Tuesday, April 22, 2014

David Moyes Akhirnya Dipecat!?


Pengurus Manchester United, David Moyes kini berdepan pemecatan selepas pemilik kelab, keluarga Glazer dikatakan sudah hilang sabar ekoran kekalahan terbaharu 2-0 kepada Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan terbaru.

David Moyes

Kekalahan di Goodison Park menyebabkan United gagal me­layakkan diri ke Liga Juara-juara buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun.

Seandainya pengendali dari Scotland itu dipecat dalam masa terdekat, legenda United, Ryan Giggs akan menggalas tugas pengurus sementara, lapor akhbar Britain, The Guardian.

Kedudukan Moyes sudah dipantai sejak United kalah 0-3 kepada Liverpool di laman sendiri, bulan lalu.

Jurulatih Borussia Dortmund, Jurgen Klopp, Diego Simeone dari Atletico Madrid dan ketua jurulatih Belanda, Louis van Gaal antara yang disebut bakal membimbing United.

Sementara itu, The Sun pula melaporkan, ahli lembaga United mula mempersoalkan apakah Moyes adalah orang yang tepat untuk diberi kepercayaan menguruskan dana 200 juta pound (RM1.092 bi­lion) yang bakal diperuntukan kelab itu bagi menguatkan cabaran mereka musim depan.

Selepas memberi kekalahan ke-11 buat United dalam saingan liga musim ini, Moyes gagal me­yakinkan ahli lembaga bahawa beliau adalah orang yang mampu melakukan perancangan jangka panjang di Old Trafford.

Bekas tonggak pertahanan Liverpool yang kini menjadi pe­ngulas Sky Sports, Jamie Carragher berkata, aksi yang dipertontonkan oleh United kelmarin adalah yang terburuk pernah disaksikan sejak beberapa tahun.

Kekalahan tersebut bermakna United

"Ini adalah tempoh 90 minit terburuk yang pernah saya lihat daripada Manchester United.

"Ketika saya bermain menentang pasukan ini, mereka sama sekali berbeza terutama daripada segi penguasaan.

"Bila saya lihat Manchester United sekarang, ia membuatkan saya tertanya-tanya mengapa mnereka tidak beraksi seperti mana yang pernah mereka lakukan dulu.

"Shinji Kagawa yang bermain di sayap kiri pasti tertanya-tanya, apa sebenarnya bola sepak Inggeris. Tiada siapa tahu apa yang berlaku di atas padang. Anda tidak boleh nampak apa perancangan mereka dan apa yang mereka cuba lakukan," kata Carragher ketika dipetik oleh akhbar The Mirror.

Biarpun dikritik hebat, namun Moyes menegaskan beliau masih kekal positif dan yakin, penyokong akan memahami masalah yang dihadapi sewaktu mengambil alih kelab daripada Ferguson.

"Saya rasa semua sedar bahawa kami baharu berada di landasan untuk melakukan perubahan. Kami dalam proses me­ningkat dan masih banyak yang perlu kami lakukan.

"Kami cuba mendapatkan rentak dan melakukan yang terbaik. Penyokong sentiasa berada di belakang pasukan, malah mereka memahami situasi kami," kata Moyes.

United bakal kehilangan beberapa tonggak penting, terma­suk ketua pasukan, Nemanja Vidic yang akan berpindah ke Inter Milan, manakala Patrice Evra serta Rio Ferdinand bakal tamat kontrak tidak lama lagi.

Media Britain turut melaporkan penyerang England, Danny Welbeck juga akan berhijrah pada penghujung musim ini.

Difahamkan pemain berusia 23 tahun itu tidak gembira be­r­ada di Old Trafford walaupun Mo­yes sering kali menegaskan bahawa Welbeck penting buat pasukannya. -Agensi

UPDATE!

Sah! David Moyes DIPECAT!

David Moyes Akhirnya Dipecat!

David Moyes akhirnya dipecat sebagai pengurus Manchester United selepas 10 bulan mengambil tanggungjawab penting itu daripada Alex Ferguson.
Pengumuman mengenai pemecatan Moyes dibuat menerusi saluran sosial Twitter United oleh pihak kelab pada Selasa.

“Manchester United mengumumkan bahawa David moyes telah meninggalkan kelab.

“Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepadanya kerana telah berkerja keras, jujur serta amanah dalam menjalankan tugas,” jelas United.

Berita mengenai pemecatan Moyes hadir sehari selepas laporan media British melaporkan mengenai penguguran jurulatih yang berasal dari Scotland itu.

Semasa mengendalikan United pada musim ini, jurulatih berusia 50 tahun itu hanya mampu meletakkan United di kedudukan ketujuh carta Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan terakhir, pasukan kendalian Moyes dikecewakan Everton 2-0 dan kekalahan itu menyebabkan United terpaksa melupakan aksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk tahun depan.

Bekas pemain United yang merupakan penolong jurulatih ketika ini iaitu Ryan Giggs dan Nicky Butt akan diberikan tanggungjawab mengendalikan pasukan itu yang akan menentang Norwich City pada Sabtu ini.

Sementara itu, Jurulatih Belanda, Louis van Gaal antara nama yang disebut akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Moyes selepas kempen Piala Dunia Brazil pada Jun. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon