Sunday, May 26, 2013

Bintang Hollywood Yang Menyesal Buat Pembedahan Plastik


Mereka ingin kelihatan cantik dan sanggup melakukan pembedahan plastik. Namun selepas melalui pembedahan itu, ada bintang Hollywood yang menyesal, kerana wajah atau bentuk badan mereka lebih buruk daripada keadaan asal.

Bintang Hollywood Yang Menyesal Buat Pembedahan Plastik

Antara yang melahirkan kekesalan itu ialah bekas model Alicia Douvall, bintang filem Tara Reid, pelakon Pamela Anderson dan Denise Richard.

Alicia umpamanya, telah melakukan berbelas pembedahan plastik sejak berusia 17 tahun.

Ibu kepada dua anak itu, mengalami ketagihan kepada pembedahan plastik dan telah melakukan enam prosedur di bahagian hidung, 11 prosedur kulit, implan dagu dan muka.

“Saya mempunyai masalah hinggakan saya terpaksa membuang implan di bahagian hidung, dagu dan mata.

“Saya melalui banyak pembedahan di muka, hinggakan ia tidak dapat bergerak. Saya tidak boleh senyum dan sukar untuk bernafas dengan hidung.

“Jika saya tidak melalui pembedahan ini, muka saya lebih baik daripada sekarang,’’ katanya.

Manakala pelakon Tara pula mengalami malu besar selepas implan payu daranya dikatakan yang paling buruk di dunia.

“Ketika itu saya menghadiri pada satu majlis dan secara tidak sengaja baju saya telah terdedah hingga menampakkan payu dara saya itu.

“Saya menangis dan merayu kepada jurugambar yang merakamkan gambar saya ketika itu supaya tidak menerbitkan gambar berkenaan.

“Namun mereka telah memuat naik gambar itu ke merata laman web dan diterbitkan di majalah,’’ katanya.

Bagi Pamela Anderson pula, yang sebelum ini terkenal dengan payu dara besar, kini telah membuang implan tersebut agar ia sepadan dengan bentuk badannya.

“Saya tidak mahu apa-apa lagi,’’ katanya yang menjalani pembedahan membesarkan payu dara beberapa kali sebelum ini.

Manakala bekas gadis Bond, Denise mengaku membesarkan payu dara pada usia 19 tahun.

Jelasnya, dia sebenarnya terkejut selepas pembedahan itu kerana mendapati payu daranya menjadi lebih besar, berbanding dengan apa yang dimintanya.

Susulan itu Denise telah menjalani satu lagi pembedahan untuk mendapat saiz yang diingininya namun keadaan sebaliknya berlaku apabila payu daranya semakin besar.

“Saya sangat kecewa kerana apa yang doktor lakukan itu tidak betul sama sekali,’’ katanya.

Dia bagaimanapun mendapat kembali bentuk payu dara yang diingininya pada usia 41 tahun.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon