Wednesday, April 23, 2014

Sham Kamikaze Jawab Tuduhan Isteri


Assalamu’alaikum wbt. Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

Sham Kamikaze

Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai.

Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.

Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.

Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah. Barakallahu fikum. Jadi apa pandangan pembaca sekalian mengenai hal ini?

Tepuk dada, tanya selera. Apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini pasti akan diadili dan janganlah kita berpura-pura.

Wallahu a’lam.

Isteri dedah tembelang sebenar

Sham Kamikaze [2]

Kami yakin ramai yang terkejut mendengar pendedahan yang dibuat oleh bekas isteri komposer dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze iaitu Farazila Abdul Jabar mengenai bekas suaminya itu menerusi sisipan BiPop.

Pendedahan itu ternyata membuka sisi ‘hitam’ lelaki yang cukup dikenali dengan imej waraknya di mata umum.

Farazila yang bercerai dengan Sham sejak 1 September 2011 berkata, bekas suaminya itu sebenarnya seorang hipokrit dan kerap berbangga apabila ada yang memuji penghijrahannya.

“Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.

“Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.

“Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muak dengan perkataan “jom solatnya” itu,” ceritanya.

Tambah Farazila lagi, Sham juga ‘ketagih’ melayari laman Facebook dan peristiwa yang paling menguji kesabarannya adalah apabila Sham memuatnaik gambar berlaga pipi dengan wanita lain di akaun itu.

Dek kerana Facebook jugalah, wanita itu mengakui Sham pernah meninggalkannya di tepi lebuhraya kerana bergaduh di dalam kereta.

“Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bimbit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong. Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya.

“Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah,” jelasnya lagi.

Ujar Farazila, keesokan harinya, dia mencari Sham di studio, namun kakitangan studio itu seakan cuba menghalangnya daripada menemui Sham.

Bagaimanapun, Sham yang mahu turun ke bawah dilihat terkejut melihat kehadirannya, lantas lintang pulang berlari naik ke atas semula.

“Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izizn. Seingat saya, jika keluar rumah pun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja,” katanya.

-Mynewshub.my

1 comment

  1. Saya doakan moga2 dia benar2 berubah. Bukan skadar maen drama btopengkan agama

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon