Mar 12, 2016

Malaysia Negara Paling Ajaib Di Dunia

Sememangnya Malaysia adalah negara paling ajaib didunia buat masa ini, setanding dengan 7 lambang ajaib dunia yang lain. Dan kami dedikasikan keajaiban ini dalam sebentuk pantun.

Malaysia+Negara+Ajaib

Semoga terhibur dan hayatilah keajaibannya..

Ajaibnya negara ku ini,
Segala-galanya ada,
Tetapi tetap tak sekaya mana,
Petrol, emas, getah, kelapa sawit di mana-mana,
Namun hidup rakyat tetap merana.

Ajaibnya negara ku ini,
Kasino megah di puncak bukit,
Kilang arak besar di tepi lebuhraya,
Pelacur laris di ibu kota,
Rasuah dan salah guna kuasa berleluasa,
Malaysia masih negara Islam model,
Katanya patut dicontohi umat sedunia.

Ajaibnya negara ku ini,
Sedang ramai diberhentikan kerja,
Rakyat diminta berjimat-cermat,
Belanjawan dipotong supaya hemat,
Ditambah la pula gaji menteri dan yang berhormat.

Ajaibnya negara ku ini,
Politik sentiasa agenda utama,
Sedang ekonomi menyesakkan semua,
Orang politik sibuk merebut kuasa,
Yang sedang memimpin diturunkan segera,
Pagi bermusuh petang bersaudara,
Senja bersama malam berseteru pula.

Ajaibnya negara ku ini,
Jerawat artis di muka depan akhbar,
Artis berkahwin siaran langsung di tv,
Artis putus tunang berebut liputan media,
Inovasi teknologi di universiti tiada yang peduli.

Ajaibnya negara ku ini,
Dalam dunia ini ada tujuh keajaiban,
Negara ku kini menjadi yang kelapan...

*Prof. Hamza al-Qola'ie

BACA INI JUGA: 7 Keajaiban Sebenar Dunia Yang Kita Lupakan

Sumber: Kluangmanexpress

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

siapa yang buat ni haa..

rajin betul diorang ye.

Hahhhaaa ingatkan Aladdin aje ada lampu ajaib.
Rupanya Malaysia pun ajaib jugak

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon