Tuesday, August 01, 2017

Aliff Aziz Mengaku Curang Terhadap Isterinya

Aliff Aziz Mengaku Curang Terhadap Isterinya

Penyanyi Aliff Aziz akhirnya mengaku berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah, dengan keluar berdua-duaan bersama aktres baharu, Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Aliff Aziz Curang

Aliff turut meminta maaf kepada semua pihak yang terjejas dengan kontroversi tersebut terutama kepada isteri dan ahli keluarganya.

Di samping itu, Aliff turut menuntut Afifah untuk memohon maaf dan tidak perlu berdolak-dalik mengenai kontroversi yang melanda mereka.

“Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan.

“Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu,” katanya, memetik mStar Online.

Aliff ditemui pemberita ketika mengadakan sesi sidang media bagi menjawab segala persoalan yang berkaitan kisah kecurangannya dengan adik pelakon Anzalna Nasir itu.

“Saya harap pihak Afifah tidak berdolak-dalik dan berfikiran sama untuk mengaku bersalah. Pada saya dia tidak perlu untuk menegakkan benang yang basah. Kalau niatnya mahu menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir,” ujarnya lagi.

Afifah Nasir
Afifah Nasir.

Dalam masa yang sama Aliff turut menafikan dakwaan mengasari Bella seperti mana yang dilaporkan kebanyakan media sebelum ini.

Menurutnya, kecederaan yang dialami Bella adalah akibat pergelutan yang berlaku di antara mereka. Malah dia langsung tidak berniat untuk mencederakan isterinya itu.

“Saya bukan jenis manusia kaki pukul dan tidak pernah sekali pun memukul siapa-siapa dengan sengaja,” kata aktor dan penyanyi kelahiran Singapura itu.

Khamis lalu, Bella telah ‘menangkap’ Aliff dan Afifah dalam sebuah bilik karaoke di Taman Shamelin, Cheras sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

Susulan pergelutan itu, Bella telah membuat laporan polis dan Aliff kemudiannya ditahan polis dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, Sabtu lalu.

Mengenai penahanannya di lokap, Aliff berkata ia memberi pengajaran yang sangat berguna buat dirinya selain bersyukur isterinya telah menarik balik laporan dan sudi memberi peluang kedua buat dirinya.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Paling Dibenci

sumber: mynewshub

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Ogos?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Ogos?

Ogos (Sextilis, Augustus) merupakan bulan yang ke-8 dalam kalendar Julian dan Gregory dan menurut kalendar Roman, ia jatuh pada bulan ke-6 dalam kalendar 10 bulan di bawah pemerintahan Romulus pada 753 bc dan disebut sebagai Sextilis dalam bahasa Latin.

August

Pada 700 sebelum masihi, ia menjadi bulan ke-8 apabila Januari dan Februari dimasukkan ke dalam senarai kalendar oleh raja Numa Pompilis dengan bilangan hari sebanyak 29 hari.

Kemudian, Julius Caesar menambah dua hari dalam bulan tersebut untuk kalendar Julian pada tahun 45 sebelum masihi.

Pada tahun 8 sebelum masihi, nama Sextilis ditukar menjadi ‘August’ bersempena dengan nama maharaja Augustus.

Dalam versi lain, Octavian, salah seorang kaisar Romawi (63 SM–14), adalah anak saudara Julius Caesar.

Dia mengimpikan untuk memiliki kemasyhuran dan kekuasaan seperti pakciknya itu.

Octavian menginginkan agar ada nama bulan yang didasarkan atas namanya sendiri.

Hari ulang tahun kelahirannya jatuh pada bulan September, tetapi dia memilih bulan Agustus sebagai gelarannya kerana bulan ini banyak membawa kebaikan baginya.

Senat kemudiannya menganugerahkan gelaran Augustus kepadanya pada tahun 27 sebelum masihi atas jasa-jasanya kepada negara.

Jadi, sejak tahun 8 sebelum masihi, bulan pilihan Octavian ini dinamakan Augustus, yang dalam bahasa Indonesia disebut Agustus, dan dalam bahasa Malaysia disebut Ogos!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Julai?

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Ogos)

Tarikh 1 Ogos merupakan hari ke 213 (hari ke 214 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 152 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Jambatan Sungai Mississippi
Jambatan Sungai Mississippi.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Emansipasi di Trinidad dan Tobago, Hari Kebangsaan di Switzerland dan Imbolc di Hemisfera Selatan.

Peristiwa

30 SM – Octavian (kemudian dikenali sebagai Augustus) memasuki Alexandria, Mesir, meletakkan ia di bawah pemerintahan Republik Rom.

69 – Pemberontakkan Batavi: Orang Batavi di Pedalaman Germania (Netherlands) memberontak ke atas kepimpinan Gaius Julius Civilis.

527 – Justinian I menjadi pemerintah tunggal Empayar Byzantine.

607 – Ono no Imoko dilantik sebagai duta ke istana Sui di China (Tradisional tarikh Jepun: 3 Julai, 607).

902 – Taormina, kubu terakhir Byzantine di Sicily, ditawan oleh tentera Aghlabids, menamatkan penaklukan Muslim di Sicily.

1203 – Isaac II Angelos, memulihkan semula Maharaja Rom Timur, mengistiharkan anak lelaki beliau Alexios IV Angelos sebagai maharaja bersama selepas ditekan oleh tentera dari Perang Salib Keempat.

1291 – Konfederasi Swiss Tua dibentuk dengan selepas Piagam Persekutuan ditandatangani.

1469 – Louis XI dari Perancis menemui chivalric order kemudian dikenali sebagai Order of Saint Michael di Amboise.

1498 – Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama yang melawat tanah yang kini dikenali sebagai Venezuela.

1620 – Kapal Speedwell meninggalkan Delfshaven untuk membawa penziarah ke Amerika melalui England.

1664 – Tentera Uthmaniyyah dikalahkan dalam pertempuran Saint Gotthard oleh sepasukan tentera Austria yang dipimpin oleh Raimondo Montecuccoli, mengakibatkan Perdamaian Vasvár.

1714 – George, Elector dari Hanover, menjadi Raja George I dari Great Britain, menandakan permulaan era George dalam sejarah Britain.

1715 – Akta Rusuhan dikuatkuasakan di England.

1759 – Perang Tujuh Tahun: Pertempuran Minden, sebuah persekutuan tentera Anglo-Jerman menang ke atas Perancis. Di Britain, kejadian ini merupakan satu daripada beberapa peristiwa yang menghasilkan Annus Mirabilis 1759 dan dirayakan sebagai Hari Minden oleh beberapa rejimen Tentera Darat Britain.

1774 - Joseph Priestley menemui gas oksigen, mentahkikkan penemuan unsur kimia ini oleh Carl Wilhelm Scheele sebelumnya.

1798 - Perang Revolusi Perancis: Pertempuran Sungai Nil bermula di antara angkatan laut Perancis pimpinan Laksamana Madya François-Paul Brueys d'Aigalliers dan armada British pimpinan Laksamana Muda Horatio Nelson.

1927 - Perang Saudara China: Tentera Komunis merampas kawalan bandar Nanchang daripada Kuomintang.

1944 - Perang Dunia Kedua: Armia Krajowa memulakan Pemberontakan Warsaw menentang pendudukan Jerman Nazi di Poland.

1981 - Saluran televisyen kabel MTV, saluran video khusus pertama untuk muzik, muncul dengan video muzik lagu Video Killed the Radio Star oleh The Buggles.

2007 - Jambatan Sungai Mississippi I-35W yang merentangi Sungai Mississippi di Minneapolis, Minnesota runtuh ketika waktu sibuk, mengorbankan 13 nyawa.

2013 - Spesies primat baharu, lemur kerdil Lavasoa, ditemui di Madagascar.

Kelahiran

1949 - Kurmanbek Bakiyev, Presiden Kyrgyzstan ke-3.

1995 - Rika Alfiany, ahli Teenebelle.

Kematian

1944 - Manuel L. Quezon, Presiden Filipina ke-2.

2009 - Corazon Aquino, Presiden Filipina ke-11.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Julai)

sumber: wikipedia

Monday, July 31, 2017

Kurang Tidur Melemahkan Nafsu Syahwat, Apa Yang Perlu Di Lakukan Untuk Mengatasinya?

Kurang Tidur Melemahkan Nafsu Syahwat, Apa Yang Perlu Di Lakukan Untuk Mengatasinya?

Setiap wanita dewasa memerlukan tidur selama enam ke lapan jam untuk beristirahat. Setiap malam, jam berapa anda selalu tidur? 10 malam? 11 malam? Atau lebih lewat?

Kurang Tidur

Awas, kalau terbawa-bawa rutin tidur lambat sebegini, anda sebenarnya mengundang petaka dalam rumah tangga sendiri. Wanita kurang tidur, lemah libido.

Jika tabiat kurang tidur dibiarkan, natijahnya boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan kronik, termasuklah kemurungan yang kronik.

Lebih membimbangkan, anda juga sedang menjejaskan hubungan di bawah selimut kerana wanita yang kurang tidur selalu tidak bernafsu terhadap pasangannya.

Menurut kajian, keinginan untuk melakukan hubungan intim bagi lelaki mahupun wanita yang kurang tidur selalunya akan terjejas.

Kualiti tidur yang buruk boleh merosakkan kesihatan fizikal dan mental. Seseorang itu akan kerap keletihan dan kurang bertenaga.

Semak 5 kesan kurang tidur di bawah agar anda cepat berubah!

1. Menurunkan kadar testosteron

Testosteron berperanan penting dalam memacu ghairah terutama di kalangan lelaki. Kurang tidur boleh menurunkan kadar testosteron.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of American Medical Association menyatakan setelah satu minggu kurang tidur (kurang daripada lima jam per malam), lelaki akan mengalami penurunan kadar testosteron sekitar 15 peratus.

2. Mengurangkan pelincir vagina

Kajian dari Universiti Michigan menyatakan bahawa wanita yang menikmati tidur mencukupi, mampu memberi respons yang baik terhadap rangsangan kelamin dengan pelincir vagina yang lebih baik jika dibandingkan dengan wanita yang kurang tidur.

Pelincir vagina merupakan kunci kepada hubungan kelamin yang menyenangkan serta tidak terasa sakit.

3. Meningkatkan risiko impotensi

Dalam kajian yang dimuatkan dalam jurnal US National Library of Medicine National Institutes of Health, para pengkaji melakukan pemeriksaan perubatan terhadap kira-kira 401 orang lelaki yang didapati mengalami sleep apnea atau nafas terhenti ketika tidur.

Di kalangan mereka yang didiagnosis dengan gangguan tidur, 70 peratus mengalami disfungsi ereksi.

Setelah mereka menjalani rawatan, masalah disfungsi ereksi ini berkurang dan hubungan intim semakin baik.

4. Gangguan mental

Kurang tidur boleh memberi kesan mendalam pada bahagian otak. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal SLEEP mendapati kurang tidur selama satu malam boleh membuatkan seorang lelaki silap menilai keinginan seksual pasangannya.

Dia menganggap pasangan benar-benar menginginkan hubungan intim.

Kajian Journal of Sexual Medicine pula mendapati wanita bermasalah sleep apnea cenderung mengalami tekanan dan disfungsi seksual.

5. Kurang tidur, depresi dan keinginan seksual

Kurang tidur boleh menyebabkan tekanan psikologi. Sesetengahnya benar-benar menjadi depresi sekaligus membunuh ghairah.

Ubah jadual tidur setiap hari agar lebih teratur. Tutup segala gadget ketika hendak tidur dan cipta suasana yang lebih tenang.

Jadikan waktu tidur sebagai prioriti agar kesihatan fizikal dan mental tetap terjaga.

Jika anda terus mengalami gangguan tidur seperti sleep apnea, kerap berdengkur dan insomnia segeralah bertemu doktor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 3 Kesalahan Suami Punca Isteri Tidak 'Puas'

sumber: nona

The Bespoke, Buku Mewarna Paling Mahal Di Dunia?

The Bespoke, Buku Mewarna Paling Mahal Di Dunia?

Buku mewarna The Bespoke disebut-sebut sebagai ‘buku mewarna paling mahal di dunia’ apabila ia berharga AS$30,850 (RM132,000).

The Bespok

Ia hanya mengandungi 10 ilustrasi yang direka oleh ilustrator terkenal, Ian Beck mengikut pilihan anda sendiri.

Buku mewarna untuk golongan dewasa kini semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia menjadi perhatian kerana membantu untuk menenangkan dan mengatasi tekanan, selain mengembalikan zaman kanak-kanak.

Anda mungkin boleh mencari buku seumpama ini di mana-mana kedai buku termasuk tempahan secara dalam talian.

Bagaimanapun, syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan barangan mewah, Very First To membuat kajian dan mendapati tiada buku mewarna mewah untuk golongan kaya.

Sehubungan itu, mereka menciptanya dengan sesuatu yang istimewa apabila ilustrasinya mengikut kehendak pelanggan.

Ian Beck akan bertemu dengan pelanggan terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara-perkara penting seperti kehidupan, keluarga, tempat menarik dan saat penting yang dilalui mereka sebelum ia diterjemahkan dalam 10 bentuk ilustrasi.

BACA INI JUGA: Keunikan Koleksi Terbesar Buku Mini

sumber: mstar

Mat Sentol Perintis Teknik Kesan Khas Filem Melayu

Mat Sentol Perintis Teknik Kesan Khas Filem Melayu

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya sememangnya merupakan seorang pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air era 1950-an.

Mat Sentol

Selain berlakon, dia juga terlibat dalam bidang pengarahan, penulisan skrip, penciptaan lagu dan dalam masa yang sama cukup berbakat dalam bidang animasi dan penggunaan kesan khas.

Walaupun ketika zamannya itu teknologi amat terbatas, namun dia telah berjaya mencipta teknik kesan khas dalam filem-filemnya dan merupakan perintis pertama dalam bidang ini.

Bercerita tentang idea kreatifnya, menurut bintang legenda berusia 91 tahun ini, sedari kecil lagi dia sememangnya minat melukis dan setiap lukisan yang dilukisnya sarat dengan cerita di sebaliknya.

“Dulu masa kecil saya suka pusing satu kampung sambil melihat aktiviti rakan-rakan. Bila balik ke rumah saya akan lukis aktiviti yang mereka lakukan seperti memancing, melastik burung atau apa sahaja.

“Namun setiap watak dalam lukisan tersebut saya akan pastikan ia mempunyai dialog yang tersendiri dan mencuit hati.

"Biasanya lukisan tersebut saya akan tunjuk pada kawan-kawan sekampung,” ujar anak kelahiran Muar, Johor ini.

“Tidak cukup itu, ketika di sekolah, dia juga sering mengambil bahagian untuk membuat persembahan pentas terutamanya pada hujung penggal persekolahan.

“Setiap kali diminta oleh guru saya merupakan murid pertama yang akan menawarkan diri sehinggakan tahun-tahun berikutnya nama saya diwajibkan untuk membuat persembahan,” ujarnya yang turut mempunyai kebolehan bermain silap mata.

Asal-usul Gelaran Mat Sentol

Menyingkap kenangan lampau, nama panggilan Mat Sentol diperoleh ketika terlibat dalam persembahan drama di sekolah.

“Dalam drama tersebut ada menggunakan perkataan sentul. Bermula dari situlah kawan-kawan panggil saya dan terus kekal sehingga ke hari ini. Bukan kerana saya berasal dari Sentul atau duduk di Sentul,” selorohnya lagi.

Berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perfileman, Mat Sentol baru-baru ini dianugerahkan dengan gelaran Bintang Legenda dan Ahli Kehormat oleh Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG).

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), merupakan tanda penghargaan kepada bakat seni yang dimiliki pelakon veteran itu semasa hayatnya.

Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu

Dia bukan sahaja merupakan seorang pelakon komedi dan pengarah filem yang disegani dalam era 1950-an hingga 1970-an, malah perintis atau Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.

"Anugerah tersebut adalah berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas filem lakonan dan arahannya sejak tahun 1950-an hingga 1970-an.

Ketika ditanya perasaannya, dia turut melahirkan perasaan gembira yang tidak terhingga di atas penghargaan yang diberi.

“Ia adalah sesuatu yang bagus dan perlu dilakukan untuk menghargai seseorang seniman. Pada pendapat saya, tidak perlu tunggu sampai orang itu dah tak ada atau sakit baru nak bagi,” ujarnya yang sentiasa bersedia untuk berkongsi idea kreatifnya bersama pembuat filem masa kini.

Kini dengan faktor usia, bapa kepada dua cahaya mata ini lebih banyak menghabiskan masa dengan berehat bersama keluarga tersayang dan melakukan aktiviti-aktiviti ringan bersama cucu-cucunya.

Menyoroti kisah hidupnya, memandangkan dia mempunyai bakat melukis, sejurus selepas tamat persekolahan, Mat Sentol memulakan kariernya sebagai guru lukis di sebuah sekolah Cina di Singapura.

Beberapa tahun bergelar guru, dia mula beralih arah ke bidang perfileman selepas bakatnya digilap oleh pelakon A.R Tompel yang ketika itu aktif bersama rombongan Sandiwara Khencana.

Kemudian dia mula mencuba nasib dalam drama radio di Singapura dan kemudiannya mengembangkan bakatnya di stesen televisyen Singapura.

“Filem pertama saya berjudul Sumpah Pontianak pada 1958. Ketika itu saya berpasangan dengan Wahid Satay. Tak sangka, filem tersebut diterima ramai, Selepas itu, banyak tawaran berlakon filem saya terima.

“Selain daripada bergelar pelakon di Cathay-Keris Film Productions pada ketika itu, saya juga turut menulis lirik dan mencipta lagu,” ujarnya.

Katanya lagi, ketika dia mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan, kebanyakan filem arahannya mempunyai kesinambungan yang mana setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat yang diambil sempena namanya.

“Antaranya filem Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Raja Kapor, Mat Toyol, Mat Karong Guni, Mat Magic dan banyak lagi,” ujarnya yang turut berlakon dalam filem arahannya.

Berbicara lanjut tentang pelakon veteran ini, dia memiliki idea yang kreatif dan mendahului zamannya. Malah teknik pengarahannya penuh dengan eksperimen yang tak masuk akal namun cukup menghiburkan.

Memiliki kreativiti yang cukup bagus ketika itu, dia menggunakan kesan khas dengan mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya walaupun pada masa itu ia dihasilkan secara manual.

Antara filemnya yang memperlihatkan teknik kesan khas ketika zamannya itu adalah Mat Bond, Mat Tiga Suku dan Mat Magic.

Dek kerana itu, dia diberi kepercayaan untuk memberi sentuhan kreatif kepada era filem ketika itu. Antaranya filem Naga Tasik Chini.

“Saya diberi tanggungjawab membuat prop dalam filem tersebut. Masa tu saya buat prop api yang keluar daripada mulut naga. Sebenarnya bukan mudah untuk membuat kesan khas pada zaman itu kerana teknologi cukup terbatas.

“Tapi saya rasa itu bukan masalah utama, saya gunakan segala kreativiti yang ada kadang-kadang saya cipta kostum dan lukis prop yang difikirkan sesuai dan dapat menghiburkan.

“Jika tiada idea dan buntu, saya akan merayau-rayau di sekitar kampung halaman dan melihat keadaan sekeliling kerana cara tersebut akan membantu saya mendapatkan ilham,” ujarnya yang sering tidak tidur malam memikirkan idea menarik ketika itu.

Bersara?

Mat Sentol

Sekitar tahun 1980, Mat Sentol mula memperlahankan lakonannya setelah selesai menjayakan filem Mat Tenggek. Ketika itu ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya pelakon yang cukup berbakat ini.

“Saya bukanlah hilang daripada dunia seni tapi waktu itu saya mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian yang lebih kepada syarikat sendiri iaitu, Studio Maju Filem yang terletak di Larkin, Johor Bahru.

“Ketika itu agak aktif menghasilkan iklan-iklan untuk televisyen dan radio. Saya agak bernasib baik juga kerana saingan iklan ketika itu tak banyak.

“Antara iklan-iklan yang mendapat tempat di jiwa penonton ialah Jojo, Tora, Ding Dang, Apollo dan banyak lagi.

"Selain itu, syarikat saya juga aktif menghasilkan cerita-cerita dalam bentuk video cakera padat (VCD) dan mengedarkannya di pasaran,” ujarnya.

Memiliki kreativiti yang cukup bagus ketika itu dan melampaui masa. Dia menggunakan kesan khas dengan mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya walaupun pada masa itu ia dihasilkan secara manual.

BACA INI JUGA: Pelakon Malaysia Pertama Yang Berlakon Di Hollywood

sumber: utusan

Berenang Ke Tempat Kerja Untuk Elak Kesesakan Jalan Raya

Berenang Ke Tempat Kerja Untuk Elak Kesesakan Jalan Raya

Semata-mata mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas, seorang lelaki berusia 40 tahun membuat keputusan untuk berenang ke tempat kerjanya.

Benjamin David

Biarpun pelbagai kemudahan awam disediakan termasuk komuter dan kereta api di Munich, Jerman, Benjamin David mempunyai jalan tersendiri.

Sebelum ini dia mencuba menunggang basikal untuk ke tempat kerjanya, namun sejak dua tahun lalu David mula mengambil alternatif untuk berenang di Sungai Isar.

Sungai tersebut merentasi apartmentnya di Baldeplatz.

Dia mengambil masa berenang selama dua jam untuk tiba di tempat kerjanya di Kulturstrand.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Trafik Jem Terpanjang Didunia ialah Sejauh 260km!

sumber: mstar

Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik

Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular satu rakaman video memaparkan tindakan pihak polis menyaman beberapa buah kenderaan di sebuah jalan berhampiran ladang kelapa sawit.

Saman sampai ladang

Daripada informasi awal, kumpulan lelaki berbangsa India itu dikenakan saman ekoran melalui sekatan jalan raya yang dilakukan di ‘jalan kampung’ yang masih belum berturap oleh anggota Polis Trafik dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jempol, Selasa lalu.

“Tuan, ini jalan kampung boleh saman ke? Mana boleh saman. Baru ini dunia first time jalan kampung boleh dapat saman,” kata seorang lelaki menerusi rakaman video.

“Ini majlis daerah punya jalan. Tak apa kita jumpa di mahkamah,” jawab pegawai polis tersebut.

Lantas perkara itu menimbulkan kemarahan segelintir netizen kononnya tindakan anggota polis berkenaan adalah tidak masuk akal kerana ianya sebuah jalan merah di dalam hutan.

Merujuk perkara ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan tampil mempertahankan tindakan anggota mereka dengan menyatakan ianya adalah berdasarkan prosedur operasi standard (S.O.P).

Saman sampai ladang

Polis memberitahu kesemua pemilik kenderaan itu dikenakan saman setelah didapati menghalang laluan di Kampung Serampang Indah (GATCO) iaitu merupakan tanah rezab jalan yang dimiliki kerajaan negeri.

“Berdasarkan fakta daripada Pejabat Tanah dan Daerah Jempol, menyatakan bahawa laluan jalan sepajang 1.8km dengan kelebaran jalan seluas 40 meter merupakan rezab jalan yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

“Tindakan pemilik kenderaan itu telah menyebabkan gangguan serta halangan kepada pihak yang perlu menggunakan jalan terbabit.

“Maka tindakan PDRM berlandaskan kepada peraturan undang-undang di bawah akta 333 akta pengangkutan jalan 1987 seksyen 48 galangan disebabkan kenderaan di jalan,” jelas pihak polis memetik kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Sehubungan itu, diharapkan semua pihak jelas dan tidak membuat sebarang spekulasi liar berhubung kejadian ini.

BACA INI JUGA: Panduan Semak Saman Trafik PDRM Dan JPJ, Sms Dan Online

sumber: mynewshub

Asal-usul Orang Bunian, Benarkah Dari Keturunan Nabi Adam?

Asal-usul Orang Bunian, Benarkah Dari Keturunan Nabi Adam?

Banyak mitos dan cerita misteri yang dipercayai oleh manusia berdasarkan kisah-kisah adakah orang Bunian benar-benar wujud yang disampaikan dari zaman ke zaman yang hanyalah andaian dan bukannya cerita yang benar.

Gambar orang Bunian
Lakaran gambar orang Bunian.

Bunian bukanlah berasal daripada bangsa manusia keturunan Nabi Adam a.s. yang boleh dipanggil "orang".

Yang sahihnya, mereka bukanlah manusia tetapi makhluk yang dicipta Allah SWT dari cahaya sama seperti para malaikat untuk membantu manusia dibawah arahan Allah SWT.

Namun, Bunian bukanlah malaikat cuma unsurnya sahaja sama kejadiannya seperti para malaikat.

Para Malaikat tiada jantina, tidak makan, tidak minum dan tidak tidur manakala Bunian pula sebaliknya. Mereka berkeluarga, makan, minum dan tidur seperti manusia.

Asal-usul

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul makhluk bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin.

Pendapat kedua menyatakan mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin. Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin maupun malaikat.

Allah SWT Maha Pencipta dan mampu mencipta pelbagai jenis makhluk yang manusia sendiri tidak pernah melihat kecuali mereka-mereka yang dianugerahkan Allah ilmu Makrifat dan Laduni.

Yang sebenarnya, apa yang manusia bertemu bunian selama ini disebalik semua cerita dari turun temurun itu bukanlah Bunian sebaliknya jin-jin kafir yang menyamar sebagai Bunian, contohnya seperti jin kebayan yang suka berlakon dan menyamar.

Banyak cerita-cerita dan asal-usul yang kurang tepat malah tidak ada hadis yang spesifikasi tentang bunian, semua itu andaian sahaja sehinggalah kelahiran Puteri Nur, satu-satunya manusia hybrid kacukan Raja-raja bunian dan nendanya Puteri Ratna yang bersuara melalui dia menerangkan sebenar apakah itu bunian.

Alam mereka di kayangan dan tempat itu bernama alam zara.

Mereka tidak tinggal di hutan dan mereka bukan merasuk pesakit seperti yang di dakwa orang ramai. Kerana sekali lagi diulang, ia adalah lakonan jin-jin kafir yang hendak merosakkan nama bunian yang sebenar.

Alam Zara

Manusia menggelarkan Alam Bunian sebagai Kayangan yang terletak di antara Langit dan Bumi, dikenali sebagai Alam Zara.

Alam Zara tiada cahaya matahari dan mempunyai kelembapan yang tinggi namun begitu, ianya disinari cahaya Bunian itu sendiri.

Keadaan sebenar tempat tinggal bunian ini juga pernah diceritakan di dalam filem Sumpah Orang Minyak lakonan P. Ramlee, malangnya beberapa perkara di dalam filem ini diubahsuai mengikut citarasa P. Ramlee.

P. Ramlee diberi ilham oleh para Bunian untuk mengambarkan ciri-ciri, suasana dan kehidupan bunian yang sebenar.

Hubungan dengan manusia

Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan), tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia.

Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini ialah hasil gabungan hubungan manusia dan jin bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal daripada unsur tanah) dan bunian (berasal daripada unsur cahaya).

Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian tetapi lantaran ingin kembali kepada keluarganya yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian.

Semasa kepulangannya kedalam golongan manusia, dia mendapati bahawa setiap orang yang dia kenal telah meninggal dunia dan beberapa tahun sudah berlalu.

Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Kebenaran Mengenai Bunian oleh Bentara Tujuh (2012)

Sekitar tahun 2012, nama Puteri Nur menjadi sebutan kerana beliau adalah satu-satunya hybrid manusia kacukan bunian.

Perawat wanita Darussyifa' Bangi mencatatkan pertemuan mereka di Masjid Darussyifa' di Bangi di blognya ketika Puteri Nur hendak berjumpa dengan Prof. Dato' Dr Haron Din tetapi blog itu telah didelete untuk menjaga privasi blogger tersebut.

Banyak kesilapan besar tentang rupa bentuk sebenar bunian yang selama ini kita dengar termasuk apa yang ditulis di atas, tetapi masih ada perkara yang boleh diterima walaupun amat kecil.

Semua itu dijawab oleh Puteri Gudipati Ratnasuri Singgara (dirujuk sebagai Puteri Sari di dalam blog dan laman Facebook Bentara Tujuh) yang merupakan Raja segala Raja-raja Bunian seluruh dunia.

Di Youtube juga terdapat rakaman suara Puteri Ratna berkongsi pendedahan apakah itu sebenarnya Bunian.

Di sini disertakan link ke rakaman suara tersebut:

Puteri Nur juga pernah ditemubual oleh TV3, NTV7 (Seekers) dan TV9 (Nasi Lemak Kopi O). Buat masa sekarang Puteri Nur membantu seorang ustaz di sebuah pusat rawatan di ibu negara.

Pesakit-pesakit Puteri Nur datang dari dalam dan luar negara termasuk Amerika Syarikat, Arab, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Selain merawat, Puteri Nur juga merupakan seorang Penasihat Paranormal yang sering dirujuk oleh para penggiat paranormal dan mempunyai penuntut dari golongan ulama dan profesional yang ingin mempelajari dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang perawatan alternatif dan juga perihal Bunian yang sebenarnya.

Kebenaran dan misteri mengenai alam Bunian

Putera_Aria - Raja Bunian
Putera Aria - Raja Bunian.

Berikut adalah kenyataan yang disunting dari blog Nukilan Bentara Tujuh tentang Kebenaran Tentang Bunian yang dipaparkan di dalam page facebook "Kata-kata Puteri Sari, Raja segala Raja-raja Bunian Seluruh Dunia".

Tujuan penciptaan makhluk telah dinyatakan ALLAH subhanahu wata’ala dalam firmanNya dalam surah Ad-Dhariyat, ayat 56, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Namun begitu, masih ada di kalangan manusia yang ingin memasuki Alam Bunian dan Alam Jin, dengan alasan (diantaranya) untuk mensyukuri nikmat ciptaan ALLAH, padahal Alam Nyata ini masih belum habis diterokai. Begitulah sifat dan sikap manusia,yang menyebabkan para Malaikat mempersoalkan penciptaannya.

Berdasarkan dalil naqli dari ayat surah Ad-Dhariyat di atas juga, terdapat banyak percanggahan maklumat dan salah faham mengenai para Bunian.

Di antara miskonsepsi ini termasuklah:

1. Bunian adalah jin

Ramai yang menyangka bahawa para Bunian adalah daripada kaum Jin. Seperti yang telah dijelaskan di atas, para Bunian dijadikan daripada cahaya sama seperti Malaikat.

Jin pula, sebaliknya, dijadikan daripada api namun begitu, terdapat banyak kes di mana jin (khususnya jin kafir) menyamar sebagai Bunian.

Jin-jin ini memperdaya manusia untuk menyesatkan mereka, pada waktu yang sama menjauhkan manusia daripada didampingi Bunian yang sebenar.

2. Bunian memberi harta kepada manusia

Kita sering mendengar bahawa ada manusia yang memperolehi batu permata, emas dan perhiasan seperti mahkota dan cincin daripada Bunian. Ini adalah tidak benar sama sekali.

Walaupun Bunian merupakan makhluk ALLAH yang paling kaya, tetapi mereka tidak pernah memberikan harta kepada manusia.

Bunian membantu manusia dengan memudahkan dan membukakan jalan serta memberikan ilham untuk manusia memperoleh rezeki melalui kaedah-kaedah yang halal.

Bunian tidak akan memberikan harta secara fizikal kepada manusia. Manusia yang menerima wang dan harta daripada alah ghaib sebenarnya telah diperdayakan oleh jin dan iblis.

3. Mahkota Bunian

Terdapat kes di mana manusia mendakwa mereka menerima mahkota Bunian. Perkara ini tidak mungkin berlaku kerana tidak seperti mahkota manusia, mahkota Bunian tidak boleh ditanggalkan. Ianya tumbuh dari kepala bagaikan tanduk rusa.

Seperti di atas, mahkota yang diperolehi hanyalah helah jin kafir yang ingin memperdayakan manusia. Harta-harta ini biasanya diperolehi daripada bomoh.

Jika difikirkan secara logik, kenapa bomoh itu perlu memberikan harta kepada orang lain? Kenapa dia tidak mengambil harta itu untuk dirinya sendiri?

Bunian merupakan mahkluk ALLAH yang warak dan alim, mereka hanya menumpukan masa beribadat kepada ALLAH – solat, zikir – dan bertempur dengan iblis dan jin kafir.

Jin kafir akan mengambil harta-harta serta wang dari tanah perkuburan dan tempat-tempat maksiat seperti kasino untuk diberikan kepada manusia.

4. Bunian menculik anak manusia

Seperti yang telah dijelaskan di atas, ALLAH telah menjadikan pelbagai Alam dengan penghuninya yang unik kepada Alam tersebut.

Kita sering terdengar kisah bayi yang hilang didalam kandungan. Terdapat beberapa penjelasan mengenai perkara ini.

Secara perubatan, ada satu keadaan yang dikenali sebagai “Vanishing Twin Syndrome” (VTS) atau sindrom kembar yang lenyap. VTS menyebabkan salah satu janin kembar “hilang”.

Janin yang telah meninggal di dalam kandungan juga boleh diserap semula oleh badan ibunya dan ini menyebabkan janin itu “hilang”.

Ia mungkin juga kes pseudocyesis di mana wanita tersebut mengalami “phantom pregnancy” atau kehamilan palsu namun begitu, jika ianya tidak dapat dijelaskan secara perubatan, mungkin bayi tersebut telah diambil oleh para Bunian. Ini adalah kerana perkahwinan antara manusia dan Bunian pernah berlaku.

Ianya ada yang menghasilkan zuriat sama ada Bunian sepenuhnya atau manusia sepenuhnya. Dalam kes ini, mungkin ada keturunan si ibu yang pernah berkahwin dengan Bunian, dan kandungannya merupakan Bunian sepenuhnya.

Oleh kerana bayi itu Bunian, dia tidak akan kelihatan pada mata kasar dan tidak boleh hidup di Alam Nyata, sepertimana manusia tidak akan boleh hidup di Alam Bunian.

Untuk menyelamatkannya, ia diambil oleh para Bunian untuk dipelihara dan dibesarkan di Alam Bunian.

5. Bunian memunculkan diri kepada manusia

Para Bunian tidak pernah memunculkan diri kepada manusia. Mereka adalah rahsia ALLAH, dan menjadi larangan ALLAH untuk mereka memunculkan diri kepada manusia.

Bunian hanya akan menggerakkan hati manusia untuk membantu mendorong mereka ke arah kebaikan.

Bunian yang mendampingi perawat juga tidak memunculkan diri, hanya membantu secara rahsia.

Dalam kes-kes tertentu, terdapat Bunian biasa yang berkahwin dengan manusia dan ini memerlukan mereka memunculkan diri, namun hanya pada pasangan masing-masing.

Kebanyakan manusia yang pernah melihat Bunian mungkin telah melihat jin yang menyamar sebagai Bunian. Mungkin juga mereka melihat Bunian sebenar dengan tidak sengaja, tetapi Bunian tidak boleh memunculkan diri kepada manusia.

6. Gambaran para Bunian

Para Bunian sering digambarkan memakai pakaian putih, berjubah dan berbaju kurung. Mereka sering digambarkan sebagai makhluk yang lemah-lembut, menghabiskan masa di tepi sungai, mandi dan menyanyi.

Gambaran ini adalah kurang tepat. Para Bunian adalah panglima perang dan pahlawan yang setiap hari bertempur dengan iblis dan jin kafir.

Mereka sentiasa bersenjata dan dilengkapi pakaian perisai, kecuali ketika tidak bertempur.

Para Bunian tidak berjenaka sebaliknya sentiasa serius di dalam menjalankan tugas mereka.

Tidak dinafikan para Bunian merupakan makhluk yang ihsan dan belas kasihan tetapi mereka juga amat tegas, bijak dan berpandangan jauh.

Mereka dikurniakan kuasa sakti oleh ALLAH subhanahu wata’ala untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pelindung, pembimbing dan penyimpan Rahsia-rahsia ALLAH.

Kemunculan di kaca televisyen

Puteri Nur

Puteri Nur (atas) ketika di wawancara oleh TV9. Puteri Nur, satu-satunya manusia hybrid keturunan Raja-raja bunian.

Berikut adalah link ketika Puteri Nur muncul di TV9, di bawah segmen Dunia Misteri: Perihal Alam Bunian.

Kemunculan di dalam Majalah Mastika

Usaha Bentara Tujuh ini dapat liputan dengan Majalah Mastika edisi bulan March 2017. Di sana turut dipaparkan dengan dialog bersama Bunian agung.

Kata-kata Puteri Sari, Raja segala Raja-raja Bunian Seluruh Dunia

Merupakan satu page di laman sosial Facebook yang mengetengahkan teks kata-kata Puteri Ratna Singgara, Raja seluruh Raja-raja Bunian melalui rakaman perbualan beliau bersama Bentara Tujuh.

“Allahuakbar... Manusia, dari dahulu..peperangan, peperangan. Kebodohan, Kezaliman. Itu sahaja. Mau mengambil jalan mudah, iya, ketemu bomoh, ketemu tukang tilik, beri aku batu, beri aku cincin, untuk apa?...Ambil Wudu, berdoa kepada Allah, bukakan jalan, ya, baca surah-surah pembuka jalan, usaha. Allah memberikan tenaga, ya, dua tangan, dua kaki, usaha sendiri. Allahuakbar..”

Di antara surah-surah Al-Quran untuk memohon supaya dibukakan jalan ialah surah Al-Kahfi ayat 1-10 dan surah Al-Mulk.

“Khabarkan kepada manusia kebenaran ini. Jangan biarkan diri mereka berlaku SYIRIK, ya,, dan terlalu banyak juga manusia mengatakan, "ya, aku bisa merawat", SUBHANALLAH... yang bongkak adalah qarin dan jin-jin mereka sendiri, mereka bongkak ya, kerana "manusia perlukan aku", bongkak! secara tidak langsung, perawat-perawat yang didampingi oleh jin-jin dan saka-saka mereka sendiri, mereka menjadi bongkak, takbur dan riak. Ngerti kamu di sini Bentara. Allahuakbar. Kabarkan kepada manusia-manusia itu, agar TIDAK berlaku syirik. Agar tidak menjadikan iya kebodohan mereka itu bahan tertawa Iblis dan jin kofir. Maafkan beta, ya.”

Asal-usul Puteri Nur daripada susur-galur kekanda Puteri Ratna bertemu dengan moyang Puteri Nur bernama Rahmah di Jawa.

“Beta, Puteri Ratna Singgara. Kami dua beradik. Kekanda(abang) beta, Putera Sarayana, (Putera Subarshah Sarayana) Sarayana yang bertemu dengan Rahmah di Jawa (Indonesia), ninda (nenek/moyang) kepada cucunda Beta. (Puteri Nur).”

“Mistik alam bunian. Subhanallah. Apakah itu mistik? Apakah ayat itu, misteri. Apakah? huh Subhanallah. Tidak ada kerjaan lain kah manusia?”

Puteri Ratna murka dengan sikap segelintir manusia yang suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara mistik dan misteri.

“Dosa pada Allah, Allah bisa ampunkan. tetapi dosa sesama manusia, mengumpat, menghina, memfitnah tidak terampun. Selagi kamu tidak memohon kemaafan dari manusia yang kamu fitnah itu. Gentayangan (berkeliaran) roh kamu. Ya, kerana itu apabila talqin dibacakan, apa dia akan katakan urusannya bagaimana, hutangnya bagaimana, jika kamu mengumpat, memfitnah, menganaiya, kamu berhutang dengan manusia yang kamu umpat dan kamu fitnah itu. Berdosa besar. Banyak ya roh-roh yang tidak lepas (dari) seksa. Iya, banyak. Kami melihat.”

Ini pula keadaan roh seseorang yang ketika hidupnya mengumpat, menghina dan memfitnah kerana dosa ini adalah hubungkait manusia dengan manusia. Dosa ini dirungkai sehalus-halusnya oleh Raja Bunian yang dapat melihat keadaan roh ini.

“Bunian tidak memberi harta. Itu sudah berlaku dosa ya, meminta harta dari kami (para bunian). Tidak boleh. Mahu harta ka apa , mohon pada Allah. Bila Allah memerintahkan bantu mereka (manusia), Kami akan membantu manusia membuat lorong. (Jalan penyelesaian). Iya, manusia bisa membaca surah al-Kahfi ka apa. Mohon pada Allah, itulah dia Kami membantu. Tidak memberi harta. Harta bunian tidak (boleh) diberi kepada manusia. Suatu dosa.”

Ini pula persoalan yang selalu bermain di dalam masyarakat. Bunian sama sekali tidak memberi harta kerana pemberian ini bukan dari bunian yang sebenar.

“Beta amat bersyukur kerana akhirnya kebenaran tentang Bunian dapat Beta disampaikan. Bunian tidak merasuk. Kebayan (Jin-jin kebayan) suka berlakon ya."

Wallahu a'lam.

Nota editor: Artikel ini sekadar perkongsian sahaja dan anda tidak digalakkan untuk mempercayainya 100%.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Pahlawan, Upacara Menghormati Pengorbanan Pahlawan Negara

Sambutan Hari Pahlawan, Upacara Menghormati Pengorbanan Pahlawan Negara

Setiap kali tanggal 31 Julai, Sambutan Hari Pahlawan disambut bagi mensyukuri keamanan yang dikecapi negara sehingga membolehkan pembangunan berjalan tanpa sebarang ancaman daripada anasir-anasir tidak bertanggungjawab yang ingin menghuru-harakan kemakmurannya.

Sambutan Hari Pahlawan

Negara merakamkan sejarah keramat setiap kali 31 Julai yang menjadi tradisi bagi menyambut Hari Pahlawan selaras dengan tamatnya darurat menentang pengganas komunis pada Julai tahun 1960 lalu.

Upacara menghormati pengorbanan dan jasa kepahlawanan negara ini telah menjadi azimat kekuatan kepada bangsa untuk bangkit sejak tahun 1963 lagi.

Sambutan itu bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan perajurit yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Simboliknya pahlawan adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah dan perwira yang ditakuti.

Oleh itu, Hari Pahlawan boleh diertikan dengan hari memperingati pahlawan yang terkorban di medan perang dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.

Pahlawan negara seharusnya menjadi sejarah yang sentiasa dikenang kerana telah mencipta ketamadunan negara sekali gus menjadi bangsa tuan kepada bumi bertuah ini.

Perjuangan mereka sama ada di era sebelum merdeka mahupun pasca merdeka terus menjadi titik tolak bagi permulaan dalam kandungan sejarah negara.

Semasa pemerintahan British, Hari Pahlawan dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga Poppy.

Konvensyen Geneva pada tahun 1945 secara ringkas menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata atau tidak berupaya untuk berperang.

Mengambil semangat daripada pengiktirafan ini, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua yang dikenang di seluruh dunia menjadikan tarikh itu telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memperingati jasa perajurit angkatan tentera dan polis yang terlibat secara langsung dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak berkepentingan dan berlarutan selama bertahun-tahun selepas negara mencapai kemerdekaan.

Sudah menjadi tradisi setiap tahun tarikh 31 Julai merupakan tarikh sambutan Hari Pahlawan sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun negeri bagi mengenang jasa pahlawan negara.

Selamat menyambut hari pahlawan.

BACA INI JUGA: Bagaimana Komando Malaysia Dilatih!?

sumber: utusan

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Julai)

Tanggal 31 Julai merupakan hari ke 212 (hari ke 213 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 153 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

K2
K2.

Hari ini merupakan sambutan Hari Pahlawan di Malaysia, Ka Hae Hawai'i di Hawaii dan Hari Perayaan Ignatius dari Loyola.

Peristiwa

1658 - Selepas menewaskan saudaranya dalam perang rebut takhta, Aurangzeb ditabalkan sebagai Maharaja Mughal ke-6.

1667 - Perang Belanda-Inggeris Kedua tamat dengan pemeteraian Perjanjian Breda.

1777 - Perang Revolusi Amerika: Kongres Benua Kedua meluluskan ketetapan membenarkan bangsawan Perancis Marquis de Lafayette menyertai tentera revolusi Amerika sebagai Mejar Jeneral.

1790 - Pejabat Paten Amerika Syarikat mengeluarkan paten pertama di Amerika Syarikat.

1917 - Perang Dunia Pertama: Pertempuran Passchendaele bermula berhampiran Ypres di Flanders Barat, Belgium.

1941 - Holokus: Hermann Göring mengarahkan Jeneral SS Reinhard Heydrich untuk membangunkan "Penyelesaian Terakhir bagi persoalan Yahudi".

1954 - Sepasukan pendaki Itali diketuai Ardito Desio menjadi orang pertama sampai ke puncak K2, gunung kedua tertingi di dunia.

1971 – Program Apollo: Perayau bulan berpemandu pertama digunakan dalam misi qamari Apollo 15.

1977 - Kejohanan bola sepak Pestabola Merdeka 1977 bermula yang disertai oleh beberapa buah negara sekitar Asia

1985 - Edisi pertama Piala Dunia B-16 FIFA, Piala Dunia B-16 FIFA 1985 telah diadakan di beberapa buah bandar sekitar China

1988 - Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth, Malaysia runtuh, mengorbankan 32 orang dan mencederakan 1,674 lagi.

2006 - Ekoran pembedahan usus, Fidel Castro memindahkan buat sementara waktu tugas sebagai Presiden Cuba kepada adiknya Raúl.

2007 - Majlis Keselamatan PBB bersetuju menghantar pasukan pengaman UNAMID ke Darfur bagi menyelesaikan konflik Darfur.

2007 - Beberapa orang rakyat Korea Selatan yang diculik telah dibunuh oleh Taliban kerana Presiden Afghanistan Hamid Karzai berdolak-dalih.

2007 - Perkhidmatan bas Rapid Penang mula beroperasi buat pertama kali di Pulau Pinang.

2009 - Gazprom melancarkan pembinaan saluran paip gas asli Sakhalin–Khabarovsk–Vladivostok.

2009 - Mahkamah Agung Pakistan mendapat bahawa darurat November 2007 yang diisytiharkan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak sah.

2011 - Satu siri serangan, dipercayai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur, terjadi di kawasan Xinjiang, China, dua minggu selepas serangan serupa.

2011 - Kerajaan bertindak keras terhadap pembantah di Hama, pusat pemberontakan Syria, mengorbankan lebih 260 orang.

2012 - Perenang A.S. Michael Phelps memecah rekod tahun 1964 oleh Larisa Latynina bagi jumlah pingat Olimpik paling banyak.

Kelahiran

1917 - HB Jassin, seorang sasterawan Indonesia.

1918 - Mustapha bin Harun, seorang Ketua Menteri Sabah ke-3.

1941 - Heather McKay, bekas pemain skuasy Australia

1966 - Ella, seorang penyanyi, pelakon, pemuzik dan model.

1966 - Tatsuya Ishihara, seorang pengarah anime Jepun yang bekerja dengan Kyoto Animation.

1976 - Mela Lee, seorang ahli muzik dan pelakon suara latar Amerika.

1989 - Victoria Azarenka, seorang pemain tenis profesional Belarus.

Kematian

1875 - Andrew Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-17.

2008 - S. Othman Kelantan, seorang sasterawan Malaysia.

2009 - Mohd Hamdan Abdul Rahman, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang Pasir, Pulau Pinang dari parti PAS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Julai)

sumber: wikipedia