Friday, November 30, 2012

Stesen Minyak Rugi RM25,000 Selepas Di Samun

Stesen Minyak Rugi RM25,000 Selepas Di Samun

Sebuah stesen minyak di Sungai Besi, di sini, kerugian RM25,000 selepas disamun tiga lelaki, Isnin lalu.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 50 tahun bersama seorang rakannya sedang berbual di dalam bilik di premis berkenaan, tiba-tiba tiga lelaki tidak dikenali masuk mengacukan parang.

Menurut sumber, penjenayah mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga jika tidak mahu dicederakan.

“Kedua-dua mangsa yang ketakutan menyerahkan cincin, rantai, telefon bimbit dan wang tunai. “Kumpulan penjenayah itu masih tidak berpuas hati meminta mangsa membuka peti simpanan dan sekali lagi mengugut kedua-dua mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan itu kemudian membuka peti simpanan berisi wang tunai RM15,000.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

-Hmetro

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Berpantang Maut Sebelum Ajal

“Saya tidak ingat apa yang berlaku sejurus peluru raifal itu menembusi perut. Saya hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum tidak sedarkan diri.


“Saya sangka ajal sudah sampai dan tak sangka masih hidup,” kata Abdul Mohamad Isme, 27, seorang daripada ribuan rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Israel sepanjang bedilan roket selama lapan hari bermula 14 November lalu.

Dia yang ditemui di Hospital Khan Younis, di sini, semalam berkata dia ditembak tentera Israel ketika sedang berada di ladang pokok Zaitun miliknya di Alkara pada 20 November lalu. Menurutnya, sekumpulan tentera Zionis tiba-tiba muncul sebelum mengacukan raifal dan senjata berat ke arahnya dari jarak dekat.

“Tanpa sebarang amaran, tentera terbabit terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah saya yang tidak bersenjata.

Abdul Mohamed berkata, dia hanya tersedar selepas dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat perut hingga belakang tubuhnya yang ditembusi peluru.

“Saiz peluru digunakan amat luar biasa dan saya kini tidak mampu menggerakkan tubuh kecuali tangan,” katanya dalam keadaan menderita kesakitan.

Menurutnya, tindakan keji tentera Zionis itu bertujuan menakut-nakutkan golongan petani dan menghalau penduduk Gaza dari tanah ladang dimiliki selama ini.

“Tapi, jangan fikir saya akan mengalah. Tanah ini milik kami dan saya tetap akan kembali ke situ jika diizinkan Allah SWT sembuh kelak,” katanya.

Serangan menggila tentera Zionis selama lebih seminggu itu menyebabkan ratusan mangsa kini terlantar di katil hospital dan ramai juga yang mengalami kecacatan kekal.

Kebanyakannya membabitkan golongan kanak-kanak dan belia yang dirawat di Hospital Khan Younis dan Hospital Al Sifa’ di sini, akibat putus kaki atau lumpuh selepas terkena letupan roket dan tembakan senjata berat.

Seorang mangsa dirawat di Hospital Khan Younis, Abdul Malek Abu Syamil, 26, putus kaki kanan akibat ditembak roket disasarkan pesawat tanpa juruterbang dikenali sebagai Drone milik Zionis.

Dalam kejadian 17 November lalu, pesawat Drone yang terbang di ruang angkasa Gaza bertindak melepaskan roket ke arahnya yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

“Dalam sekelip mata ledakan kuat berlaku sebelum motosikal ditunggang berkecai. Saya turut terpelanting sebelum mendapati kaki kanan hancur dan putus.

“Malah tulang tangan dan kaki kiri saya turut patah remuk. Saya cuba bangkit namun gagal dan jatuh pengsan akibat terlalu sakit,” katanya.

Menurutnya, tindakan gila tentera Isreal menggunakan pesawat Drone untuk menyerang orang awam di Gaza adalah taktik pengecut dan tidak berperikemanusiaan.

-Hmetro

Cubaan Halang Kim Kardashian Ke Bahrain Gagal

Cubaan Halang Kim Kardashian Ke Bahrain Gagal

Ahli Parlimen Bahrain gagal dalam usaha mereka mengusulkan resolusi bagi menyekat kedatangan bintang realiti TV Amerika Syarikat, Kim Kardashian daripada mengunjungi negara itu.


Mereka menolak kedatangan Kardashian dengan menyifatkannya sebagai wanita yang mempunyai reputasi buruk.

Ahli Parlimen terbabit telah mengemukakan usul di Parlimen, Isnin lalu bagi menghalang kedatangan socialite berusia 32 tahun itu daripada menjejak kaki ke negara berkenaan.

Bagaimanapun usul itu tidak dapat dibentangkan dalam sesi Parlimen.

Kardashian dijadual mengunjungi Bahrain pada 1 Disember ini bagi membuka kedai francise miliknya `Millions of Milkshakes’ .

Esok dia dijadual melawat Kuwait bagi pembukaan rasmi kedai tersebut di sana.

Dalam pada itu, dalam mesejnya yang dirakamkan dalam Youtube, Kardashian melahirkan kegembiraan terhadap kunjungannya ke negara Asia Barat ini.

“Ia merupakan lawatan pertama saya ke Kuwait, jadi saya tidak sabar untuk menyaksikan negara berkenaan dan bertemu peminat di The Avenues,’’., kata selebriti yang berketurunan Armenia itu.

-Mynewshub

Akhirnya Palestin Di Iktiraf Sebagai Sebuah Negara

Akhirnya Palestin Di Iktiraf Sebagai Sebuah Negara

Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.

Akhirnya Palestin Di Iktiraf Sebagai Sebuah Negara

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.–AP

Tentera Laut Iran Pamer 2 Kapal Selam Tercanggih

Tentera Laut Iran Pamer 2 Kapal Selam Tercanggih

Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin.


Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu.

Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan peluru berpandu dan torpedo secara serentak.

Stesen televisyen itu menyiarkan ucapan Ketua Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari yang menyatakan pihaknya perlu memiliki teknologi ketenteraan terbaharu untuk tujuan melindungi sempadan negara ini.

Kapal selam itu juga boleh beroperasi di kawasan perairan yang cetek.

Iran kini berdepan dengan tekanan negara-negara Barat supaya menghentikan program nuklearnya yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.

Bagaimanapun, pemerintah negara ini menyatakan pro-gram tersebut bertujuan un-tuk menjana tenaga elektrik.

–Agensi

Luarbiasa! Tarik Trak Seberat 8 Tan Dengan Telinga

Luarbiasa! Tarik Trak Seberat 8 Tan Dengan Telinga

Seorang pemuda berusia 32 tahun, Lasha Pataraia menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di Rustavi, Georgia, semalam.

Luarbiasa! Tarik Trak Seberat 8 Tan Dengan Telinga

Dia berjaya menarik trak seberat 8,250 kilogram itu sejauh 21.50 meter.

Pemuda tersebut berjaya mencipta rekod Guinness World Records ekoran usahanya itu.

–Reuters

Penyanyi Ezad Lazim dan Asliza Putus Tunang

Penyanyi Ezad Lazim dan Asliza Putus Tunang

Penyanyi Ezad Lazim mengesahkan ikatan pertunangannya dengan pembantu peribadi, Asliza Abdullah, telah pun terlerai sejak seminggu yang lalu.


Ezad, 33, berkata, dia yang sepatutnya berkahwin pada Julai lalu tidak sangka percintaan yang terjalin selama empat tahun itu gagal bertahan sehingga ke jinjang pelamin, malah ia terputus seminggu sebelum dia menyambut hari lahirnya yang ke 33 tahun pada hari ini (Jumaat).

“Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

“Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan pehubungan ini.

“Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu..,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ezad dan Azliza telah mengikat tali pertunangan mereka pada 1 Jun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.

Bagaimanapun, khabar angin mengatakan keretakan hubungan itu berpunca daripada pihak perempuan yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dengan perancangan perkahwinan mereka.

Tambah bekas vokalis kumpulan Exist itu, dia enggan menuduh sesiapa pun tentang permasalahan itu dan menganggap masing-masing mempunyai kesalahan sendiri sehingga ia telah menjejaskan perhubungan yang terjalin.

“Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.

“Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini,” tuturnya.

Dalam pada itu, Ezad turut mengakui yang dia sudah serik dalam menjalinkan perhubungan cinta, namun penyanyi itu hanya berserah kepada Tuhan tentang hal pengurusan jodohnya.

“Saya sebenarnya susah untuk menyukai seseorang dan apabila perkara begini berlaku, sukar untuk saya jelaskan apa yang terasa di hati.

“Sampaikan keluarga memberikan cadangan untuk membiarkan mereka mencarikan bakal isteri yang sesuai, tetapi saya tak nak. Serik rasanya. Biarlah, saya serahkan jodoh ini kepada Allah S.W.T.

“Dan saya ingin memberi fokus kembali terhadap karier saya selepas ini,” kata Ezad yang sedang sibuk dengan rakaman single lagu terbarunya.

–mStar Online

Masjid Khas Untuk Golongan Gay Di Perancis

Masjid Khas Untuk Golongan Gay Di Perancis

Biadap dan kurang ajar. Itu perkataan yang layak diberikan kepada lelaki gay ini, iaitu Mohammed Ludovic Mohammed Zahed yang menghina Islam.


Dia yang berasal dari Algeria mencipta kontroversi dengan merancang untuk membuka sebuah masjid untuk golongan gay pada penghujung bulan ini.

Lebih buruk, masjid itu akan menjadi tempat pernikahan sesama jenis dan dalam masa sama wanita yang bersolat di masjid itu tidak perlu menutup aurat.

Mereka juga boleh bersembahyang di belakang lelaki tanpa perlu sebarang pengadang .

Bagi lelaki keji ini, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk membuang diskriminasi dan perbuatan kurang ajar itu dikatakan satu transformasi dalam Islam.

Lelaki gay ini telah berkahwin dengan kekasihnya yang berasal dari Afrika Selatan dan dia mendakwa perkahwinan itu diiktiraf oleh imam di Perancis.

Namun kerajaan Perancis tidak mengiktiraf perkahwinan berkenaan yang dilakukan di negara asal `kekasihnya’ itu.

Lelaki yang terpesong ini memberitahu, masjid itu akan turut mengadakan sembahyang Jumaat, upacara angkat nikah golongan sesama jenis dan melaksanakan pengkebumian bagi golongan gay.

Ketika masjid ini menjadi masjid untuk gay pertama di Paris, dipercayai terdapat 21 masjid untuk golongan berkenaan di Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan.

Perkahwinan sesama jenis ini sendiri mendapat tentangan daripada penduduk Perancis.

10 hari lalu, satu protes telah diadakan melibatkan kira-kira 70,000 orang yang menentang negara itu mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

-Mynewshub

Gadis Mati Di Penggal Kerana Tolak Pinangan

Gadis Mati Di Penggal Kerana Tolak Pinangan

Gara-gara pinangannya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam dengan memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun dalam satu kejadian menyayat hati di utara Afghanistan.


Mangsa dikenali sebagai Gisa, telah diserang oleh lelaki berkenaan yang juga sepupunya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil air di telaga.

Suspek, Sadeq dan saudaranya Massoud telah ditangkap susulan pembunuhan berkenaan.

Kedua-duanya merupakan saudara terdekat kepada Gisa, dan mereka juga menetap di perkampungan yang sama.

Menurut polis, bapa mangsa menolak pinangan berkenaan memandangkan anak gadisnya itu masih muda, justeru dia tidak mahu gadis itu berkahwin awal.

Biarpun undang-undang keganasan terhadap wanita digubal pada 2009, namun perkahwinan paksa melibatkan remaja bawah umur dan wanita masih berlaku.

Malah undang-undang yang menghalang perbuatan seumpama itu masih sukar untuk dilaksanakan.

-Mynewshub

Gambar Premis Tiruan Ala-ala McDonald Serata Dunia

Gambar Premis Tiruan Ala-ala McDonald Serata Dunia

Ingat lagi pada tahun 2008 kisah McCurry yang disaman oleh McDonald kerana menggunakan jenama Mc?

Yang mana pada akhirnya dimenangi oleh McCurry (atas alasan McCurry merujuk kepada singkatan Malaysian Chicken Curry) dan menjadi popular seketika di seluruh dunia selepas itu.

Satu-satunya kes di dunia di mana McDonald kalah dalam penggunaan trademark restoran popular itu berbanding kes-kes lain di seluruh dunia.

Dan kerana begitu popular, restoran ala McDonald tumbuh bagaikan cendawan diseluruh dunia.

Berikut beberapa restoran lain yang cuba meniru konsep McDonald.