Tuesday, December 04, 2012

Ella Ambil Suntikan Supaya Mengandung!


Berkahwin pada usia yang agak lewat tidak membuatkan penyanyi wanita rock Malaysia, Norzila Aminuddin, 46, atau Ella untuk berhenti berharap mendapatkan zuriatnya sendiri.


Ella dan suaminya, Azhar Ghazali, 32, sentiasa berusaha agar doanya mempunyai anak satu hari nanti akan dimakbulkan Tuhan.

Malah, sebaik selamat diijab kabul pada 7 Julai lalu, Ella sudah pun mengambil suntikan Rubella atas nasihat doktor supaya mudah untuk hamil.

Suntikan itu memakan masa hampir 3 hingga 6 bulan untuk Ella hamil.

“Kami tetap berusaha untuk mendapatkan zuriat dan sebab itu saya sudah mendapatkan suntikan Rubella sebaik sahaja saya bernikah. Saya mendapatkan suntikan itu atas nasihat doktor.

“Selepas mendapat suntikan Rubella, doktor memberitahu saya perlu mengambil masa 3 hingga 6 bulan sebelum hamil,” kata Ella yang dipetik dari laporan Murai.com.

Bagi Azhar pula, dia memberitahu mereka berdua tidak pernah merancang untuk mempunyai zuriat dalam tempoh masa yang tertentu.

Justeru, dia sentiasa berusaha sama seperti Ella dan hanya menyerahkan kepada Tuhan untuk dikurniakan rezeki anak secepat mungkin.

“Kami tidak merancang dan hanya berserah kepada ketentuan Ilahi.

“Namun saya dan Ella akan mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan cahaya mata kami,” kata Azhar.

Semalam, Ella dan Azhar telah selesai mengadakan majlis resepsi mereka di Kelab Darul Ehsan, Ampang.

Majlis itu telah dihadiri hampir 800 jemputan tetamu.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon