Sunday, May 26, 2013

Menanti Kemunculan Bangsa Yakjuj dan Makjuj Di Akhir Zaman

Menanti Kemunculan Bangsa Yakjuj dan Makjuj Di Akhir Zaman

Yakjuj berbangsa Tartar, manakala Makjuj berbangsa Monggol. Mereka berasal daripada satu keturunan bapa yang bernama Turk dan tinggal di bahagian Utara Asia.

Yakjuj dan Makjuj

Negara mereka adalah memanjang bermula dari Tibet, China hingga ke Laut Beku Utara dan di barat hinggalah ke negeri Turkistan.

Pakar sejarah Arab dan Perancis menyatakan Yakjuj dan Makjuj ini sering menyerang negara jiran yang berhampiran. Mereka sering melakukan kerosakan di muka bumi dan menghancurkan bangsa lain.

Di kalangan mereka ada bangsa yang ganas berasal dari bukit tinggi dari Asia Tengah dan berhijrah ke Eropah pada masa dahulu seperti bangsa Smith, Sumeria dan Hun. Mereka telah menyerang negeri China dan Asia Barat yang merupakan tempat menetapnya para nabi.

Selepas zaman pemerintahan nabi, mereka masih tetap berada di sempadan negara mereka dan tidak keluar dari negara mereka, sehinggalah muncul di kalangan mereka.

"Si malapetaka yang bertulang," Tamujin yang mendakwa (menggelar) dirinya dengan nama Gengis Khan (bangsa Moggol) yang bererti Raja Alam.

Pada awal abad ke-7 Hijrah, Tamujin keluar dari bukit yang tinggi, jauh di Asia Tengah. Perkara pertama yang dilakukannya ialah menundukkan China Utara, kemudian pergi ke negeri-negeri Islam, dengan menawan Sultan Qatb al-Din ibn Armilan, iaitu salah seorang Raja Saljuk, Raja Khawarizm. Kekejian yang dilakukan oleh Gengis Khan di negeri tersebut merupakan kekejian yang belum pernah berlaku dalam sejarah.

Selepas Gengis Khan mati, pemerintahannya digantikan oleh puteranya Aqtay. Manakala putera saudaranya iaitu Batu telah menyerang Rusia pada 732 Hijrah dan memusnahkan Polan serta menghancurkan negeri Majr.

Setelah Aqtay meninggal, pemerintahannya digantikan oleh Jaluk. Beliau telah memerangi Rom dan memaksa rajanya membayar ufti.

Setelah Jaluk meninggal, pemerintahannya digantikan oleh anak saudaranya, Manju yang telah menindas kedua-dua saudaranya, Kaylay dan berjaya menguasai China manakala Hulaku meneruskan penguasaannya ke atas kerajaan-kerajaan Islam dan menawan pusat pemerintahan Khalifah Abbasiyah. Ketika itu pemerintahan Abbasiyah diterajui oleh Musta'sim Billah.

Pemerintahan Baghdad mula lemah pada pertengahan abad ke-7 Hijrah. Dalam masa tujuh hari Baghdad berjaya dikuasai.

Sungai-sungai di Baghdad dipenuhi dengan darah rakyatnya yang mati, manakala buku-buku ilmiah telah dicampak ke dalam sungai Dajlah sehingga menjadi seperti jambatan untuk mereka lalui menurut khayalan mereka. Akhirnya pemerintahan Khalifah Abbasiyah di Baghdad berakhir.

Setelah Dinasti Gengis Khan berjaya menguasai seluruh Asia dan Eropah Timur, mereka membahagi daerah-daerah taklukan mereka dan mendirikan empat kerajaan.

Keluarga Kaylay menguasai China dan Monggol. Jafaqay, saudara Aqtay, mengetuai Turkistan. Dinasti Batarkhan menguasai negeri-negeri yang berada di tepi sungai Fajla sehinggakan Rusia terpaksa menyerahkan cukai kepadanya dalam tempoh yang panjang.

