May 18, 2016

Posisi Hubungan Intim Mampu Kuruskan Badan!

Tiada masa untuk ke gim mahupun bersenam? Bagaimana kalau anda boleh turun berat badan ketika sesi intimasi bersama suami?

Posisi Seks
Gambar hiasan.

Ya, melakukan hubungan intim boleh membantu dalam membakar kalori dalam tubuh badan. Segalanya bergantung kepada posisi seks yang dikatakan mampu untuk memberi efek pada fizikal tubuh.

Dipercayai ada beberapa posisi dapat membantu tetapi bergantung kepada kesesuaian kerana ia bergantung kepada keselesaan serta amalan gaya hidup setiap pasangan. Jika tidak sesuai, jadikan info ini sebagai maklumat tambahan saja ya.

Posisi Cowgirl

Posisi seakan menunggang kuda dianggap sebagai salah satu senaman yang di mana bahagian bawah badan wanita mendapat pendedahan maksimum.

Punggung akan turut sama bersenam dalam memberikan bentuk yang lebih cantik dan padat. Untuk menambah lagi keseronokkan dan peluh, lakukan squat di atas tubuh badan suami anda dan seimbangkan tubuh anda di bahagian badan atas dan jadikan ia sebagai satu senaman yang seksi.

Posisi Lotus

Satu posisi seks yang sangat memberikan kehangatan peluh adalah posisi lotus. Posisi ini dilakukan dengan kedudukan di mana isteri duduk di atas riba suami serta berhadapan dengannya.

Suami turut sama dalam kedudukan duduk. Tatkala kalian bersedudukan dengan menghayati ritma ketika sesi intimasi, punggung dan paha akan mendapat senaman yang maksimum.

Teruskan melakukan posisi ini kerana ia pasti buatkan anda terus menghentikan yuran gim.

Posisi Lama (Diperbaharui)

Ternyata posisi yang sudah usang di dalam buku intimasi sangat efektif dalam memberikan punggung yang mantap.

Isteri dalam kedudukan baring dan postur kaki menegak ke langit manakala suami dalam kedudukan melutut mengikut paras ketinggian tubuh isteri.

Apabila isteri menegakkan kakinya pelvik akan turut berada sedikit lebih tinggi dengan posisi ini yang mana tulang belakang turut menegak.

Posisi berdiri

Posisi ini ternyata agak mencabar kerana suami memerlukan tenaga yang lebih untuk mengangkat isteri sepenuhnya.

Lakukan pada kedudukan suami dan isteri berhadapan satu sama lain. Suami perlu mengimbangi isteri dengan sepenuhnya serta isteri perlukan kekuatan yang lebih untuk berpaut sepenuhnya pada tubuh suami.

Posisi ini mampu memberikan stamina dan mengurangkan berat badan pada kedua-duanya sama ada isteri atau pun suami.


Sumber: Eh.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon