Tuesday, June 20, 2017

Gadis Islam Dipukul, Dibunuh Sebelum Dicampak Ke Dalam Kolam

Gadis Islam Dipukul, Dibunuh Sebelum Dicampak Ke Dalam Kolam

Seorang remaja Islam warga Amerika Syarikat menjadi mangsa kekejaman terbaharu di negara itu apabila diculik dan dipukul sehingga mati sewaktu meninggalkan sebuah masjid di Virginia pada Ahad.

Nabra Hassanen

Mayat gadis malang itu, Nabra Hassanen, 17, kemudiannya ditemui di sebuah kolam.

Serangan terbaharu di 10 hari terakhir Ramadan ini menimbulkan rasa marah dan sedih buat komuniti Islam di sekitar Masjid All Dulles Area Muslim Society yang terletak 30 minit perjalanan di luar Washington.

Menurut polis, insiden tercetus apabila mangsa dan beberapa rakannya yang sedang berjalan pulang dari masjid bertikam lidah dengan sekumpulan pemandu yang melalui jalan terbabit.

Ia menyebabkan seorang pemandu bertindak keluar dari kereta dan memukul gadis terbabit.

Gadis itu kemudiannya dilaporkan hilang oleh rakan-rakannya yang lari menyelamatkan diri.

Pada pukul 3 petang, mayatnya ditemui di dalam sebuah kolam di Sterling.

Susulan insiden itu, polis telah menahan seorang lelaki bernama Darwin Martinez Torres, 22, yang memandu dalam keadaan mencurigakan.

Polis kemudiannya mendapatkan waran tangkap atas tuduhan membunuh terhadap lelaki terbabit namun menolak motif serangan adalah kerana jenayah kebencian.

BACA INI JUGA: 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat

sumber: astroawani

DOJ Perinci Cubaan 1MDB Tutup Tembelang 'Unit Dana'

DOJ Perinci Cubaan 1MDB Tutup Tembelang 'Unit Dana'

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam memfailkan penyitaan aset ketiga dan terbarunya yang diumumkan, mendedahkan fasa terdahulu tidak mendedahkan bahawa lebih banyak dana 1MDB sebenarnya telah diseleweng.

DOJ imdb 2017

Dalam pemfailan setebal 251 muka surat itu, DOJ menerangkan dalam bahagian keempat yang disebut sebagai fasa "Pilihan Belian Semula" bagaimana wang AS$850 juta yang diperolehi melalui dua pinjaman berjumlah AS$1.225 bilion diseleweng.

1MDB, melalui anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited membuat pinjaman AS$250 juta dan AS$975 juta dari Deutsche Bank.

Dana tersebut, seperti dalam fasa sebelumnya, sebahagiannya digunakan untuk kepentingan individu tertentu termasuk eksekutif 1MDB dan Aabar Investments PJS serta para pegawai Malaysia selain saudara-mara mereka.

Bagaimanapun, perbezaan ketara adalah sejumlah besar dana digunakan untuk menutup kelemahan anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited yang mendakwa memiliki 'unit dana' bernilai AS$2.318 bilion dalam Bridge Global Absolute Return Fund (Bridge Global Fund) yang diuruskan oleh Bridge Partners Investment Management Limited. Namun, ini disifatkan DOJ sebagai 'agak tidak bernilai'.

Ini dicapai dengan mengitar semula pinjaman Deutsche Bank menerusi rangkaian transaksi yang dibuat agar kelihatan seolah-olah Brazen Sky telah beransur-ansur menebus unit dana dengan wang tunai, tetapi sebenarnya, menggunakan dana yang sama.

Sebelum melihat cubaan skim yang begitu rumit dan kompleks ini untuk menutup unit dana itu, harus difahami bahawa pemfailan DOJ yang pertama telah menggariskan tiga fasa lain berhubung dakwaan bagaimanadana 1MDB itu disalurkan.

Salah satu daripadanya adalah fasa di mana Good Star dengan 1MDB melabur AS$1.83 bilion dalam usahasama palsu dengan PetroSaudi International dan AS$1.03 bilion daripada jumlah tersebut disalurkan kepada jutawan Pulau Pinang Jho Low dari Good Star Limited.

1MDB kemudian mengisytiharkan bahawa ia telah menjual pelaburan itu dan menerima AS$2.318 bilion dalam bentuk saham, termasuk keuntungan besar AS$488 juta daripada pelaburan asal.

Ia kemudiannya melaburkan dana tersebut dalam "unit dana" yang diuruskan oleh Bridge Partners Investment Management Limited.

Pada hakikatnya, "unit dana" itu tidak boleh bernilai AS$ 2.318 bilion memandangkan sekurang-kurangnya AS$1.03 bilion telah diselewengkan dan keuntungan tambahan AS$488 juta juga tidak wujud.

Justeru, unit dana tersebut bernilai tidak lebih daripada AS$ 800 juta, atau mungkin kurang ataupun langsung tidak bernilai.

Jika demikian, bagaimana pula Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, dalam satu kenyataan pada 12 Okt 2015, mengumumkan bahawa 1MDB telah menebus AS$1.39 juta daripada AS$2.3 bilion "unit dana" yang dipegang oleh Brazen Sky Limited?

BACA INI JUGA: 5 Watak Terbaharu Diburu DOJ Skandal 1MDB

sumber: malaysiakini

Cara Membezakan Beras Plastik Dan Beras Sebenar

Cara Membezakan Beras Plastik Dan Beras Sebenar

Masalah beras palsu yang bermula di Indonesia ini dikatakan mempunyai banyak perbezaan berbanding beras asli.

Beras palsu

Menurut sumber, beras palsu ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin, lalu diproses dan dibentuk seperti beras asli.

Apa yang mengejutkan, bahan kimia yang terkandung di dalam beras palsu ini sama seperti kandungan untuk menghasilkan paip dan kabel seperti polyvinyl chloride, benzyl butyl phthalate (BBT) yang amat berbahaya untuk kesihatan.

Selain itu, kandungan berbahaya seperti bis 2-ethylhexyl phthalate (DEHP) dan diisononyl phthalate (DNIP) yang turut terkandung dalam beras ini akan menyebabkan kanser dan masalah pencernaan sekiranya termakan.

Oleh itu, kami kongsikan cara-cara bagaimana untuk membezakan beras palsu dan beras asli:

1. Lebih berkilat

Beras palsu atau plastik kelihatan lebih berkilat berbanding beras asli. Anda harus meneliti beras sebelum membelinya kerana peniaga akan mencampurkan beras palsu dan beras asli.

2. Bentuk tidak sekata

Beras palsu mempunyai bentuk dan panjang yang sama atau sekata. Manakala beras asli mempunyai saiz dan panjang yang sedikit berbeza.

3. Rasa yang sangat berbeza

Berbau dan rasa yang pelik sekiranya dikunyah. Bau dan rasa beras palsu ini amat berbeza dengan beras asli. Anda pasti akan dapat membezakannya semasa memasak beras tersebut.

4. Sukar Dimasak

Beras palsu tidak menyerap air dan sukar untuk dimasak menjadi nasi.

5. Harganya lebih murah

Tahukah anda, harga beras palsu adalah jauh lebih murah berbanding harga beras asli. Hal ini kerana peniaga ingin menarik perhatian pembeli untuk membeli beras tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras


sumber: astroawani

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Jun)

Tanggal 20 Jun merupakan hari ke 171 (hari ke 172 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 194 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

1837 - Ratu Victoria

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pelarian Sedunia dan Hari Bendera Argentina (sejak 1938).

Peristiwa

451 - Angkatan gabungan Jeneral Rom Flavius Aetius dan Raja Visigoth Theodoric I menahan serangan perikatan pimpinan Attila si Hun.

1756 - Garison Angkatan Tentera British di India dipenjarakan di Lubang Gelap Calcutta.

1789 - Berhampiran Istana Versailles, 577 ahli majlis perundangan Estet Ketiga mengangkat Sumpah Setia Gelanggang Tenis yang memulakan Revolusi Perancis.

1837 - Ratu Victoria (gambar) menaiki takhta Britain.

1900 - Pemberontakan Boxer: Tentera Empayar China memulakan pengepungan 55-hari Kota Perwakilan di Beijing.

1947 - Pembunuh upahan Mafia membunuh samseng Bugsy Siegel di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.

1973 - Penembak hendap menembak sekumpulan pengikut Peronisme berhampiran Lapangan Terbang Ezeiza di Buenos Aires, Argentina, membunuh 13 orang dan mencederakan 365 yang lain.

2010 - Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia selepas memenangi pusingan kedua pemilihan presiden Colombia, 2010.

2011 - Bekas Presiden Tunisia Zainal Abidin bin Ali dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun.

2013 - Asap daripada penanaman tebas dan bakar di Indonesia menyebabkan jerebu paling teruk di Singapura.

Kelahiran

1946 - Xanana Gusmao, Perdana Menteri Timor Leste ke-4

1978 - Frank Lampard, pemain bola sepak Chelsea F.C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Jun)

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Pelarian Sedunia, World Refugee Day

Sambutan Hari Pelarian Sedunia, World Refugee Day

Sambutan Hari Pelarian Sedunia, World Refugee Day yang diadakan pada 20 Jun setiap tahun diraikan bagi menyambut kehidupan dan sumbangan pelarian-pelarian di seluruh dunia.

Hari Pelarian Sedunia

Diasaskan pada 2000 oleh Perhimpunan Agung PBB, Hari Pelarian Sedunia disambut buat pertama kali pada tahun 2001. Tarikh 20 Jun dipilih bersamaan dengan tarikh Hari Pelarian Afrika.

Hari Pelarian ini disambut untuk memberi jaminan perlindungan dan pembelaan terhadap golongan pelarian dalam membina kehidupan baru di negara yang mereka duduki.

UNCHR akan mengadakan pameran kehidupan sebagai seorang pelarian dan juga gambaran liku-liku perjalanan bermulanya dari negara asal berhijrah ke negara lain.

Pelarian yang dimaksudkan ialah migran yang berhijrah ke negara lain atas sebab keterpaksaan, iaitu golongan yang terpaksa meninggalkan negara akibat penganiayaan, konflik bersenjata dan isu-isu hak asasi manusia yang kompleks.

Orang pelarian juga tidak dapat pulang ke negara asal dengan selamat, tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa tempatan dan tinggal berhimpit-himpit dalam satu rumah atau kem demi menampung hidup buat keluarga.

Nasib sebagai orang pelarian juga sangat tragik, melibatkan nyawa dan juga masa depan kehidupan mereka.

Mereka bagaikan hilang arah terpaksa meninggalkan negara sendiri dan mengemis di negara lain untuk mendapat pembelaan demi memperjuangkan sisa hidup.

Situasi sebagai seorang pelarian sukar digambarkan dengan kata-kata, cukuplah sekadar berkongsi keperitan bersama dan memberi perlindungan serta membela hidup mereka yang teraniaya ini.

Mereka (pelarian) sentiasa menaruh harapan untuk pulang ke tanah air mereka.

Sambutan Hari Pelarian Sedunia dan semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: wikipedia

Monday, June 19, 2017

Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya?

Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya?

Hukum menjual mercun kepada orang lain sedangkan penjual tahu ia akan memberi keburukan dan boleh memudaratkan orang lain dikategorikan sebagai syubhah.

HUKUM menjual mercun

Perkara itu disahkan oleh Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz merujuk sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang menjelaskan, perkara yang halal itu jelas dan perkara yang itu jelas, manakala perkara yang berada di tengah-tengahnya adalah perkara syubhah.

Menurutnya, barang siapa yang terlibat dengan syubhah, bererti ia terlibat dengan perkara yang haram.

“Hadis ini dengan jelas menyuruh umat Islam supaya mengelakkan daripada menghampiri dengan perkara yang masih tidak jelas.

"Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram.

“Kita tahu menjual mercun akan memudaratkan orang lain, jadi lebih baik ia ditinggalkan. Kalau nak diharamkan, memang patut kerana selain memberikan kesukaran dan mudarat kepada orang lain, duit juga dihabiskan begitu sahaja, ibarat kita membakar duit,” katanya.

Jelasnya, seeloknya peniaga menjual barangan yang boleh dimanfaatkan orang ramai dan bukannya menjual barangan yang tidak elok yang boleh memberikan keburukan kepada orang lain.

Malah katanya, duit hasil jualan mercun itu walaupun hasil jualan sendiri dan tidak dicuri, ia masih tidak bagus atau ‘tidak comel’ untuk digunakan.

“Kita tidak boleh lihat nilainya pada duniawi sahaja, tetapi akhirat nanti, bagaimana? Sebaiknya kita menjauhkan diri daripada perkara yang boleh membawa kemusnahan kepada diri sendiri dan juga orang lain.

“Pernah atau tidak kita terfikir, ada yang kudung tangan, mati dan cedera kerana menggunakan barang yang kita jual kepada mereka?” katanya.

Malah katanya, orang ramai juga tidak perlu membazirkan duit membeli mercun kerana ia langsung tidak memberikan faedah atau manfaat.

Afdalnya kata beliau, duit itu dibelanjakan dengan lebih baik, seperti memberi sumbangan dan membantu golongan yang memerlukan, yang akan membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

BACA INI JUGA: Ngeri! Video Badan Hancur Angkara Mercun!

sumber: sinarharian

‘Artis Hollywood Lebih Jujur Daripada Menteri Malaysia'

‘Artis Hollywood Lebih Jujur Daripada Menteri Malaysia'

Usaha beberapa menteri kabinet cuba mempertikaikan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung saman sivil membabitkan 1MDB menunjukkan bahawa pelakon Hollywood lebih memandang serius perkara itu.

Leonardo DiCaprio

Ini dapat dilihat apabila bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio sanggup menyerahkan hadiah jutaan dolar yang diterima daripada individu yang didakwa menyelewengkan dana 1MDB, setelah mereka disenaraikan dalam tuntutan mahkamah oleh DOJ.

DOJ Khamis (15/6/2017) lalu memfailkan saman ketiga dalam kes itu dan kali ini menyenaraikan lebih banyak aset yang didakwa dibeli oleh tokoh perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low, sekutunya yang juga adalah anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.

Ia termasuk patung Oscar Marlon Brando, lukisan Diane Arbus bertajuk "Boy With Toy Hand Grenade" dan lukisan oleh Pablo Picasso dan Jean-Michel Basquiat, yang semuanya dihadiahkan kepada DiCaprio.

DiCaprio, yang membintangi filem "The Wolf of Wall Street" yang diterbitkan oleh Riza melalui Red Granite Pictures yang didakwa menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB, menyerahkan patung Oscar dan lukisan berkenaan susulan saman DOJ itu.

Tindakan DiCaprio sememangnya perkara yang boleh dipuji kerana beliau jelas tidak mahu terlibat langsung dalam penggubahan wang haram dan 1MDB.

DiCaprio juga menyatakan akan memberikan kerjasama kepada siasatan itu dan akan kembalikan semula sebarang hadiah atau sumbangan jika ianya berpunca daripada sumber yang dipersoalkan.

Sebaliknya di Malaysia, seperti tiada sesiapa yang terlibat dan tidak tahu apa yang berlaku, sedangkan 1MDB itu adalah syarikat Malaysia, duit dari Malaysia dan yang disiasat itu individu dari Malaysia sendiri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan mencabar DOJ melakukan pendakwaan jika benar agensi penguat kuasa AS itu memiliki bukti berkaitan dana 1MDB.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pula mendakwa tindakan itu sebagai campur tangan asing ke atas kedaulatan negara.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pula membidas DOJ dan menganggap tindakan itu sebagai satu "sindiran" terhadap perdana menteri. Sedangkan katanya, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesilapan jenayah apabila beliau langsung tidak dinamakan dalam tuntutan mahkamah berkenaan.

Saman itu hanya merujuk kepada "Malaysian Official 1" yang menurut Abdul Rahman pada tahun lalu adalah Najib.

MO1 didakwa menerima dana daripada sekutu Low, yang berasal dari 1MDB, dan dikembalikan sebahagian daripadanya.

Low juda didakwa membeli loket berlian dan rantai bernilai AS$ 27 juta dengan dana yang dicuri itu yang diberikan kepada isteri MO1.

Jumlah yang diterima dan dikembalikan oleh MO1 sepadan dengan dana yang diterima oleh Najib yang didakwa sebagai sebahagian daripada sumbangan politik daripada seorang putera Arab Saudi.

Ketika membersihkan Najib tahun lalu, Apandi berkata AS$602 juta telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi itu.

Jika di Singapura, pegawai bank telah diambil tindakan, ditangkap dan bank ditutup tetapi amat pelik, di Malaysia, peguam negara kata tiada kes.

Bagaimana ini boleh berlaku, orang luar nampaknya lebih bertanggungjawab dengan skandal 1MDB ini?

Dapat dilihat 'orang luar' dengan rela hati membersihkan nama mereka dengan jujur tetapi orang Malaysia (para menteri) pula bermati-matian mempertahankan MO1 kerana jawatan yang diraih.

Kini jelas Malaysia semakin popular di mata dunia namun ia sesuatu yang memalukan kerana dikenali disebabkan perkara negatif dan memburukkan nama negara.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras

Beras Tiruan Plastik Tidak Wujud Di Malaysia, Kata Pengilang Beras

Pengilang-pengilang beras dari wilayah utara menafikan wujudnya beras palsu yang diperbuat daripada plastik di Malaysia seperti yang diviralkan menerusi laman sosial sejak kebelakangan ini.

Beras-plastik

Pengerusi Pengilang Beras Sinomalay Kedah, Tan Yen Seong berkata perkara itu sangat tidak logik memandangkan harga plastik lebih mahal daripada beras.

“Ia sangat tidak berasas. Pihak kami merasakan wujudnya keadaan beras plastik adalah kerana kesilapan cara pengguna memasak beras itu. Seperti yang kita tahu, setiap jenis beras perlu dimasak dengan cara berbeza.

“Mungkin ketika memasak, pengguna meletakkan air yang sedikit hingga menyebabkan nasi yang dimasak menjadi keras seperti plastik,” katanya pada sidang media mengulas beras palsu di pejabat persatuan terbabit.

Tan berkata pihaknya sangat kesal dengan penularan berita beras palsu di media sosial yang menjejaskan imej pengilang selain menyebabkan pengguna waswas untuk membeli beras yang ada di pasaran.

Beliau juga berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Pengguna yang masih waswas mengenai kualiti beras yang dibeli, diseru merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di tempat masing-masing.

BACA INI JUGA:

sumber: FMT

1MDB Melawan Hujah DOJ Dengan Fakta Kosong!

1MDB Melawan Hujah DOJ Dengan Fakta Kosong!

Berdasarkan tiga tindakan yang sudah diambil oleh Jabatan Kehakiman AS setakat ini dalam proses untuk merampas beberapa aset yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan, perkara paling nyata ialah PM Malaysia sudah kehilangan nilai moral untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

DOJ 2017

Dalam saman sivil pertama Julai 2016 lalu, antara yang disebut oleh DOJ ialah wang berjumlah AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta yang diterima oleh Malaysian Official 1 adalah berpunca daripada dana 1MDB.

Dapatan DOJ berdasarkan pengaliran wang yang dikesan dengan bantuan FBI tidak membuktikan sama-sekali wang tersebut adalah sumbangan derma daripada keranat Diraja Arab Saudi sebagaimana yang disebut berulangkali oleh Najib.

Sementara salah seorang menteri kabinet, mengesahkan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri, fakta yang disebut oleh DOJ itu tidak pernah disanggah dengan bukti-bukti yang kukuh sehingga kini.

Yang ada hanyalah penafian kosong semata-mata. Lagi-lagi hujah yang digunakan ialah SPRM, Peguam Negara dan PAC tidak mengesahkan adanya kehilangan wang 1MDB dalam siasatan mereka.

Tetapi, kenapa Pesuruhjaya SPRM tidak disambung khidmatnya, Peguam Negara ditukar secara mengejut dan laporan audit 1MDB masih diOSAkan?

Malah, kenapa beberapa anggota kabinet yang bertanya mengenai 1MDB dipecat daripada jawatan mereka?

Mengapa juga bukti-bukti sahih mengenai pemberian derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi tidak ditampilkan sehingga sekarang?

Mana Zahid Hamidi yang dulunya pernah mengaku berjumpa dengan wakil keluarga Raja Arab tersebut?

Adakah Najib bercakap benar mengenai wang tersebut yang diterimanya melalui akaun bank peribadi?

Najib juga mengaku sebahagian daripada kononnya wang derma itu sudah dipulangkan semula kepada pemberinya kerana tidak habis digunakan. Dilaporkan wang yang dipulangkan semula itu berjumlah AS$620 juta.

Kepada siapa wang tersebut dipulangkan?

Hasil siasatan DOJ mendapati wang tersebut dipulangkan kepada akaun Tanore Finance dan berdasarkan perbicaraan di Singapura yang menyebabkan dua bank ditutup dan beberapa orang telah didakwa serta didapati bersalah atas penggubahan wang haram, Tanore Finance adalah disahkan milik Tan Kim Loong @ Jho Low.

Jadi, kepada siapa Najib pulangkan wang tersebut, kepada penderma yang merupakan kerabat Diraja Arab Saudi atau kepada Eric Tan Kim Loong @ Jho Low?

Kalau derma diterima daripada kerabat Diraja Arab Saudi, kenapa ia dipulangkan kepada Tanore Finance?

Adakah Najib berkata benar mengenai pemulangan wang tersebut?

Dalam tindakan terbaru DOJ beberapa hari lalu, siasatan mereka juga mendapati sebahagian daripada wang yang dipulangkan itu telah dibelanjakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22k warna merah jambu bernilai AS$27.3 juta atau hampir RM120 juta bagi kegunaan isteri Malaysian Official 1.

Bagaimana wang yang Najib dakwa sudah dipulangkan masih boleh dibelanjakan untuk membeli barang kemas?

Siapa yang menggunakan wang tersebut untuk berbelanja? Kerabat Diraja Arab Saudi atau Eric Tan Kim Loong @ Jho Low?

Bolehkah Malaysian Official 1 tampil menunjukkan fakta sebenar bagaimana isteri Malaysian Official 1 memperolehi set barang kemas bernilai ratusan juta ringgit daripada dana yang sudah dipulangkan?

Dalam beberapa jawapan Najib mengenai wang 1MDB yang dikaitkan dengannya, antara jawapan beliau ialah, "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", "saya tidak akan khianati amanah rakyat" dan "kalau saya nak menyamun duit rakyat, takkan saya guna akaun bank peribadi."

Berdasarkan siasatan serta dapatan DOJ dan ia tidak pernah disanggah dengan bukti-bukti setakat ini, bolehkah suara hati kita, tambahan di bulan Ramadan yang mulia ini mengatakan Najib telah berkata benar?

Bukan soal fitnah, campurtangan asing atau sebagainya harus dikaitkan, tetapi berdiam diri dan "buat sardin" bukanlah jawapan yang memadai dalam dunia moden, era ketelusan dan langit terbuka seperti sekarang, lebih-lebih lagi tidak mungkin laporan setebal 251 halaman dapat direka dengan begitu mudah sebagaimana saman sivil terbaru DOJ yang difailkan dua hari lalu jika semata-mata berasaskan fitnah.

Kecuali jika Najib dapat segera menolak semua yang dinyatakan DOJ itu berserta dengan bukti-buktinya sekali, termasuk penyata bank dan sebagainya, beliau sebenarnya sudah kehilangan semua nilai moral untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana dosa paling besar bagi pemimpin ialah "menyalahgunakan, apalagi mencuri wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan keluarga" serta "tidak berkata benar atau berbohong untuk mempertahankan diri."

Di celah dunia mana pun, pemimpin sebegitu akan menerima balasan akhirnya.

BACA INI JUGA: Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

sumber: shahbudindotcom

Masjid di Berlin Benarkan Solat Lelaki Dan Wanita Bercampur

Masjid di Berlin Benarkan Solat Lelaki Dan Wanita Bercampur

Agama Islam berdepan pelbagai ancaman baharu termasuklah penyebaran fahaman Islam liberal dan yang terbaharu, Masjid Ibn Rushd-Goethe di Berlin membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama di bandar ini serta turut mempunyai imam wanita.

Masjid Ibn Rushd-Goethe

Salah seorang imam wanitanya, Ani Zonneveld yang dilahirkan di Malaysia dilihat melaungkan azan di Masjid Ibn Rushd Goethe.

“Kami mahu menghantar mesej jelas melawan keganasan Islam dan penyalahgunaan agama kami. Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” dakwa salah seorang pengasas masjid itu, Seyran Ates.

Ates, 54, merupakan seorang peguam dan aktivis hak wanita yang sering mempersoalkan amalan bersifat pantang larang atau taboo serta pernah menggesa revolusi seks dalam dunia Islam.

Ates berkata, beliau tidak akan membenarkan golo­ngan konservatif agama menafikan hak beliau untuk menjadi seorang Muslim.

Ani Zonneveld
Ani Zonneveld.

Menurut rakaman imej yang dikeluarkan, jemaah di masjid berkenaan solat secara bercampur antara lelaki dan wanita selain imam ber­ucap dalam bahasa tempatan.

Malahan ada juga jemaah wanita yang memakai tudung dan tidak memakai tudung.

Di samping itu, tujuh orang pengasas masjid tersebut berkata, mereka bercadang mahu membuka dewan solat kepada semua golongan termasuk gay dan pengkid.

BACA INI JUGA: Kenali Wanita Melayu Ini Yang Aktif Menikahkan Pasangan LGBT

sumber: utusan

Video Kes Kecurian Terbaharu Di Rumah Aliff Syukri

Video Kes Kecurian Terbaharu Di Rumah Aliff Syukri

Lagi kes kecurian yang melibatkan kediaman Dato' Aliff Syukri dimuat naik oleh usahawan itu di laman Facebook beliau.

Dato' Aliff Syukri

Kali ini, kes kecurian terbabit juga melibatkan pembantu rumah yang baharu dan terdapat bukti kiriman wang yang banyak dilakukan yang ditemui oleh Aliff Syukri.

Namun, difahamkan kes itu agak kompleks kerana ia melibatkan beberapa individu yang lain.

"Ini, resit pengiriman wang. Baru kerja sebulan dah boleh kirim lima enam ribu."

Dato' Aliff Syukri

Bagaimanapun Aliff Syukri memutuskan untuk menyerahkan saja kes itu kepada pihak polis kerana tidak mahu pening kepala.

Video soal siasat antara Aliff Syukri dan pembantu-pembantu rumahnya itu dimuat naik secara live di Facebook.

Selain video terbabit, Aliff Syukri juga turut memuat naik video terbaru yang menunjukkan orang gajinya memasuki balai polis.

BACA INI JUGA: Desa Shani Shingnapur Di India Tiada Pintu, Tiada Kunci Dan Tiada Pencuri!


sumber: siakapkeli