Hulaku merampas Parsi dan Baghdad hingga ke negeri Syam. Semua ini diringkaskan oleh penulis daripada ensiklopedia, Ibnu Khaldun, Ibnu Maskawayh dan risalah Ikhwan al-Safa.

Sebenarnya isu Yakjuj dan Makjuj adalah isu yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang ramai. Ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang besar.

Oleh itu, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Zainab bin Jahsyim R.Anha bahawa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dalam keadaan amat serius seraya bersabda:

"Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah SWT. Celakalah orang Arab daripada kejahatan yang hampir tiba. Hari ini telah terbuka sebahagian tembok Yakjuj dan Makjuj seperti ini. Lantas Nabi mengisyaratkan bulatan dengan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari ibu. Zainab binti Jahsyim berkata: Aku bertanya, hai Rasulullah SAW, adakah kami akan binasa sedangkan di sisi kami ada orang-orang yang soleh. Jawab Baginda SAW: Ya, jika sekiranya banyak kejahatan".

Persoalan hangat tentang Yakjuj dan Makjuj

Adakah Yakjuj dan Makjuj daripada manusia?

Ya. Kedua-duanya daripada umat manusia. Iaitu dua kabilah. Dikatakan daripada Yaputh bin Nuh. Ini dikuatkan lagi daripada hadis Bukhari.

Apakah sifat Yakjuj dan Makjuj?

Antara sifat mereka ialah:
  • Kekuatannya yang amat luar biasa.
  • Mata mereka sepet.
  • Banyak bulu pada badan mereka.
  • Jumlah mereka tersangat ramai.

Manakala Ibnu Hajar menyebut tiga sifat iaitu:
  • Jasad mereka seperti pohon yang besar.
  • Jasad mereka empat hasta lebar x empat hasta tinggi.
  • Sebahagian mereka boleh duduk di atas telinga-telinga mereka seleret ke tanah.

Pun begitu, sifat ini tidak disandarkan pada riwayat yang sahih, tetapi didhaifkan sifat tersebut oleh sebahagian ulama.

Bilangan Yakjuj dan Makjuj?

Bilangan mereka teramat ramai. Ini berdasarkan hadis di mana bilangan mereka tanpa diketahui jumlahnya. Dalam hadis al-Hakim melalui kitabnya al-Istadrakh menyebut: Manusia dibahagikan kepada 10 juzuk dan 9/10 daripadanya Yakjuj dan Makjuj sedangkan sejuzuk yang lain adalah semua makhluk atau manusia.

Apakah agama Yakjuj dan Makjuj?

Mereka adalah bangsa yang kufur dengan Allah. Kalau tidak, nescaya tidak dihukum ke atas mereka serentak. Ini berdasarkan mafhum hadis.

Tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj?

Berdasarkan riwayat hadis, mereka dikurung dan disekat antara dua gunung yang besar di Turki. Apabila mereka keluar, mereka terus menuju ke Laut Mati dan meminum semua air tersebut. Kemudian mereka menuju ke Baitul Maqdis, Palestin.

Bilakah mereka keluar?

Mengikut riwayat yang sahih mereka keluar pada zaman Nabi Allah Isa bin Maryam selepas turunnya Nabi Isa dan dia membunuh Dajjal dan ketika itulah keluarnya Yakjuj dan Makjuj menyebabkan Nabi Isa telah membawa bersamanya orang yang beriman ke gunung yang berhampiran iaitu gunung Thur.

Ini bertujuan untuk berlindung kerana ramainya jumlah Yakjuj dan Makjuj seperti ombak laut yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.

Tempat tinggalnya sekarang?

Sekarang ini dengan kemudahan teknologi bahkan melalui udara dan satelit yang mungkin dapat mengesan tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj.

Dalam hal ini, kudrat Allah SWT yang boleh melakukan apa saja. Berdasarkan nas hadis menunjukkan mereka berada di dalam tanah dan percubaan untuk keluar berlaku dari semasa ke semasa. Samalah seperti kita beriman adanya jin dan di manakah mereka.

Bagaimana cara Yakjuj dan Makjuj dibinasakan?

Mengikut riwayat Nawwas bin Sam'an bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala dengan leher mereka dimakan ulat dan mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa dan pengikutnya turun ke bumi.

Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj dan Makjuj dan bau jasad mereka yang tidak baik.

Kemudian Allah SWT utuskan burung seperti leher-leher unta memakan dan membawa mereka mengikut kehendak Allah SWT. Selepas itu Allah SWT menurunkan hujan membasuh bumi hingga menjadi suci.

Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada sebarang fitnah dan menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amiin.

BACA INI JUGA: Kononnya Dajjal Berusia 4000 Tahun Dan Sangat Menyusahkan

Sumber: Utusan.com.my

Awas Bahaya Ruam Pada Badan Anak Anda

Awas Bahaya Ruam Pada Badan Anak Anda

Info Kesihatan. Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang.

Awas Bahaya Ruam Pada Badan Anak Anda

Ruam biasanya berlaku kerana iritasi pada kulit yang boleh disebabkan oleh pelbagai masalah. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal.

Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.

Punca ruam

Ruam bukan selalunya berlaku pada kali pertama anda berhubung dengan alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila berlakunya tindak balas dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam. Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau dermatitis ialah:
  • Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac.
  • Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen.
  • Barang kemas atau fabrik.
  • Peralatan baharu, mainan, alat, atau objek lain.

Ruam juga boleh berlaku dengan jangkitan virus seperti herpes zoster, jangkitan kulat contohnya yis, jangkitan bakteria dan jangkitan kelamin (STI). Ruam juga boleh berlaku sebagai tanda-tanda penyakit yang lebih serius, seperti penyakit hati, penyakit buah pinggang atau sesetengah jenis kanser.

Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama. Anda boleh mendapat ruam apabila anda berjalan ke kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan.

Ruam lebih serius

Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam yang gatal.

Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius.

Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor.

Rawatan di rumah

Kebanyakan ruam akan hilang tanpa rawatan perubatan. Rawatan di rumah selalunya boleh melegakan kesakitan dan gatal-gatal sehingga ruam hilang.

Jika anda mempunyai ruam, anda tidak perlu berada dalam hubungan dengan kanak-kanak atau wanita hamil. Kebanyakan virus yang menyebabkan ruam adalah berjangkit, terutamanya jika ia turut menyebabkan demam.

Elakkan kegatalan

Pastikan kawasan yang gatal berada dalam keadaan sejuk dan lembap. Meletakkan kain direndam di dalam air ais pada ruam beberapa kali sehari. Ruam yang terlalu kering akan mengeringkan kulit, yang boleh menggandakan kegatalan.

Pastikan anda berada dalam persekitaran sejuk dan berjauhan daripada matahari. Haba boleh membuat gatal semakin teruk.

Cuba mandi menggunakan bijiran gandum untuk melegakan gatal-gatal. Balut satu cawan bijiran gandum dengan kain kapas dan rebus seperti yang anda lakukan untuk memasak.

Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik dan gunakan sebagai span. Anda boleh mandi dalam air sejuk tanpa sabun.

Elakkan daripada menggaru. Potong kuku pendek atau memakai sarung tangan kapas pada waktu malam untuk mengelakkan anda menggaru secara tidak sengaja.

Pakai pakaian kapas. Jangan memakai bulu dan kain sintetik.

Gunakan sabun lembut seperti Cetaphil, Dove atau Minyak Olay, dan sabun yang sedikit sahaja. Jangan gunakan sabun deodoran.

Basuh pakaian anda dengan sabun pelembut, bukannya detergen. Bilas dua kali untuk membuang semua kesan sabun. Jangan gunakan bahan cuci yang kuat.

Berehat sepanjang hari untuk melakukan senaman santai, terutamanya sebelum tidur kerana tekanan juga boleh menyebabkan gatal atau ruam bertambah buruk.

-Kosmo

Bintang Hollywood Yang Menyesal Buat Pembedahan Plastik

Bintang Hollywood Yang Menyesal Buat Pembedahan Plastik

Mereka ingin kelihatan cantik dan sanggup melakukan pembedahan plastik. Namun selepas melalui pembedahan itu, ada bintang Hollywood yang menyesal, kerana wajah atau bentuk badan mereka lebih buruk daripada keadaan asal.

Bintang Hollywood Yang Menyesal Buat Pembedahan Plastik

Antara yang melahirkan kekesalan itu ialah bekas model Alicia Douvall, bintang filem Tara Reid, pelakon Pamela Anderson dan Denise Richard.

Alicia umpamanya, telah melakukan berbelas pembedahan plastik sejak berusia 17 tahun.

Ibu kepada dua anak itu, mengalami ketagihan kepada pembedahan plastik dan telah melakukan enam prosedur di bahagian hidung, 11 prosedur kulit, implan dagu dan muka.

“Saya mempunyai masalah hinggakan saya terpaksa membuang implan di bahagian hidung, dagu dan mata.

“Saya melalui banyak pembedahan di muka, hinggakan ia tidak dapat bergerak. Saya tidak boleh senyum dan sukar untuk bernafas dengan hidung.

“Jika saya tidak melalui pembedahan ini, muka saya lebih baik daripada sekarang,’’ katanya.

Manakala pelakon Tara pula mengalami malu besar selepas implan payu daranya dikatakan yang paling buruk di dunia.

“Ketika itu saya menghadiri pada satu majlis dan secara tidak sengaja baju saya telah terdedah hingga menampakkan payu dara saya itu.

“Saya menangis dan merayu kepada jurugambar yang merakamkan gambar saya ketika itu supaya tidak menerbitkan gambar berkenaan.

“Namun mereka telah memuat naik gambar itu ke merata laman web dan diterbitkan di majalah,’’ katanya.

Bagi Pamela Anderson pula, yang sebelum ini terkenal dengan payu dara besar, kini telah membuang implan tersebut agar ia sepadan dengan bentuk badannya.

“Saya tidak mahu apa-apa lagi,’’ katanya yang menjalani pembedahan membesarkan payu dara beberapa kali sebelum ini.

Manakala bekas gadis Bond, Denise mengaku membesarkan payu dara pada usia 19 tahun.

Jelasnya, dia sebenarnya terkejut selepas pembedahan itu kerana mendapati payu daranya menjadi lebih besar, berbanding dengan apa yang dimintanya.

Susulan itu Denise telah menjalani satu lagi pembedahan untuk mendapat saiz yang diingininya namun keadaan sebaliknya berlaku apabila payu daranya semakin besar.

“Saya sangat kecewa kerana apa yang doktor lakukan itu tidak betul sama sekali,’’ katanya.

Dia bagaimanapun mendapat kembali bentuk payu dara yang diingininya pada usia 41 tahun.

-Mynewshub

Wajarkah Afiq Muiz Memaksa Ibunya Meminta Maaf?

Wajarkah Afiq Muiz Memaksa Ibunya Meminta Maaf?

Pakar Motivasi terkenal, Prof. Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menyatakan sebagai seorang anak, Afiq Muiz tidak boleh memaksa ibunya untuk tampil meminta maaf kepadanya.

Wajarkah Afiq Muiz Memaksa Ibunya Meminta Maaf?

Ini berikutan kenyataan Afiq yang mahu ibunya, Hasliza Mohd menarik balik kenyataan yang mengatakan dia adalah anak derhaka sebelum dirinya tampil meminta maaf kepada ibu kandungnya itu.

(Baca: Eina Azman Kekasih Afiq Muiz Gadis Pisau Cukur!)

“Afiq Muiz tak boleh memaksa ibunya untuk meminta maaf, dia tiada hak..pujuk, rayu dan doakan ibunya boleh.

“Orang yang hebat, dia akan memaafkan orang tanpa dipinta dan meminta maaf walaupun tidak berbuat salah,” kata Dr Fadzilah dalam program hiburan Galaksi, semalam.

Selain itu, Dr Fadzilah menyarankan Afiq supaya pergi meminta maaf kepada ibunya kerana dikhuatiri hidupnya akan sengsara dunia dan akhirat jika dia tidak sempat berbuat demikian kelak

“Apa yang boleh saya sarankan kepada Afiq, dia boleh pergi sembah kaki mak dia, minta ampun dan maaf. Selagi dia tidak diampunkan oleh maknya, jangan beredar.

“Takut maknya meninggal dunia sebelum memaafkannya, syurga anak memang di bawah tapak kaki ibu, itu adalah hadis sahih,” pesannya lagi.

Dr Fadzilah turut menambah, hati ibu adalah sangat lembut walau sekerasnya mana pun hatinya, kalau anak bersungguh-sungguh meminta maaf, seseorang ibu itu pasti jua akan memaafkan keterlanjuran seseorang anak itu.

Itu adalah sedikit sebanyak pesanan yang boleh diberikan oleh pakar motivasi ini berhubung kemelut keluarga yang melanda Afiq dan ibunya itu.

Diharapkan Afiq dapat mengambil serba sedikit nasihat ini dan renung-renungkan untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya kelak.

-Mynewshub

Giler! Cincin Emas Bersalut Kulit Manusia

Giler! Cincin Emas Bersalut Kulit Manusia

Cincin emas yang diberi nama sebagai Forget Me Knot ini dicipta oleh seorang pereka fesyen dari Iceland yang bernama Sruli Recht. Beliau merupakan seorang warganegara Australia dan kini tinggal di Reykjavík Iceland.

Forget Me Knot

Recht adalah seorang pelajar dalam rekabentuk fesyen di RMIT University yang terletak di Melbourne. Apa yang unik, menarik dan pelik tentang cincin yang dihasilkannya ini adalah cincin ini menggunakan emas tulen serta menggunakan jalur kulit dirinya sendiri yang dibuang melalui pembedahan dan dipasang terus pada cincin emas tersebut.

Ramai pereka lain terkejut dengan idea Recht apabila beliau membuat keputusan untuk menjalani pembedahan dengan mengeluarkan jalur kulit dari perutnya sendiri.

Selepas pembedahan, sepanjang 10 milimeter kulit dengan bulu yang masih melekat diawet dan terus dipasang pada cincin emas sebagai perhiasan

Sruli Recht

Bersama-sama dengan cincin emas yang deselaputi kulit serta daging ini, pembeli juga akan menerima sijil DNA sebagai bukti bahawa cincin tersebut menggunakan kulit sebenar kepunyaan Sruli Recht serta DVD dokumentari yang mana menunjukkan proses pembedahan dan temu bual dengan pasukan yang terlibat untuk mencipta cincin ini.

Beliau menjadi terkenal kerana telah mencipta pelbagai koleksi perhiasan yang pelik. Beberapa karya awal beliau adalah termasuk barang yang dihias dengan luar biasa seperti kulit kambing yang dilahirkan mati, sutera yang diekstrak daripada kelenjar labah-labah, dan macam-macam lagi.

BACA INI JUGA: Insan Mulia Dan Sebentuk Cincin

Sumber: dairishare

Saturday, May 25, 2013

Lelaki Menyamar Psy Buat Persembahan Di Festival Filem Cannes

Lelaki Menyamar Psy Buat Persembahan Di Festival Filem Cannes

Bintang rapper Gangnam Style, PSY mengambil peluang menghadri Festival Filem Cannes dengan berparti sakan bersama bintang Hollywood yang turut hadir pada majlis itu.


Namun hakikatnya, tiada siapa yang menyedari bahawa dia bukanlah PSY yang sebenar, sebaliknya mempunyai wajah yang serupa.

Denis Carre, 34, yang kelihatan seolah-olah seperti PSY, menghadiri majlis berkenaan dengan dikawal oleh tiga lelaki yang diupah sebagai pengawal peribadinya.

Selain Rosario Dawson, dia turut berpesta bersama dengan artis Naomie Harris dan Adrien Brody.

Pada majlis itu, Denis turut mendapat minuman percuma dan membawa bersama `pengurus’ untuk berbincang mengenai penampilannya PSY pada festival di Monaco.

Bukan itu sahaja, dia juga dilaporkan turut menarikan tarian Gangnam Style untuk penyiaran Perancis.

Ketika ditemui, Denis berkata, dia mula berlagak seperti PSY apabila secara tidak sengaja diperkenalkan sebagai bintang rap berkenaan di sebuah kelab di Dublin.

“Ketika itu orang ramai mula mengerumuni saya dan keadaan jadi tidak terkawal. Saya hanya dapat melepaskan diri dengan bantuan kakitangan kelab berkenaan,’’ katanya.

Bagaimanapun PSY yang mengetahui mengenai lelaki berwajah serupa dengannya itu sempat bergurau dalam twitternya.

“Nampaknya ada satu lagi SAYA di Cannes…katakan hi padanya,’’ kata PSY.

-Mynewshub

Kereta Terhumban Dalam Sungai Jambatan Runtuh Di Washington

Kereta Terhumban Dalam Sungai Jambatan Runtuh Di Washington

Sebahagian jambatan empat lorong merentasi sebatang sungai di pedalaman utara bandar raya Seattle, Amerika Syarikat (AS) runtuh kelmarin, menyebabkan sejumlah kenderaan dan orang ramai terhumban ke dalam air, kata pihak berkuasa.

Kereta Terhumban Dalam Sungai Jambatan Runtuh Di Washington
Sebahagian jambatan lebuh raya Interstate 5 yang runtuh ke 
dalam Sungai Skagit di negeri Washington kelmarin.

Jurucakap polis negeri Washington, Mark Francis berkata, jambatan di lebuh raya Interstate 5 yang merentasi Sungai Skagit di antara bandar Mount Vernon dan Burlington yang terletak 90 kilometer ke utara Seattle itu runtuh sekitar pukul 7 petang (waktu AS).

"Saya diberitahu terdapat kenderaan dan orang ramai yang terjatuh ke dalam sungai. Setakat ini saya belum pasti jika ada kecederaan berlaku," katanya.

Akhbar Seattle Times melaporkan bahawa tiga orang telah diselamatkan dari dalam sungai tersebut.

Kata Francis, punca kejadian masih disiasat tetapi menurutnya, jambatan tersebut runtuh semasa hujan lebat.

Menurut Pangkalan Data Jambatan Kebangsaan AS, jambatan berkenaan dibina pada 1955 dan menjadi laluan utama kenderaan yang berulang-alik antara Seattle dan Vancouver di Kanada.

Nahas itu berlaku hampir enam tahun selepas sebuah lagi jambatan runtuh di Minnesota, sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan infrastruktur di AS.

Pada Ogos 2007, kira-kira 305 meter bahagian jambatan I-35W di Minneapolis runtuh ke dalam sungai Mississippi ketika orang ramai pulang dari tempat kerja.

Sejumlah kenderaan terhumban ke dalam sungai dengan menyebabkan 13 orang terbunuh, manakala 145 yang lain cedera.

-Reuters

Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah?

Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah?

How to block follower on blogger | Biasanya sebagai blogger, kita suka bila ada seseorang menjadi pengikut blog.

Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah?

Tetapi apabila ada situasi di mana pengikut blog menggunakan gambar profile lucah atau apa-apa yang kurang kita senangi, adakah anda suka ia terpapar dalam blog?.

Tentunya tidak bukan. Jadi, jika keadaan demikian terjadi, bagaimana untuk menyekat atau membuang profile pengikut blog seperti ini?. Ikuti langkah berikut:

  • Login ke blogger Dashboard
  • Klik pada pautan perkataan Follower (rujuk gambar di bawah)
Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah? [2]


  • Ianya akan menunjukkan senarai pengikut blog anda.
  • Kemudian klik pada gambar profile pengikut yang anda ingin sekat (block) - seperti gambar di bawah ini.
Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah? [3]

  • Kemudian Klik pada pautan Block this user. Profile pengikut tersebut akan disekat (blocked) dari mengikuti blog anda.
Bagaimana Menyekat Follower Yang Menggunakan Gambar Profile Lucah? [4]

Jika anda tidak mahu sekat, tetapi ingin tambah sebagai kawan, klik pada pautan Add as friend.

[Sumber]

RCI: Pendatang Haram Mengaku Terlibat 'Projek IC' Di Sabah

RCI: Pendatang Haram Mengaku Terlibat 'Projek IC' Di Sabah

Keluarga rakyat asing mengatakan mereka menerima kad pengenalan biru di Sabah melalui “Projek IC” sebelum memohon untuk pendaftaran lewat bagi anak-anak mereka,” kata seorang pegawai mahkamah kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang tanpa izin di Sabah.

Projek IC

Melissa Chia, pendaftar kanan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberi keterangan hari ini bahawa rakyat asing, kebanyakkannya warga Filipina dan Indonesia tanpa surat beranak Malaysia, membuat permohonan seperti itu untuk anak-anak mereka apabila beliau bekerja sebagai magistret di Tawau dan Semporna semenjak 2008.

“Mereka kata, ‘Saya tidak mempunyai surat beranak kerana dapat IC melalui Projek IC,’” kata Chia semasa RCI.

“Mereka kata, ‘Jadi semasa saya bekerja di kem atau industri kayu, terdapat kumpulan yang memberi saya borang untuk memohon. Jadi saya ikut dan pohon. Saya dapat IC biru,” tambahnya apabila ditanya apa maksud keluarga rakyat asing dengan “Projek IC.”

Chia mengatakan beliau tidak mempunyai angka rasmi berapa ramai warga asing memberitahunya mereka menerima kad pengenalan biru melalui “Projek IC”.

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan “Projek IC”.

Sindiket melibatkan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendapat RM11 juta hasil daripada penjualan kad pengenalan (IC) kepada pendatang haram di Sabah, kata Pegawai Polis Kanan Cawangan Khas (SB) Ahmad Fauzan Mohamad Febuari 2013.

Sebelum itu bekas pengarah JPN Ramli Kamarudin, bagaimanapun, memberitahu RCI pada Januari bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengarahkan dirinya untuk mengeluarkan resit JPN, yang sama dengan nama dan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar kepada pendatang.

Ramli telah mengatakan lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), di mana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.

Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi DUN.

Akan tetapi beberapa ADUN PBS belot menyertai Barisan Nasional (BN) sejurus selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

BACA INI JUGA: Alangkah Mudahnya Mendapatkan MyKad Palsu Di Malaysia!

-SENTIASAPANAS.COM

Kummakivi, Batu Gergasi Atas Batu Paling Pelik Yang Sangat Menakjubkan

Kummakivi, Batu Gergasi Atas Batu Paling Pelik Yang Sangat Menakjubkan

Pernahkah anda melihat batu besar berada di atas batu yang lain dalam keadaan seimbang? Mungkin pernah mungkin tidak. Batu ini yang dipercayai batu gergasi dikatakan paling seimbang di dunia. Siapa berani duduk di tepi batu tersebut. Silap-silap kena hempap pula.

Batu pelik
Pic: Wikipedia.

Terdapat kejadian semula jadi tertentu di dunia yang membuatkan kita semua menggaru kepala. Salah satu keajaiban alam semula jadi itu ialah Kummakivi, pembentukan geologi yang terdapat dalam hutan tebal Finland.

Pemandangan misteri batu gergasi yang paling seimbang dan luar biasa di atas sebuah batu licin.

Namun, sehingga kini masih tiada penjelasan saintifik bagaimana batu itu, yang diberi nama sebagai “strange rock” dalam Finland, dalam kedudukan yang membingungkan, yang kelihatan sangat luar biasa.

Kummakivi Batu Pelik
Pic: Riku pihlanto.

Sesetengah cerita rakyat Finland menerangkan lokasi ganjil batu gergasi dengan mengatakan bahawa Trolls (atau gergasi) membaling atau meletakkan batu itu di sana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com