Thursday, January 03, 2013

BAM 'Keras Kepala' Dan Angkuh Punca Badminton Merosot

BAM 'Keras Kepala' Dan Angkuh Punca Badminton Merosot

Jangan ikut kepala sendiri! Itu ingatan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar kepada kepemimpinan badan induk itu berikutan tidak ada perubahan yang dilakukan terutama dalam memberi peluang dan pendedahan lebih banyak kepada pemain muda menyertai kejohanan besar.

Misbun Ramdan perlu didedahkan ke peringkat antarabangsa. Gambar kecil Elyas.

Elyas yang menyokong teguran Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong supaya BAM bagi memberi peluang kepada pemain muda seperti Misbun Ramdan Misbun yang menjuarai Grand Prix (GP) Final Kebangsaan Ahad lalu, menyertai kejohanan besar berkata, sudah tiba masanya BAM menerima teguran MSN itu.

“Pada masa saya dulu jadi presiden (1985-1993), jarang sekali MSN sampai tahap tegur dan kalau ada pun saya pasti kami akan terima teguran itu dan membuat perubahan.

“Soal pemain ini, saya pernah jumpa beberapa pemain yang bagus tetapi akhirnya senyap terus kerana diketepikan. Pemain ini berkata mereka diketepikan tanpa diberi sebab dan ini memberi gambaran pengurusan yang lemah,” katanya.

Elyas berkata, masalah pengurusan pemain ini menyebabkan negara tidak mampu melahirkan lebih ramai jaguh dunia dan baginya jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei bukanlah satu kejayaan yang boleh dibanggakan BAM, tetapi lebih kepada kegagalan badan induk itu.

“Bagi saya Chong Wei boleh memenangi Kejohanan Dunia dan menewaskan Lin Dan, tetapi dia sebenarnya tidak diuruskan dengan baik.

“Dia mempunyai kemampuan itu, tetapi akhirnya masalah pengurusan yang tidak baik menyebabkan dia gagal dan bagi saya ini adalah tragedi buat negara ini,” katanya.

-Bharian
Nilai Kekayaan 100 Jutawan Dunia RM5.77 Trilion!

Nilai Kekayaan 100 Jutawan Dunia RM5.77 Trilion!

Jumlah kekayaan hartawan dunia bertambah tahun lalu dengan peningkatan nilai bersih terkumpul masing-masing AS$241 bilion (RM732 bilion).

Carlos Slim pengasas syarikat telekomunikasi Mexico individu terkaya dunia.

Indeks Jutawan Bloomberg iaitu ranking harian 100 individu terkaya di dunia, mendapati nilai bersih terkumpul keseluruhan 100 jutawan dunia adalah AS$1.9 trilion (RM5.77 trilion) selepas pasaran ditutup pada 31 Disember lalu.

Daripada 100 individu yang disenarai dalam ranking terakhir 2012, hanya 16 mencatatkan kerugian bersih dalam tempoh 12 bulan lalu.

“Tahun 2012 adalah tahun yang hebat kepada hartawan dunia,” kata tokoh perniagaan dan pemilik Red Apple Group Inc, John Catsimatidis dalam satu e-mel yang dihantar dari Bahamas.

“Pada 2013, mereka akan terus meninjau pelaburan di serata dunia yang tidak semestinya di Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan kelebihan kepada diri masing-masing.”

Amancio Ortega, warga Sepanyol yang mengasaskan syarikat peruncitan Inditex SA adalah individu yang meraih keuntungan terbesar. Ortega kini adalah individu ketiga terkaya dunia.

Mengikut indeks itu, nilai kekayaan jutawan berusia 76 tahun itu meningkat AS$22.2 bilion (RM67.5 bilion) kepada AS$57.5 bilion (RM174.6 bilion) apabila saham Inditex, syarikat yang mengendalikan perniagaan rangkaian pakaian Zara, meningkat 66.7 peratus.
“Ia adalah syarikat mantap yang meraih pendapatan hebat dan keuntungannya menepati justifikasi berikutan prestasinya itu,” kata Penganalisis Barclays Plc di London, Christodoulos Chaviaras, yang memberikan penarafan ‘setara’ kepada Inditex selama setahun.

“Bolehkan mereka mengulanginya? Ia menjadi lebih sukar. Banyak berita positif sudah pun dicerminkan pada harga sahamnya.”

Saham global meningkat pada 2012. Indeks MSCI World menokok 13.2 peratus tahun lalu untuk ditutup pada 1,338.50 pada 31 Disember.

Indeks Standard and Poor’s 500 (S&P) meningkat 13.4 peratus untuk ditutup pada 1,426.19. Saham Eropah melonjak pada separuh kedua tahun lalu.

Stoxx Europe 600 menokok 19.6 peratus sejak 4 Jun, meningkat apabila Bank Pusat Eropah (ECB) memperkenalkan program pembelian bon, S&P menaikkan penarafan hutang Greece serta peningkatan keyakinan perniagaan di Jerman yang melebihi unjuran.

Kenaikan 14.4 peratus pengukur penanda aras itu tahun lalu adalah pulangan tahunan tertinggi sejak 2009.

Carlos Slim, jutawan telekomunikasi yang menguasai syarikat Mexico, America Movil SAB mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya dunia sepanjang tahun lalu.

Nilai bersih jutawan berusia 72 tahun itu meningkat AS$13.4 bilion (RM40.7 bilion), atau 21.6 peratus sehingga 31 Disember lalu, menjadikannya individu yang meraih keuntungan kedua tertinggi pada 2012.

Keuntungan diraih konglomerat industri Slim, Grupo Carso SAB dan Grupo Financiero Inbursa iaitu operasi perbankan serta insuransnya, lebih daripada mengimbangi penurunan yang dicatatkan oleh America Movil, yang juga pegangan terbesarnya.

Pengendali mudah alih terbesar di benua Amerika dari segi langganan itu jatuh 5.8 peratus untuk ditutup pada 14.9 peso, hujung tahun lalu.

“America Movil bukan lagi cerita pertumbuhan seperti sebelumnya, memandangkan penembusan tanpa wayar di benua Amerika Latin telah berlaku sejak lima tahun lalu,” kata penganalisis Stifel Nicolaus & Co, Chris King, di Baltimore, Maryland.

“Ia terus menjana sejumlah besar aliran tunai dan mempunyai set aset telekomunikasi di seluruh rantau Amerika Latin.”

Jutawan perisian AS, Bill Gates, 57, berada di tempat kedua dalam senarai itu.

Beliau ketinggalan AS$12.5 bilion (RM38 bilion) di belakang Slim.

Kekayaan pengasas bersama Microsoft itu meningkat AS$7 bilion (RM21.2 bilion) apabila saham syarikat berpangkalan di Washington itu meningkat 2.9 peratus.

Kekayaan Warren Buffett, 82, Pengerusi Berkshire Hathaway yang kehilangan gelarannya kepada Ortega pada 6 Ogos lalu, meningkat AS$5.1 bilion (RM15.5 bilion) tahun lalu.

Pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, 86, adalah individu kelima terkaya dunia dengan nilai kekayaan berjumlah AS$42.9 (RM130.3 bilion).

‘Raja Gula’, Robert Kuok pula muncul satu-satunya rakyat Malaysia tersenarai dalam indeks itu apabila menduduki tempat ke-41 dengan nilai kekayaan AS$17.9 bilion (RM54.3 bilion).

-Bloomberg

Tips Menambahkan RAM Komputer Guna Pendrive

Tips Menambahkan RAM Komputer Guna Pendrive

Kepada pengguna komputer yang ada masalah RAM rendah, nak upkan performance PC bolehlah mencuba tips ni.


Langkah-langkahnya seperti dibawah;

1. Masukkan pendrive pada port USB (Pendrive mestilah bersaiz 1GB..kalau 4GB lebih baik atau keatas).

2. Klik kanan pada 'My Computer'.

3. Klik 'Properties'.

4. Klik 'Advanced'.

5. Klik 'Settings' pada bahagian 'Performance'.

6. Klik 'Advanced'.

7. Klik 'Change' pada 'Virtual Memory'.

8. Pilih memori yang ada pada pendrive anda.

9. Tetapkan nilai yang anda ingini dan klik 'OK'.

10. Restart PC anda.. selesai!

11. Untuk pengguna Windows 7, anda boleh terus memilih fungsi 'ReadyBoost' yang terletak pada 'My Computer' dengan menggunakan pendrive 2.0.

Tutorial untuk windows 7



SELAMAT MENCUBA..

[Sumber]


Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia

Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia

Sebenarnya kita agak kurang didedahkan akan pegangan dan akidah orang yahudi laknatullah ini. Mengapa sampai begitu tidak berperikemanusiaan langsung dalam diri mereka dengan apa yang mereka lakukan pada umat Islam di Palestin.

Kesombongan Yahudi

Keadaan di sana sebenarnya lebih buruk dan kejam berbanding dengan apa yang kita dapat maklumat dan saksikan di kaca televiseyen mahupun media cetak.

Saudara-saudara kita di sana sebenarnya dilayan umpama binatang yang langsung tidak bernilai pada pandangan mata puak kufar ini.

Info yang penulis dapat dinyatakan sebenarnya ada sesetengah saudara-saudara kita di sana dibakar dan disembelih dengan kejam.

Hasil itu semua berdasarkan gambar yang diedarkan melalui email. Untuk penulis paparkan di sini sikit kesukaran kerana gambar dalam bentuk slide powerpoint yang dah di convert.

Sepertimana yang kita tahu bangsa yahudi ini juga menganut agama samawi yakni agama wahyu yang diturunkan Allah ke muka bumi.

Mereka juga sebenarnya kaum yang paling ramai Nabi Allah utuskan pada mereka tapi mereka ingkar sehingga Nabi juga mereka bunuh.

Semua termaktub dalam Al-Quran dan sirah telah menceritakan semua ini sebagai panduan kita agar jangan ambil iktibar dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka ini akan agama Allah yang diturunkan pada mereka.

Berkaitan dengan agama yahudi ini, penulis bukanlah orang yang ahli untuk dinyatakan dan dihujjahkan di sini.

Tetapi ingin berkongsi info yang rasa wajar kita ketahui apa isi kandungan kitab rujukan mereka dan akidah mereka sampai langsung tidak berperikebinatangan boleh kita katakan terutama kepada umat Islam di Palestin.

Bila mengenangkan akan isu ini, terlintas di hati penulis akan kewajaran juga pemusnahan etnik yahudi oleh Hitler yang kita kenali sebagai tragedy holocaust.

Kadang terlintas di hati memang patut mereka dilayan sebegitu rupa, walaupun bukan kita menyokong apa yang dilakukan oleh Hitler itu betul caranya tapi dengan apa yang mereka lakukan ini memang patut mereka dilayan sebegitu.

Kita membenci yahudi ini bukan kerana agama mereka mahupun atas tiket bangsa yahudi itu. Kita memusuhi mereka atas tiket zionis kerana ideologi zionis antarabangsa kini sememangnya kerana kekejaman mereka yang amat keterlaluan terutama kepada umat Islam khususnya. 

Tapi bukan semua penganut yahudi ini berpegangan sedemikian kerana ada juga segelintir rabai-rabai mereka yang menentang apa yang sedang berlaku ini seperti golongan ortodoks, tetapi mereka ini minoriti sahaja.

Bagi orang Islam kitab rujukan utama adalah Al-Quranul Karim yang kita ambil sebagai panduan dan perlembagaan hidup.

Manakala bagu kaum yahudi, kitab panduan mereka ini dinamakan Talmud. Dikatakan yang diturunkan kepada Nabi Musa dan diseleweng oleh rabai-rabai mereka, padahal sama juga seperti Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa tetapi telah diseleweng oleh paderi-paderi mereka.

Bagi kaum yahudi mereka merupakan kaum pilihan yang dipilih oleh Allah. Manakala kaum yang lain sebenarnya umpama binatang yang tak berharga bagi mereka.

Bukan sahaja Islam, tapi juga bangsa yang lain selain yahudi semuanya sama. Inilah pegangan dn akidah kaum yahudi.

“Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang bukan Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

“Orang-orang bukan Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi.” (Midrasch Talpioth 225)

“Angka kelahiran orang-orang bukan Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.” (Zohar II, 4b)

“Orang-orang bukan Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit.” (Orach Chaiim 57, 6a)

“Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang bukan Yahudi.” (Talmud IV/8/4a)

“Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) datang, mereka akan menjadi pangeran raja-raja.” (Sanhedrin 104a)

“Terhadap seorang bukan Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Akan dijatuhkan hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lainnya, iaitu isteri seorang Yahudi. Isteri bukan Yahudi tidak termasuk.” (Talmud IV/4/52b)

“Tidak ada isteri bagi bukan Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya.” (Talmud IV/4/81 dan 82ab)

“Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipudaya orang-orang bukan Yahudi.” (Zohar I, 168a)

“Jika dua orang Yahudi menipu orang bukan Yahudi, mereka harus membahagi keuntungannya.” (Choschen Ham 183, 7)

“Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang bukan Yahudi, jika mereka harus membayar wang untuk itu.” (Abhodah Zarah 2a T)

“Tanah orang bukan Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya.” (Babba Bathra 54b)

“Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang bukan Yahudi kepada kejatuhan.” (Babha Kama 113a)

“Kepemilikan orang bukan Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, bererti telah memilikinya.” (Talmud IV/3/54b)

“Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang bukan Yahudi dan menipunya.” (Talmud IV/1/113b)

“Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang bukan Yahudi.” (Talmud IV/2/70b)

“Ketika Messiah (Raja Yahudi Terakhir atau Ratu Adil) datang, semuanya akan menjadi hamba orang-orang Yahudi.” (Erubin 43b)

Kita nilailah sendiri apa yang telah dinyatakan di sini mengapa permusuhan kita yakni umat Islam dengan bangsa yahudi ini tidak akan ada perdamaian sehingga hari kiamat.

Tapi, yakinlah bahawa Islam pasti akan beroleh kejayaan kelak di masa hadapan di mana ketika itu umat Islam akan terus menerus mencari siapa dan di mana sahaja orang yahudi agar mereka dibunuh, hatta mereka bersembunyi di belakang pokok mahupun batu sekalipun akan diberitahu mereka di situ kecuali satu pokok yang menyebelahi mereka.

Janji Allah dan Rasul itu pasti akan terserlah kebenarannya nanti, InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Wednesday, January 02, 2013

Luarbiasa! Sungai Yang Berwarna Hijau

Luarbiasa! Sungai Yang Berwarna Hijau

Jangan terkejut jika anda berkunjung ke sungai yang terletak di Goldstream Park, Kanada ini. Air sungai ini kelihatan berwarna hijau. Namun apakah punca sebenar ia bertukar warna?

Luarbiasa! Sungai Yang Berwarna Hijau

Apakah reaksi kita apabial sampai ke sebuah sungai yang airnya kelihatan berwarna hijau. Memang terkejutlah kerana ia lari jauh dari fitrah kejadian air itu sendiri. Sungai ini sebenarnya terletak di Goldstream Park, Kanada.


Menurut Kementerian Alam Sekitar tempatan, terdapat satu tindak balas kimia di dalam air yang dikenali sebagai “Fluorescein”menyebabkan air sungai tersebut kelihatan berwarna hijau, namun bahan kimia tersebut tidak mengandungi toksik dan tidak menjejaskan habitat semula jadi di kawasan sungai tersebut.

[Sumber]

Gambar Luarbiasa Kawanan Ikan Serang Jurugambar Dalam Laut

Gambar Luarbiasa Kawanan Ikan Serang Jurugambar Dalam Laut

Gambar yang dirakam dalam rancangan National Geographic ini sangatlah menakjubkan. Sekumpulan kawanan ikan yang mengerumuni seorang jurugambar menghasilkan pemandangan yang memukau mata.


Menakjubkan..

-SP

Luahan Mengarut Insan Sedang Bercinta

Luahan Mengarut Insan Sedang Bercinta

Inilah luahan yang biasa kita baca dan lihat di status-status insan yang sedang bercinta di Facebook mahupun sekeliling kita. Dunia percintaan adakalanya melucukan, mereka takkan peduli orang disekitar, yang penting kononnya.. hanya sidia didalam hati..


Ada siapa-siapa yang boleh komen huhu..

-SP

Wanita Miliki Dua Suami Di Johor

Wanita Miliki Dua Suami Di Johor

Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa. Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Wanita Miliki Dua Suami Di Johor

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan. Mereka bernikah di Thailand.

“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.

“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.

“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.

Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.

“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.

“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.

“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kegelisahan Adalah Lebih Sukar Dari Kesabaran

Kegelisahan Adalah Lebih Sukar Dari Kesabaran

Gelisah adalah hati yang tidak tenteram, merasa khuatir, resah, tidak tenang, cemas, risau dan kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

Gelisah

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu’d didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa.

Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut.”

Ibnu Masu’d berkata, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

Pertama, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Qur'an.

Kedua, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Sikap Emosi Adalah Peribadi Yang Jauh Dari Kejernihan Hati

Sumber: lenggangkangkung

Tahukah Anda Air Yang Paling Sedap Di Dunia?

Tahukah Anda Air Yang Paling Sedap Di Dunia?

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT.

Air+Mata

Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya.

Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa?

Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.

BACA INI JUGA: Dimasukkan Ke Dalam Syurga Kerana Sehelai Bulu Mata

Sumber: tajdidkurun15

Top 10 Raja Paling Kaya Di Dunia

Top 10 Raja Paling Kaya Di Dunia

Info Top 10. Dibawah ini adalah beberapa senarai raja terkaya di dunia berdasarkan ranking yang dikeluarkan majalah Forbes.

Thailand’s King Bhumibol Adulyadej
$30 billion


Brunei’s Sultan Haji Hassanal Bolkiah
$20 billion


Saudi Arabia’s King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud
$18 billion


UAE’s President Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan
$15 billion


Dubai ruler Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum
$4.5 billion


Liechtenstein’s Prince Hans-Adam II
$3.5 billion


Morocco’s King Mohammed VI
$2.5 billion


Qatar’s Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani
$2.4 billion


Prince Albert II of Monaco
$1 billion


His Highness the Aga Khan
$800 million


-SP
Giler! Mangkuk Kecil Bernilai RM26.7 Juta

Giler! Mangkuk Kecil Bernilai RM26.7 Juta

Bahan sejarah sememang sangat bernilai tinggi, ianya merakamkan sejarah dan juga peradaban serta cara hidup budaya bangsa.


Lihat sahaja bagaimana sebuah mangkuk kecil ini, nampak biasa aje, tetapi bernilai jutaan USD. Hanya melalui proses lelongan selama 15 minit mangkuk kecil ini terjual dengan harga USD 26.7 juta atau HK 208 juta.


Mangkuk yang dubuat atau digunakan pada Dinasti song di Tanah Besar China ini menjadi rebutan ramai. Mangkuk yang terhasil pada kerajaan Dinasti Song di utara China itu dikatakan satu-satunya mangkuk seumpamanya di dunia.

[Sumber]

Kupu-kupu Pelik Berwajah Manusia

Kupu-kupu Pelik Berwajah Manusia

Info Pelik. Seperti yang kita tahu terdapat perbezaan di antara rama-rama-dan kupu-kupu. Rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak pada waktu malam.


Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan suhu badan malah sayapnya terlipat tegak semasa berehat.

Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat. Namun pernahkah kita melihat kupu-kupu berwajah manusia? Ia satu perkara yang sangat pelik.

Penemuan ini berlaku di negara Indonesia. Serangga yang mempunyai mirip manusia di atas kepalanya ini telah ditemui oleh Nafiah 55 tahun.

Nafiah menceritakan,pada ketika itu dia sedang bermain dengan cucunya. Tiba-tiba dia telihat ada haiwan yang hinggap di dinding bilik. Rasa seperti teruja, kemudian memanggil anaknya, Sutrisno (33), dan meminta untuk menangkap kupu-kupu tersebut.

Setelah diperhatikan betul-betul, ternyata sayapnya membentuk sebuah wajah manusia. Kupu-kupu tersebut merupakan sebuah kupu-kupu besar.

Dua bola mata terbentuk di atas, sedangkan bawahnya ada goresan garis hitamyang membentuk semacam kumis.

Corak lain membentuk bangun segitiga yang menyerupai hidung. Dan dibawahnya ada selarik garis putih yang pada corak tersebut seperti sebuah bibir yang tersenyum dengan deretan gigi berwarna putih.

[Sumber]

Gadis Kaya Tayang Kekayaan Di Internet Yang Memualkan

Gadis Kaya Tayang Kekayaan Di Internet Yang Memualkan

Seorang gadis kaya di China menyebarkan gambar peribadinya bersama harta dan duit yang banyak. Kelakuan gadis ini telah menaikkan kemarahan banyak pihak.


Gao Yue Er, seorang gadis muda yang kaya di China telah melakukan sesuatu yang buat orang hilang sabar. Gao bersama wang yang dimilikinya dengan melambai depan kamera untuk menunjuk-nunjuk wang yang banyak miliknya.

Kelakuan gadis ini telah tidak keseorangan tetapi bersama beberapa teman lain. Hal ini menyebabkan ramai masyarakat dan pengguna internet berasa sangat marah dengan sikap gadis kaya ini yang dianggap sangat melampau.

Kelakuan bodohnya ini boleh mengundang kebencian masyarakat kepada orang kaya. Mereka akan lebih membenci kepada orang kaya disana akibat tersebarnya kelakuan-kelakuan seperti yang dilakukan oleh Gao.

[Sumber]

Tuesday, January 01, 2013

Isteri Curang Di Rogol Lelaki Warga Pakistan

Isteri Curang Di Rogol Lelaki Warga Pakistan

Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian Julai 2013 lalu.

Di Rogol Pakistan
Gambar hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.

Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwa dirogol lelaki itu dalam bulan sama.

Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks.

Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek.

Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya.

“Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya.

“Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa,” katanya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Cover Akuastik Gangnam Style Steph Micayle 4 Juta View Di YouTube

Cover Akuastik Gangnam Style Steph Micayle 4 Juta View Di YouTube

Kehadiran PSY membawa Gangnam Style telah menggegar satu dunia. Hanya dalam masa beberapa bulan sahaja video Gangnam Style ke udara di laman youtube, catatan view sudah melebihi 200juta. Dan kini sudah mencecah billion penonton di youtube.

Gangnam Style Steph Micayle

Sangat menakjubkan, tarian kuda yang dibawa itu benar-benar memukau hinggakan ramai juga artis-artis lain yang cuba mempertontonkan gaya itu.

Cover dan parody juga semakin banyak di laman youtube. Seperti video dari gadis comel ini Steph Micayle, mempamerkan bakat beliau sebagai cover akuastik lagu Gangnam Style.

Video yang dimuat naik Steph Micayle telah mendapat view sehigga 4.6 juta di laman youtube setakat ini. Juga disiarkan dalam sebuah media berita di China.

Jom tonton videonya di YouTube.

-Sentiasapanas.com

Kantoi! Peserta Mogok Lapar Di Serang Gastrik

Kantoi! Peserta Mogok Lapar Di Serang Gastrik

Mogok lapar yang kononnya 100 jam yang disertai oleh penyokong pembangkang di Dataran Merdeka yang sepatutnya berakhir malam tadi menimbulkan persoalan.

Seorang lelaki didakwa peserta mogok lapar begitu berselera 
menikmati makanan di Dataran Merdeka, semalam.

Ia kerana beberapa pesertanya dilihat makan termasuk di restoran dan hotel sekitar kawasan berkenaan dipercayai tidak tahan lapar.

Beberapa blog turut menyiarkan gambar peserta mogok lapar itu sedang menjamu selera, semalam.

Malah ada kalangan mereka menerima bungkusan makanan dipercayai dihantar oleh penganjur himpunan berkenaan yang meletakkan syarat peserta hanya dibenarkan minum air sepanjang mogok berlangsung.

Sebuah blog juga berjaya mengesan perbuatan ‘mencuri makan’ peserta mogok lapar itu ketika bantahan yang bermula jam 8 malam Khamis lalu baru saja memasuki jam ke-63.

-Bharian

Warga Tua Britain Ketagih Facebook

Warga Tua Britain Ketagih Facebook

Berbanding mengangkat telefon, ramai datuk nenek masa kini menggunakan laman rangkaian sosial untuk berhubung dengan saudara mara, dengan hampir satu perempat nenek mendakwa mereka pengguna kerap Facebook.

Warga tua melayari internet bersama keluarga di London.

Kajian turut mendedahkan separuh penduduk di Britain kini berhubung dengan datuk nenek dan saudara lebih tua melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan Facebook.

Hampir seorang bagi setiap 20 generasi muda mendakwa mempunyai datuk nenek dalam laman mikro blogging, Twitter.

Menurut tinjauan dijalankan syarikat perfileman, Twentieth Century Fox untuk menandakan pelancaran filem Parental Guidance, hampir suku datuk nenek di Britain kini memiliki komputer riba dan seorang bagi setiap 20 orang sering berkomunikasi dengan cucu mereka dalam Skype atau ruang sembang. Seorang bagi setiap 10 malah memiliki komputer tablet canggih.

Separuh daripadanya mahir menghantar SMS, 46 peratus pengguna kerap e-mel dan 15 peratus menghantar mesej dalam Facebook, lapor akhbar Daily Mail.

Daripada 500 datuk nenek yang ditinjau, 78 peratus menggambarkan mereka mahir berkomunikasi secara dalam talian.

Lebih 35 peratus berpendapat, penting menonjolkan diri secara online untuk berhubung dengan keluarga.

Kajian mendapati dua pertiga orang muda berkata, purata datuk nenek masa kini lebih mahir dalam teknologi maklumat berbanding lima tahun lalu.

-Agensi

Penyiasat Dakwa Whitney Houston Sebenarnya Di Bunuh

Penyiasat Dakwa Whitney Houston Sebenarnya Di Bunuh

Kematian Whitney Houston pada bulan Februari lalu memasuki episod baru yang mengejutkan apabila penyanyi itu dikatakan bukan mati akibat dadah berlebihan, tetapi di bunuh.


Menurut seorang penyiasat persendirian, Paul Huebl, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kehadiran dua lelaki misteri di bilik Houston pada masa dia ditemui mati menguatkan andaian tersebut.

"Saya percaya, dua lelaki misteri tersebut adalah orang upahan pengedar dadah. Ini kerana Houston sebelum ini pernah dikatakan berhutang lebih RM4.5 juta (US$ 1.5 juta) kepada pengedar dadah.

"Jadi mereka (pengedar dadah) telah mengupah orang untuk mengutip hutang tersebut dan akhirnya ia diselesaikan dengan cara kematian," katanya.

Huebl berkata, teori Houston berhutang dikuatkan lagi dengan pengakuan seorang teman rapat mendiang yang mendakwa penyanyi itu ada berjumpanya untuk meminjam wang dalam jumlah yang besar.

Selain itu, kecederaan yang dialami Houston pada hari kematiannya seperti kecederaan pada tangan, kepala dan bibir, menunjukkan wanita itu ada bergelut dalam usaha melindungi diri.

Malah, difahamkan, polis kini sudah membuka kertas siasatan bagi melihat segala bukti yang ada, untuk menilai semula kes kematian Houston.

-Sinarharian

Beyonce Cipta Sejarah Bayaran RM300 Juta Promosi Pepsi

Beyonce Cipta Sejarah Bayaran RM300 Juta Promosi Pepsi

Penyanyi Beyonce Knowles telah mencipta sejarah apabila dipilih oleh produk minuman Pepsi sebagai duta baru mereka dengan nilai kontrak selama lima tahun dengan nilau RM300 juta (USD$100 juta).


Beyonce, 31, memberitahu dia sangat teruja dengan pemilihan tersebut yang dianggap sebagai unik.

Nilai kontrak itu adalah paling tinggi yang pernah diberikan oleh Pepsi dan Beyonce dilaporkan menerima bayaran lima kali ganda daripada yang pernah dibayar kepada Michael Jackson.

Gambar wajah penyanyi lagu If I Were A Boy itu akan mula dicetak pada tin dan botol versi edisi khas minuman itu bermula bulan hadapan selain iklan promosi.

Selain itu juga, Beyonce akan merakamkan iklan terbaharu produk itu dan beberapa siri program tajaan syarikat minuman berkenaan.

-mStar

Hotel Bawah Laut RM100,000 Satu Malam!

Hotel Bawah Laut RM100,000 Satu Malam!

Bayangkan hotel dan resort yang anda diami terletak di bawah laut dengan caj penginapan RM100,000 semalam. Selain tidur, anda berpeluang menatap sendiri kehidupan akuatik selama 24 jam tanpa sebarang bantuan alat pernafasan dan yang paling utama badan anda tidak terkena walaupun setitis air.

Jules Undersea Lodge

Tetapi, itu sudut kreatif manusia yang mampu melakukan perkara luar jangkaan dengan syarat berbekalkan usaha yang tidak pernah surut.

Konsep hotel dan resort bawah laut ini sebenarnya bermula sejak 1986 di Jules Undersea Lodge, Key Largo, Florida, Amerika Syarikat (AS).

Jules Undersea Lodge menawarkan pelanggan merasai sendiri pengalaman tidur sedalam sembilan meter di bawah permukaan laut.

Cuma, mereka harus menyelam terlebih dahulu sebelum sampai di kamar.

Sejarah Jules Undersea Lodge bermula hasil inspirasi novelis Perancis, Jules Verne yang banyak menulis novel fiksyen.

Verne yang mati pada 24 Mac 1905 menulis novel Twenty Thousand Leagues Under the Sea pada 1870. Karya itu mengisahkan Kapten Nemo dan kapal selamnya berdasarkan perspektif Profesor Pierre Aronnax.

Aronnax, seorang bekas doktor perubatan beralih karier sebagai saintis marin dan pensyarah di Muzium Paris.

Pengunjung tidak semestinya arif menyelam kerana pihak hotel menyediakan kursus menyelam bagi tetamu yang ingin belajar.

Konsep sama diterapkan oleh Utter In yang terletak di Danau Mälaren, berhampiran Västerås, Sweden.

Projek hasil seni Mikael Genberg itu boleh dikunjungi pelancong melalui sebuah rumah kecil di permukaan air.

Biliknya terletak tiga meter daripada permukaan laut. Bangunan ini mula dibuka pada Jun 2000 dan sehingga kini ia berjaya menggamit ribuan pengunjung setiap tahun.

Pelanggan boleh merasai pengalaman tidur sedalam sembilan meter bawah laut di Jules Undersea Lodge.
Bukan hanya di AS dan Sweden, tetapi konsep kediaman bawah laut turut menjadi produk pelancongan di Fiji dan Dubai.

Terletak di sebuah lagun kepulauan peribadi di Fiji, sebuah resort bertaraf lima bintang, Poseidon Resort bakal siap tahun hadapan.

Resort dengan 24 bilik sebesar 50 meter persegi itu terletak 12 meter di bawah paras laut. Kesemua pod bawah laut mempunyai kaca akrilik lutsinar yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan laut.

Menurut pemiliknya, Bruce Jones, dia sendiri tidak menyangka ciptaannya itu bakal menjadi realiti.

“Walaupun projek bernilai RM367 juta ini belum dirasmikan tetapi kami telah menerima tempahan percutian melalui pakej yang ditawarkan,” katanya.

Berdasarkan laman web Poseidon, pakej penginapan selama seminggu itu dijual dengan harga RM52,000 termasuk penginapan dua malam di bilik bawah laut (Undersea Suites) yang merupakan kemuncak percutian di resort itu.

Tempoh selebihnya dihabiskan dengan memilih penginapan di resort permukaan laut.

Tetamu juga tidak perlu khuatir tekanan di bawah permukaan air kerana resort ini dilengkapi teknologi nyah tekanan yang diuruskan secara sistematik.

Selain itu, pelanggan boleh memilih pakej menaiki kapal selam dan pergi lebih jauh ke dasar laut.

Sebanyak empat buah kapal selam Triton disediakan bagi pelancong yang ingin menyahut cabaran kedalaman sehingga 300 meter.

Di Dubai, Hotel Hydropolis Underwater boleh disifatkan salah satu hotel bawah laut paling mewah di dunia.

Struktur hotel mencakupi tiga elemen iaitu stesen darat (tempat menyambut tetamu), terowong penghubung (tetamu diangkut dengan kereta api ke ruangan utama hotel) dan 220 kamar hotel mewah.

Penginapan hotel ini dijangkakan bayaran RM100,000 semalam.

Resort mewah ini dirancang oleh Profesor Roland Dieterle dan menelan belanja RM1 bilion tetapi tidak dapat dipastikan tarikh hotel ini siap sepenuhnya.

Hotel Apeiron Island juga di Dubai masih dalam pembinaan dengan rekaan futuristik di bawah laut.

Apeiron mempunyai galeri seni, spa, 438 kamar suite, dan sebuah hutan buatan untuk spesies kupu-kupu tropika.

Namun anda perlu menaiki helikopter atau kapal pesiaran dan helikopter sebagai pengangkutan untuk ke hotel ini.

Semoga memberi manfaat.

Bakal Pengantin Kantoi Di Hotel Bajet

Bakal Pengantin Kantoi Di Hotel Bajet

Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.


Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.

“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.

-Harian Metro

Sekolah Israel Anugerahkan Pangkat Nabi Kepada Pelajar

Sekolah Israel Anugerahkan Pangkat Nabi Kepada Pelajar

Kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis itu tidak pernah berhenti walau sesaat pun. Fikiran mereka masih lagi tertanam dengan satu tujuan iaitu mahu melenyapkan umat Islam dan negara Islam yang ada seperti Palestin.


Terbaru, dikatakan Israel telah mendirikan sebuah sekolah dengan memberikan kelulusan kepada setiap pelajar dengan pangkat Nabi.

Sekolah tersebut diberi nama ‘Cain and Abel School for Prophet’.

Di sekolah itu, para pelajar akan diajarkan mengenai erti mimpi-mimpi yang dialami, jenis-jenis malaikat yang ada serta misteri roh manusia.

Malah, perbezaan fikiran dan dalaman seseorang juga diajarkan kepada setiap pelajar dengan hanya melalui perbuatan dan penampilan seseorang itu.

Jumlah bayaran yang dikenakan untuk memasuki sekolah itu adalah sebanyak 53 Dollar AS atau 200 shekel.

Peraturan dan ko-kurikulum sekolah itu juga tidak ketat dan pelajar bebas untuk melakukan apa sahaja ketika sesi belajar seperti ingin bermain gitar, bermain alatan gajet teknologi yang dibawa atau pun keluar dari kelas untuk merokok.

Setiap pelajar yang lulus dengan cemerlang akan diberikan sijil yang mentauliahkan dirinya sebagai nabi.

Salah seorang guru di sekolah Israel itu, Shmuel Haparty mempercayai Messias (Nabi Isa) sudah datang dan sekolah itu perlu memberikan nabi baru kepada dunia moden mereka.

Pun begitu, pendidik-pendidik sekolah ‘Cain and Abel School for Prophet’ tidak menjanjikan setiap ‘nabi’ mereka dapat berinteraksi secara terus dengan Tuhan mereka.

-Informasi.my

Goyang Itik Jadi Fenomena Baru Di Indonesia

Goyang Itik Jadi Fenomena Baru Di Indonesia

Geleng kepala apabila penulis mendapat tahu kini ada pula tarian dangdut terbaru di Indonesia.


Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi dangdut, Inul yang amat terkenal dengan tarian Goyang Gerudi kini ada pulak satu tarian lain muncul.

Tapi yang kelakarnya ia digelar Goyang Itik!

Goyang Itik ini diilhamkan oleh penyanyi, Zaskia Shinta yang kini namanya semakin meningkat naik.

Bukan kerana suaranya sedap atau apa, tapi kerana goyang pinggulnya itu.


“Memang kedengarannya nyeleneh, tapi bukan berarti goyangan yang seronok atau vulgar. Kami lebih suka menyebutnya sensualitas elegan, artinya, goyangan kami tetap diusahakan sopan,” ujarnya.

Bagi penyanyi berusia 22 tahun ini, Goyang Itik amat diminati oleh ramai orang.

Jadi dia tidak akan berhenti untuk terus melakukan aktiviti tarian yang diciptanya itu.

Tengok saja video ini. Macam-macam! Jangan lepas ni ada Goyang Beruk ke, Goyang Tenuk ke sudah, tak ke haru!



[Sumber]
Info Fakta Menarik Dunia #1/2013

Info Fakta Menarik Dunia #1/2013

Suhu inkubasi bagi sarang penyu adalah faktor utama penentu kepada jantina sesekor penyu itu. Bagi suhu yang lebih panas, kemungkinan untuk penetasan penyu betina adalah lebih tinggi.


Walaupun negara Botswana hanya mempunyai kira-kira 2 juta penduduk, namun ia adalah negara kedua paling tercemar di dunia yang berpunca daripada kebakaran liar dan pencemaran akibat industri mineral.


Coklat bukan sekadar sejenis makanan ataupun kandi tapi sejarah membuktikan bahawa biji koko yang muncul di hutan Amerika Tengah pernah digunakan sebagai unit monetari untuk membayar cukai pada zaman pemerintahan Aztec pada tahun 1,000 Masehi.


Bangunan Esplanade yang mempunyai bentuk yang agak pelik yang terdapat di Singapura turut diberi nama gelaran 'The Durian' oleh penduduk tempatan kerana bentuknya seolah-olah buah durian.


Belon-belon getah pertama di dunia sebenarnya telah dicipta oleh Profesor Michael Farady pada tahun 1824 untuk kegunaan eksperimennya sendiri berkaitan hidrogen di Royal Institution di London.


Menurut jangkaan para saintis, terdapat antara 5 juta hingga 100 juta spesis unik tumbuhan dan haiwan yang ada di muka bumi ketika ini namun hanya kira-kira 2 juta daripada spesis-spesis ini yang telah dikenalpasti.


Adalah dikatakan Menara Eiffel akan dicat bagi setiap 7 tahun yang berlalu.


Beruang-beruang panda hanya berevolusi sekali setiap tahun dan hanya subur untuk tempoh dua hingga tiga hari dalam tempoh tersebut.


Sukan luncur air ataupun 'heenalu' telah dicipta oleh orang-orang Polynesia yang mula-mula sekali menetap di Hawaii. Pada ketika itu, luncur yang digunakan oleh mereka dikatakan adalah seberat 150 paun dan sepanjang 20 kaki.


-Sentiasapanas.blogspot.com