Thursday, January 03, 2013

BAM 'Keras Kepala' Dan Angkuh Punca Badminton Merosot


Jangan ikut kepala sendiri! Itu ingatan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar kepada kepemimpinan badan induk itu berikutan tidak ada perubahan yang dilakukan terutama dalam memberi peluang dan pendedahan lebih banyak kepada pemain muda menyertai kejohanan besar.

Misbun Ramdan perlu didedahkan ke peringkat antarabangsa. Gambar kecil Elyas.

Elyas yang menyokong teguran Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong supaya BAM bagi memberi peluang kepada pemain muda seperti Misbun Ramdan Misbun yang menjuarai Grand Prix (GP) Final Kebangsaan Ahad lalu, menyertai kejohanan besar berkata, sudah tiba masanya BAM menerima teguran MSN itu.

“Pada masa saya dulu jadi presiden (1985-1993), jarang sekali MSN sampai tahap tegur dan kalau ada pun saya pasti kami akan terima teguran itu dan membuat perubahan.

“Soal pemain ini, saya pernah jumpa beberapa pemain yang bagus tetapi akhirnya senyap terus kerana diketepikan. Pemain ini berkata mereka diketepikan tanpa diberi sebab dan ini memberi gambaran pengurusan yang lemah,” katanya.

Elyas berkata, masalah pengurusan pemain ini menyebabkan negara tidak mampu melahirkan lebih ramai jaguh dunia dan baginya jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei bukanlah satu kejayaan yang boleh dibanggakan BAM, tetapi lebih kepada kegagalan badan induk itu.

“Bagi saya Chong Wei boleh memenangi Kejohanan Dunia dan menewaskan Lin Dan, tetapi dia sebenarnya tidak diuruskan dengan baik.

“Dia mempunyai kemampuan itu, tetapi akhirnya masalah pengurusan yang tidak baik menyebabkan dia gagal dan bagi saya ini adalah tragedi buat negara ini,” katanya.

-Bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon