Friday, November 30, 2012

Awas! Perkara Yang Menyebabkan Wanita Bosan Di Ranjang!

Awas! Perkara Yang Menyebabkan Wanita Bosan Di Ranjang!

Tanpa mood, seks pastinya tidak akan menyenangkan. Ada 6 fakta penting yang membuatkan wanita bosan di ranjang. Gerakan dan hasrat itu penting, tapi masih ada lagi perkara penting yang harus diambil perhatian.

Bosan

Seenak manapun, seks adakalanya sangat membosankan jika dilakukan dengan rutin yang sama apalagi bagi wanita.

Oleh kerana itu kaum lelaki hendaklah bijak menjaga suasana. Caranya tak sesulit yang anda fikirkan. Ini adalah 6 fakta yang biasanya kerap membuatkan wanita bosan diranjang!

Meminta Izin

Umumnya wanita mengakui lelaki kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta kebenaran daripada wanita untuk melakukan hubungan seks.

Lelaki yang hebat tahu bagaimana cara untuk menyampaikan ajakan seks dan membuatkan wanita ghairah tanpa perlu menyatakannya.

Tanpa perlu berkata-kata, tatapan mata nakal atau mimik wajah sudah cukup menjadi penyampai pesanan yang romantik.

Tindakan Anda Mudah Diramal

Anda dan isteri pastinya sering melakukan kegiatan seks sebelum ini. Ini juga sebenarnya menjadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat 'hot' adalah, anda tidak pernah merasainya sebelum ini.

Jika anda ingin terus meningkatkan hubungan seks dengan pasangan menjadi lebih baik, anda perlu memastikan agar hubungan itu sentiasa segar. Jangan takut mencuba perkara baru yang boleh dinikmati bersama.

Berikan isteri anda kelainan setiap masa. Misalnya, jika biasanya anda melakukan foreplay selama 5 minit, mungkin 15 minit lebih baik. Sentiasa berikan dia kejutan yang membuatkannya sentiasa ghairah.

Objek Seks

Kebanyakan wanita berpendapat seks tanpa mood sangatlah membosankan. Seks dengan tekanan tinggi boleh mematikan keinginan kerana sering dilakukan.

Tidak ada wanita yang ingin diperlakukan seperti boneka. Anda tidak boleh mengabaikan fakta bahawa seorang wanita ingin diperlakukan selembut mungkin.

Jangan sekali-kali menganggap pasangan anda adalah objek seks yang boleh diperlakukan sesuka hati.

Lokasi Yang Sama

Jika lokasi yang sama ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan, ini juga akan menjadi satu masalah. Suasana seks yang pada mulanya ghairah boleh terpadam seketika kerana kurangnya sensasi.

Mungkin lebih baik anda cuba tempat baru misalnya di kamar mandi, meja dapur, kereta, ruang tamu ataupun di mana saja asalkan privasi anda berdua masih terjaga.

Bersuara, tapi Jangan Terlalu Bebisik

Sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata ghairah akan memberi kesan ghairah terhadap pasangan anda.

Tapi, jangan sampai suara anda mengganggu jiran disebelah. Pilihan kata yang sesuai juga akan membuatkan wanita bertambah ghairah.

Tidak Pernah Melakukan Eksperimen

Sekali dua gerakan yang sama mungkin memberi kesan, namun jika terlalu kerap, akan membosankan pasangan.

Cubalah posisi baru, keluarkan fantasi dan mainkan peranan sebaik mungkin. Ungkapkan fantasi anda kepada pasangan dan biarkan aksi berterusan dengan sendiri.

Itulah beberapa perkara yang kerap membuatkan wanita mudah bosan di atas ranjang. Yang perlu diingat adalah, jadilah orang yang spontan dan sukar diduga.

Jika anda memang mencintai pasangan anda, elakkan dia daripada bosan di atas ranjang. Pastikan anda dan pasangan saling terikat untuk saling mengisi antara satu sama lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saintis Temui Ular Menyerupai Kemaluan Lelaki

Saintis Temui Ular Menyerupai Kemaluan Lelaki

Para saintis telah menemui spesis ular yang digelar “blind snake” di Sungai Brazil yang menyerupai kemaluan manusia.


Reptilia unik ini dinamakan “atretochoana eiselti” ditemui selepas jurutera sedang mengeringkan air empangan hidroelektrik yang merentangi sungai yang bersambungkan ke Sungai Amazon.

Biologi mendapati terdapat enam makhluk yang kelihatan luar biasa dan setiap seekor sepanjang 1 meter ditemui pada dasar Sungai Madeira di Rondonia, Brazil.

Reptila ini ditemui pada bulan November, walau bagaimanapun ianya mengambil masa sehingga kini buat ahli sains untuk klasifikasikan gen ular ini.

Untuk memastikan ianya reptilia yang jarang ditemui sejak pertama kali dikesan pada tahun 1968.

Spesis ini hampir menyerupai salamanders dan katak, tetapi rupa luarannya kelihatan seperti ular.

Biologi Julian Tupan, yang bekerja untuk Santo Antonio Tenaga, syarikat yang membina empangan berkata:

“Daripada enam kami temui, seekor mati, seekor lagi telah dilepaskan kembali ke dalam hutan dan dua lagi disimpan untuk kajian.

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!

Thursday, November 29, 2012

Marsha Kembali Solo Selepas Putus Cinta

Marsha Kembali Solo Selepas Putus Cinta

Putus cinta, bercinta dan kembali single semula. Itulah yang sedang dilalui penyanyi, pelakon dan pengacara, Marsha Milan Londoh sekarang ini apabila perkenalannya dengan seorang jejaka yang dilaporkan portal Murai pada September lalu tidak menjadi.


Malah Marsha berkata, hubungan yang dijalinkan bersama seorang jejaka dalam bidang pendidikan itu hanya kekal dalam masa tidak sampai 2 bulan sebelum mereka membawa haluan masing-masing.

“Sebenarnya masa media bertanyakan mengenai hubungan kami, saya masa itu baru sahaja berkenalan dengannya dan masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing.

“Lepas kami berkenalan, saya sedari selepas itu kami punya banyak perbezaan dan rasanya sukar untuk kami sesuaikan dengan diri masing-masing. Malah perkenalan kami selepas itu tidak kekal lama. Mungkin tiada jodoh kami berdua dan nampaknya saya sekarang kembali solo,” katanya ringkas kepada murai.com.my yang ditemui baru-baru ini.

Marsha memberitahu dia kini hanya menerima ketentuan itu dengan hati yang terbuka, malah kini lebih kuat apabila sentiasa didampingi bersama keluarga tercinta.

“Saya tidak terasa sangat dengan perpisahan ini kerana hubungan kami tidak kekal lama. Malah kami segera membawa haluan masing-masing selepas kami sedari tiada keserasian lagi.

“Meskipun saya tiada teman istimewa tetapi saya masih ada cinta dan saya masih hidup dengan cinta daripada keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk lebih kuat,” jelasnya yang bakal muncul dalam filem terbaru Kahwin 5 pada 27 Disember ini.

Menurut Marsha lagi, dia sekarang mahu lebih menumpukan perhatiannya pada kerjayanya berbanding memikirkan soal cinta.

“Saya tahu usia saya semakin meningkat dan sekarang sepatutnya saya sudah punya teman untuk memikirkan soal kahwin. Lagipun emak saya juga sudah mula bising.

“Tetapi, saya kini mengambil keputusan untuk lebih fokus pada kerjaya nyanyian. Malah, kini saya dalam proses merakamkan album kedua. Setakat ini sudah 80 peratus siap dan saya jangka akan melancarkannya paling cepat awal atau pertengahan tahun hadapan,” tambahnya.

Mengenai album terbarunya, Marsha bakal memuatkan single duetnya bersama Randy Pangalila berjudul Selalu Milikmu selain 7 lagu lain termasuk 4 buah lagu yang sudah dirakamnya seperti Tentang Cinta, Biar, Jujur Bilang Cinta dan Kepastian Cinta.

-Murai.com.my

Ada Menteri Campur Tangan Tugas Polis - Musa Hassan

Ada Menteri Campur Tangan Tugas Polis - Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa ada campur tangan luar, dalam tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa beliau memimpin pasukan tersebut.

Tan Sri Musa Hassan

Beliau berkata, semasa pimpinannya, pegawai junior dan seorang ketua polis daerah pernah menerima arahan daripada seorang menteri tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, tindakan menteri tersebut adalah tidak wajar dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang.

“Saya berdepan dengan menteri tersebut dan menerangkan dalam Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 menjelaskan hanya mereka yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara sahaja boleh mengeluarkan arahan untuk polis.

“Walaupun saya tahu beliau tidak suka dengan penerangan itu, tetapi saya menyampaikan dengan cara baik,” katanya pada sidang media isu peningkatan jenayah, semalam.

Turut sama, Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevam dan Penasihat MyWatch, S Gobikrishnan.

Musa yang telah memegang jawatan sebagai KPN selama empat tahun mengakui ada menerima aduan daripada pegawai polis yang mendakwa menerima arahan daripada menteri.

Menurutnya, pihak pengurusan tertinggi PDRM perlu melihat keadaan ini bagi memperbaiki mutu kerja dan profesionalisme polis.

-Sinar Harian Online

RM200,000 Perbelanjaan Majlis Resepi Perkahwinan Ella

RM200,000 Perbelanjaan Majlis Resepi Perkahwinan Ella

Ratu rock negara, Ella telah membelanjakan sebanyak RM200,000 bagi mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Azhar Ghazali, 30 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember ini di Kelab Darul Ehsan di Ampang, dekat sini.


Perancang perkahwinan pasangan itu, Syed Yusof Wafa memberitahu portal redcarpet.net.my majlis itu juga turut mendapat pelbagai tajaan daripada pelbagai pihak.

“Kami turut mendapatkan beberapa tajaan termasuk baju pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini,” ujarnya.

Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh 600 tetamu dengan warna kelabu sebagai tema utama.

Antara nama-nama yang telah mengesahkan kehadiran mereka pada majlis itu nanti adalah Fasha Sandha, Nora Danish, Datuk Ramli MS, Datin Ziela Jalil, Datuk AC Mizal, Jamal Abdillah, Misha Omar, Amy Search dan Azlan The Typewriter.

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut dijangka hadir sebagai tetamu khas.

Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly itu dengan sekali lafaz pada 7 Julai lalu.

Pasangan itu bernikah di rumah abang kepada Ella di Teluk Gadong, Klang di sini.

Mereka telah berkenalan selama sembilan tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman solo.

-Mynewshub

Giliran Nokia Saman Blackberry

Giliran Nokia Saman Blackberry

Syarikat telefon bimbit Finland, Nokia semalam telah memfailkan tindakan undang-undang ke atas pembuat Blackberry, Research In Motion (RIM) di Amerika Syarikat, Britain dan Kanada atas dakwaan perlanggaran perjanjian paten.


Dalam saman yang difailkan pada Isnin lalu itu di sebuah mahkamah di California, Nokia berusaha untuk menguatkuasakan perintah tribunal timbang tara Sweden yang menyatakan RIM tidak boleh menjual produk yang dilengkapi dengan teknologi rangkaian kawasan tempatan (WLAN) tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan royalti dengan syarikat Finland itu.

“Kami telah memfailkan tindakan di Amerika Syarikat, Britain dan Kanada dengan tujuan untuk menamatkan pelanggaran kontrak RIM,” kata jurucakap syarikat, Mark Durrant dalam satu kenyataan.

–AFP

Jangan Salahkan Saya Kalau Peminat Bernafsu - Sara Ali

Jangan Salahkan Saya Kalau Peminat Bernafsu - Sara Ali

Tidak sampai seminggu pun lagi selepas Shout Awards 2012 menutup tirainya dengan persembahan dan kemenangan oleh artis-artis berbakat dan popular.


Seperti biasa, anugerah berprestij yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon ini juga tidak terlepas dari tempias gosip yang sentiasa menjadi ‘makanan ruji’ para pengikut industri hiburan.

Terbaru, sebuah blog hiburan tempatan menyiarkan artikel mengatakan ‘shortpant’ Sara Ali telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada penonton dan peminat.

Antara reaksi dari peminat termasuklah komen-komen negatif mengatakan Sara tidak sensitif sehinggakan namanya menjadi ‘trending topic’ di Twitter mengalahkan artis-artis lain.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Sara menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan apa yang orang katakan di laman Twitter.

“Tweet is a tweet. Saya tak respon dari isu ataupun dari ‘tweet’ orang lain,” tegas Sara merujuk pada komen negatif terhadapnya di Twitter.

Sara yang juga merupakan salah seorang pelakon filem ‘Songlap’ hanya menganggap ini semua adalah perkara biasa yang harus ditempuhnya.

“Bagi saya macam ni, bukan saya yang ghairah, atau pun dia yang ghairah. Saya otak tak ‘kuning’ dan dia pun otak tak ‘kuning’. Ok, habis cerita.”

“Standard la orang duk bercakap pasal kita. Saya tahu saya salah. Lagipun saya malas nak ambil tahu. Saya dah buat apa yang patut dan kali ini saya dah tersalah buat,” jelas pelakon berumur 22 tahun ini.

Dalam pada itu, melalui respon peminat yang lain, ramai juga yang tidak bersetuju dengan isu ‘shortpants’ Sara Ali.



Berbanding dengan ‘shortpants’ yang dipakai Sara, OHBULAN! lebih tertanya-tanya respon peminat dibawah pentas ketika Shout Awards 2012 diadakan.

Ada tak mana-mana selebriti yang memakai gaun pendek atau skirt ‘terbelanja’ peminat?

-Ohbulan.com

Tanda-tanda Anda Akan Di Madukan Suami!

Tanda-tanda Anda Akan Di Madukan Suami!

Mungkin ada perkara-perkara yang anda terlepas pandang terutama hubungan keluarga yang sudah lama terjalin. Mungkin anda sendiri kurang mengambil berat penampilan diri dan tidak lagi kisah dengan kehadiran suami sendiri.

Tanda dimadukan suami

Berikut adalah 5 tanda bagi seorang isteri bahawa dia bakal dimadukan oleh suaminya. Jadi perhatikanlah dan perbaiki diri anda.

1. Menjadi Panas Baran

Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk

Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3. Sering Berahsia

Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.

4. Semakin Bergaya

Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.

5. Menjadi Bertambah Penyayang

Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan.

Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Gempar! Tikus Masuk Kemaluan Pengatin Baru

Gempar! Tikus Masuk Kemaluan Pengatin Baru

Menurut berita Banjarmasin, kemaluan seorang pengantin baru dimasuki seekor tikus selepas dia dikatakan keletihan dan tertidur selepas bersama dengan suaminya.


Akibat kesakitan, pengantin itu menjerit dan jeritannya itu telah mengejutkan sang suami yang tidur lena.

Melihat situasi isterinya yang sedang menjerit sambil memegang ekor tikus, sang suami bertindak menarik tikus yang berada di dalam kemaluan isteri kesayangannya. Malangnya, ekor tikus tersebut terputus dan tikus tersebut "terperangkap" di dalam kemaluan si isteri.

Untuk mengeluarkan tikus tersebut, pengantin itu dikatakan terpaksa melalui suatu pembedahan.

–Paapaada.blogspot

Korea Selatan Bina Taman Tema Tandas Pertama Di Dunia

Korea Selatan Bina Taman Tema Tandas Pertama Di Dunia

Taman tema tandas pertama di dunia terdapat di bandar ini yang terletak sejam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan.


Tandas tradisional cangkung Korea Selatan dan mangkuk tandas seperti yang digunakan pesakit di hospital merupakan antara bahan pameran di taman tema itu.

Patung-patung manusia dan kanak-kanak yang sedang membuang air besar juga terdapat di taman berkenaan.

Sebuah muzium tandas juga terdapat di bandar ini.

Muzium itu mempunyai rekabentuk seperti tandas dan ia pernah menjadi kediaman pengasas Persatuan Tandas Dunia, Sim Jaek-duck.

Jaek-duck meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 70 tahun.

Beliau merupakan bekas datuk bandar ini dan pernah mendermakan tandas untuk kegunaan para peminat sukan semasa Korea Selatan menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2002.

-Agensi