Friday, November 30, 2012

Cubaan Halang Kim Kardashian Ke Bahrain Gagal


Ahli Parlimen Bahrain gagal dalam usaha mereka mengusulkan resolusi bagi menyekat kedatangan bintang realiti TV Amerika Syarikat, Kim Kardashian daripada mengunjungi negara itu.


Mereka menolak kedatangan Kardashian dengan menyifatkannya sebagai wanita yang mempunyai reputasi buruk.

Ahli Parlimen terbabit telah mengemukakan usul di Parlimen, Isnin lalu bagi menghalang kedatangan socialite berusia 32 tahun itu daripada menjejak kaki ke negara berkenaan.

Bagaimanapun usul itu tidak dapat dibentangkan dalam sesi Parlimen.

Kardashian dijadual mengunjungi Bahrain pada 1 Disember ini bagi membuka kedai francise miliknya `Millions of Milkshakes’ .

Esok dia dijadual melawat Kuwait bagi pembukaan rasmi kedai tersebut di sana.

Dalam pada itu, dalam mesejnya yang dirakamkan dalam Youtube, Kardashian melahirkan kegembiraan terhadap kunjungannya ke negara Asia Barat ini.

“Ia merupakan lawatan pertama saya ke Kuwait, jadi saya tidak sabar untuk menyaksikan negara berkenaan dan bertemu peminat di The Avenues,’’., kata selebriti yang berketurunan Armenia itu.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon