapat dirawat secara perlahan-lahan melalui kaedah meditasi, senaman otot lantai pelvik dan pengambilan ubat tahan sakit secara konsisten," terangnya.

[Sumber]