Monday, June 19, 2017

Masjid di Berlin Benarkan Solat Lelaki Dan Wanita Bercampur


Agama Islam berdepan pelbagai ancaman baharu termasuklah penyebaran fahaman Islam liberal dan yang terbaharu, Masjid Ibn Rushd-Goethe di Berlin membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama di bandar ini serta turut mempunyai imam wanita.

Masjid Ibn Rushd-Goethe

Salah seorang imam wanitanya, Ani Zonneveld yang dilahirkan di Malaysia dilihat melaungkan azan di Masjid Ibn Rushd Goethe.

“Kami mahu menghantar mesej jelas melawan keganasan Islam dan penyalahgunaan agama kami. Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” dakwa salah seorang pengasas masjid itu, Seyran Ates.

Ates, 54, merupakan seorang peguam dan aktivis hak wanita yang sering mempersoalkan amalan bersifat pantang larang atau taboo serta pernah menggesa revolusi seks dalam dunia Islam.

Ates berkata, beliau tidak akan membenarkan golo­ngan konservatif agama menafikan hak beliau untuk menjadi seorang Muslim.

Ani Zonneveld
Ani Zonneveld.

Menurut rakaman imej yang dikeluarkan, jemaah di masjid berkenaan solat secara bercampur antara lelaki dan wanita selain imam ber­ucap dalam bahasa tempatan.

Malahan ada juga jemaah wanita yang memakai tudung dan tidak memakai tudung.

Di samping itu, tujuh orang pengasas masjid tersebut berkata, mereka bercadang mahu membuka dewan solat kepada semua golongan termasuk gay dan pengkid.

BACA INI JUGA: Kenali Wanita Melayu Ini Yang Aktif Menikahkan Pasangan LGBT

sumber: utusan

1 comment

  1. Islam yang tak ikut Al Quran dan al hadis.. Suka hati bedal dengan fahaman yang salah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon