Saturday, May 25, 2013

Pendapatan Rakyat Singapura Paling Tinggi Di Dunia

Pendapatan Rakyat Singapura Paling Tinggi Di Dunia

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam menobatkan pendapatan purata rakyat Singapura sebagai yang tertinggi di dunia berdasarkan kepada pendapatan perkapita dan kemampuan daya beli negara itu.

Singapore+Dollar
Gambar hiasan

IMF mencatatkan secara purata pendapatan setiap rakyat Singapura dalam setahun ialah AS$61,567 (RM186,824).

Jumlah itu meningkat dua peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Dengan pendapatan itu, Singapura mengungguli empat negara lain - Norway, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan Switzerland.

Norway sebagai pesaing terdekat mencatat pendapatan purata $56,663 (RM171,943) dan Amerika Syarikat masih kekal di kedudukan lima teratas walaupun negara itu menghadapi masalah kelembapan ekonomi.

Dalam kenyataan itu, IMF juga meramal kekayaan rakyat Singapura akan terus meningkat kepada $77,000 (RM233,656) pada 2018.

Dari segi lain, pemimpin republik itu terus mengukuhkan kedudukan negara berkenaan sebagai hab perniagaan konglomerat antarabangsa bagi menarik syarikat multinasional menyuntik modal di republik itu.

IMF menyasarkan Singapura sebagai ‘syurga bebas cukai.’

Dengan cukai yang rendah golongan mewah dari pelusuk dunia memilih untuk berhijrah dan menetap di Singapura. Pengasas bersama Facebook, Eduardo Saverin dan usahawan hartanah Australia Brett Blundy antara contoh terbaik.

Singapura juga dijangka menewaskan Switzerland sebagai pusat golongan kaya menyimpan harta kekayaan mereka pada 10 tahun akan datang.

BACA INI JUGA: Malaysia Negara Paling Ajaib Di Dunia

Sumber: Kompas

Kantoi! Anak Curang Dengan Kekasih Bapa Di Rakam CCTV

Kantoi! Anak Curang Dengan Kekasih Bapa Di Rakam CCTV

Gara-gara percaya rumahnya berhantu, seorang lelaki memasang kamera tersembunyi di dapur untuk merakamkan aktiviti paranormal itu.

Kantoi! Anak Curang Dengan Kekasih Bapa Di Rakam CCTV - The ghost cam revealed the man's girlfriend and son getting it on
Gambar hiasan

Dan tindakan itu akhirnya memang merakamkan aktiviti luar biasa di rumah berkenaan - apabila kamera itu merakamkan hubungan seks di antara anak lelaki dan kekasih lelaki terbabit.

Ketika lelaki itu mempertikaikan tindakan kekasihnya, wanita terbabit - berusia 28 tahun - mendakwa ia bukan hubungan asmara seperti disangka, sebaliknya sekadar pelukan kasih sayang dengan remaja berkenaan.

Namun, apabila lelaki itu menyoal anaknya yang berusia 16 tahun, remaja itu mengakui dia pernah berasmara dengan kekasih bapanya beberapa kali sebelum itu. Polis kemudian dihubungi untuk menangkap wanita terbabit.

-The Sun

Friday, May 24, 2013

Kenapa Ramai Orang Cina Menyokong Adam Adli?

Kenapa Ramai Orang Cina Menyokong Adam Adli?

Ulasan dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.

Kenapa Ramai Orang Cina Menyokong Adam Adli?

Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.

Waktu itu, Raja Petra ( kiri ) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.

Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia di bebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.

Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.

Kelmarin pula, senario yang hampir sama berlaku berhampiran balai polis Jinjang, di mana sebuah perhimpunan aman untuk menyokong Adam Adli Abdul Halim berlangsung.

Memang terdapat orang Melayu. Antaranya aktivis lama reformasi, geng Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), geng mahasiswa dan aktivis parti pembangkang.

Mereka faham perjuangan Adam Adli dan datang dari jauh untuk menunjukkan sokongan sampai larut malam.

'Tsunami Cina' di Jinjang

Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.

Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi Adam Adli.

Adanya Ah Soh bersama tiga anak perempuanya yang masih dalam umur persekolahan. Adanya Ah Seng rambut perang membawa motorsikal Suzuki RG.

Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.

Sampai 11.30 malam, saya berasa letih dan meminta izin bos saya untuk balik rehat. Tetapi Ah Soh, Ah Seng, Ah Pek dan Ah Siang masih hendak berhimpun, bersorak dan menyanyi Negaraku, walaupun sudah tengah malam dan adanya risiko ditahan polis.

Bagi saya, ini agak pelik. Kalau dibandingkan dengan ketika Raja Petra ditahan, penyokongnya memahami pendiriannya kerana dia sudah menulis rencana sejak beberapa dekad.

Manakala, Adam pula masih dikira orang baru dalam arena aktivis dan pendirian. Ataupun idealismenya kurang menarik perhatian orang ramai kerana dia bukan seorang penulis prolifik seperti Raja Petra.

Kesilapan keutamaan

Tidak lama selepas polis menahan 18 peserta (antaranya, 11 lelaki dan 4 perempuan Cina), saya sempat berborak dengan beberapa orang Cina yang bagi saya, tidak menonjolkan ciri-ciri kaki demonstrasi.

Tiada seorang pun yang tahu tentang latar belakang Adam Adli, ataupun kisah beliau menurunkan bendera perdana menteri di PWTC.

Tetapi, kebanyakan orang yang ditemuramah nampaknya tidak puas hati melihat seorang mahasiswa ditahan kerana hujahnya di sebuah forum, sedangkan pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan benda lain yang lebih penting.

"Itu (sebut nama seorang pemimpin BN) dia tak mahu tangkap. Olang jahat dia tak mahu tangkap. Mengapa tangkap budak itu?"

Ini merupakan pandangan yang lazim diluahkan orang yang ditemuramah. Sebaliknya, soal bangsa Adam Adli tidak disentuh langsung.

Jadi kalau mahu menjawab soalan yang dikemukakan sebuah akhbar tempatan, apa lagi Cina yang berkumpul di sekitar balai Jinjang semalam mahu, jawapannya keadilan.

Mereka mahu pihak berkuasa menyempurnakan tugas mereka secara adil dan saksama, bukan membuang masa menutup mulut aktivis muda yang cuba untuk menegakkan sistem pilihan raya yang bersih.

Itu saja Cina mahu?

Saya juga membuat kesimpulan, orang Cina yang saya nampak semalam juga masih mahu kepimpinan Melayu.

Pada tahun 2008, Raja Petra antara pemimpin yang diagung-agungkan orang Cina kerana hujahnya berlandaskan keadilan.

Sekarang pula orang Cina mengagung-agungkan pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan sebagainya kerana prestasi pencapaian mereka.

Pernahkah para pembaca dengar orang Cina kata dia hendak lihat Lim Kit Siang ( kanan ), Karpal Singh ataupun Dr Chua Soi Lek sebagai perdana menteri? Tidak.

Ketiga-tiga pemimpin ini tidak begitu fasih bahasa kebangsaan pun. Macam mana pula mereka hendak menggubal undang-undang?

Saya juga berpendapat orang Cina memahami bahawa kebanyakan orang Malaysia adalah orang Islam yang memerlukan pimpinan orang Islam. Ini kerana perlembagaan telah menetapkan Agong sebagai penjaga hal-ehwal Islam dan seorang perdana menteri adalah wakil eksekutif Tuanku.

Saya mengaku, kesimpulan yang saya temukan ini mungkin simplistik sebab ia berdasarkan satu senario yang jarang berlaku dan berdasarkan pendapat segelintir peserta malam kelmarin.

Tetapi saya harap pemerhatian saya semalam dapat membuka lagi ruang perbincangan tentang "Apa lagi Cina mahu" dan adakah semua perbuatan mereka merupakan pecaturan licik bersifat perkauman, seperti didakwa sesetengah pihak.

Setahu saya, Adam Adli bukan Cina dan tidak pernah cuba menghasut orang Cina. Secara umumnya, orang Cina tidak kenal dia pun, lebih-lebih lagi orang Cina Jinjang.

Admin: Rencana ini ditulis oleh ANDREW ONG bertugas di Malaysiakini (laman Bahasa Inggeris). Ini rencana pertamanya yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

[Sumber]

Akademi Fantasia Musim ke-10 Bakal Kembali September 2013

Akademi Fantasia Musim ke-10 Bakal Kembali September 2013

Masih ingat nama-nama ini: Hafiz, Vince Chong, Mawi, Stacy, Aizat, Marsha dan Hazama? Mereka ini merupakan produk bintang muda program realiti TV popular, ‘Akademi Fantasia’ sejak tahun 2003 sehingga ia melabuhkan tirai pada musim ke-sembilan dua tahun lalu.

Akademi Fantasia Musim ke-10 Bakal Kembali September 2013

Penantian peminat rancangan tersebut akan berakhir tidak lama lagi.

Selepas setia menemui penonton selama sembilan musim, rancangan terbitan Astro Ria itu bakal menemui peminat dengan ‘wajah baru’ pada bulan September.
'Akademi Fantasia 2013' (AF2013) akan bermula dengan penjelajahan di lima buah seluruh negara iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun untuk sesi uji bakat mencari bintang baru.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh jenama AF dilihat sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri hiburan negara.

Antara nama-nama yang masih relevan dan masih segar meniti di bibir peminat (seperti Aizat, Stacy, Aril dan sebagainya) sudah berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap aspek seni yang diceburi. Ini termasuk bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

Musim ini beberapa pembaharuan akan diperkenalkan untuk memantapkan lagi kualiti pengisian program agar tersu segar dan menepati citarasa penonton.

Peserta boleh memilih untuk bertanding secara solo atau berpasangan. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.

Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak.

Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan untuk menjadi bintang, boleh hadir di ujibakat berikut:

Akademi Fantasia Musim ke-10 Bakal Kembali September 2013

Persoalannya sekarang siapa bakal pengacara Akademi Fantasia 2013 kali ini? Mungkinkah pengacara sensasi, Aznil Nawawi akan kembali memeriahkan rancangan musim ini?

Dan peminat juga pasti tertanya-tanya siapa tenaga pengajar yang akan ditampilkan musim ini? Adakah ‘Cikgu Fatimah Abu Bakar, ‘Cikgu Adnan Hassan’, Ibu Fauziah Nawi dan Cikgu Siti Hajar akan membuat ‘comeback’ mereka?

Kita tunggu dan lihat..

[Sumber]

Remaja Amerika Lebih Rela Hilang Kereta Daripada Kehilangan iPhone

Remaja Amerika Lebih Rela Hilang Kereta Daripada Kehilangan iPhone

Gadget kini dianggap lebih menarik dibanding dengan kereta bagi remaja Amerika. Ketika disuruh memilih antara iPhone atau sebuah kereta, maka iPhone yang akan dipilih.

Remaja Amerika Lebih Rela Hilang Kereta Daripada Kehilangan iPhone

"Aku sentiasa duduk di rumah kecuali untuk latihan bola sepak, dan kemudian ibu atau ayah yang memandu," kata gadis 16 tahun bernama Allison Katz seperti dilapor Detroit News.

Pergeseran budaya di kalangan remaja ini merupakan hasil dari teknologi yang membuat remaja berhubung antara satu sama lain dan hal-hal lain tanpa perlu masuk ke kereta.

Bagi remaja terdahulu, memandu adalah bentuk kebebasan kerana boleh pergi ke mana saja dan melaku apa yang di mahukan serta bertemu dengan orang yang dikehendaki. Namun internet telah membuat hal itu tidak perlu dilakukan dengan keluar rumah. Di bilik pun boleh.

"Internet telah membuat kebebasan datang dengan antiklimaks," kata perunding trend marketing dan marketing syarikat perisian HubSpot Lindsey Kirchoff.

Kurangnya minat generasi muda dalam memandu ini akan memberi kesan jangka panjang yang serius untuk jualan automotif di masa depan.

Hal itu memang serius. Sebab, menurut data CNW Research, pemandu berusia 15-20 tahun pada tahun 1985 di Amerika telah menyumbang 3.4 peratus daripada jumlah jualan kereta baru atau kira-kira 500,000 kenderaan. Kini angka itu turun. Pada tahun lalu hanya 2 peratus yang disumbangkan remaja dalam jualan keseluruhan di Amerika atau 300,000 kenderaan.

Dahulu status sosial dilihat dari kereta apa yang digunakan, kini status itu sudah beralih. Bukan lagi membicarakan berapa horsepower yang dimiliki sebuah kereta, tapi berapa gigabite yang dimiliki sebuah alat iPad terbaru dengan paparan Retina lebih seksi berbanding BMW.

Menurut kaji selidik yang dilakukan Zipcar, tiga perempat daripada orang berusia 18-34 tahun kini lebih suka berbelanja online daripada ke kedai. Bila disuruh memilih antara lebih baik kehilangan telefon bimbit atau komputer atau kereta, maka 65 peratus menjawab lebih baik kehilangan kereta.

"Ini adalah generasi Xbox," kata Scott Griffith, bekas ketua eksekutif Zipcar. "Mereka mengatur kehidupan sosial mereka dengan mudah di jalan raya maklumat seperti yang kita lakukan di jalan raya berturap," katanya.

Pada tahun 1983, 69 peratus daripada remaja 17 tahun sudah mempunyai lesen. Angka itu kemudian turun menjadi hanya 46 peratus pada tahun 2010. -detik

[Sumber]

Insiden-insiden Luarbiasa Yang Berlaku Di Atas Kapal Terbang

Insiden-insiden Luarbiasa Yang Berlaku Di Atas Kapal Terbang

Di samping insiden yang mengerikan, di pesawat juga terdapat kisah-kisah yang membuat kita tersenyum. ada saja ragam penumpang hingga pilot dan pramugari.

Prmaugari nakal

Dari insiden ini rata-ratanya kerana pengaruh alkohol yang mengganggu ketenteraman penumpang lain. Namun ada juga kisah yang boleh membuat anda tersenyum.

Diusir kerana menyanyi dengan kuat

Seorang wanita diusir dari pesawat kerana menjadikan kabin sebagai tempat menyanyi.

Penumpang, juruterbang, dan pramugari sudah mengingatkannya namun tidak dihiraukan dan juruterbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

Wanita ini telah dihalau oleh pegawai lapangan terbang dan terus  menyanyikan lagu "I will Always Love You" dendangan Whitney Houston.

Dibuang di sebuah pulau kerana memaki pramugari

Insiden ini terjadi di syarikat penerbangan Monarch Airline yang terbang dari Britain menuju ke Pulau Canary, Sepanyol.

Seorang penumpang mabuk memaki-hamun pramugari dan juruterbang. Perlakuan yang kasar membuat juruterbang marah dan mendarat di sebuah pulau kecil di Afrika Barat lalu mengusir penumpang tersebut.

Bagaimana di kembali semula ke Britain tidak pula diketahui.

Penumpang mabuk

Penumpang mabuk sering menyusahkan dan juga menggangu penumpang lain. Seperti seorang penumpang yang menyerang penumpang lain dan berteriak-teriak di dalam pesawat.

Rimas dengan penumpang tersebut, akhirnya pramugari dan dibantu penumpang mengikat penumpang tersebut di kerusinya.

Insiden tersebut terjadi ketika penerbangan dari Iceland menuju ke Amerika Syarikat.

Pilot dan pramugari mabuk

Insiden ini terjadi pada 11 Mac 2010 di dalam syarikat penerbangan Donbassaero Ukraine. Pemeriksaan ini dilakukan selepas syarikat ini telah melakukan penerbangan.

Dari hasil pemeriksaan terdapat data yang meragukan. Semua kru pesawat didapati mabuk dengan kadar alkohol 0.075-0.052. Kadar tersebut melebihi had dibenarkan di Ukraine.

Tarian erotik dalam pesawat

Kejadian ini berlaku dalam penerbangan dari Moscow menuju ke London yang terpaksa dibatalkan.

Sebabnya salah seorang wanita tiba-tiba melakukan tarian erotik di dalam pesawat yang sudah berada di udara.

Kerana tingkahnya yang aneh dan mengganggu penumpang, pesawat yang sudah terbang selama 15 minit ini kembali ke Moscow, Russia.

Setelah diserahkan ke pegawai lapangan terbang dan menjalani pemeriksaan perubatan, didapati bahawa wanita ini mabuk.

BACA INI JUGA: Rahsia Yang Anda Tidak Tahu Ketika Dalam Pesawat

Sumber: Realitiabadi

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Tahukah Anda? Pada Mac 2013, Parkson Malaysia diumumkan berada pada ranking ke-2 jenama runcit paling bernilai di Asia Tenggara. Tempat pertama dipegang oleh FairPrice (Singapura), SM Dept Stores (Filipina) di tempat ketiga, Matahari Dept Stores (Indonesia) di tempat keempat dan Big C (Thailand) di kedudukan kelima.

Dan di bawah pula merupakan senarai 20 syarikat paling bernilai di dunia.

Apple
$185 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Apple merupakan satu jenama dalam industri teknologi yang cukup gah dengan ciptaan iPhone, iPad, Mac, sistem operasi iOS dan bermacam lagi. Pelancaran produk terbaru mereka selalu ditunggu-tunggu dan sentiasa mencetuskan fenomena.

Google
$113.7 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Google kini merupakan jenama yang paling dikenali ramai pengguna Internet khususnya. Nama Google sinonim dengan enjin carian, Android, Chrome, YouTube & Blogger.

IBM
$112.5 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

International Business Machines atau lebih sinonim dengan nama IBM merupakan syarikat pengeluar perisian dan perkakasan komputer. IBM popular dengan ciptaan seperti ATM, hard disk drive & floppy disk.

McDonald’s
$90.3 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

McDonald’s atau singkatannya MCD merupakan rantaian terbesar restoran makanan segera yang berkhidmat kepada 68 juta pelanggan setiap hari di 119 buah negara.

Coca-Cola
$78.4 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Selain popular sebagai minuman berkarbonat, Coca-Cola merupakan syarikat di sebalik beberapa jenama besar seperti Sprite, Fanta, Minute Maid dan bermacam lagi.

AT&T
$75.5 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

AT&T syarikat telekomunikasi yang berpangkalan di Texas. Syarikat ini merupakan yang ke-3 terbesar di Texas selepas ExxonMobil & ConocoPhilips.

Microsoft
$69.8 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Microsoft tentunya dikenali ramai sebagai penyedia utama sistem operasi komputer, Windows dan perisian Microsoft Office. Syarikat ini mengambil alih Skype pada tahun 2011 dengan nilai $8.5 billion.

Marlboro
$69.4 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Marlboro kekal sebagai jenama rokok paling laris jualannya. Jenama ini pada awalnya merupakan jenama rokok untuk wanita dan popular sebagai penaja sukan Formula 1.

Visa
$56 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Visa merupakan pesaing rapat kepada MasterCard. Pada tahun 2009, Visa menguruskan 62 billion transaksi bernilai $4.4 trillion!

China Mobile
$55.4 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

China Mobile merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di dunia dengan jumlah pelanggan seramai 703 juta orang!

General Electric (GE)
$55.3 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

General Electric (GE) ialah syarikat konglomerat Amerika yang beroperasi dalam industri tenaga, teknologi infrastruktur, modal kewangan, pengguna & industri. GE merupakan syarikat ke-14 paling menguntungkan menurut laporan Fortune 500.

Verizon
$53 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Verizon Communications merupakan penyedia rangkaian 4G terbesar di Amerika dan turut sama menyediakan servis jalur lebar kepada hampir 150 negara. Verizon pada asalnya merupakan syarikat hasil usaha sama antara Verizon Communications dan Vodafone.

Wells Fargo
$47.7 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Wells Fargo menyediakan perbankan, insurans, pelaburan, gadai janji kepada lebih 9,000 outlet seluruh dunia.

Amazon
$45.7 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Amazon.com, peruncit nombor 1 atas talian membuat jualan $61 billion pada tahun 2012. Pengasas dan CEO syarikat tersebut, Jeff Bezos merupakan orang ke-19 terkaya di dunia dengan harta berjumlah $25.2 billion.

United Parcel Service (UPS)
$42.7 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

United Parcel Service (UPS) merupakan syarikat kurier terbesar dunia yang mempunyai 6.1 juta pelanggan dari 220 buah negara. UPS dikatakan membuat 15 juta penghantaran ke seluruh dunia setiap hari!

ICBC
$41.1 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Industrial and Commercial Bank of China Ltd. atau lebih dikenali sebagai ICBC merupakan bank terbesar dunia dengan anggaran aset sebanyak US$1.9 trillion!

Vodafone
$39.7 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Vodafone merupakan syarikat telekomunikasi ke-2 terbesar di dunia selepas China Mobile. Nama Vodafone berasal daripada kombinasi voice data fone.

Walmart
$36.2 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

Walmart sememangnya popular sebagai peruncit terbesar di dunia dengan jumlah pekerja melebihi 2 juta orang! Sebahagian besar ahli keluarga Walton yang memiliki 48% saham Walmart merupakan orang terkaya di dunia.

SAP
$34.36 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

SAP merupakan syarikat pengeluar perisian ke-3 terbesar di dunia. Mempunyai lebih 65,500 pekerja di 130 buah negara. Pendapatan tahunan sekitar € 16,22 billion.

MasterCard
$27.8 billion

Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?

MasterCard memproses 23 billion transaksi setahun!

Sumber:
http://www.harianpost.org/jenama-paling-bernilai-dunia

Mengatasi Masalah 'Windows Explorer Has Stopped Working'

Mengatasi Masalah 'Windows Explorer Has Stopped Working'

Panduan mengatasi masalah 'Windows Explorer Has Stopped Working' pada PC anda. Pengguna Windows Vista, 7 dan XP pasti pernah atau mungkin sedang mengalami masalah ini. Di bawah adalah panduan mudah bagaimana untuk memperbaiki

Mengatasi Masalah 'Windows Explorer Has Stopped Working'

1. Klik "Start Menu" dan klik "Network"

Mengatasi Masalah 'Windows Explorer Has Stopped Working'

2. Klik pada "Organize" pada sebelah atas kanan window. Klik pada "folder and search options".

Mengatasi Masalah 'Windows Explorer Has Stopped Working'

3. Seterusnya anda akan melihat tiga tab, klik "view" dan pilih "always show Icons, never thumbnail". Selepas itu, 'untick' - jangan pilih "display files Icon on thumbnails". Contoh asal seperti gambar dibawah.

Mengatasi Masalah 'Windows Explorer Has Stopped Working'

4. Klik Apply, dan OK. Tips ini sepatutnya mampu menyelesaikan masalah pada Windows 7, Vista, dan XP anda.

SP

Wanita Tayang Payudara Dalam Gereja Bantah Perkahwinan Gay

Wanita Tayang Payudara Dalam Gereja Bantah Perkahwinan Gay

Seorang wanita yang mendedahkan payudaranya di dalam gereja Notre Dame telah ditangkap oleh beberapa anggota polis di sini semalam.

Wanita Tayang Payudara Dalam Gereja Bantah Perkahwinan Gay
Inna Schevchenko, pemimpin kumpulan Femen.

Dia yang merupakan anggota kumpulan yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia, Femen ditangkap semasa dia melakukan perbuatan tersebut.

Wanita itu yang hanya memakai seluar panjang dan kasut memegang sepucuk pistol palsu yang dihalakan ke kepalanya semasa dia melakukan tunjuk perasaan.

Wanita Tayang Payudara Dalam Gereja Bantah Perkahwinan Gay

Dia melakukan tunjuk perasaan bagi membantah kejadian seorang penulis dan aktivis, Dominique Venner, 78, yang menembak mati dirinya di sebuah ruang di dalam gereja tersebut kelmarin.

Wanita Tayang Payudara Dalam Gereja Bantah Perkahwinan Gay
Dominique Venner

Venner menembak mati dirinya sendiri bagi membantah perkahwinan gay yang diluluskan pentadbiran Presiden Perancis, Francois Hollande.

-Agensi

Thursday, May 23, 2013

Puting Beliung Melanda Oklahoma Lebih Kuat Daripada Letupan Bom Atom

Puting Beliung Melanda Oklahoma Lebih Kuat Daripada Letupan Bom Atom

Puting beliung yang melanda negeri Oklahoma pada Isnin lalu menghasilkan tenaga yang jauh lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun.


Bencana tersebut membawa kemusnahan besar selepas ia melanda negeri Amerika Syarikat (AS) itu selama sejam.

Beberapa ahli meteorologi yang dihubungi agensi berita The Associated Press memberitahu, tenaga puting beliung tersebut ialah lapan hingga lebih 600 kali lebih kuat daripada bom atom.

Puting beliung tersebut selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit ketika ia melanda Moore di pinggir bandar Oklahoma.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberikan skala terkuat, EF-5 terhadap taufan itu berdasarkan kelajuan angin dan tahap kemusnahan yang berlaku.

Puting beliung tersebut dianggarkan bertiup selaju 320 kilometer sejam (km/j) hingga 337km/j.

Mengulas bencana tersebut, seorang pakar meteorologi AS, Harold Brooks berkata, kurang satu peratus daripada keseluruhan puting beliung yang melanda AS pada setiap tahun mendatangkan kemusnahan yang besar.

Puting beliung itu meranapkan sejumlah bangunan termasuk sekolah.

Angka kematian rasmi setakat ini ialah 24 orang selepas beberapa pegawai kelmarin menyatakan jumlah kematian mencecah sehingga 91 orang.

"Cuma sekitar 10 puting beliung tergolong ke dalam kategori kuat pernah melanda negara ini pada setiap tahun," kata Brooks.

Menurutnya, faktor iklim seperti angin panas dan kelembapan udara menyebabkan beberapa kawasan di tengah Oklahoma kerap dilanda puting beliung yang kuat.

Brooks berkata, saintis-saintis kini berusaha untuk menentukan sama ada kesan pemanasan global turut mempengaruhi pembentukan puting beliung.

-Agensi