Thursday, November 29, 2012

Giliran Nokia Saman Blackberry


Syarikat telefon bimbit Finland, Nokia semalam telah memfailkan tindakan undang-undang ke atas pembuat Blackberry, Research In Motion (RIM) di Amerika Syarikat, Britain dan Kanada atas dakwaan perlanggaran perjanjian paten.


Dalam saman yang difailkan pada Isnin lalu itu di sebuah mahkamah di California, Nokia berusaha untuk menguatkuasakan perintah tribunal timbang tara Sweden yang menyatakan RIM tidak boleh menjual produk yang dilengkapi dengan teknologi rangkaian kawasan tempatan (WLAN) tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan royalti dengan syarikat Finland itu.

“Kami telah memfailkan tindakan di Amerika Syarikat, Britain dan Kanada dengan tujuan untuk menamatkan pelanggaran kontrak RIM,” kata jurucakap syarikat, Mark Durrant dalam satu kenyataan.

–AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon