Thursday, November 29, 2012

Rancangan Iran Hasilkan Bom Nuklear Bocor!

Rancangan Iran Hasilkan Bom Nuklear Bocor!

Satu gambar rajah yang diperolehi oleh agensi berita The Associated Press menunjukkan bahawa para saintis di Iran telah mengendalikan simulasi komputer untuk sebuah senjata nuklear yang mampu menghasilkan kuasa letupan tiga kali ganda lebih kuat daripada bom atom pada Perang Dunia Kedua yang memusnahkan Hiroshima, Jepun.


Maklumat mengenai gambar rajah itu telah dibocorkan oleh pegawai-pegawai dari sebuah negara yang tidak bersetuju dengan program nuklear Iran.

Ia didedahkan sebagai hujah sokongan kepada dakwaan mereka yang mahukan program nuklear Iran dihentikan.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang merupakan pemerhati nuklear untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Austria melaporkan pada tahun lalu bahawa pihaknya telah menerima gambar rajah tersebut.

Menurut agensi tersebut, gambar rajah itu menunjukkan Iran melakukan pengiraan tentang letupan nuklear.

-AP

Malang Wanita Cantik Tersilap Cakap

Malang Wanita Cantik Tersilap Cakap

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan. Sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Malang Wanita Cantik Tersilap Cakap
Gambar hiasan

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi...

Wanita: Bagaimana?

Lelaki Inggeris: Tidur dengan aku...

Wanita: Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris: Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.

Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi...

Wanita: Bagaimana?

Lelaki Perancis: Tidur dengan aku...

Wanita: Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis: Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki: Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

BACA INI JUGA: Gadis Cantik Malang Yang Dilahirkan Tanpa 'Kemaluan'!

-Gelihati.blogspot.com

Askar Wanita Yang Cantik Di Seluruh Dunia

Askar Wanita Yang Cantik Di Seluruh Dunia

Bayangan kita soal tentera adalah keras dan susah. Tapi tunggu dulu, kesan anda seketika akan berubah apabila melihat gambar-gambar tentera wanita cantik di bawah ini.

Meskipun sedap dipandang, mereka tak segan mengangkat senjata berat atau memandu jet. Selamat menikmati!:

1. Tentera Korea Selatan

Korea Selatan

2. Tentera Israel

Israel

3. Tentera Itali

Itali

4. Tentera Republik Chech

Republic Chech

5. Tentera Austria

Austria

6. Tentera Norway

Norway

7. Tentera Peru

Peru

8. Tentera Algeria

Algeria

9. Tentera Romania

Romania

10. Tentera Jepun

Jepun

11.Tentera Iran

Iran

12. Tentera Belgium

Belgium

13. Tentera Mexico

Mexico

14. Tentera Turki

Turki

15. Tentera New Zealand

Selandia Baru

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Bahawa Kecantikan Bermula Dengan 'Percaya'!

-SENTIASAPANAS.COM

Benarkah Kentut Mampu Ubati Penyakit Darah Tinggi?

Benarkah Kentut Mampu Ubati Penyakit Darah Tinggi?

Siapa sangka, rupa-rupanya kentut juga mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan manusia.


Menurut satu kajian yang dijalankan di Hospital Zhongda, terletak di Nanjing China, Hydrogen Sulfida yang terkandung di dalam kentut mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

Namun para penyelidik masih belum dapat mengenal pasti berapa banyakkah dos kentut yang harus dimakan oleh seorang pesakit darah tinggi bagi menyembuhkannya.

Turut menjadi persoalan ialah, sama ada seseorang pesakit itu dapat menerima kaedah "makan kentut" ini sebagai satu bentuk rawatan.

Sebelum ini, satu kajian yang telah dibuat di Universiti Johns Hopkins menunjukkan, tekanan darah tinggi seekor tikus mampu dikawal menggunakan Hidrogen sulfida daripada kentut.

Namun kaedah ini belum lagi dibuat uji kaji ke atas manusia.

Ada ke sesiapa di sini yang sanggup menjadi objek uji kaji ini?

-Freemalays.blogspot.com

iPhone 5 Apple Kena Saman di China

iPhone 5 Apple Kena Saman di China

Pengilang dari China yang baru sahaja mengeluarkan klon iPhone 5 iaitu GooPhone i5 yang menggunakan Android sebagai OS telefon tersebut berkata akan menyaman Apple jika mereka menjual iPhone 5 di China.

GooPhone i5

Mereka telah mendaftar paten hak cipta mereka yang dikatakan mempunyai design yang sama dengan iPhone 5 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Alasan yang diberikan oleh pihak GooPhone dalam kes saman ini sangat mudah, iaitu mereka telah mengeluarkan design iPhone 5 terlebih dahulu dan sudah dipatenkan, jadi jika pihak Apple membuat perkara yang sama dengan mengeluarkan iPhone 5 dengan tidak mengubah design maka mereka mempunyai hak untuk saman Apple.

Bangga Tayang Tompokan Dara Isteri Di Facebook

Bangga Tayang Tompokan Dara Isteri Di Facebook

Seorang suami dilaporkan telah memuat naik gambar darah dara isterinya ke Facebook. Ini bukan di Malaysia tapi di Eropah.


Tindakan ini diambil mungkin kerana terlalu teruja kerana maklum la di sana susah nak cari anak gadis yang masih ada dara.

Tips Merancang Jantina Anak Anda

Tips Merancang Jantina Anak Anda

Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan, bagaimana cara merancang waktu paling sesuai untuk anda melakukan hubungan seks, dengan harapan untuk 'menentukan' jenis jantina anak apabila lahir nanti.

Jantina+Anak

Sepertimana dengan tips-tips lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya, namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tips ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.

XY, XX

Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.

Ciri-Ciri X dan Y
  • X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid.
  • Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali.

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki [XY]

1. Makanan Berasid

Seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Seks Waktu Isteri Subur

Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Douching

Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan 'douching' atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml.

Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination)

Setelah air mani suami menjalani proses 'layering', atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim.

Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan [XX]

1. Makan Makanan Berasid

Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Seks Sebelum Waktu Subur

Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari 'ovulation' yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Douching

Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita.

Selamat Mencuba!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Lukisan Lelaki Halimunan Yang Sangat Kreatif

Lukisan Lelaki Halimunan Yang Sangat Kreatif

Info Unik Dunia. Ini merupakan kisah seorang artis China yang telah menjelajahi beberapa pelusuk dunia dan menjadikan lukisan kreatifnya sebagai lelaki halimunan.

Beliau ialah Liu Bolin, yang menjadikan lokasi dan objek sebagai “backdrop” atau bahan latar kepada lukisan halimunannya.

Berikut adalah gambar lukisan kreatif halimunan tersebut.

Nampak di mana lelaki halimunan di dalam foto ini?

Proses mengecat Bolin di pasaraya.

Karya seni yang bertajuk ‘plasticizer’ telah dicipta untuk menyatakan pandangan negatif terhadap penggunaan plasticizer dalam aditif makanan. Mengikut artis tersebut, proses persiapan dan persediaan lokasi mengambil foto memakan masa berbulan lamanya dan proses mengecat badan dan latar itu sendiri memakan masa selama 10 jam.

Liu Bolin halimunan di pasaraya.

Liu Bolin halimunan di pondok telefon di London.

Liu Bolin halimunan di dinding grafiti.

Liu Bolin halimunan di atas timbunan bata-bata.

Begitulah hasil kretiviti artis China Liu Bolin.

Lelaki Di Tangkap Berasmara Dengan Patung Singa

Lelaki Di Tangkap Berasmara Dengan Patung Singa

Matthias Maier, 24, ditangkap ketika melakukan melakukan hubungan seks dengan patung singa di Bandar Russe, Bulgaria. Ketika ditahan, dia ditemui dengan seluar terlondeh hingga ke buku lali oleh dua anggota polis.

Gambar hiasan

Maier didakwa atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Seorang pelajar berkata pada mahkamah bahawa Maier mabuk ketika itu dan tidak pernah mempunyai masalah dengan polis sebelum ini.

Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara satu tahun serta diarahkan membayar denda sebanyak £20.

-Blog-ketegaq.blogspot.com

Benarkah Buah Gajus Mampu Merawat Penyakit Malaria?

Benarkah Buah Gajus Mampu Merawat Penyakit Malaria?

Di Afrika, buah gajus digunakan untuk merawat malaria, meskipun begitu, sehingga hari ini, belum ada ubat yang berjaya dicipta saintis berjaya menyembuhkan demam denggi.


Dipercayai, nyamuk aedes yang menyebabkan denggi setiap tahun mempunyai tahap keimunan yang tinggi. Ini bermakna, daya tahannya terhadap racun serangga semakin kuat.


Pada masa depan, dianggarkan korban denggi akan meningkat jika usaha menghapuskan nyamuk ini tidak dilakukan.

-Sentiasapanas.blogspot.com