Saturday, May 25, 2013

Lelaki Menyamar Psy Buat Persembahan Di Festival Filem Cannes


Bintang rapper Gangnam Style, PSY mengambil peluang menghadri Festival Filem Cannes dengan berparti sakan bersama bintang Hollywood yang turut hadir pada majlis itu.


Namun hakikatnya, tiada siapa yang menyedari bahawa dia bukanlah PSY yang sebenar, sebaliknya mempunyai wajah yang serupa.

Denis Carre, 34, yang kelihatan seolah-olah seperti PSY, menghadiri majlis berkenaan dengan dikawal oleh tiga lelaki yang diupah sebagai pengawal peribadinya.

Selain Rosario Dawson, dia turut berpesta bersama dengan artis Naomie Harris dan Adrien Brody.

Pada majlis itu, Denis turut mendapat minuman percuma dan membawa bersama `pengurus’ untuk berbincang mengenai penampilannya PSY pada festival di Monaco.

Bukan itu sahaja, dia juga dilaporkan turut menarikan tarian Gangnam Style untuk penyiaran Perancis.

Ketika ditemui, Denis berkata, dia mula berlagak seperti PSY apabila secara tidak sengaja diperkenalkan sebagai bintang rap berkenaan di sebuah kelab di Dublin.

“Ketika itu orang ramai mula mengerumuni saya dan keadaan jadi tidak terkawal. Saya hanya dapat melepaskan diri dengan bantuan kakitangan kelab berkenaan,’’ katanya.

Bagaimanapun PSY yang mengetahui mengenai lelaki berwajah serupa dengannya itu sempat bergurau dalam twitternya.

“Nampaknya ada satu lagi SAYA di Cannes…katakan hi padanya,’’ kata PSY.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon