Tuesday, April 18, 2017

Keunikan Tiang-tiang Pelik Dan Unik Giant Causeway

Loading...

Terdapat satu  struktur pelik dan unik yang terletak di Ireland Utara dan struktur-struktur ini dikenali dengan nama Giant Causeway, yang bermaksud Jalan Pintas Gergasi.

Giant causeway

Giant Causeway terletak di County Antrim, pantai timur laut Ireland Utara, 3 kilometer dari bandar Bushmills.

Menurut ahli geologi, Giant Causeway terbentuk dari sebuah letusan gunung berapi 60 juta tahun yang lalu. Letusan dahsyat itu membentuk lebih 40 ribu kumpulan batu-batu basal.

Bahagian atas batu-batu itu berbentuk tangga yang menjalar dari kaki bukit hingga ke tepi pantai. Sebahagian besar batu-batu tersebut berbentuk heksagon yang sempurna. Inilah yang membuatkan Giant Causeway terkenal diseluruh dunia.

Giant causeway

Bentuknya seperti tiang-tiang rumah, dianggarkan seberat 40,000 tan.

Uniknya, 'sambungan tiang' ini mempunyai sudut berbeza-beza, ada yang bersudut enam, empat, lima, tujuh malah lapan. Saiz juga berbeza-beza, paling tinggi kira-kira 12 meter dan teratur rapi sehingga membentuk bukit kecil setinggi 28 meter.

Pada tahun 2005, tempat ini berada dalam kedudukan ke-4 tempat paling menakjubkan di benua Eropah, berdasarkan hasil undian yang dilakukan stesen Radio Times terhadap pendengarnya.

Kisah Dongeng

Giant causeway

Pada zaman Ireland kuno, hidup seekor raksasa bernama Finn McCumhail dan merupakan pemimpin pahlawan.

Finn memiliki seorang musuh bernama Benandonner yang tinggal di seberang laut di Scotland. Benandonner tidak mampu berenang menyeberang laut menuju Ireland untuk menentang Finn.

Untuk bertemu dengan musuhnya itu, Finn memutuskan membentuk potongan-potongan batu dari gunung yang meletus sebagai tangga.

Giant causeway

Jalan yang dibuatnya itu akhirnya membentuk sebuah laluan pintas yang sehingga ke Scotland.

Benandonner akhirnya berjaya menyeberangi lautan menuju Ireland dan segera menuju ke kediaman Finn. Untuk menyambut musuh, Finn berdandan seperti seorang bayi yang sama besarnya dengan raksasa. Ternyata, tipu helah Finn berhasil.

Benandonner terkejut melihat "bayi" itu dengan berfikir, jika bayi saja sebesar raksasa, bagaimana dengan Finn sendiri. Setelah itu, Benandonner bergegas kembali ke Scotland.

Tumpuan Pelancong

Giant causeway

Sekarang, Giant Causeway menjadi daya tarikan utama bagi para pelancong dari seluruh dunia yang bercuti ke Ireland.

Selain itu, Giant Causeway telah diiktiraf sebagai lokasi warisan dunia (World 's Heritage Site) oleh salah satu badan PBB, UNESCO, pada tahun 1986.

BACA INI JUGA: Postonja, Gua Batu Kapur Paling Mengagumkan Di Dunia!

sumber: zamrispoon

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon