Friday, November 30, 2012

Gadis Mati Di Penggal Kerana Tolak Pinangan


Gara-gara pinangannya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam dengan memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun dalam satu kejadian menyayat hati di utara Afghanistan.


Mangsa dikenali sebagai Gisa, telah diserang oleh lelaki berkenaan yang juga sepupunya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil air di telaga.

Suspek, Sadeq dan saudaranya Massoud telah ditangkap susulan pembunuhan berkenaan.

Kedua-duanya merupakan saudara terdekat kepada Gisa, dan mereka juga menetap di perkampungan yang sama.

Menurut polis, bapa mangsa menolak pinangan berkenaan memandangkan anak gadisnya itu masih muda, justeru dia tidak mahu gadis itu berkahwin awal.

Biarpun undang-undang keganasan terhadap wanita digubal pada 2009, namun perkahwinan paksa melibatkan remaja bawah umur dan wanita masih berlaku.

Malah undang-undang yang menghalang perbuatan seumpama itu masih sukar untuk dilaksanakan.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon